pertimbangkan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 24 Nov 2023 10:56:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pertimbangkan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan persekutuan diminta pertimbangkan peruntukan secukupnya untuk pembangunan Belia dan Sukan di Sabah, Sarawak – Ellron https://sabahmedia.com/2023/11/24/kerajaan-persekutuan-diminta-pertimbangkan-peruntukan-secukupnya-untuk-pembangunan-belia-dan-sukan-di-sabah-sarawak-ellron/ https://sabahmedia.com/2023/11/24/kerajaan-persekutuan-diminta-pertimbangkan-peruntukan-secukupnya-untuk-pembangunan-belia-dan-sukan-di-sabah-sarawak-ellron/#respond Fri, 24 Nov 2023 10:50:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45649
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin (gambar) amat menyokong penuh permintaan Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan supaya Sabah dan Sarawak diberi peruntukan secukupnya oleh kerajaan persekutuan untuk membolehkan kedua-dua negeri akan terus maju dalam pembangunan Belia dan Sukan.

“Difahamkan sebanyak RM112.29 Juta diperuntukkan bagi Pembangunan Belia dan Sukan dalam Belanjawan 2024 di peringkat jawatankuasa untuk Kementerian Belia dan Sukan.

“Permintaan ini telah disuarakan oleh Dr.Jeffry yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Sabah merangkap Menteri Perikanan, Pertanian dan Industri Makanan Sabah semasa mengulas bajet Kementerian Belia dan Sukan dalam sidang perbahasan di Palimen selasa lepas.

“Sebagai menteri di Kementerian Belia dan Sukan Sabah, saya menyokong penuh permintaan Dr. Jeffry agar Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Belia dan Sukan dapat memenuhi permintaan tersebut,” kata Ellron dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sebagai rakan kongsi dalam Malaysia, Sabah dan Sarawak harus menerima agihan peruntukan yang adil dan saksama bagi membolehkan rakyat kedua-dua negeri dapat menikmati fasiliti sukan mahupun program-program yang melibatkan pembangunan prestasi atlet dan pembangunan modal insan belia.

“Justeru, dalam mengagihkan peruntukan tersebut, kerajaan persekutuan juga perlu mengambilkira saiz negeri dan bilangan penduduk di kedua-dua negeri,” katanya.

Ellron berkata, tidak dapat dinafikan bahawa Sabah dan Sarawak adalah antara negeri penyumbang atlet untuk mewakili negara ke sukan peringkat antarabangsa dan telah membantu mengharumkan nama Malaysia melalui pungutan pingat kemenangan. Walau bagaimanapun disebabkan ketiadaan dana yang mencukupi, atlet-atlet tidak berpeluang untuk menyerlahkan potensi diri di peringkat kebangsaan.

“Contohnya baru- baru ini pasukan bolasepak Sabah bawah 15 dan 18 tahun Majlis Sukan-Sukan Sabah (MSSS) hampir tidak dapat menyertai pertandingan bolasepak Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM) di Johor kerana tidak mampu membayar tiket kapal terbang dan penginapan. Walau bagaimanapun atas tanggungjawab supaya pasukan tersebut dapat bersaing maka kerajaan negeri Sabah telah menanggung sepenuhnya kos perbelanjaan mereka.

“Meskipun isu berkenaan sudah diselesaikan, kita tidak mahu “pisang berbuah dua kali” kita tidak mahu sekali lagi menghampakan harapan dan kerja keras anak-anak muda ini,” katanya.

Justeru itu, tambah beliau, pihak kerajaan negeri menerusi Kementerian Belia dan Sukan Sabah berharap agar pihak persekutuan memberikan tumpuan dan perhatian terhadap permintaan ini agar tidak merencatkan pembangunan bakat sukan anak-anak muda Sabah dan Sarawak.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/24/kerajaan-persekutuan-diminta-pertimbangkan-peruntukan-secukupnya-untuk-pembangunan-belia-dan-sukan-di-sabah-sarawak-ellron/feed/ 0 45649
Kerajaan pertimbangkan tanah negeri untuk Shareda bina rumah mampu milik https://sabahmedia.com/2023/11/03/kerajaan-pertimbangkan-tanah-negeri-untuk-shareda-bina-rumah-mampu-milik/ https://sabahmedia.com/2023/11/03/kerajaan-pertimbangkan-tanah-negeri-untuk-shareda-bina-rumah-mampu-milik/#respond Fri, 03 Nov 2023 14:25:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44689
Read Time:2 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk memperuntukkan tanah negeri kepada Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda) untuk membina rumah mampu milik bagi kategori B40 dan M40 di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menggesa Shareda bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat.

“Di pihak kami, kami sedia mempertimbangkan untuk memperuntukkan tanah kerajaan di Sepanggar dekat sini untuk dibangunkan oleh Shareda dengan syarat harga rumah-rumah ini diturunkan supaya berada dalam jangkauan kumpulan B40 dan M40 yang akan mendapat manfaat paling besar daripada pembangunan ini.

“Ini juga komitmen kerajaan negeri untuk memajukan industri hartanah,”
katanya pada Majlis Shareda Nite di sini hari ini.

Teks ucapan Metua Menteri disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri II/Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Joachim Gunsalam.

Menurutnya, penyediaan rumah kepada mereka yang berpendapatan rendah adalah keutamaan kerajaan negeri pada masa ini, sejajar dengan RM125.6 juta Rumah Mesra SMJ di semua 73 DUN di Sabah.

Ketua Menteri juga gembira memaklumkan bahawa Shareda telah proaktif dalam membangkitkan isu berkaitan industri, antaranya mengenai perimeter dan pelarasan untuk MM2H Sabah, cadangan untuk pegangan pajakan selama 99 tahun diperbaharui pada bila-bila masa dalam tempoh perkhidmatan dan; pelaksanaan i-Miliki, satu lagi langkah bantuan kemampuan yang serupa dengan Kempen Pemilikan Rumah (HOC).

Mengenai Sabah Malaysia Rumah Keduaku (SMM2H), beliau berkata enakmen berkaitan dalam SMM2H yang disemak itu akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri tidak lama lagi.

“Saya ulangi bahawa apabila SMM2H bermula, kami menjangkakan kemasukan bakat, kepakaran dan pelaburan, yang akan memanfaatkan Sabah. Program SMM2H, dengan input daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk Shareda, telah diperhalusi untuk menjadikan Sabah lebih menarik kepada warga asing yang ingin berpindah dan tinggal di negeri ini,” katanya.

Hajiji juga pada dasarnya bersetuju membenarkan pembeli lot bumiputera mencairkan hartanah mereka tanpa berlengah-lengah dan membolehkan mereka mendapat manfaat daripada penjualan hartanah kepada pembeli tempatan dan asing.

Beliau berkata beliau telah membincangkan perkara itu dengan Presiden Shareda Datuk Chua Soon Ping untuk membuka kunci mekanisme pelepasan lot Bumiputera dari lima hingga sifar tahun untuk semua pembangunan baharu di Sabah.

“Saya sudah maklumkan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan untuk meneliti perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya. Pemilik bumiputera akan terus menikmati diskaun istimewa lima peratus untuk lot Bumiputera,” katanya.

Hajiji berkata, kerajaan negeri komited untuk menyokong teknologi Bangunan Hijau bagi menggalakkan lebih ramai pemaju di Sabah membina projek yang mematuhi inisiatif hijau.

“Di sinilah keseluruhan industri bergerak ke arah global, dan kerajaan negeri mahu memastikan ini juga diterima pakai di dalam negara,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/03/kerajaan-pertimbangkan-tanah-negeri-untuk-shareda-bina-rumah-mampu-milik/feed/ 0 44689