Pertumbuhan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 21 Dec 2023 03:39:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pertumbuhan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Miss Merdeka Sabah 23/24, menggalakkan pertumbuhan sektor pelancongan mampan https://sabahmedia.com/2023/12/20/miss-merdeka-sabah-23-24-menggalakkan-pertumbuhan-sektor-pelancongan-mampan/ https://sabahmedia.com/2023/12/20/miss-merdeka-sabah-23-24-menggalakkan-pertumbuhan-sektor-pelancongan-mampan/#respond Wed, 20 Dec 2023 09:01:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46837
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Sempena Kempen DEC-Cover Sabah, acara Miss Merdeka Sabah 23/24 diadakan untuk memperkasa golongan wanita sebagai pemimpin sekali gus menggalakkan pertumbuhan sektor pelancongan yang mampan di negeri Sabah.

Acara ini juga penting dan bermakna demi kelangsungan Kempen DEC-Cover Sabah pada bulan Disember, selain memupuk kesatuan dalam kalangan komuniti setempat dengan memberi penekanan terhadap kepentingan mengenali sejarah negeri Sabah.

Usaha kerjasama di antara I Empower Myself (IEM) dan Rock Maestro Sdn Bhd dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Sabah Tourism Board, Awesome Borneo Holidays Sdn Bhd dan The Insecure Beauty telah menunjukkan komitmen bersatu dalam memupuk penghayatan budaya dan pembangunan kepimpinan dalam kalangan wanita Sabah.

Sehubungan dengan itu, Ujibakat Sesi 1 telah diadakan pada 1 Disember 2023 bertempat di The Magellan Sutera Harbour dan telah mempamerkan bakat yang hebat serta semangat yang mengagumkan dalam kalangan peserta yang penuh apresiasi dengan matlamat untuk merebut gelaran Miss Merdeka Sabah 23/24.

Figura yang dikenali dalam bidang kebudayaan di Sabah, Tindarama Joanna Datuk Kitingan, Pengerusi Persatuan Majlis Wanita Kadazan Dusun dan Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah serta Pinny Jong Dijen, Pengasas The Insecure Beauty bersama-sama dua juri lain berdedikasi dalam berkongsi kepakaran mereka untuk memilih peserta yang berkualiti dan berwibawa.

Dalam pada itu, bagi membuka peluang kepada mereka yang terlepas untuk sesi pertama ujibakat, Miss Merdeka 23/24 mengalu-alukan penyertaan semua untuk menghadiri sesi ujibakat kedua pada 27 Disember 2023 ini.

Selain itu, ujibakat secara atas talian juga di perkenalkan bagi peserta yang berada di kawasan luar Kota Kinabalu, membolehkan lebih banyak penyertaan tanpa mengira lokasi.

Para finalis berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai yang lumayan sebagai pengiktirafan terhadap komitmen, bakat dan potensi yang ada di dalam diri peserta.

Finalis yang berbakat dan berdedikasi akan membuat penampilan mereka pada 30 Disember 2023 ini di Padang Merdeka bersempena dengan penutupan Larian Kembara Sabah Tanah Airku.

Majlis ini akan diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Menteri l, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew bagi menyemarakkan lagi sambutan yang diraikan.

Untuk maklumat lebih terperinci dan panduan penyertaan, sila kunjungi atau layari laman Facebook Kita Connect.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/20/miss-merdeka-sabah-23-24-menggalakkan-pertumbuhan-sektor-pelancongan-mampan/feed/ 0 46837
Pertumbuhan positif operasi pelabuhan di Sabah – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/12/13/pertumbuhan-positif-operasi-pelabuhan-di-sabah-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/12/13/pertumbuhan-positif-operasi-pelabuhan-di-sabah-hajiji/#respond Wed, 13 Dec 2023 04:19:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46458
Read Time:2 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Operasi pelabuhan di seluruh Sabah mencatat prestasi yang memuaskan dengan perdagangan kontena mengalami pertumbuhan yang positif, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, jumlah pengendalian kontena di Sepanggar Bay Container Port (SBCP), Pelabuhan Kontena Tawau dan Sandakan mengalami pertumbuhan yang baik pada tahun 2021 dan 2022.

Beliau berkata, tunggakan rantaian bekalan yang berlaku semasa tahun-tahun pandemik pada 2019 dan 2020 telah menyebabkan perdagangan mengalami penurunan.

Namun katanya, tahun ini jumlah pengendalian kontena di pelabuhan SBCP, Tawau dan Sandakan mulai kembali pulih ke tahap pra-pandemik dengan sebanyak 355,574 TEUs (twenty-foot equivalent units) dikendalikan dari bulan Januari hingga Oktober 2023.

“Walaupun ia mencatat penurunan sebanyak -6 peratus berbanding dengan 378,398 TEUs dalam tempoh yang sama pada tahun 2022, namun jika dibandingkan dengan pada pra-pandemik tahun 2018, jumlah pengendalian kontena untuk 10 bulan pertama tahun ini meningkat sebanyak 9 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Pelabuhan 55 Tahun Lembaga
Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Selasa.

Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Katanya, perkembangan di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) melibatkan dua kilang industri besar iaitu SBH Kibing dan SK Nexilis, memberikan impak positif terhadap pengendalian pelabuhan serta menyumbang kepada kemasukan import kontena pada tahun 2022 dan 2023.

“Ia dijangka menyumbang kepada impak pada jangka masa panjang dan bakal menyumbang kepada pertumbuhan daya pengeluaran dan eksport di pelabuhan, terutamanya untuk pelabuhan SBCP.

“Menerusi potensi kerjasama strategik di antara Sabah Port Sdn. Bhd (SPSB) dan syarikat logistik multinasional yang berpangkalan di Dubai-DP World, akan melonjakkan pembangunan dan pertumbuhan yang progresif dalam perkhidmatan dan operasi pelabuhan di SBCP”, tegasnya.

Hajiji berkata, LPPP perlu sentiasa memastikan kemudahan infrastruktur di semua pelabuhan seluruh Sabah sentiasa berada di tahap yang baik, kerana ia antara pintu masuk utama perdagangan negara dan pemangkin kepada pembangunan ekonomi
negeri Sabah.

“Justeru kita merasa bangga dengan beberapa perancangan dan perlaksanaan yang telah dibuat oleh SPSB untuk menaik taraf dan menambahbaik infrastruktur kemudahan pelabuhan di seluruh Sabah.

“Antaranya melibatkan penambahan jeti minyak di Terminal Minyak Teluk Sepanggar, pembinaan jeti minyak baru di Pelabuhan Lahad Datu, pembinaan Terminal Kargo Konvensional Teluk Sapangar, pembinaan Pejabat CIQS di Pelabuhan Lahad Datu dan pembinaan kawasan tambahan untuk penyimpanan kenderaan RO-RO di SBCP,” katanya.

Beliau berkata, LPPS telah melakar sejarah dengan Pelancaran Pelabuhan POIC Lahad
Datu pada 05 September 2022, yang merancakkan lagi kegiatan ekonomi negeri Sabah khususnya dalam sektor pembuatan, perkhidmatan logistik serta sokongan kepada
operasi eksport dan import.

Menurutnya, Kerajaan Negeri dalam Belanjawan Negeri 2024 memperuntukkan
sebanyak RM25.24 juta bagi menyediakan perkhidmatan kawalan dan penjagaan
keselamatan lalu lintas perairan serta pembangunan kemudahan pelabuhan di seluruh Sabah.

“Selain itu kemudahan peralatan penentu kedudukan di menara-menara kawalan di bawah seliaan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga juga akan dinaiktaraf bagi memastikan proses kawalan dan pemantauan trafik perkapalan di beberapa had pelabuhan (port limit) yang aktif bagi mengelakkan insiden kemalangan dalam kawasan pelabuhan”, tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/13/pertumbuhan-positif-operasi-pelabuhan-di-sabah-hajiji/feed/ 0 46458