perubahan cuaca – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 25 Sep 2023 22:24:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png perubahan cuaca – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Orang ramai dinasihatkan waspada dengan perubahan cuaca https://sabahmedia.com/2023/09/24/orang-ramai-dinasihatkan-waspada-dengan-perubahan-cuaca/ https://sabahmedia.com/2023/09/24/orang-ramai-dinasihatkan-waspada-dengan-perubahan-cuaca/#respond Sun, 24 Sep 2023 07:08:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42442
Read Time:51 Second

Papar :   Masyarakat khususnya di daerah ini dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan perubahan cuaca yang tidak menentu.

Ketua Polis Daerah, Superitenden Kamaruddin Ambo Sakka berkata, fasa peralihan monsun yang berlaku di negara ini memungkinkan  kejadian banjir kilat dan sebagainya khususnya di kawasan rendah.

“Kita sekarang  berada dalam fasa peralihan  monsun Timur Laut yang mana kita percaya jumlah hujan yang kita terima akan bertambah banyak dan menyebabkan kawasan-kawasan rendah dinaiki air.

“Di daerah Papar ini juga tidak terkecuali dan secara tidak langsung akan terkesan  dengan fenomena ini.  Jadi, saya nasihatkan supaya masyarakat terutama di Papar ini supaya sentiasa berjaga-jaga dan sentiasa memantau keadaan sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Kayuhan Santai Ibu Pejabat Polis Daerah Papar sempena Sambutan Hari Malaysia yang disertai hampir 1,000 peserta di sini semalam.

Beliau turut menasihati agar penduduk tidak menunggu air masuk ke dalam rumah baru hendak berpindah ke pusat pemindahan.

“Sebaik-baiknya patuhilah arahan yang dikeluarkan oleh pasukan keselamtan dari semasa ke semasa,” katanya. 

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/24/orang-ramai-dinasihatkan-waspada-dengan-perubahan-cuaca/feed/ 0 42442