perubatan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 14 Aug 2024 00:01:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png perubatan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pakar HQE2, UMS lakukan pembedahan otak secara sedar kepada pesakit warga emas https://sabahmedia.com/2024/08/14/pakar-hqe2-ums-lakukan-pembedahan-otak-secara-sedar-kepada-pesakit-warga-emas/ https://sabahmedia.com/2024/08/14/pakar-hqe2-ums-lakukan-pembedahan-otak-secara-sedar-kepada-pesakit-warga-emas/#respond Wed, 14 Aug 2024 00:01:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58998
Read Time:1 Minute, 50 Second

Kota Kinabalu:  Pakar bedah otak dari Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2) dan pakar bius otak Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya melakukan pembedahan otak secara sedar ke atas seorang lelaki berusia 88 tahun yang mengalami kecederaan otak traumatik (TBI), baru-baru ini.

Ketua Jabatan dan Perunding Pakar Bedah Saraf HQE2, Dr. Mohd Sofan berkata, pesakit lelaki itu mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika berjalan kaki di taman perumahannya dua minggu lalu dan mengalami pendarahan subdural kronik kiri yang besar (SDH).

“Akibatnya, beliau mengalami sakit kepala yang teruk, penglihatan kabur, pertuturan yang tidak jelas dan kelemahan badan di sebelah kanan.

“Memandangkan fungsi sarafnya yang semakin merosot, kami segera menghantarnya ke dewan bedah untuk menjalani mini kraniotomi bagi mengalirkan darah beku yang lama,” katanya.

Beliau berkata, tujuan melakukan pembedahan tersebut secara sedar adalah untuk menilai fungsi sarafnya secara intraoperatif, yang bertambah baik berikutan pengaliran kira-kira 30ml bekuan darah, dan pesakit difahamkan telah pulih sepenuhnya.

Pensyarah Kanan dan Pakar Neuroanaestetik dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS, Dr. Yeap Boon Tat berkata, pembedahan mini kraniotomi secara sedar pada pesakit tersebut, yang juga mengalami penyakit kardio-pernafasan, adalah tepat pada masanya.

“Prosedur ini akan mengelakkan dari kesan sampingan pembiusan secara tidur dan mengurangkan keperluan pesakit untuk dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

“Ini juga penting untuk mengurangkan kadar jangkitan penyakit nosokomial di ICU,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor turut merakamkan penghargaan ke atas HQE2 atas kepercayaan yang diberikan kepada UMS untuk bekerjasama dalam pembedahan otak tersebut.

“Pihak UMS amat teruja dan berterima kasih kepada pasukan neurosurgeri dari HQE2 atas kerjasama yang baik dengan UMS untuk memastikan kemajuan dalam pembedahan otak, saraf dan pembiusan dapat memberi manfaat kepada rakyat Sabah.

“Saya difahamkan bahawa ini merupakan kali ketiga UMS berjaya bekerjasama dengan pasukan HQE2 dalam melakukan pembedahan otak secara sedar di Sabah dengan dua pembedahan terdahulu merupakan pesakit dengan ketumbuhan di otak (brain tumor),” katanya.

Senada dengan beliau ialah Dekan FPSK UMS, Datuk Dr. Mohd Yusof Ibrahim.

“Diharapkan lebih banyak kemajuan dalam penjagaan neurosurgikal dan neurokritikal, seperti brain suite, dapat diberikan kepada hospital tertiari di Sabah, khususnya Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS), untuk memberi manfaat kepada rakyat Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/14/pakar-hqe2-ums-lakukan-pembedahan-otak-secara-sedar-kepada-pesakit-warga-emas/feed/ 0 58998
Bekalan Perubatan & Peralatan Tambahan Tiba Di Kota Kinabalu https://sabahmedia.com/2021/09/07/bekalan-perubatan-peralatan-tambahan-tiba-di-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2021/09/07/bekalan-perubatan-peralatan-tambahan-tiba-di-kota-kinabalu/#respond Tue, 07 Sep 2021 08:51:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5976
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU : Penghantaran bekalan perubatan dan peralatan tambahan ke Sabah tiba di Kota Kinabalu pagi tadi menerusi penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Keperluan itu adalah bagi menghadapi trend peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Sabah.

Antara barangan itu merangkumi 480 silinder oksigen dan regulator, selain 48 unit pemekat oksigen serta puluhan kotak berisi ubat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata penghantaran bekalan perubatan dan peralatan untuk menguruskan pesakit COVID-19 di Sabah itu dibuat seperti yang dijanjikan kepada kerajaan Sabah semalam.

“Terima kasih TUDM kerana menyediakan pengangkutan bagi menghantar bekalan perubatan dan peralatan untuk kegunaan Kerajaan Sabah serta rakyatnya,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Semalam, Khairy memaklumkan bahawa KKM akan mula menghantar peralatan perubatan tambahan ke Sabah hari ini.

Katanya, ia adalah bagi menghadapi peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Sabah dimana tindakan intervensi yang lebih holistik dan tuntas mesti dilaksanakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/07/bekalan-perubatan-peralatan-tambahan-tiba-di-kota-kinabalu/feed/ 0 5976