perumahan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 31 Jan 2026 09:23:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png perumahan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Institusi kewangan digesa permudah pembiayaan perumahan rakyat Sabah – Fairuz https://sabahmedia.com/2026/01/31/bank-digesa-permudah-pinjaman-perumahan-rakyat-sabah-fairuz/ https://sabahmedia.com/2026/01/31/bank-digesa-permudah-pinjaman-perumahan-rakyat-sabah-fairuz/#respond Sat, 31 Jan 2026 08:53:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90747
Read Time:2 Minute, 47 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Institusi kewangan digesa supaya memperkemas serta mempermudah syarat pembiayaan perumahan bagi membantu lebih ramai rakyat Sabah memiliki kediaman sendiri, khususnya di kawasan bandar yang mempunyai akses kepada kemudahan asas dan peluang ekonomi.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP), Datuk Fairuz Renddan berkata, walaupun banyak projek perumahan mampu milik dibangunkan, kekangan utama yang sering dihadapi pembeli adalah kelulusan pinjaman daripada institusi kewangan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Grand Meridian, sebuah projek kondominium bertingkat tinggi oleh Skye Vista Development Sdn. Bhd., di sini, hari ini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri melalui KKTP sentiasa menyokong pemaju swasta yang berkeupayaan serta mempunyai rekod baik dalam menyiapkan projek perumahan mengikut spesifikasi dan garis masa ditetapkan.

“Daripada pihak kerajaan, kita sentiasa bersedia membantu dan mempermudahkan urusan yang diperlukan pemaju, sama ada berkaitan tanah, deposit premium (DP) dan perkara-perkara lain, selagi ia mematuhi peraturan dan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Fairuz berkata, pembangunan perumahan juga selari dengan aspirasi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), yang antara lain memberi penekanan kepada kesejahteraan rakyat dan keperluan asas termasuk pemilikan rumah.

“Kita mahu, dalam tempoh pentadbiran ini, lebih ramai rakyat Sabah dapat memiliki rumah sendiri. Jika boleh, satu keluarga, satu rumah, khususnya di kawasan bandar.

“Kita faham ramai yang masih menyewa dan ada juga yang beranggapan mereka tidak mampu membeli rumah, sedangkan sebenarnya harga yang ditawarkan bagi projek seperti ini adalah berbaloi dengan lokasi serta kemudahan sekitarnya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan isu kelulusan pinjaman perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh menjejaskan kadar jualan walaupun rumah yang dibina adalah mampu milik.

“Kalau unit rumah banyak dibina tetapi pinjaman bank terlalu sukar diluluskan, akhirnya rumah tidak terjual dan ini tidak memberi manfaat kepada mana-mana pihak,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan lanjut dengan institusi kewangan dan agensi berkaitan bagi mencari mekanisme yang lebih fleksibel, khususnya mengambil kira situasi ekonomi dan corak pendapatan rakyat di Sabah yang berbeza berbanding negeri lain.

“Saya akan mencadangkan kepada menteri saya supaya kita mengadakan perbincangan semula dengan pihak bank dan agensi berkaitan pinjaman perumahan. Kita faham, di Sabah ini keadaannya agak berbeza berbanding di Kuala Lumpur, dan perkara itu perlu diambil kira,” katanya.

Fairuz berkata, melalui Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) di bawah KKTP, kerajaan negeri turut menyediakan skim pinjaman serta membina pelbagai projek rumah mampu milik, termasuk inisiatif di bawah SMJ.

Beliau menjelaskan konsep rumah mampu milik tidak semestinya tertumpu kepada harga rendah semata-mata, sebaliknya bergantung kepada kemampuan kewangan pembeli untuk mendapatkan kelulusan pinjaman.

“Rumah mampu milik ini bukan hanya soal harga murah. Rumah berharga RM600,000 juga boleh dianggap mampu milik sekiranya pembeli berkemampuan, lokasinya strategik berhampiran bandar dan kemudahan lengkap,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan kerjasama lebih luas antara kerajaan negeri dan pemaju, termasuk pemaju swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), bagi membangunkan lebih banyak projek perumahan berkualiti selaras dengan agenda SMJ.

Terdahulu, Fairuz merakamkan penghargaan kepada Skye Vista Development Sdn. Bhd. atas jemputan merasmikan pelancaran Grand Meridian, yang disifatkan sebagai simbol keyakinan sektor swasta terhadap potensi pertumbuhan Kota Kinabalu.

Beliau berkata, Grand Meridian melibatkan pembangunan dua blok kondominium setinggi 32 tingkat dengan keseluruhan 535 unit kediaman, yang direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden tanpa mengabaikan aspek keselesaan, keselamatan dan kelestarian.

Hadir sama, Pengarah Urusan Skye Vista Development Sdn. Bhd., Pong Vui Seng dan Pengurus Pemasaran dan Jualan, Clement Chu.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/31/bank-digesa-permudah-pinjaman-perumahan-rakyat-sabah-fairuz/feed/ 0 90747
Lebih Banyak Rumah Mampu Milik Akan Dibina Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/11/30/lebih-banyak-rumah-mampu-milik-akan-dibina-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/11/30/lebih-banyak-rumah-mampu-milik-akan-dibina-di-sabah/#respond Tue, 30 Nov 2021 05:33:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9076
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU : Sabah akan membina lebih banyak rumah mampu milik termasuk di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini selaras dengan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Lembaga Pembangunan Perumahan Dan Bandar (LPPB) kini sedang membina 175 buah rumah kos rendah di beberapa buah daerah di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Katanya, ia termasuklah di Kemabong, Sukau,Melalap dan Beluran.

“Adalah diharapkan melalui usaha yang diambil oleh kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ini akan dapat memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk memiliki rumah.

“Kerajaan GRS juga akan memastikan lebih banyak rumah mampu milik akan dibina di negeri ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Cadangan Pembangunan 441 Unit Kondominium di Signal Hill disini hari ini.

Hadir sama Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Hajiji berkata, LPPB kini telah menyiapkan 29,218 buah rumah kos rendah di seluruh Sabah sejak Rancangan Malaysia Pertama sehingga RMK-11.

Katanya, pada masa yang sama sebanyak 32 projek PPR telah dibina di Sabah yang terdiri daripada 21,800 unit rumah.

“Empat projek PPR sedang dalam pembinaan iaitu di Pitas, Tagasan  (Semporna), Kionsom (Inanam) dan Lahad Datu,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, projek kondominium yang diusahakan KPLB melalui MARA bersama kerajaan negeri ini merupakan satu projek yang baik kerana ia mampu menarik minat pelabur asing untuk ke Sabah menerusi Program Malaysia Rumah Keduaku.

Katanya, projek itu turut menawarkan peluang pekerjaan yang berpotensi kepada 1,000 penduduk tempatan selain daripada mewujudkan spin-off ekonomi di kawasan sekitar.

“Saya percaya pembinaan projek ini adalah tepat kerana Kerajaan Negeri telah berjaya menarik beberapa pelaburan baru dalam pembuatan dan sektor pelancongan.

“Pelabur juga pasti memerlukan kemudahan asas termasuk rumah,”katanya

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/30/lebih-banyak-rumah-mampu-milik-akan-dibina-di-sabah/feed/ 0 9076
Kerajaan Negeri Benarkan PPS Memberi Pinjaman Perumahan Kepada Penjawat Awam https://sabahmedia.com/2021/10/28/kerajaan-negeri-benarkan-pps-memberi-pinjaman-perumahan-kepada-penjawat-awam/ https://sabahmedia.com/2021/10/28/kerajaan-negeri-benarkan-pps-memberi-pinjaman-perumahan-kepada-penjawat-awam/#respond Thu, 28 Oct 2021 11:13:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8013
Read Time:2 Minute, 24 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PENAMPANG: Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS) telah diberi kebenaran untuk memberi pinjaman perumahan kepada penjawat awam negeri Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan perkara tersebut bahawa kerajaan negeri memberi kebenaran kepada PPS supaya memberi kemudahan pinjaman perumahan kepada penjawat awam negeri untuk memiliki rumah sendiri.

“InshaAllah dengan kebenaran ini, kerajaan memberi kemudahan kepada penjawat awam negeri untuk memiliki rumah sendiri sama ada membeli atau membina rumah.

“Justeru, saya berharap PPS akan terus maju sebagai satu agensi kerajaan yang dibanggakan. Daripada taklimat yang diberikan oleh PPS, jelas perbadanan ini adalah agensi yang mantap dan perlu dicontohi oleh mana-mana agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini,” katanya sempena majlis Penyerahan Dividen, Faedah dan Zakat Perniagaan PPS kepada Kerajaan Negeri Sabah di Wisma Perbadanan Pinjaman Sabah di Penampang, di sini pada Khamis.

Hajiji juga meminta semua GLC di negeri ini akan mampu menghasilkan keuntungan dan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada pelanggan serta rakyat.

“Saya mahu kepada GLC lain yang mahu terus mencapai perkhidmatan yang terbaik agar dapat merombak atau menyusun semula pentadbiran mereka untuk menjadi GLC yang boleh dibanggakan seperti mana harapan kerajaan,” katanya.

Sempena majlis itu kerajaan Sabah menerima dividen sebanyak RM17.5 juta daripada PPS selain RM576,421.44 sebagai pembayaran faedah, bagi tahun 2020. Perbadanan Pinjaman Sabah turut membayar zakat perniagaan berjumlah RM263,690.55, bagi tempoh yang sama.

“Kerajaan negeri merakamkan syabas kepada PPS kerana tidak pernah gagal untuk membayar dividen sejak 2002.

“Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan terkesan dengan perubahan landskap ekonomi susulan pandemik COVID-19 sejak lebih setahun lalu, ahli lembaga, pihak pengurusan dan semua warga PPS masih mampu menunjukkan daya saing yang cemerlang serta mampu menghasilkan keputusan yang memberangsangkan.

“Sejak tahun 2002, PPS tidak pernah gagal untuk membayar dividen kepada kerajaan negeri dan usaha ini amat dihargai. Saya berharap pemberian dividen oleh PPS yang bermula sejak 19 tahun lalu, terus dikekalkan untuk tahun-tahun seterusnya selain mengekalkan prestasi cemerlang,” katanya.

Hajiji turut menyatakan ekspektasi atau harapan pelanggan kepada penyampaian perkhidmatan kerajaan telah berubah pada unjuran yang besar berikutan perubahan teknologi terutama sekali di media sosial.

“Justeru, saya mahu setiap agensi kerajaan menyahut cabaran itu untuk memberi khidmat yang terbaik dan jika boleh, melebihi ekspektasi kepuasan setiap pelanggan. Saya berharap lembaga pengarah dan pengurusan PPS akan terus meningkatkan mutu perkhidmatan mereka sekali gus meneroka di luar daripada zon selesanya dan melaksanakan lebih banyak bidang perniagaan,” katanya.

Katanya, selama bertahun-tahun, PPS bukan sahaja telah mencapai prestasi melebihi jangkaan tetapi ia telah menjangkaui perniagaan untuk mendekati hati dan minda (hearts and minds) bagi membantu masyarakat melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilaksanakan perbadanan berkenaan.

“Ini termasuk pemberian bantuan alat-alat perubatan kritikal kepada setiap hospital akibat pandemik COVID-19 di samping membantu mangsa yang terkesan daripada pelbagai bencana alam yang berlaku,” katanya sambil berharap usaha PPS ini akan dicontohi agensi atau sektor swasta di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/28/kerajaan-negeri-benarkan-pps-memberi-pinjaman-perumahan-kepada-penjawat-awam/feed/ 0 8013
Bina Lebih Banyak Rumah Mampu Milik Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/10/12/bina-lebih-banyak-rumah-mampu-milik-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/10/12/bina-lebih-banyak-rumah-mampu-milik-di-sabah/#respond Tue, 12 Oct 2021 09:01:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7445
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Persatuan Pengguna Bijak Sabah menyarankan supaya pemaju perumahan khususnya di negeri ini membina lebih banyak rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan rakyat berpendapatan rendah di Sabah.

Presidennya, David Chan berkata,  pemaju perumahan perlu lebih bertanggungjawab dengan tidak terlalu mengejar keuntungan sebaliknya membantu kerajaan membina lebih banyak projek perumahan mampu milik demi manfaat rakyat.

“Pemaju perumahan juga disaran untuk membantu merealisasikan aspirasi kerajaan bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat memiliki rumah sendiri.  Mereka juga seharusnya lebih peka dengan keadaan ekonomi semasa.

“Pihak pemaju juga perlu memberi keutamaan dalam membina perumahan, premis perniagaan atau apa sahaja fasiliti bersesuaian yang bukan sahaja mampu dimiliki tetapi juga bermanfaat untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Pengerusi Lembaga Perumahan dan Perancang Bandar (LPPB) Datuk Masiung Banah disini semalam.

David berkata, kerajaan juga kini telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk tujuan itu seperti rumah mampu milik melalui LPBB.

Katanya, selain menjalin kerjasama erat dengan pelbagai syarikat dan pemaju perumahan atau hartanah yang beroperasi di negeri ini, pihaknay turut menyokong pengumuman Masiung berkenaan hasrat untuk membina lebih 10,000 rumah mampu milik di negeri ini.

“Dalam situasi ekonomi yang sangat mencabar ketika ini, adalah lebih praktikal dan paling baik untuk pemaju perumahan memberi tumpuan kepada pembinaan rumah mampu milik berbanding skim perumahan mewah.

“Pastinya rakyat kita di luar sana masih ramai yang belum mampu memiliki kediaman kerana kos untuk membeli rumah adalah sangat mahal.

“Jika perumahan mampu milik dibina dengan lebih banyak, pasti ini satu berita baik dan diharapkan oleh ramai rakyat kita, khasnya di Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/12/bina-lebih-banyak-rumah-mampu-milik-di-sabah/feed/ 0 7445