Perunding syarikat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 13 Mar 2024 09:15:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Perunding syarikat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Perunding syarikat ditahan, tuntut lebih RM 400,000, kemuka butiran matan palsu https://sabahmedia.com/2024/03/13/perunding-syarikat-ditahan-tuntut-lebih-rm-400000-kemuka-butiran-matan-palsu/ https://sabahmedia.com/2024/03/13/perunding-syarikat-ditahan-tuntut-lebih-rm-400000-kemuka-butiran-matan-palsu/#respond Wed, 13 Mar 2024 09:15:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50999
Read Time:38 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang perunding syarikat kerana disyaki mengemukakan tuntutan hampir lebih RM400,000 menggunakan dokumen mengandungi butiran matan palsu kepada sebuah agensi kerajaan negeri.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Karunanithy A/L Y. Subbiah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Menurutnya, suspek lelaki berusia 50an dipercayai mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pembekalan mesin kepada usahawan membabitkan dana Program Bantuan Industri Kecil Sederhana (BAIKS),

“Perbuatan berkenaan telah dilakukan suspek sekitar tahun 2023 sedangkan mesin tidak dibekalkan oleh syarikat suspek.

“Suspek telah ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi ketika hadir bagi memberi keterangan di SPRM Sabah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 17 & 18 Akta SPRM 2009.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu bagi tujuan permohonan reman esok pagi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/13/perunding-syarikat-ditahan-tuntut-lebih-rm-400000-kemuka-butiran-matan-palsu/feed/ 0 50999