peruntukan tambahan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 23 Mar 2025 22:49:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png peruntukan tambahan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah mohon peruntukan tambahan naik taraf jalan lebih 20 tahun usia reka bentuk https://sabahmedia.com/2025/03/24/sabah-mohon-peruntukan-tambahan-naik-taraf-jalan-lebih-20-tahun-usia-reka-bentuk/ https://sabahmedia.com/2025/03/24/sabah-mohon-peruntukan-tambahan-naik-taraf-jalan-lebih-20-tahun-usia-reka-bentuk/#respond Sun, 23 Mar 2025 22:46:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70994
Read Time:2 Minute, 18 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memohon peruntukan tambahan daripada Kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf jalan-jalan persekutuan di negeri itu yang telah melebihi tempoh jangka hayat reka bentuk lebih 20 tahun.

Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, banyak jalan di Sabah tidak lagi sesuai untuk penyelenggaraan rutin seperti menampal lubang, sebaliknya memerlukan proses naik taraf sepenuhnya.

“Jalan-jalan persekutuan terutama dari Ranau hingga ke check point Semporna – Tawau telah melebihi jangka hayat reka bentuk. Dengan pertambahan trafik dan beban berlebihan, jalan-jalan ini bukan sahaja perlu diselenggara tetapi dinaik taraf sepenuhnya,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Iftar Ramadan bersama Rumah Anak Yatim As-Sakinah, Kinarut di sini, pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin baru-baru ini menggesa kerajaan melalui Jabatn Kerja Raya (JKR) Sabah agar mengambil tindakan serius isu jalan raya yang semakin membimbangkan kepada pengguna di negeri ini.

Menurut Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, kerajaan negeri telah mengemukakan senarai keutamaan (wish list) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam taklimat pembangunan bersama Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, setiap tahun Sabah memerlukan penyelenggaraan untuk kira-kira 110 kilometer jalan persekutuan, namun peruntukan yang diterima hanya mencukupi bagi sekitar 50 hingga 60 kilometer.

“Akibatnya, wujud backlog yang semakin bertambah setiap tahun. Kini, kita terpaksa mengejar kerja penyelenggaraan yang tertangguh disebabkan jalan-jalan ini telah mencapai had usia penggunaannya,.

“Maka itulah kita berbincang dengan Kerajaan Persekutuan, kita minta tambahan peruntukan untuk jalan yang perlu diselenggara dan perlu dinaik taraf, yang paling penting sekarang kita naik taraf jalan-jalan persekutuan yang sudah lama,” jelas Shahemey.

Dalam perkembangan lain, Shahelmey turut memaklumkan bahawa beberapa jalan di Sabah sedang menjalani proses pemulihan, termasuk empat lokasi utama yang mengalami kerosakan teruk.

“Bagi jalan berstatus ‘kondisi lima’ – iaitu jalan yang sudah tidak boleh dibaiki hanya dengan tampalan lubang – Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan dana pemulihan. Antara lokasi yang terlibat ialah Paitan, Kalabakan – Sapulut serta dua lokasi lain yang sedang dalam penilaian,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa JKR Sabah serta kontraktor yang terlibat dalam projek Lebuh Raya Pan Borneo telah diminta memastikan keadaan jalan sentiasa selamat untuk pengguna, terutamanya menjelang musim perayaan yang bakal menyaksikan peningkatan trafik.

Dalam masa yang sama, beliau mengingatkan pengguna jalan raya untuk lebih berhati-hati terutamanya di kawasan yang baru dibaik pulih, seperti laluan Keningau – Kimanis yang mengalami tanah runtuh awal bulan ini.

“Kerja pembaikan sementara telah selesai dan jalan sudah boleh digunakan semula. Namun, pengguna perlu berwaspada terutama ketika hujan lebat kerana struktur tanah masih belum stabil sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, pada Majlis Iftar, Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat dan Ahli Parlimen Putatan turut menyantuni media dan Sukarelawan Pusat Khidmat DUN 24 (OCN24).

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/24/sabah-mohon-peruntukan-tambahan-naik-taraf-jalan-lebih-20-tahun-usia-reka-bentuk/feed/ 0 70994
KPT salur RM2 juta peruntukan tambahan kepada UMS atasi masalah bekalan air https://sabahmedia.com/2024/01/08/kpt-salur-rm2-juta-peruntukan-tambahan-kepada-ums-atasi-masalah-bekalan-air/ https://sabahmedia.com/2024/01/08/kpt-salur-rm2-juta-peruntukan-tambahan-kepada-ums-atasi-masalah-bekalan-air/#respond Mon, 08 Jan 2024 09:43:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47673
Read Time:1 Minute, 55 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak RM2 juta peruntukan tambahan disalurkan kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi tujuan mengatasi masalah bekalan air yang dihadapi warga universiti itu khususnya para pelajar.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya hari ini telah mendengar beberapa taklimat berkaitan pembangunan di universiti itu ternasuk isu yang berkaitan dengan masalah bekalan air.

“Berdasarkan taklimat yang diberikan kepada saya, pihak UMS memerlukan sedikit temabahan lagi (peruntukan) khususnya kepada kawasan yang mempunyai sumber air tetapi air itu tidak boleh dipam naik ke kawasan tinggi di asrama berkenaan.

“Jadi saya bertanya berapa yang diperlukan dan mereka antara RM800,000 ke RM1 juta sebagai tambahan. Jadi saya telah umumkan tambahan sebanyak RM1 juta bagi membolehkan pam dapat disediakan bagi mengalirkan air ke kawasan atas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke kampus induk UMS di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Mustapha Sakmud, dan Naib Canselor UMS, Datuk Dr Kasim Mansor.

Zambry berkata, pihaknya turut menambah peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta bagi memastikan beberapa tiub di kawasan rendah dapat dibuat.

Katanya, ia juga agar dapat memastikan kawasan penggerudian dapat dibuat untuk memastikan kerja mencari punca air dapat disegerakan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga akan mendapatkan khidmat pakar berkaitan bagi menyelesaikan isu bekalan air di UMS.

“Saya telah memaklumkan kepada pihak UMS bahawa ada dikalangan profesor kita yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Mereka akan gunakan pendekatan ini untuk membantu menyelesaikan dan memaklumkan kepada pihak kita langkah segera.

“Saya juga dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Sabah juga ada perancangan untuk membina satu kolam tangki air yang besar tapi ia mungkin mengambil sedikit masa,” katanya.

Ketika ditanya mengenai status penggunaan peruntukan RM3 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Zambry berkata pihaknya dimaklumkan peruntukan itu telah digunakan untuk tujuan mengatasi isu bekalan air di UMS.

“Sudah tentu pelajar bertanya berkenaan wang (peruntukan) itu sama ada ia digunakan atau tidak. Saya fikir tidak ada masalah sebenarnya dan pihak pentadbiran boleh memaklumkan khususnya kepada pimpinan pelajar mengenai butirannya supaya ketirisan dapat dielakkan,” katanya.

Terdahulu, ketibaan Zambry ke UMS disambut dengan sambutan yang ‘unik’ apabila sebahagian pelajar universiti itu menyuarakan kesusahan mereka khususnya melibatkan bekalan air.

Kumpulan pelajar itu juga dilihat menyanyikan lagu permohonan maaf kerana tidak dapat mandi bagi menyambut ketibaan Zambry. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/08/kpt-salur-rm2-juta-peruntukan-tambahan-kepada-ums-atasi-masalah-bekalan-air/feed/ 0 47673
Kerajaan Negeri meluluskan RM10 juta peruntukan tambahan kepada UCSF https://sabahmedia.com/2023/01/14/kerajaan-negeri-meluluskan-rm10-juta-peruntukan-tambahan-kepada-ucsf/ https://sabahmedia.com/2023/01/14/kerajaan-negeri-meluluskan-rm10-juta-peruntukan-tambahan-kepada-ucsf/#respond Sat, 14 Jan 2023 07:58:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27892
Read Time:2 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri meluluskan RM10 juta peruntukan tambahan kepada Universiti College Sabah Foundation (UCSF) bagi menyokong meningkatkan kualiti pendidikan dan kecemerlangan di institusi tersebut.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri akan terus memberi sokongan penuh terhadap apa juga usaha pembangunan oleh universiti tunggal milik Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Sabah iaitu UCSF.

“Bagi memastikan UCSF terus cemerlang dan menjadi pilihan anak-anak kita, Kerajaan Negeri akan memberi peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta sebagai geran penyelidikan pembangunan Sabah, kursus dan latihan kepada penjawat awam serta belia, dan projek perintis bagi pengeluaran batik botanic UCSF.

“Saya juga meluluskan cadangan penubuhan kursi akademik di UCSF yang diberi nama Kursi Pembangunan Sabah UCSF dengan suntikan dana permulaan sebanyak RM5 juta. Saya berharap dengan bantuan tambahan ini, UCSF akan terus cemerlang”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesyen ke-2 UCSF di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), dekat sini, hari ini.

Hajiji berkata, kerajaan pimpinannya juga akan terus menyokong segala usaha UCSF dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan kecemerlangan institusi, melahirkan modal insan yang berkemahiran dan berkualiti, seterusnya menggerakkan transformasi pendidikan di negeri ini.

Menurutnya, dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Petronas dan UCSF pada Oktober 2022, merupakan satu lagi pencapaian dalam usaha pembangunan modal insan di Sabah.

“Melalui kerjasama ini, UCSF akan menawarkan kursus berasaskan Minyak dan Gas di kampusnya untuk melahirkan lebih ramai pelajar tempatan dalam pelbagai bidang pekerjaan sektor berkenaan. Hakikatnya bahawa polisi-polisi pengurusan bakat dan modal insan telah pun digubal dan akan terus menjadi keutamaan saya,” katanya.

Menurut Hajiji lagi, UCSF yang telah berusia 8 tahun, dengan matlamat penubuhannya sebagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Sabah yang bersifat memenuhi tanggungjawab
sosial dan sustainability, telah mengekalkan objektif awal penubuhannya untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional yang mampu membanggakan masyarakat serta menyumbang dalam aspek pembangunan negeri Sabah.

“Saya berasa gembira kerana UCSF telah menyediakan peluang dan tempat kepada ramai pelajar di negeri ini melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. UCSF juga telah melahirkan ramai graduan yang berdaya saing dalam pasaran pekerjaan, khususnya dalam kalangan rakyat Sabah”, katanya.

Beliau juga mencadangkan agar UCSF meluaskan programnya dengan membuka mini kampus di Tawau selaras dengan usaha untuk mengantarabangsakan universiti itu dalam aspek akademik dan penyelidikan.

Hajiji berkata, kerajaan Sabah telah melakukan yang terbaik bagi membangunkan negeri ini di bawah Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, sehingga berjaya meraih hasil lebih RM6.6 bilion pada tahun 2022.

Katanya, hasil yang dikutip itu merupakan prestasi terbaik kerajaan negeri selepas bersama membentuk Malaysia pada tahun 1963, yang juga antara bukti kesungguhan kerajaan Sabah pada masa ini membangunkan negeri ini.

Beliau menegaskan, kerajaan negeri juga terus melaksanakan dasar kukuh bagi membawa lebih banyak pelaburan.

Katanya, dalam Belanjawan Negeri 2023 sebanyak RM175.61 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan modal insan dan Information and Communication Technology (ICT) menerusi pelbagai inisiatif bagimerangsang minat pelajar dalam Pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Menurutnya, peruntukan itu juga untuk merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar bagi meluaskan penerimaan digital dan memacu transformasi digital di Sabah.

“Pembangunan ICT di Sabah juga akan diberi penekanan dengan Sabah Skills & Technology Centre akan memperkenalkan beberapa inisiatif untuk membangun dan menyokong perkembangan industri digital, disamping meneruskan latihan teknologi Revolusi Industri 4.0 sepanjang tahun ini.

“Sabah Creative Economy and Innovation Centre juga akan meneruskan program bagi memastikan bakat modal insan di Sabah terus digilap,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/14/kerajaan-negeri-meluluskan-rm10-juta-peruntukan-tambahan-kepada-ucsf/feed/ 0 27892