Peruntukan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 27 Sep 2025 11:12:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Peruntukan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Peruntukan badan keagamaan bukan Islam di Sabah ditingkatkan kepada RM90 juta https://sabahmedia.com/2025/09/27/peruntukan-badan-keagamaan-bukan-islam-di-sabah-ditingkatkan-kepada-rm90-juta/ https://sabahmedia.com/2025/09/27/peruntukan-badan-keagamaan-bukan-islam-di-sabah-ditingkatkan-kepada-rm90-juta/#respond Sat, 27 Sep 2025 11:06:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82110
Read Time:1 Minute, 56 Second

RANAU: Kerajaan negeri di bawah pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan meningkatkan peruntukan kepada semua badan keagamaan bukan Islam dan institusi pendidikan persendirian di Sabah daripada RM70 juta kepada RM90 juta tahun hadapan.

Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, peningkatan sebanyak RM20 juta yang diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor itu adalah sebahagian daripada inisiatif di bawah pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk kesejahteraan rakyat.

“Semua rakyat Sabah tanpa mengira agama berhak menerima bantuan ini kerana ia adalah duit Sabah. Sama ada Islam atau Kristian, semuanya mendapat bantuan secara adil. Kadang-kala ada yang menerima lebih sedikit bergantung kepada keperluan pada tahun tersebut,” katanya.

Masidi berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Rumah Staf Borneo Natural Farm (BNF) yang disempurnakan Presiden SIB Sabah, Datuk Ir Jerry Dusing, di sini pada Sabtu.

Menurutnya, kerajaan sentiasa memberikan sokongan kepada semua institusi keagamaan dengan pendekatan yang seimbang.

“Ranau sendiri terkenal dengan toleransi agama yang tinggi dan tidak hairanlah daerah ini berada di tangga keenam dalam indeks kebahagiaan Malaysia.

“Dalam keluarga kita, ada pelbagai latar belakang agama, tetapi perbezaan itu tidak menjadi penghalang untuk hidup rukun kerana kita percaya kepada Tuhan yang sama,” ujarnya.

Beliau menegaskan krisis perbezaan agama di dunia wujud kerana manusia lebih banyak membicarakan perbezaan berbanding meraikan persamaan.

“Jika kita fokus pada persamaan dan keharmonian, walaupun dalam keadaan kekurangan, semua akan tetap merasakan kecukupan,” katanya.

Dalam ucapannya, Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karanaan turut memuji usaha SIB membangunkan Borneo Natural Farm, yang sebahagian besar aktivitinya berteraskan pertanian semula jadi.

Masidi (dua kiri) menanam pokok di Ladang BNF sempena perasmian majlis itu.

Beliau menyarankan agar pengusaha ladang dan masyarakat menanam pokok avocado kerana permintaannya tinggi dengan pulangan lumayan.

“Semoga pembinaan rumah staf ini berjalan lancar dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya apabila siap kelak,” tambahnya.

BNF mengaplikasikan teknik Pertanian Semula Jadi (Natural Farming) yang diperoleh daripada Korea Selatan, selain menimba pengalaman dari Filipina, Taiwan dan Thailand. Amalan tradisi petani tempatan turut dijadikan asas bagi memperkukuhkan keberkesanan konsep tersebut.

Pertanian semula jadi itu menekankan interaksi tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma secara harmoni sehingga menghasilkan produk ternakan dan tanaman yang sihat, bebas pencemaran serta berkualiti tinggi.

Hadir sama, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir; Adun Lantikan, Datuk Amisah Yassin; Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen, Benedict Gunda; pimpinan Gereja SIB dan tetamu lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/27/peruntukan-badan-keagamaan-bukan-islam-di-sabah-ditingkatkan-kepada-rm90-juta/feed/ 0 82110
Sekolah Cina, Mubaligh dan rumah ibadat bukan Islam di Sabah terima peruntukan RM70 juta https://sabahmedia.com/2025/01/25/sekolah-cina-mubaligh-dan-rumah-ibadat-bukan-islam-di-sabah-terima-peruntukan-rm70-juta/ https://sabahmedia.com/2025/01/25/sekolah-cina-mubaligh-dan-rumah-ibadat-bukan-islam-di-sabah-terima-peruntukan-rm70-juta/#respond Sat, 25 Jan 2025 00:02:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67409
Read Time:1 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri telah memperuntukan sebanyak RM70 juta kepada sekolah Cina, Mubaligh dan rumah ibadat bukan Islam di Sabah pada tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, jumlah tertinggi yang pernah diberikan itu adalah bukti komitmen Kerajaan Negeri dalam memenuhi keperluan setiap kumpulan.

Katanya, komitmen Kerajaan Negeri untuk menyokong program rakyat tanpa sebarang prejudis tidak harus diragui.

Beliau percaya bahawa Karnival Tahun Baru Cina bukan sahaja dihadiri oleh masyarakat Cina tetapi juga oleh pelbagai komuniti lain yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan di Sabah.

“Kita menyambut perayaan satu sama lain bersama-sama, yang telah memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Karnival Tahun Baru Cina di Padang Merdeka di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew.

Hajiji turut menasihatkan rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan elemen negatif yang bertujuan untuk merosakkan perpaduan.

Beliau turut melahirkan rasa syukur kepada masyarakat Cina di Sabah atas sokongan padu mereka terhadap Kerajaan Negeri dalam memastikan agenda pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dapat berjalan dengan lancar.

“Adalah penting untuk kita semua kekal bersatu dan melindungi keamanan, keharmonian, dan kestabilan politik kita untuk memastikan kemajuan dan pembangunan Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata pertumbuhan dan ekonomi negeri akan terjejas tanpa kestabilan politik.

Beliau mengaitkan pencapaian Kerajaan Negeri tahun lalu yang berjaya mengumpulkan hampir RM7 bilion dalam hasil pendapatan dan menarik RM1.7 bilion pelaburan domestik dan asing kepada kestabilan politik.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sabah atas sokongan dan kepercayaan berterusan mereka terhadap Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Pakatan Harapan (PH) untuk memimpin negeri ini,” katanya.

Hajiji juga memuji Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS) kerana bekerjasama erat untuk memastikan kejayaan karnival ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/25/sekolah-cina-mubaligh-dan-rumah-ibadat-bukan-islam-di-sabah-terima-peruntukan-rm70-juta/feed/ 0 67409
Kerajaan luluskan RM1.5 juta kepada persatuan wanita di Sabah https://sabahmedia.com/2024/08/24/kerajaan-luluskan-rm1-5-juta-kepada-persatuan-wanita-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/08/24/kerajaan-luluskan-rm1-5-juta-kepada-persatuan-wanita-di-sabah/#respond Sat, 24 Aug 2024 01:57:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59578
Read Time:2 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri Sabah memperuntukkan sejumlah RM1.5 juta kepada persatuan-persatuan wanita dan badan bukan kerajaan (NGO) wanita bagi melaksanakan lebih banyak program dan aktiviti yang memberi manfaat kepada pembangunan wanita di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, peruntukan itu juga sebagai tanda sokongan daripada kerajaan yang amat menghargai peranan dan sumbangan wanita secara keseluruhannya.

“Justeru, melihat kepada kepentingan peranan persatuan wanita, saya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta kepada persatuan-persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) wanita di negeri ini, yang akan diselaraskan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA).

“Saya berharap peruntukan dapat membantu persatuan wanita dalam melaksanakan program atau aktiviti yang memberi manfaat kepada wanita di seluruh negeri ini. 

“Kita sememangnya memperakui betapa pentingnya peranan dan sumbangan kaum wanita dalam apa jua bidang ke arah kemajuan dan pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Sambutan Hari Wanita peringkat negeri Sabah di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk lr Shahelmey Yahya.

Hajiji berkata, ini termasuklah dalam pembangunan institusi kekeluargaan, pendidikan, ekonomi dan pentadbiran serta arena politik.

Katanya, kerajaan negeri turut memperuntukkan sebanyak RM6.36 juta kepada JHEWA dan RM700,000 kepada Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS), pada tahun ini bagi melaksanakan pelbagai projek dan program pembangunan wanita.

“Justeru, saya mahu MPWS sebagai badan pemikir dan penasihat berhubung hal ehwal wanita, akan lebih agresif dan proaktif dalam menyumbangkan buah fikiran dan idea baharu, ke arah memperkasakan lagi penyertaan dan pembangunan kaum wanita di Sabah.

“Sementara itu, JHEWA sebagai agensi kerajaan negeri yang dipertanggungjawabkan menangani hal ehwal wanita, diharapkan terus melaksanakan program pembangunan wanita secara efektif dan efisien menepati sasaran dan perancangan,” katanya.

Beliau berkata ramai dalam kalangan wanita pada hari ini sudah seiring dengan pencapaian golongan lelaki, termasuk berjawatan tinggi dalam pasukan keselamatan negara; jawatan yang suatu ketika dahulu hanya dimonopoli oleh lelaki.

“Tidak kurang juga ramai yang menjadi doktor, peguam, jurutera, termasuklah menceburi kerjaya sebagai juruterbang dan angkasawan. Ini jelas membuktikan bahawa wanita juga adalah pemangkin kepada kecemerlangan negara, selaras dengan aspirasi Masyarakat Madani.

“Dalam konteks negeri Sabah, kita sentiasa menyokong dan mengiktiraf golongan wanita untuk menyertai kumpulan pembuat dasar atau pembuat keputusan. Setakat ini, kita mempunyai beberapa wanita yang menyandang jawatan tertinggi termasuk dalam Kabinet negeri selain mengetuai atau menerajui sektor awam serta swasta.

“Saya percaya lebih ramai lagi golongan wanita akan menjadi peneraju atau ketua dalam sektor awam mahu pun swasta pada masa hadapan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/24/kerajaan-luluskan-rm1-5-juta-kepada-persatuan-wanita-di-sabah/feed/ 0 59578
Sabah dijangka terima peruntukan lebih besar Belanjawan 2024 – Ahmad Maslan https://sabahmedia.com/2023/09/06/sabah-dijangka-terima-peruntukan-lebih-besar-belanjawan-2024-ahmad-maslan/ https://sabahmedia.com/2023/09/06/sabah-dijangka-terima-peruntukan-lebih-besar-belanjawan-2024-ahmad-maslan/#respond Wed, 06 Sep 2023 07:25:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41346
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Sabah dijangka akan terus menerima peruntukan yang lebih besar dalam Belanjawan 2024, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, Sabah merupakan negeri yang menerima peruntukan terbesar dari keseluruhan 14 negeri dalam belanjawan tahun ini.

“Saya ingin maklumkan, RM6.5 bilion yang diperuntukkan pada belanjawan tahun ini bagi projek pembangunan di Sabah adalah yg terbesar daripada keseluruhan 14 negeri.

“Manakala dari segi bilangan projek tahun lepas sebanyak 1,048 merentas kementerian-kementerian dan tahun ini ditingkatkan kepada 1,144 projek jadi dari segi bilangan projek bertambah
dan dari segi peruntukan tahunan daripada RM5.1 bilion ditingkatkan
Kepada RM6.5 bilion,”

“Ini peruntukan bajet tahunan pembangunan, tetapi dari segi jumlah kos projek dipecahkan mengikut tahun, pada 2022 jumlahnya RM48.1 bilion , kita beri RM5.1 bilion tahun itu, namun ia melonjak RM6.1 bilion tahun ini, dengan nilai RM6.5 bilion projek pembangunan untuk negeri Sabah.

“Sabah kemungkinan akan menerima peruntukan yang lebih besar dalam Belanjawan 2024 ini,” katanya pada sidang media selepas sesi dialog Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Sabah di sini hari ini.

Menurut Ahmad lagi, selain projek pembangunan, Kerajaan Persekutuan turut memberikan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada rakyat Sabah dari jumlah isi rumah 370,000 dengan nilai RM525 juta, warga emas sebatang kara 81,000 orang jumlahnya RM48 juta dan untuk bujang 347,000 orang dengan jumlahnya RM121 juta.

“Jumlah keseluruhan tiga kategori itu 769,817 orang dengan nilai RM666.3 juta, ini untuk STR,” katanya.

Ahmad berkata, menyedari akan jumlah berkenaan masih tidak mencukupi sebab Sabah adalah negeri yang luas dan kekurangan prasaranan walaupun demikian ia membuktikan kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan tumpuan yang tinggi kepada Sabah.

“Di Semenanjung pun ada lagi yang memerlukan peruntukan, namun dari segi sudut wilayah ini untuk kali pertama ini masa saya umumkan bahawa projek pembangunan terbesar di Sabah dibanding dengan negeri lain pada bajet tahun ini dan kemungkinan pada bajet tahun depan ia akan berlaku sekali lagi,” tambah beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/06/sabah-dijangka-terima-peruntukan-lebih-besar-belanjawan-2024-ahmad-maslan/feed/ 0 41346
Sabah perlu agihan peruntukan pembangunan kesihatan lebih besar https://sabahmedia.com/2023/04/09/sabah-perlu-agihan-peruntukan-pembangunan-kesihatan-lebih-besar/ https://sabahmedia.com/2023/04/09/sabah-perlu-agihan-peruntukan-pembangunan-kesihatan-lebih-besar/#respond Sun, 09 Apr 2023 06:55:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32431
Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Zaliha Mustafa di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, disini hari ini.

Hajiji diberi taklimat program dan projek pembangunan kesihatan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan di Sabah.

Dalam pada itu, Hajiji mahu Menteri Kesihatan memberi keutamaan kepada Sabah dari segi agihan peruntukan pembangunan dan menaiktaraf fasiliti kesihatan di Sabah.

Katanya, Sabah merupakan antara negeri yang mempunyai jumlah hospital dan klinik kesihatan yang terbanyak di negara ini, dan kebanyakannya dalam keadaan usang dan daif.

“Justeru, Sabah amat memerlukan agihan peruntukan pembangunan yang saksama
dan lebih besar berbanding negeri-negeri lain, termasuk untuk pembinaan baharu dan
menaik taraf infrastruktur dan fasiliti kesihatan sedia ada di negeri ini”, tegasnya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Norhayati Rusli dan
Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Rose Nani Mudin.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/09/sabah-perlu-agihan-peruntukan-pembangunan-kesihatan-lebih-besar/feed/ 0 32431
Shahelmey alu-alukan peruntukan RM20 bilion siapkan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak https://sabahmedia.com/2023/02/25/shahelmey-alu-alukan-peruntukan-rm20-bilion-siapkan-projek-lebuhraya-pan-borneo-sabah-dan-sarawak/ https://sabahmedia.com/2023/02/25/shahelmey-alu-alukan-peruntukan-rm20-bilion-siapkan-projek-lebuhraya-pan-borneo-sabah-dan-sarawak/#respond Sat, 25 Feb 2023 06:51:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30002
Read Time:2 Minute, 0 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya mengalu-alukan peruntukan RM20 bilion untuk menyiapkan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak yang telah diumumkan dalam pembentangan Bajet 2023 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

“Selaku Menteri Kerja Raya Negeri Sabah saya amat tertarik dengan ucapan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan bahawa sebanyak RM20 bilion diperuntukkan untuk menyiapkan lebuh raya Pan Borneo Sabah dan Sarawak.

“Kalau kita tahu Sarawak lebuh raya Pan Borneonya sudah hampir siap, jadi fasa satu di Sabah ini lagi yang memerlukan peruntukan untuk kita lengkapkan, justeru pengumuman yang dibuat semalam adalah satu yang amat dialu-alukan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Perpaduan Perumahan Daerah Putatan dan Karnival Perpaduan Komuniti Gerak Rahmah: Jom Sihat daerah Putatan hari ini (25 Feb).

Shahelmey turut mengalu-alukan tentang usaha Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf sekolah-sekolah daif yang ada di Malaysia ini pada perbahasan titah Duli Yang Amat Mulia Yang Dipertuan Agong tentang keperluan untuk Kerajaan Persekutuan mempercepatkan pembaikan sekolah-sekolah daif yang ada di Sabah.

“Seperti yang kita tahu di Sabah ada lebih 400 buah sekolah yang berada dalam keadaan daif dan kenyataan yang diumumkan semalam adalah sesuatu yang kita alu-alukan,” katanya.

Selain daripada sekolah daif, beliau turut menyambut baik usaha kerajaan menitikberatkan untuk memperbaiki klinik kesihatan yang usang khususnya di negeri Sabah. Ia juga termasuk dalam Bajet 2023.

“Begitu juga klinik-klinik kesihatan di Sabah yang banyak dalam keadaan usang dan uzur yang perlu kita pertingkatkan agar komuniti atau masyarakat kita sama ada di bandar, pinggir bandar dan juga luar bandar akan mendapat perkhidmatan yang baik dan selamat dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai Karnival Perpaduan Perumahan Daerah Putatan dan Karnival Perpaduan Komuniti Gerak Rahmah yang di adakan di perkarangan Dewan Sri Putatan pada Sabtu, Shahelmey berkata, Putatan merupakan sebuah daerah yang penuh dengan penduduk dari taman-taman perumahan mahupun di kampung-kampung, justeru program ini adalah untuk memberi penekanan kepada persefahaman dan perpaduan dalam masyarakat.

“Program ini adalah bertepatan dengan konsep Malaysia Madani yang ditekankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan dengan tonggak kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

“Oleh itu perpaduan adalah agenda yang penting sebagai pemangkin negara yang mampan makmur yang hadir melalui pembinaan komuniti rahmah melibatkan pengembelingan inisiatif agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), keluarga dan juga komuniti,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/25/shahelmey-alu-alukan-peruntukan-rm20-bilion-siapkan-projek-lebuhraya-pan-borneo-sabah-dan-sarawak/feed/ 0 30002
KPM umum peruntukan RM100,000 kepada dua sekolah di KK https://sabahmedia.com/2023/02/07/kpm-umum-peruntukan-rm100000-kepada-dua-sekolah-di-kk/ https://sabahmedia.com/2023/02/07/kpm-umum-peruntukan-rm100000-kepada-dua-sekolah-di-kk/#respond Tue, 07 Feb 2023 07:46:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29177
Read Time:1 Minute, 59 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Dua sekolah di daerah ini iaitu Sekolah SK (C) Anglo Chinese dan SJKC Chung Hwa Likas, masing-masing akan menerima peruntukan sebanyak RM100,000 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata, peruntukan tersebut adalah untuk kegunaan baik pulih dan penyelenggaraan sekolah-sekolah tersebut.

Lim (dua dari kiri) bersama Abidin dan Guru Besar SK (C) Anglo Chinese Mok Sun Fu (kanan) semasa melawat keadaan sekolah tersebut.

“Setelah membuat tinjauan bersama pasukan teknikal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dengan ini saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan sedikit peruntukan baik pulih dan penyelenggaraan kepada Sekolah SK (C) Anglo Chinese sebanyak RM 100,000.

“Dengan syarat pelaksanaan perlu mengikut tatacara perolehan yang telah ditetapkan oleh KPM,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di sekolah terbabit pada Selasa.

Sementara itu, Lim turut mengumumkan RM100,000 peruntukan sama kepada SJKC Chung Hwa Likas selepas beliau mengadakan lawatan ke sekolah tersebut pada hari sama.

Menurut Lim, kementeriannya akan melawat semua sekolah di seluruh negeri termasuklah menitikberatkan sekolah-sekolah yang ada di Sabah dan Sarawak

“Tujuan saya mengadakan lawatan hari ini, seperti selaras dengan Menteri Pendidikan kita akan melawat ke semua sekolah seluruh negeri, terutamanya kita akan menitikberatkan sekolah-sekolah yang ada di Sabah dan Sarawak.

“Jadi sekolah-sekolah yang mana perlukan apa-apa kita titikberatkan terutamanya sekolah-sekolah yang daif dan juga akan menyelesaikan masalah kekurangan murid serta masalah pengurusan sekolah,” jelasnya.

Terdahulu, semasa mendengar taklimat dari Guru Besar SK (C) Anglo Chinese, Mok Sun Fu, beliau sangat kagum dengan pencapaian murid-murid di sekolah tersebut.

“Setelah saya melawat sekolah ini, saya amat kagum dengan pencapaian murid-murid dan dedikasi bersama dengan guru-guru mereka yang telah mencapai pencapaian sangat memberangsangkan, tapi memandangkan ada sedikit masalah di bangunan sekolah, ada anai-anai, ada bumbung yang bocor dan juga kekurangan tandas. Jadi saya mengumumkan satu peruntukan RM100,000 kepada sekolah untuk tengok bagaimana mereka boleh menaiktarafkan bangunan sekolah di sini,” katanya.

Dalam pada itu, Lim juga turut merancang dalam tahun ini, beliau akan pergi ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak untuk melihat sendiri keadaan sekolah-sekolah di kawasan tersebut.

“Saya akan serahkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah untuk membuat rancangan dengan pejabat saya, memang ini satu rancangan saya nak capai dalam tahun ini untuk pergi kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak,” ujarnya.

Hadir sama Timbalan Pengarah
Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Abidin Marjan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/07/kpm-umum-peruntukan-rm100000-kepada-dua-sekolah-di-kk/feed/ 0 29177
RM27.02 juta peruntukan untuk Pembangunan & Kemajuan Sukan Sabah https://sabahmedia.com/2023/02/02/rm27-02-juta-peruntukan-untuk-pembangunan-kemajuan-sukan-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/02/02/rm27-02-juta-peruntukan-untuk-pembangunan-kemajuan-sukan-sabah/#respond Thu, 02 Feb 2023 06:18:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28915
Read Time:2 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM27.02 juta
untuk perbelanjaan pembangunan dan kemajuan sukan termasuk menjalankan kajian Sains Sukan bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan agensi-agensi berkaitan, dalam Belanjawan Sabah 2023.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sebanyak RM21.6 juta bagi kerja-kerja membaikpulih kompleks sukan termasuk arena belia di seluruh negeri demi memastikan kemudahan sukan dan asrama dalam keadaan baik dan kondusif.

Menurutnya, kerajaan berharap dengan peruntukan yang disediakan itu, lebih banyak
aktiviti sukan dapat dijalankan serta menyediakan prasarana dan teknologi sukan yang moden dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan atlet untuk berlatih dengan lebih efisien.

“Menerusi Dasar Sukan Negeri Sabah, kerajaan berusaha ke arah pembentukan
budaya sukan dan peningkatan tahap kesihatan rakyat negeri dengan memberikan
peluang sama rata kepada semua lapisan masyarakat yang menjurus usaha untuk mencapai kecemerlangan di peringkat antarabangsa dan dunia”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan kepada
Kontinjen Para Sukan Malaysia (SUKMA) Negeri Sabah sempena Para SUKMA XX
MSN 2022 di Sabah International Convention Centre (SICC), hari ini.

Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ellron Angin.
Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam pembangunan sukan dan atlet di negeri ini agar golongan ini dapat bersinar hingga ke peringkat antarabangsa.

Menurutnya, pembangunan belia dan beliwanis melalui aktiviti sukan sentiasa menjadi agenda utama kerajaan dalam membentuk sasiah masyarakat yang harmoni, bertoleransi dan bersatu-padu.

Sehubungan itu beliau berharap lebih ramai lagi anak-anak muda Sabah akan bergiat aktif dalam sukan di negeri ini.

Mengenai kejayaan Sabah buat julung kalinya muncul juara di temasya PARA SUKMA
2022 dengan membawa pulang 54 pingat emas, 36 pingat perak dan 35 pingat gangsa,
Hajiji berkata pencapaian itu amat dibanggakan kerana berjaya melepasi sasaran memenangi 40 pingat emas.

Katanya, kejayaan itu telah melayakkan para atlet, jurulatih dan pengurus pasukan
menerima insentif dengan nilai keseluruhan sebanyak RM526,100, termasuk sejumlah
RM405,700 kepada atlit, RM98,400 kepada jurulatih-jurulatih dan insentif sebanyak RM12,000 kepada pengurus-pengurus pasukan.

Menurutnya, pasukan olahraga muncul sebagai pasukan paling cemerlang semasa PARA SUKMA 2022 dengan menyumbangkan 30 pingat emas, 18 pingat perak dan 17 pingat gangsa yang membolehkan mereka menerima jumlah insentif tertinggi bernilai RM262,200, diikuti acara renang dengan insentif bernilai RM128,900 dan ping pong bernilai RM64,100.

“Semoga pemberian insentif ini akan menambah lagi semangat para atlet untuk terus melakar kejayaan untuk diri sendiri dan negeri ini serta mengharumkan nama Sabah.

Saya akan terus memberikan sokongan terbaik dalam membangun sukan dan melahirkan lebih ramai atlet untuk mewakili Sabah pada masa-masa hadapan”, tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/02/rm27-02-juta-peruntukan-untuk-pembangunan-kemajuan-sukan-sabah/feed/ 0 28915
RM18.2 Juta Peruntukan Bina Semula Untuk Kebakaran Di Tawau & Semporna https://sabahmedia.com/2022/04/06/rm18-2-juta-peruntukan-bina-semula-untuk-kebakaran-di-tawau-semporna/ https://sabahmedia.com/2022/04/06/rm18-2-juta-peruntukan-bina-semula-untuk-kebakaran-di-tawau-semporna/#respond Wed, 06 Apr 2022 05:57:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13980
Read Time:1 Minute, 55 Second

TAWAU: Kerajaan negeri mengumumkan peruntukan sejumlah RM18.2 juta untuk pembinaan semula rumah dan infrastruktur yang rosak dalam kebakaran pada 17 Mac di sini dan pada 2015 di Semporna.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, daripada RM18.2 juta peruntukan itu, sebanyak RM10 juta akan diperuntukkan kepada 608 KIR rakyat tempatan di Tawau untuk membina semula rumah mereka manakala sejumlah RM8.2 juta adalah untuk pelaksanaan segera projek membabitkan kerosakan harta benda dan infrastruktur di Kampung Bangau- Bangau di Semporna.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan replika cek sebanyak RM10 juta kepada Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Joseph Pang untuk membina semula rumah 608 ketua isi rumah (KIR) yang terbabit dalam kejadian kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas, Tawau pada Mac lalu, sempena majlis penyerahan sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) di Dewan Masyarakat Tawau, di Tawau pagi ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan replika cek sebanyak RM10 juta kepada Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Joseph Pang untuk membina semula rumah 608 ketua isi rumah (KIR) yang terbabit dalam kejadian kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas, Tawau pada Mac lalu, sempena majlis penyerahan sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) di Dewan Masyarakat Tawau, di Tawau pagi ini.– Foto ihsan JKM
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan replika cek sebanyak RM8.2 juta kepada Pegawai Daerah Semporna, Juraimin j Jadil untuk pelaksanaan segera projek membabitkan kerosakan harta benda dan infrastruktur dalam kejadian kebakaran di Kampung Bangau-Bangau di Semporna, pada tahun 2015, sempena majlis penyerahan sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) di Dewan Masyarakat Tawau, di Tawau pagi ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan replika cek sebanyak RM8.2 juta kepada Pegawai Daerah Semporna, Juraimin Jadil untuk pelaksanaan segera projek membabitkan kerosakan harta benda dan infrastruktur dalam kejadian kebakaran di Kampung Bangau-Bangau di Semporna, pada tahun 2015, sempena majlis penyerahan sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) di Dewan Masyarakat Tawau, di Tawau pagi ini.-Foto ihsan JKM

Lebih 1,000 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas dalam kebakaran di kedua-dua lokasi berkenaan akan mendapat manfaat daripada peruntukan ini.

Hajiji mengumumkan perkara itu sempena penyampaian sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada 200 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas di sini baru-baru ini.

Baki 408 KIR akan menerima bantuan mereka kemudian. Setiap KIR akan menerima RM500.

“Kerajaan negeri amat prihatin dengan nasib mereka yang dalam kesusahan dan sempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya yakin bantuan ini dapat melegakan mereka yang terjejas,” katanya.

Kebakaran di Kampung Kurnia Jaya menjejaskan seramai 608 keluarga tempatan yang terdiri daripada 3,012 orang dan memusnahkan 591 rumah manakala sebanyak 300 rumah musnah dalam kebakaran di Semporna yang menjejaskan 3,000 orang.

Hajiji diiringi oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Shahelmey Yahya dan pembantu menterinya, Datuk Julita Majungki serta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong dan wakil rakyat Tawau, pada majlis di Dewan Masyarakat Tawau, di sini pagi ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/06/rm18-2-juta-peruntukan-bina-semula-untuk-kebakaran-di-tawau-semporna/feed/ 0 13980
Peruntukan RM95.89 Juta kepada KBS Untuk Pelbagai Inisiatif Pembangunan Belia Di Sabah – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/12/27/peruntukan-rm95-89-juta-kepada-kbs-untuk-pelbagai-inisiatif-pembangunan-belia-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/12/27/peruntukan-rm95-89-juta-kepada-kbs-untuk-pelbagai-inisiatif-pembangunan-belia-di-sabah/#respond Mon, 27 Dec 2021 07:38:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10334
Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM95.89 juta kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah dalam belanjawan tahun depan, akan memberi tumpuan kepada pelbagai inisiatif pembangunan belia terutama dalam program peningkatan kemahiran dan latihan semula.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tumpuan tersebut akan diberikan kepada kebolehpasaran dan padanan bakat pekerjaan bagi melahirkan golongan belia yang berdaya saing.

“Kerajaan akan meneruskan pemberian peruntukan sebanyak RM5 juta kepada persatuan belia sebagai dana permulaan untuk pelaksanaan program sebagai tambahan kepada RM10 juta yang diperuntukkan untuk Program Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS), satu inisiatif baharu untuk membantu usahawan belia memulihkan perniagaan mereka yang terjejas oleh pandemik COVID-19,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Sabah ke-24 secara maya di sini pada Isnin.

“Selain itu, kerajaan negeri juga akan melaksanakan Program Felo Belia Sabah Maju Jaya (SMJ) dan Program Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKeBS) yang akan menyaksikan penglibatan pelbagai agensi seperti Kementerian Belia dan Sukan, Sekretariat Hala Tuju SMJ, Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) serta Majlis Belia Sabah,” ujarnya.

Hajiji turut menyatakan, kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada menangani masalah sosial dalam kalangan belia dengan mempertingkatkan kepimpinan belia dan program kesukarelawanan, memupuk semangat patriotik serta menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif.

Sementara itu, beliau berharap Majlis Belia Sabah dan badan gabungannya dapat menjadi suara kepada dasar, agenda dan inisiatif kerajaan, agar dapat disampaikan kepada rakyat.

“Sebagai generasi masa depan, agenda pembangunan belia perlu dilaksanakan dengan berpandukan bantuan semasa dan cabaran mendatang,” kata Hajiji yang juga penaung Majlis Belia Sabah.

Beliau juga memuji Majlis Belia Sabah atas inisiatif Dapur Belia yang bukan saja bertindak sebagai program kemanusiaan untuk membantu meringankan beban yang dihadapi golongan rentan tetapi juga pemangkin buat anak muda terlibat dalam aktiviti sukarelawan.

Beliau menggesa golongan belia untuk mengambil bahagian secara proaktif dalam pembangunan negara.

“Anda semua penting kerana anda akan menjadi masa depan kami yang akan mempunyai kuasa, idea, semangat dan keberanian untuk membawa perubahan kepada kebaikan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/27/peruntukan-rm95-89-juta-kepada-kbs-untuk-pelbagai-inisiatif-pembangunan-belia-di-sabah/feed/ 0 10334