Peruntukkan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 08 Oct 2023 14:37:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Peruntukkan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan peruntukkan RM14 juta pembangunan budaya di Sabah https://sabahmedia.com/2023/10/08/kerajaan-peruntukkan-rm14-juta-pembangunan-budaya-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/10/08/kerajaan-peruntukkan-rm14-juta-pembangunan-budaya-di-sabah/#respond Sun, 08 Oct 2023 14:37:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43325
Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM14 juta bagi tujuan pembangunan budaya di negeri Sabah, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, daripada jumlah tersebut sebanyak RM4.5 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Rancangan Malaysia Ke-12, manakala RM9.5 juta lagi diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri kepada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS).

Beliau berkata, Kerajaan Negeri telah menetapkan tujuh keutamaan dalam
membangunkan bidang kebudayaan di Sabah yang telah dimulakan sejak 2021 hingga 2030.

“Tujuh keutamaan itu ialah pendigitalan seni budaya (eCulture), pelancongan budaya bersepadu, pemuliharaan budaya, pengukuhan hubungan etnik, penyelidikan dan dokumentasi budaya, pengembangan seni budaya dan perlindungan harta intelek.

“Tujuh keutamaan itu adalah sejajar dengan inisiatif Sabah Maju Jaya dalam pembangunan budaya pelbagai etnik di negeri ini, dan peranan tersebut dipertanggungjawabkan kepada LKNS.

“Menerusi tujuh keutamaan ini, kita mahu semua badan kebudayaan dan komuniti membangun bersama, menghayati dan menjiwai nilai kebudayaan yang diwarisi, seterusnya diwariskan kepada generasi akan datang”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan Ke-38 anjuran Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Ahad.

Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II/Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Katanya, FCAS pernah menganjurkan Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan 12 tahun lalu dan tahun ini giliran Sabah menjadi tuan rumah semula.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri menyokong dan mengalu-alukan penganjuran aktiviti kebudayaan etnik negeri ini, termasuk usaha FCAS menganjurkan Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan.

Menurutnya, pelbagai aktiviti diadakan sepanjang tiga hari pesta itu termasuklah persembahan kebudayaan, pesta makanan, pameran kebudayaan dan kraftangan, perkampungan budaya, perarakan tanglung dan kereta berhias.

Katanya, perarakan Obor turut diadakan di 12 station seluruh negeri Sabah dan berjaya sampai ke Pulau Mataking dan Gunung Kinabalu yang merupakan tempat tarikan pelancong, yang akan membantu mempromosikan industri pelancongan negeri ini.

Hajiji berharap pesta itu berjaya menyebarkan kesedaran dikalangan generasi muda berkaitan warisan dan kebudayaan Tionghua dan juga membantu mengeratkan hubungan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Kita juga berharap pesta ini dapat mempromosikan kepelbagaian budaya Tionghua bukan sahaja kepada rakyat tempatan malah juga pelancong dari luar negara”, tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/08/kerajaan-peruntukkan-rm14-juta-pembangunan-budaya-di-sabah/feed/ 0 43325
Sabah peruntukkan RM97.5 juta untuk pembangunan belia dan sukan tahun ini https://sabahmedia.com/2023/02/23/sabah-peruntukkan-rm97-5-juta-untuk-pembangunan-belia-dan-sukan-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2023/02/23/sabah-peruntukkan-rm97-5-juta-untuk-pembangunan-belia-dan-sukan-tahun-ini/#respond Thu, 23 Feb 2023 06:44:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29930
Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM97.5 juta kepada Kementerian Belia dan Sukan Sabah untuk pembangunan belia dan sukan, menaik taraf kemudahan sukan dan penyediaan pengajian sains sukan pada tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ini mencerminkan Kerajaan Negeri komited untuk memajukan pembangunan sukan di Sabah.

“Sebagai Ketua Menteri Sabah, saya mahu melihat Sabah melahirkan lebih ramai atlet yang hebat dan ahli sukan yang akan membawa kegemilangan sukan kepada negeri dan negara kita.

“Ramai yang telah cemerlang dan membanggakan Sabah dan daerah di peringkat kebangsaan serta di
arena sukan antarabangsa,” katanya pada pelancaran media Kejohanan Ragbi Borneo Sevens 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri II/Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Beliau berkata, tumpuan juga perlu diberikan kepada sukan seperti ragbi supaya bakat muda boleh ditemui dan diolah.

“Sabah, seperti yang kita sedia maklum sudah pun menjadi salah satu ‘power-house’ sukan ragbi di Malaysia dan saya amat berbangga kerana pasukan ragbi lelaki Sabah telah cemerlang dan berjaya memenangi
sebanyak lima kali dalam Kejohanan Piala Agong yang berprestij setakat ini. Ini petanda baik untuk sukan ragbi di negeri ini dan saya ingin melihat pasukan ragbi kita melonjak ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Ketua Menteri berkata bersama Sabah Rugby Union dan Eagles Rugby Club antara perintis dalam melaksanakan teknik dan modul terkini dalam pembangunan sukan, beliau boleh meramalkan masa depan yang baik untuk permainan di sini.

“Saya gembira mengetahui bahawa pertubuhan Ragbi Sabah telah menetapkan standard dalam sukan
pembangunan yang patut dicontohi ramai,” katanya dan yakin pengurusan ragbi Sabah mempunyai kemampuan.

“Dengan kehadiran pasukan luar negara ternama dan pasukan terbaik Malaysia beraksi, peminat sukan khususnya peminat ragbi akan dijamu dengan kecemerlangan ragbi
pada Mac akan datang ini.

“Saya yakin Borneo Sevens akan terus berkembang, berprestij untuk menjadi acara teras dalam kalendar kejohanan untuk semua pasukan ragbi di rantau ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/23/sabah-peruntukkan-rm97-5-juta-untuk-pembangunan-belia-dan-sukan-tahun-ini/feed/ 0 29930
KPLB Peruntukkan RM150 Juta Untuk Program Pasca Banjir https://sabahmedia.com/2022/01/16/kplb-peruntukkan-rm150-juta-untuk-program-pasca-banjir/ https://sabahmedia.com/2022/01/16/kplb-peruntukkan-rm150-juta-untuk-program-pasca-banjir/#respond Sun, 16 Jan 2022 08:02:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11158
Read Time:1 Minute, 22 Second

PADANG TERAP: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyediakan peruntukan sebanyak RM150 juta untuk bantuan pasca banjir termasuk inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia.

Menurut menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, peruntukan itu selain Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia, ia juga digunakan untuk baik pulih jalan perhubungan desa dan Ameniti Sosial seperti longkang, surau, dewan orang ramai dan masjid di kawasan luar bandar di negeri yang terkesan dalam bencana itu.

“Bantuan pasca banjir yang diluluskan itu melibatkan negeri Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Kelantan, Terengganu, Johor dan Sabah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan Naka di sini hari ini.

Tambah Mahdzir, bantuan inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia untuk kerja-kerja membaik pulih rumah dan membina rumah baharu melibatkan peruntukan sebanyak RM38.5 juta setakat 9 Januari lalu.

“Peruntukan itu melibatkan kerja-kerja pembaikan sebanyak 1,879 buah rumah manakala 165 buah membina rumah baharu.

“Kerajaan Keluarga Malaysia, menetapkan kos siling bagi baik pulih rumah pasca banjir adalah RM15,000 dan RM56,000 bagi bina baharu setiap unit rumah yang rosak teruk,” jelasnya.

Setakat ini, KPLB telah menerima sejumlah 2,044 permohonan untuk membaik pulih dan membina semula rumah membabitkan kawasan luar bandar di negeri yang terjejas banjir itu.

Beliau turut menyatakan jumlah permohonan membaik pulih rumah dan membina semula rumah itu dijangka meningkat selepas pihaknya mendapat data dan maklumat terbaharu daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di setiap daerah yang terlibat.

Dalam pada itu, sebanyak RM50 juta daripada peruntukan itu akan digunakan untuk membaik pulih jalan kampung dan jalan perhubungan desa yang rosak.

“Kementerian juga menyediakan peruntukan RM50 juta lagi untuk membaik pulih projek ameniti sosial seperti surau dan masjid,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/16/kplb-peruntukkan-rm150-juta-untuk-program-pasca-banjir/feed/ 0 11158
KPLB Peruntukkan RM5O Juta Rumah Kasih Keluarga Malaysia Untuk Mangsa Banjir https://sabahmedia.com/2022/01/11/kplb-peruntukkan-rm5o-juta-rumah-kasih-keluarga-malaysia-untuk-mangsa-banjir/ https://sabahmedia.com/2022/01/11/kplb-peruntukkan-rm5o-juta-rumah-kasih-keluarga-malaysia-untuk-mangsa-banjir/#respond Tue, 11 Jan 2022 09:04:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11006
Read Time:1 Minute, 3 Second

BANTING: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan RM50 juta di bawah Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia untuk pembaikan dan bina baharu rumah pasca banjir dengan kadar bantuan RM15 ribu untuk kerja-kerja pembaikan rumah, RM56 ribu untuk membina baharu di Semenanjung dan RM68,000 untuk bina baharu di Sabah dan Sarawak.

Menurut Ketua Setiausaha KPLB, Dato’ Ramlan Harun, KPLB mengambil inisiatif ini untuk membantu melicin dan mempercepatkan proses pendaftaran dalam menyegerakan bantuan kepada mangsa banjir yang layak.

Katanya, KPLB menerima lebih 300 permohonan dan semakan kelayakan untuk pembaikan dan bina baharu rumah pasca banjir di bawah Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia di Pusat Sehenti Tabika Kemas, Bukit Changgang dekat sini.

“Pusat Sehenti ini dibuka tiga hari bermula hari ini bagi menyedia saluran bagi memudah cara mangsa banjir mendaftar kelayakan melalui borang yang disediakan sebelum diserahkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah untuk diperaku Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

“KPLB juga telah memulakan kerja-kerja pembaikan Sabtu lalu membabitkan sembilan buah rumah mangsa banjir di Kuala Klawang, Chennah dan Jelebu, Negeri Sembilan. Empat buah rumah lagi di Mentakab dan Temerloh, Pahang.

“Setakat ini KPLB telah menerima jumlah 1,879 unit rumah untuk baik pulih di kawasan banjir seluruh negara. Manakala 165 adalah untuk bina baharu rumah,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/11/kplb-peruntukkan-rm5o-juta-rumah-kasih-keluarga-malaysia-untuk-mangsa-banjir/feed/ 0 11006
KPLB Peruntukkan RM1.25 Bilion Untuk Pembangunan Sabah https://sabahmedia.com/2021/11/29/kplb-peruntukkan-rm1-25-bilion-untuk-pembangunan-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/11/29/kplb-peruntukkan-rm1-25-bilion-untuk-pembangunan-sabah/#respond Mon, 29 Nov 2021 09:54:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9049
Read Time:1 Minute, 11 Second

PAPAR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan sejumlah RM1.25 bilion bajet untuk pembangunan negeri Sabah tahun hadapan (2022).

Menurut menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid, jumlah itu meningkat 6.25 peratus berbanding peruntukan tahun 2021.

“Saya ingin memaklumkan bahawa kelulusan bajet pembangunan prasarana untuk negeri Sabah tahun 2022 adalah RM1.25 bilion dan semua sekali termasuk 248 projek yang Insha Allah akan dilaksanakan pada tahun 2022,” katanya pada sidang media selepas simbolik pelancaran Pasukan Bergerak Vaksinasi KPLB/MARA Liner/PKD Papar Wheel RAVO di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis, Mohd Tamin Zainal, ADUN Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar dan Pengarah KPLB Sabah, Johar Julasbi.

Tambah Mahdzir, KPLB memfokuskan kepada empat pembangunan prasarana di Sabah iaitu Jalan Luar Bandar, Bekalan Air Luar Bandar, Bekalan Elektrik Luar Bandar dan Baik Pulih serta Bina Baru Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Ditanya mengenai belanja peruntukan tahun 2021 bagi Wilayah Sabah, Mahdzir berkata sebahagian peruntukan itu tidak dapat dibelanjakan disebabkan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun peruntukan itu akan digunakan untuk menyambung dan meneruskan projek-projek pembangunan yang tergendala itu pada tahun hadapan.

“Bajet 2021 itu sedang digunakan tetapi ada juga projek yang tidak dapat dilaksanakan penuh kerana pandemik Covid-19, jadi projek itu akan bersambung pada tahun 2022.

“Tidak ada projek yang akan dihentikan, semuanya akan disambung semula pada tahun 2022, cuma projek yang baharu akan dikira sebagai projek baharu tahun 2022,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/29/kplb-peruntukkan-rm1-25-bilion-untuk-pembangunan-sabah/feed/ 0 9049