Pesara bonus – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 27 Nov 2024 03:50:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pesara bonus – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pesara Kerajaan Sabah terima ‘durian runtuh’ https://sabahmedia.com/2024/11/27/pesara-kerajaan-sabah-terima-durian-runtuh/ https://sabahmedia.com/2024/11/27/pesara-kerajaan-sabah-terima-durian-runtuh/#respond Wed, 27 Nov 2024 03:49:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64485
Read Time:45 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Pesara Kerajaan Negeri Sabah akan menerima bonus sebanyak RM1,000 pada tahun depan.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-47 Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) di sini hari ini.

“Ya, saya telah maklumkan tadi bahawa kita juga akan membayar bonus kepada pesara-pesara kerajaan negeri Sabah pada tahun depan. 

“InsyaAllah kita akan bayar sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM1,000 seorang,”‘katanya.

Beliau berkata, lebih 13,000 pesara Kerajaan negeri dijangka akan dapat manfaat dari pengumuman itu.

Tambahnya, kerajaan mengambil keputusan berkenaan selepas mendengar permintaan daripada pesara selain jasa khidmat bakti mereka selama ini.

“Dalam pembentangan belanjawan lalu, hanya penjawat awam yang mendapat bonus. 

“Saya rasa tidak adil untuk tidak memberi bonus kepada pesara kerajaan negeri yang 

telah berkhidmat bakti kepada kerajaan negeri selama ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/27/pesara-kerajaan-sabah-terima-durian-runtuh/feed/ 0 64485