pesara guru – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 22 Oct 2025 06:49:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pesara guru – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pesara diseru terus berbakti melalui pembelajaran sepanjang hayat https://sabahmedia.com/2025/10/22/pesara-diseru-terus-berbakti-melalui-pembelajaran-sepanjang-hayat/ https://sabahmedia.com/2025/10/22/pesara-diseru-terus-berbakti-melalui-pembelajaran-sepanjang-hayat/#respond Wed, 22 Oct 2025 06:46:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83905
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU : Para pesara khususnya guru diseru agar terus memainkan peranan aktif dalam masyarakat melalui konsep pembelajaran sepanjang hayat, dengan memanfaatkan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki untuk membantu generasi muda.

Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah Datuk Mohammad Arif Sakaran berkata, para pesara digalakkan meneroka pelbagai rancangan dan aktiviti kemasyarakatan yang dapat memberi manfaat kepada komuniti.

Katanta, pengalaman yang diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan menjadikan mereka aset penting dalam usaha memperkasa pembangunan sosial dan pendidikan negara

“Berdasarkan statistik dan pemerhatian menunjukkan dengan jelas bahawa dalam masyarakat kita, terdapat sebilangan pelajar yang masih memerlukan bantuan dalam pelbagai bentuk daripada para persara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2025 ‘Sesaat Bersama Seabad Terasa’ di sini pada Rabu.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu Suhaimi Matshah.

Arif berkata, gaya hidup sihat menerusi pemakanan dan aktiviti riadah perlu diteruskan secara konsisten. 

“Pesanan saya kepada semua, kesihatan diri perlulah diberi keutamaan demi kehidupan yang lebih sejahtera dan bermakna untuk kita nikmati pula zaman persaraan.

“Selain itu, kepada warga Kementerian Pendidikan yang masih berkhidmat, saya amat berharap agar semua warga kerja Kementerian Pendidikan akan sentiasa peka dan meninggalkan sikap yang mudah berasa selesa dengan pencapaian dalam organisasi masing-masing. 

“Sebaliknya hendaklah sentiasa berfikir dengan skop yang lebih luas dan berpandangan jauh agar perancangan-perancangan dan kerja-kerja yang dilaksanakan akan selaras dengan visi dan misi Kementerian Pendidikan yang sentiasa menjana ke arah pendidikan yang berkualiti,” katanya.

Sementara itu, Arif berkata, fasa persaraan memberi ruang waktu para pesara untuk melaksanakan program atau apa-apa jua aktiviti yang sebelum ini tidak dapat dilaksanakan kerana keterbatasan waktu bertugas. 

“Diharapkan masa-masa emas yang terluang ini digunakan sepenuhnya dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan menguntungkan diri sendiri, keluarga dan masyarakat. 

“Saya sebutkan perkara ini kerana ada kalanya terdengar komen segelintir pesara yang seolah-olah merasa kekosongan aktiviti dalam menjalani kehidupan selepas bersara. 

“Dengan hubungan yang sedia terjalin ini, diharapkan pelbagai pilihan tersedia untuk memajukan diri dalam pelbagai bidang terbuka di sekeliling kita, ” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/22/pesara-diseru-terus-berbakti-melalui-pembelajaran-sepanjang-hayat/feed/ 0 83905
Pesara guru sentiasa dihargai, mampu beri khidmat kepada masyarakat https://sabahmedia.com/2022/04/07/pesara-guru-sentiasa-dihargai-mampu-beri-khidmat-kepada-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2022/04/07/pesara-guru-sentiasa-dihargai-mampu-beri-khidmat-kepada-masyarakat/#respond Thu, 07 Apr 2022 00:11:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14000
Read Time:1 Minute, 58 Second

TAMPARULI: Pesara guru yang melahirkan modal insan negara sentiasa dihargai kerajaan selain berupaya meneruskan khidmat kepada masyarakat menerusi aktiviti berpersatuan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, aktiviti bermanfaat yang bersesuaian dengan kemahiran dan pengetahuan dimiliki juga mampu dilaksanakan melalui persatuan yang ditubuhkan.

“Selain menumpukan masa sepenuhnya kepada keluarga, para ahli masih dapat memberi khidmat, agar segala kelebihan mereka dapat dimanfaatkan demi kebaikan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Ke-8 Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (5PM) Daerah Cawangan Tamparuli Dan Kiulu, di Bangunan Pusat Latihan Sigma Bantayan, Tamparuli disini semalam.

Hadir sama, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar, dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Perancangan) Rozalind Joannes, mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran, Wanihim Othman.

Jahid berkata, dengan adanya persatuan seumpama itu, peluang mereka untuk memberi sumbangan kepada masyarakat sentiasa ada.

“Tidak ternilai jasa kalian kepada masyarakat dan negara,” katanya.

Katanya, anak muda pada masa kini juga merupakan cerminan daripada guru-guru yang pernah mengajar mereka, sekaligus mewarisi pengalaman berguna itu untuk dikongsikan pula kepada generasi seterusnya.

Malah katanya, di peringkat akar umbi juga turut mengguna pakai khidmat para pesara guru berdasarkan pengalaman dan pengetahuan mereka untuk menjadi pemimpin di peringkat kampung dan daerah.

Beliau menegaskan bahawa pelajaran merupakan aspek penting di dalam kehidupan harian, untuk menjadikan hidup lebih bermakna demi mencapai cita-cita dan impian, serta melahirkan modal insan yang baik.

Terdahulu, Yang Dipertua 5PM, Datuk  Zulkifli  Jaafar berkata, persatuan 5PM kini telah mencapai sejumlah 2,000 ahli di seluruh Sabah setakat ini.

“Kita juga bersyukur kerana masih menerima bantuan-bantuan kerajaan yang amat prihatin kepada golongan pesara seperti kita,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi 5PM, Yatau @ Mohd Azman Ubin, berkata, antara lain perancangan 5PM selepas ini adalah untuk mengadakan program bagi mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli dengan para pemimpin tempatan di sekitar Tamparuli.

“Kita ingin memasyarakatkan persatuan bersama dengan Wakil Rakyat di sini, dan bersedia untuk melaksanakan program yang bersesuaian dengan visi dan misi 5PM,” katanya.

Selain itu, para ahli 5PM turut digesa untuk menjayakan kempen keahlian dan merancang pelbagai aktiviti untuk kebaikan ahli, di mana katanya, antara yang bakal dianjurkan adalah Hari Keluarga 5PM.

Untuk rekod, 5PM Cawangan Tamparuli dan Kiulu telah dibentuk dan diasaskan pada tahun 2006, kini telah mencapai ahli seramai lebih 164 orang, dan kini meluaskan keahlian ke kawasan Kadamaian.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/07/pesara-guru-sentiasa-dihargai-mampu-beri-khidmat-kepada-masyarakat/feed/ 0 14000