Pesara tentera – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 02 Jan 2024 07:30:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pesara tentera – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pesara tentera maut, kenderaan dipandu terbabas https://sabahmedia.com/2024/01/02/pesara-tentera-maut-kenderaan-dipandu-terbabas/ https://sabahmedia.com/2024/01/02/pesara-tentera-maut-kenderaan-dipandu-terbabas/#respond Tue, 02 Jan 2024 07:30:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47392
Read Time:1 Minute, 3 Second

PENAMPANG: Seorang pesara tentera maut selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan dalam kejadian yang berlaku di jalan Papar – Kota Kinabalu semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis mengenai satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang berlaku di jalan Papar – Kota Kinabalu berhampiran stesen minyak Putatan, Penampang pada jam 7.53 malam tadi (1 Jan).

Katanya, hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian, dipercayai kemalangan berpunca daripada kenderaan yang dipandu hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan menghala ke kota kinabalu.

“Akibat kemalangan tersebut, pemandu, seorang lelaki berumur 56 tahun yang juga merupakan pesara tentera disahkan maut di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan bertugas dari Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

“Manakala seorang penumpang di tempat duduk hadapan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sehubungan dengan kes tersebut, beliau meminta saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat untuk membantu siasatan.

“Pihak polis turut meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan gambar di lokasi kejadian bagi menjaga sensitiviti keluarga,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/02/pesara-tentera-maut-kenderaan-dipandu-terbabas/feed/ 0 47392
Pesara tentera dituduh terima rasuah RM15,000 https://sabahmedia.com/2023/04/04/pesara-tentera-dituduh-terima-rasuah-rm15000/ https://sabahmedia.com/2023/04/04/pesara-tentera-dituduh-terima-rasuah-rm15000/#respond Tue, 04 Apr 2023 06:38:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32134
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Seorang pesara tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini, pada Selasa atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM15,000 pada 12 Mei 2014.

Tertuduh Azman Ariffin, 62, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jason Anak Juga.

Menurut pertuduhan, pada sekitar bulan Ogos 2014, bertempat di Pintu Utama Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu, tertuduh sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia, iaitu Pegawai Staff 2 Gaji / Belanjawan, yang bertugas di Markas Briged Ke-5 Infantri, Kem Lok Kawi, Sabah, telah secara rasuah menerima bagi diri kamu suatu suapan, iaitu wang tunai sebanyak RM15,000.00 daripada Kasriza Sudin sebagai upah untuk mengeluarkan Surat Tawaran Kerja-kerja Membersih Kawasan Kem 5 Briged bagi tempoh Kontrak dari 1 Jun 2014 sehingga 31 Mei 2015, nombor rujukan bertarikh 12 Mei 2014 atas nama SB Lui Enterprise.

Pertuduhan itu dikemukakan di bawah Skesyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, Azman boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan yang palsu atau silap itu jika butir matan yang palsu atau silap itu dapat dinilai atau dibentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Nurul Izzati Sapifee manakala tertuduh diwakili peguam Nohin & Partners.

Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM20,000.00 (RM2,000.00 deposit) dengan seorang penjamin tempatan beserta syarat iaitu tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap dua bulan. Manakala pasport perlu diserahkan kepada Mahkamah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/04/pesara-tentera-dituduh-terima-rasuah-rm15000/feed/ 0 32134