pesara – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 10 Mar 2025 09:04:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pesara – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pesara ditahan SPRM Sabah, bakal didakwa kemuka tuntutan palsu bernilai RM60,000 https://sabahmedia.com/2025/03/10/pesara-ditahan-sprm-sabah-bakal-didakwa-kemuka-tuntutan-palsu-bernilai-rm60000/ https://sabahmedia.com/2025/03/10/pesara-ditahan-sprm-sabah-bakal-didakwa-kemuka-tuntutan-palsu-bernilai-rm60000/#respond Mon, 10 Mar 2025 09:02:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70133
Read Time:39 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan seorang pesara disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu berjumlah kira-kira RM60,000.

suspek lelaki berusia 60-an itu telah ditahan kira-kira jam 9.45 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Keningau.

Menurut sumber siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara Mac 2020 hingga Ogos 2021.

“Suspek juga disyaki mengemukakan dokumen tuntutan elaun penugasan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atas nama anak dan isterinya sedangkan mereka tidak pernah hadir bertugas,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. Suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah pada 14 Mac ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/10/pesara-ditahan-sprm-sabah-bakal-didakwa-kemuka-tuntutan-palsu-bernilai-rm60000/feed/ 0 70133