pesawat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 06 Nov 2025 11:48:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pesawat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hisap vape dalam pesawat, anggota tentera didenda RM5,500 https://sabahmedia.com/2025/11/06/hisap-vape-dalam-pesawat-anggota-tentera-didenda-rm5500/ https://sabahmedia.com/2025/11/06/hisap-vape-dalam-pesawat-anggota-tentera-didenda-rm5500/#respond Thu, 06 Nov 2025 11:48:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85124
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang anggota tentera yang menghisap rokok elektronik (vape) di dalam pesawat AirAsia ketika dalam penerbangan pulang bercuti ke Sabah dijatuhi hukuman denda RM5,500 atau penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Muhammad Aliy Joni, 26, mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas kesalahan itu yang dilakukan pada 21 Ogos lalu sekitar jam 9.05 pagi dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Dia didakwa di bawah Peraturan 100 (1) Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 206 (2) (a) peraturan yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi sehingga RM25,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih satu tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, tertuduh yang duduk di tempat duduk bernombor 3A didapati menghisap vape secara terbuka di dalam pesawat. Tindakannya telah ditegur oleh seorang pramugari namun tertuduh tidak menghiraukan teguran tersebut dan terus menghisap vape sekali lagi.

Sebaik pesawat mendarat di KKIA sekitar jam 9.25 pagi, pengadu bersama kakitangan AirAsia menahan tertuduh dan membawanya ke Balai Polis KKIA untuk tindakan lanjut.

Siasatan mendapati tertuduh merupakan anggota tentera darat yang bertugas di Senawang, Negeri Sembilan. Tertuduh pulang ke Sabah untuk bercuti di kampungnya sehingga 2 September 2025.

Pengadu telah membuat laporan polis dan batas laporan tersebut, anggota Balai Polis KKIA telah menahan semula suspek serta merampas sebuah rokok elektronik (vape) jenama Quik dan pas masuk pesawat (boarding pass).

Tertuduh telah membayar denda.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/06/hisap-vape-dalam-pesawat-anggota-tentera-didenda-rm5500/feed/ 0 85124
Penumpang pesawat  kongsi pengalaman cemasnya berdepan pesawat kehilangan ketinggian di aras 24 ribu kaki.   https://sabahmedia.com/2022/04/04/penumpang-pesawat-kongsi-pengalaman-cemasnya-berdepan-pesawat-kehilangan-ketinggian-di-aras-24-ribu-kaki/ https://sabahmedia.com/2022/04/04/penumpang-pesawat-kongsi-pengalaman-cemasnya-berdepan-pesawat-kehilangan-ketinggian-di-aras-24-ribu-kaki/#respond Mon, 04 Apr 2022 07:15:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13889
Read Time:1 Minute, 50 Second

Kuala Lumpur  – Seorang penumpang wanita menceritakan detik cemas ketika dia menaiki kapal terbang  apabila pesawat yang dinaikinya itu tiba-tiba turun dari ketinggian 25,000 kaki kepada 23,000 kaki hanya di dalam beberapa saat. 

Memetik perkongsian Halimah Nasoha di dalam laman facebooknya, beliau yang menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke Tawau pada jam 2.30 minit petang di mana kejadian itu berlaku selepas 30 minit berlepas dari Lapangan terbang.

aplikasi flight radar yang menunjukkan pesawat kehilangan altitud pada ketinggian 24 ribu kaki

Tambahnya,beliau yang tidak menggunakan tali pinggang keledar pesawat ketika kejadiaan kerana isyarat penggunaan alat keselamatan itu telah dipadamkan ketika itu, merasa seperti terlambung-lambung ekoran pesawat secara tiba-tiba kehilangan altitud ketinggian hanya di dalam beberapa saat.  

“ Aku terlambung-lambung sebab tidak pakai seatbelt ketika itu”. 

“  Dalam 10 minit flight dlm keadaan tidak stabil dan lepas dia naik balik dia jatuh lagi tetapi tidak teruk macam kali pertama. penumpang lain juga menjerit dan ada juga menangis semua” 

“ Ye lah memang da rasa akan mati dah”  katanya lagi di dalam perkongsiannya itu. 

Sementara itu, ketika dihubungi, Halimah turut menceritakan perasaannya ketika mengalami situasi cemasnya itu. 

Beliau yang kemudiannya membuat  semakan didalam aplikasi flight radar bagi mendapatkan maklumat jumlah ketinggian pesawat dan lokasi semasa kejadiaan cemas yang dihadapinya itu. 

aplikasi flight radar yang menunjukkan pesawat berpatah balik ke lapangan terbang KLIA selepas berlepas

Menurutnya semakan menggunakan aplikasi berkenaan menunjukkan pesawat itu telahpun berpatah balik ke KLIA selepas membuat pusingan di kawasan Laut China Selatan dan Melaka dan akhirnya selamat mendarat semula di lapangan terbang KLIA. 

Syarikat penerbangan yang dinaikinya itu juga  telah bertindak untuk mengatur penerbangan menggunakan kapal terbang lain sebelum mereka semua bertolak kembali ke Tawau dan tiba pada jam sekitar 9.50 minit malam.

Dalam pada itu, Halimah turut memuji kecekapan juruterbang yang mengendali pesawat dan krew pesawat berkenaan yang berjaya mengendalikan tempoh cemas itu dengan baik dan berjaya mendaratkan semula pesawat itu tanpa kejadiaan yang tidak diingini serta mengaturkan pesawat lain untuk ke destinasi yang sama pada hari yang sama.  

“ Tidak semua orang akan mengalami pengalaman langsung seperti ini dan masih hidup untuk berkongsikan cerita ini, dan saya bersyukur kepada allah katanya lagi. 

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/04/penumpang-pesawat-kongsi-pengalaman-cemasnya-berdepan-pesawat-kehilangan-ketinggian-di-aras-24-ribu-kaki/feed/ 0 13889