pesta buku – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 12 Nov 2024 01:45:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pesta buku – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Orang ramai dipelawa hadir meriahkan Pesta Buku Borneo 2024 https://sabahmedia.com/2024/11/12/orang-ramai-dipelawa-hadir-meriahkan-pesta-buku-borneo-2024/ https://sabahmedia.com/2024/11/12/orang-ramai-dipelawa-hadir-meriahkan-pesta-buku-borneo-2024/#respond Tue, 12 Nov 2024 01:45:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63628
Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Orang ramai dipelawa untuk hadir memeriahkan Pesta Buku Borneo 2024 (PBB 2024) yang akan diadakan selama lima hari bermula esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

PBB 2024 yang bermula jam 10 pagi itu bertemakan ‘Borneo Membaca’ yang menggambarkan kepentingan membaca dalam pembangunan ilmu dan pendidikan di Borneo.

Objektif utama pesta itu adalah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat Sabah dan meluaskan pasaran penerbitan di negeri ini.

Pesta yang dianjurkan Penerbit Universiti Malaysia Sabah (UMS itu dijangka akan dikunjungi oleh beberapa buah sekolah di sekitar Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang dan Papar.

Pesta buku terbesar di Borneo ini terdiri dari lebih 90 reruai pempamer penerbit buku komersial dan akademik antarabangsa dan tempatan, pempamer alat bantu mengajar dan produk inovasi.

Selain Penerbit UMS sendiri selaku penganjur dan pempamer, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, PTS Publishing, Popular Book, MAPIM, FIXI, The Patriot, Naseehat dan banyak lagi penerbit dan pengedar buku terkenal turut menyertai pesta buku ini.

PBB turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik khusus untuk semua lapisan masyarakat. Antaranya ialah bicara buku, forum buku, pelancaran buku, bengkel STEM, persembahan teater, pertandingan mewarna, cabutan bertuah, kuiz dan sebagainya. Para pengunjung juga berpeluang bertemu dengan penulis tempatan dan menebus baucar buku Madani di pesta buku ini.

Menurut pihak penganjur, pesta buku ini menyediakan platform terbaik bagi pembekal dan penerbit untuk memperkenalkan karya terbaru mereka kepada masyarakat, selaras dengan objektif untuk memartabatkan bahan bacaan ilmiah tempatan.

Masuk adalah percuma. Untuk maklumat terkini mengenai aktiviti dan acara sepanjang PBB 2024, orang ramai boleh merujuk ke laman Facebook rasmi Pesta Buku Borneo atau menghubungi Penerbit UMS untuk pertanyaan lanjut di talian 088-3204500. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/12/orang-ramai-dipelawa-hadir-meriahkan-pesta-buku-borneo-2024/feed/ 0 63628
Kerajaan sokong usaha PNS anjur Pesta Buku Kinabalu https://sabahmedia.com/2022/09/18/kerajaan-sokong-usaha-pns-anjur-pesta-buku-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2022/09/18/kerajaan-sokong-usaha-pns-anjur-pesta-buku-kinabalu/#respond Sun, 18 Sep 2022 14:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=21685
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyokong penuh usaha Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) dalam melaksanakan penganjuran Pesta Buku Kinabalu yang diadakan selama empat hari bermula Khamis lalu.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, program yang dilaksanakan dengan kerjasama Nusa Centre dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu juga dapat memberi manfaat dalam pembudayaan ilmu serta budaya membaca dikalangan masyarakat.

“Program yang diadakan ini adalah bersesuaian dengan peranan perpustakaan.  Seperti mana yang saya nyatakan bahawa kita menyokong usaha ini dan akan membesarkan lagi program ini pada masa akan datang.

“Pejabat saya khususnya akan bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah untuk melaksanakan program seumpama ini.  Saya akan minta Setiausaha saya berhubung terus dengan Pengarah PNS untuk menganjurkan program sama pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan 12 buah buku penulis Sabah terbitan Nusa Centre di PNS Cawangan Tanjung Aru di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah PNS Fatimah Abdillah dan Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) Datuk Jasni Matlani.

Mohd Arifin berkata, pihaknya juga akan menjalin kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan syarikat-syarikat penerbitan buku bagi mengadakan penganjuran Pesta Buku Kinabalu.

“Satu hari nanti kita boleh mengembangkan lagi program seumpama ini ke daerah-daerah lain seperti Sandakan, Tawau dan sebagainya.

“Program ini juga merupakan satu inisiatif yang baik dan ianya sejajar dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu dibawah agenda modal insan yang merujuk kepada ilmu pengetahuan, Pendidikan dan pembudayaan keintelektual dikalangan masyarakat di Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Arifin berkata, Kerajaan Negeri akan mewujudkan satu unit khas dalam membantu mengangkat bidang sastera dan Bahasa di Sabah.

“Ini akan membantu penulis dari sudut aktiviti, sastera dan juga termasuklah penerbitan dan penulisan buku.  Sekurang-kurangnya kita dapat membantu penulis untuk menerbitkan buku mereka,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/09/18/kerajaan-sokong-usaha-pns-anjur-pesta-buku-kinabalu/feed/ 0 21685