pesta kaamatan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 03 May 2026 05:11:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pesta kaamatan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pesta Kaamatan dorong rakyat Sabah hasilkan padi, kurangkan bergantung beras import https://sabahmedia.com/2026/05/03/pesta-kaamatan-dorong-rakyat-sabah-hasilkan-padi-kurangkan-bergantung-beras-import/ https://sabahmedia.com/2026/05/03/pesta-kaamatan-dorong-rakyat-sabah-hasilkan-padi-kurangkan-bergantung-beras-import/#respond Sun, 03 May 2026 05:11:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96009
Read Time:1 Minute, 28 Second

TONGOD: Rakyat Sabah diingatkan kembali kepada tujuan asal sambutan Pesta Kaamatan sebagai usaha menggalakkan penanaman padi, susulan amaran global kemungkinan bekalan beras import sukar diperoleh menjelang penghujung tahun ini.

Pengerusi Kumpulan Sedco, Datuk Masiung Banah, berkata negara berdepan risiko krisis bekalan beras dalam tempoh enam bulan akan datang sekiranya rakyat tidak berusaha menghasilkan padi sendiri.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Kaamatan Mukim Tongod di Dewan Tertutup Majlis Daerah Tongod, semalam.

Menurutnya, negara pengeksport beras ke Malaysia berkemungkinan menghentikan bekalan sekiranya konflik di Asia Barat terus berlanjutan.

Katanya, konflik melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran berisiko menjejaskan rantaian bekalan makanan global.

Beliau turut merujuk peringatan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia bahawa stok fizikal beras negara hanya mampu menampung keperluan sehingga enam bulan menjelang akhir tahun ini.

“Pesta Kaamatan wajar menjadi titik tolak untuk rakyat kembali ke akar umbi dengan menanam dan menghasilkan padi sendiri seperti diamalkan nenek moyang, bagi memastikan bekalan makanan keluarga tidak terjejas.

“Negara seperti India, Myanmar dan Vietnam telah mengehadkan bekalan beras ke Malaysia sejak 2025, selain menaikkan cukai eksport sehingga 40 peratus, sekali gus menyebabkan harga beras import meningkat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Sabah tidak boleh terus bergantung kepada bekalan import terutama dari Thailand, Vietnam dan Kemboja yang turut terjejas akibat fenomena El Nino sehingga menurunkan pengeluaran padi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kuamut itu berkata rakyat perlu merebut peluang disediakan kerajaan negeri melalui pelbagai inisiatif dan bantuan untuk mengusahakan tanaman padi di tanah sendiri.

Katanya, Jabatan Pertanian Malaysia, Pertubuhan Peladang Kawasan dan Lembaga Padi dan Beras Sabah menyediakan pelbagai subsidi bagi tanaman padi sawah dan padi bukit sebagai langkah mengurangkan kebergantungan kepada import.

Sabah ketika ini mengimport kira-kira 400,000 tan metrik beras setahun, berbanding pengeluaran tempatan sekitar 120,000 tan metrik setahun.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/03/pesta-kaamatan-dorong-rakyat-sabah-hasilkan-padi-kurangkan-bergantung-beras-import/feed/ 0 96009
Sugandoi tarik minat generasi muda https://sabahmedia.com/2026/05/02/sugandoi-tarik-minat-generasi-muda/ https://sabahmedia.com/2026/05/02/sugandoi-tarik-minat-generasi-muda/#respond Sat, 02 May 2026 11:56:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95979
Read Time:1 Minute, 14 Second

Oleh Erdie Ab Wahid
Foto Alexter Rosalia

KOTA KINABALU : Penganjuran Pertandingan Sugandoi terus mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan pelbagai peringkat umur yang membuktikan lagu tradisi terus subur dalam kalangan generasi muda.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah mengakui kagum dengan kualiti persembahan para peserta yang disifatkan sangat baik, khususnya dalam kategori dazanak dan terbuka.

Sabin Samitah

“Saya dapati persembahan daripada para peserta sangat baik dan ini menunjukkan minat, terutama sekali golongan muda terhadap lagu-lagu tradisi ini masih segar dan kuat.

“Persembahan dazanak dan terbuka amat mengagumkan serta memperlihatkan potensi besar dalam memartabatkan seni budaya tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Pertandingan Akhir Sugandoi Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu di sini pada Sabtu.

Sabin berkata, pertandingan Sugandoi bukan sahaja mampu menarik minat masyarakat tempatan, malah berpotensi menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.

“Program seperti ini boleh dianggap sebagai ‘jiwa’ kepada pengalaman Pesta Kaamatan, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk mendalami budaya tempatan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa menjaga kebersihan bandar raya demi keselesaan penduduk dan pelancong yang berkunjung ke Kota Kinabalu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur serta berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sementara itu, Sabin menasihatkan para peserta yang tidak berjaya agar tidak berputus asa, sebaliknya terus berusaha meningkatkan bakat masing-masing.

“Saya berharap mereka terus berlatih dan mendapatkan bimbingan daripada ahli profesional supaya dapat mempersembahkan kualiti yang lebih baik pada peringkat negeri nanti,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/02/sugandoi-tarik-minat-generasi-muda/feed/ 0 95979
Lebih 30,000 meriahkan pelancaran Pesta Kaamatan di Papar https://sabahmedia.com/2026/05/01/lebih-30000-meriahkan-pelancaran-pesta-kaamatan-di-papar/ https://sabahmedia.com/2026/05/01/lebih-30000-meriahkan-pelancaran-pesta-kaamatan-di-papar/#respond Fri, 01 May 2026 07:53:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95913
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh Erdie Ab Wahid
Foto Alexter Rosalia

PAPAR : Lebih 30,000 pengunjung hadir memeriahkan Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung di Dewan Masyarakat Papar di sini pada Jumaat.

Majlis yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menjadi titik permulaan kepada sambutan Pesta Kaamatan di seluruh Sabah termasuk di beberapa lokasi di Semenanjung dan Sarawak.

Joachim Gunsalam

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, beliau bersyukur dengan sambutan luar biasa daripada masyarakat yang hadir pada majlis pelancaran tersebut.

“Saya amat bersyukur kerana kehadiran hari ini begitu ramai. Tahniah saya ucapkan kepada Pegawai Daerah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau Datuk Juil Nuantim selaku pengerusi pelaksana yang telah menjayakan majlis ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pelancaran Perayaan Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah.

Joachim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Kaamatan peringkat negeri berkata, kemuncak sambutan akan diadakan pada 30 dan 31 Mei di Hongkod Koisaan, Kadazandusun Cultural Association (KDCA) di Penampang, dengan pelbagai acara kebudayaan disusun sepanjang bulan. 

Mengulas lanjut, beliau berkata tema Kaamatan tahun ini ialah “Kaamatan Menuai Perpaduan, Merayakan Keharmonian”, yang mencerminkan semangat sebenar perayaan tersebut.

“Kita mahu Kaamatan menjadi wadah untuk seluruh masyarakat di Sabah bersatu padu dan hidup harmoni, walaupun berbeza dari segi etnik dan kepercayaan.

“Inilah nilai yang kita ingin semai bukan sahaja sepanjang bulan Kaamatan, tetapi sepanjang masa,” katanya lagi.

Beliau turut berharap sambutan tahun ini akan terus memperkukuh perpaduan rakyat serta memelihara keharmonian negeri Sabah yang berbilang kaum dan budaya.-SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/01/lebih-30000-meriahkan-pelancaran-pesta-kaamatan-di-papar/feed/ 0 95913
Lebih 25,000 meriahkan penutupan Pesta Kaamatan Sabah 2025 https://sabahmedia.com/2025/05/31/lebih-25000-meriahkan-penutupan-pesta-kaamatan-sabah-2025/ https://sabahmedia.com/2025/05/31/lebih-25000-meriahkan-penutupan-pesta-kaamatan-sabah-2025/#respond Sat, 31 May 2025 06:17:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74871
Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Penampang : Lebih 25,000 masyarakat pelbagai kaum di seluruh Sabah hadir memeriahkan majlis penutupan sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah yang berlangsung di Dewan Hongkod Koisaan di sini pagi tadi.

Majlis perasmian penutupan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta isteri Datin Seri Juliah Salag.

Turut hadir sama pada majlis itu Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya; Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing dan Presiden KDCA, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan

Pada majlis itu Tun Musa dan Hajiji serta barisan kenamaan turut melakukan upacara mongomot atau menuai padi dan seterusnya memukul gong sebanyak tujuh kali sebagai simbolik pengisytiharan penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2025.

Selain upacara mengomot, turut diadakan upacara magavau oleh Pertubuhan Bobolian Negeri Sabah; persembahan koir; persembahan tarian tradisi; persembahan juara Sugandoi dan beberapa persembahan lain.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri di KDCA.

Terdahulu, Pairin ketika berucap menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan pesta Kaamatan pada kali ini yang membawa tema “Kaamatan Untuk Semua”.

Katanya, sambutan ini bukan sahaja membawa kesatuan perpaduan dalam kalangan masyarakat Sabah, tetapi turut mampu membawa negeri ke peringkat lebih tinggi khususnya dalam sektor pelancongan.

Tun Musa turut melawat rumah-rumah tradisi pelbagai etnik di Kampung Kebudyaan Koisaan (KCV) – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/31/lebih-25000-meriahkan-penutupan-pesta-kaamatan-sabah-2025/feed/ 0 74871
PM Anwar dijangka rasmi Pesta Kaamatan 2025 30 Mei ini https://sabahmedia.com/2025/05/20/pm-anwar-dijangka-rasmi-pesta-kaamatan-2025-30-mei-ini/ https://sabahmedia.com/2025/05/20/pm-anwar-dijangka-rasmi-pesta-kaamatan-2025-30-mei-ini/#respond Tue, 20 May 2025 02:45:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74140
Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menghadiri sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2025 pada 30 Mei ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan berkata, Perdana Menteri sekaligus akan merasmikan sambutan Pesta Kaamatan pada hari tersebut.

“Manakala penutupan rasmi sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri pula akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman pada 31 Mei.

“Tujuan kunjungan kami kepada Tun Musa adalah untuk memberi taklimat mengenai majlis penutupan Kaamatan serta aktiviti dan program yang akan berlangsung pada hari tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan kepada Tun Musa di Istana Seri Kinabalu pada Isnin.

Jeffrey berkata, antara acara utama termasuk persembahan kebudayaan, lawatan ke rumah-rumah tradisi di Pusat Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) serta pertandingan Unduk Ngadau yang akan berlangsung pada sebelah petang.
Dalam pada itu, dengan tema Kaamatan kali ini, “Kaamatan Untuk Semua”, Jeffrey berharap sambutan tahun ini akan berjalan lancar dan lebih meriah dengan kehadiran pengunjung tempatan dan luar negara.

Katanya, sambutan berkenaan turut menerima kehadiran pelawat dari luar negara termasuk Kalimantan, selain jemputan kepada para duta dan pelabur.

“Kaamatan merupakan platform penting untuk menggerakkan ekonomi Sabah. Sebab itu kerajaan memberi peruntukan besar untuk menjayakan pelbagai aktiviti bukan sahaja di Sabah tetapi juga di Sarawak dan Semenanjung.

“Sambutan Kaamatan kini menjadi festival peringkat kebangsaan dan memberi impak besar kepada sektor ekonomi serta pelancongan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan sambutan itu mampu memberi manfaat kepada peniaga kecil di kampung dan mukim, selain membuka peluang promosi produk tempatan ke peringkat lebih luas.

“Saya percaya impak Pesta Kaamatan bukan sahaja bersifat domestik, malah juga nasional dan antarabangsa,” katanya.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Peto Galim dan Setiausaha Tetap kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Leonard Stephen Poyong.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/20/pm-anwar-dijangka-rasmi-pesta-kaamatan-2025-30-mei-ini/feed/ 0 74140
Pesta Kaamatan Sipitang perlu ditambah nilai tarikan pelancong https://sabahmedia.com/2025/05/19/pesta-kaamatan-sipitang-perlu-ditambah-nilai-tarikan-pelancong/ https://sabahmedia.com/2025/05/19/pesta-kaamatan-sipitang-perlu-ditambah-nilai-tarikan-pelancong/#respond Mon, 19 May 2025 03:18:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74089
Read Time:1 Minute, 48 Second

Sipitang: Penganjuran sambutan Pesta Kaamatan daerah Sipitang pada masa akan datang perlu ditambah nilai bagi menarik kehadiran orang ramai khususnya pengunjung dari luar ke daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, antara aktiviti yang boleh ditambah nilai antaranya melaksanakan Pesta Makanan yang dapat membuka ruang kepada para peniaga makanan dan usahawan menjana pendapatan.

“Saya berharap ia dapat dilaksanakan pada penganjuran tahun hadapan dan tidak tertumpu kepada satu acara sahaja sebaliknya dimeriahkan dengan beberapa acara lain bagi menarik kehadiran ramai pengunjung ke daerah ini khususnya di Pekan Sipitang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian dan Penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Sipitang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Sipitang, di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pengerusi Pengelola Lembaga Koko Malaysia yang juga Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah dan Pegawai Daerah Sipitang Abd Karim A.M. Zahari.

Pada pertandingan akhir Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Daerah Sipitang, Michelle Labo dinobatkan sebagai juara, naib juara Stevalynda Aldera Salincius dan ketiga, Alvira Joan Egol Basintal.

Hadiah kepada enam peserta akhir disampaikan oleh isteri kepada Dr Yusof, Datin Azizah Beniamen.

Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata, ini juga sejajar dengan usaha berterusan menjadikan Sipitang sebagai destinasi pelancongan menerusi penganjuran pesta perayaan berasaskan kesenian dan kebudayan suku kaum di daerah ini.

Beliau juga mahu, syarikat-syarikat yang ada di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) dilibatkan pada penganjuran Pesta Kaamatan pada tahun hadapan untuk mereka menghebahkan aktiviti mereka khususnya berkaitan peluang pekerjaan kepada tenaga kerja tempatan.

Pada masa sama, katanya, penganjuran pesta dan perayaan ini akan memberi limpahan dan manfaat kepada penduduk daerah ini khususnya dalam menjana pendapatan khususnya dari aktiviti perniagaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, sambutan Pesta Kaamatan ini bukan sahaja menjadi perayaan utama kepada kaum Kadazan, Dusun dan Murut tetapi menjadi landasan penting kepada usaha mengukuhkan perpaduan antara kaum di negeri ini tanpa mengira agama.

Menurutnya, Sabah memang terkenal dengan rakyatnya hidup dalam suasana harmoni dan bertoleransi biarpun mempunyai 37 suku kaum dengan 70 sub etinik.

“Justeru itu, suasana hidup harmoni rakyat negeri ini harus kita jaga dan menolak mana-mana anasir luar yang cuba memecah belahkan suasana ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/19/pesta-kaamatan-sipitang-perlu-ditambah-nilai-tarikan-pelancong/feed/ 0 74089
Orang ramai dipelawa hadir meriahkan Pesta Kaamatan Penampang Ahad ini https://sabahmedia.com/2025/05/15/orang-ramai-dipelawa-hadir-meriahkan-pesta-kaamatan-penampang-ahad-ini/ https://sabahmedia.com/2025/05/15/orang-ramai-dipelawa-hadir-meriahkan-pesta-kaamatan-penampang-ahad-ini/#respond Thu, 15 May 2025 00:52:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73843
Read Time:1 Minute, 12 Second

Penampang : Orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat dijemput hadir memeriahkan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang yang akan berlangsung pada 18 Mei ini bertempat di Buhavan Square, Pekan Donggongon.

Presiden Majlis Perbandaran Penampang (MPP), Francis Chong, berkata sambutan kali ini membawa tema ‘Kaamatan Montok Toinsanan’ atau ‘Kaamatan Untuk Semua’ mencerminkan semangat perpaduan dan keterangkuman rakyat Sabah.

“MPP menjemput seluruh warga Penampang dan kawasan sekitar untuk sama-sama hadir bagi menyemarakkan lagi sambutan Pesta Kaamatan tahun ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang di sini.

Presiden Majlis Perbandaran Penampang (MPP), Francis Chong

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Penampang merangkap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dan turut disiarkan secara langsung di Facebook rasmi MPP.

Acara-acara menarik yang menanti pengunjung antaranya adalah pameran perkhidmatan kerajaan, jualan produk pertanian dan perikanan, persembahan kebudayaan, sukan tradisional, persembahan artis tempatan, cabutan bertuah serta kemunculan pemenang Sugandoi Penampang 2025.

Tumpuan utama tentunya terarah kepada Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Daerah Penampang, yang bakal menyaksikan pemilihan ratu budaya untuk mewakili daerah ke peringkat negeri di Hongkod Koisaan.

Sementara itu, Pertandingan Sugandoi Peringkat Daerah Penampang 2025 telah diadakan lebih awal pada 11 Mei bertempat di Msgr. Wachter Hall, Dewan Paroki St. Michael, Penampang.

Hadir sama pada mesyuarat itu Timbalan Presiden MPP, Noemi Dyena, Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat Parlimen Penampang, Alvin Lee, Pengerusi Sugandoi Penampang, Miklin Ationg, serta pengerusi jawatankuasa kecil dan ketua jabatan negeri serta Persekutuan.-

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/15/orang-ramai-dipelawa-hadir-meriahkan-pesta-kaamatan-penampang-ahad-ini/feed/ 0 73843
Pesta Kaamatan lambang perpaduan, keharmonian rakyat Sabah https://sabahmedia.com/2025/05/01/pesta-kaamatan-lambang-perpaduan-keharmonian-rakyat-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/05/01/pesta-kaamatan-lambang-perpaduan-keharmonian-rakyat-sabah/#respond Thu, 01 May 2025 04:50:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73005
Read Time:59 Second

Tambunan: Sambutan Pesta Kaamatan bukan sekadar pesta menuai, tetapi simbol perpaduan dan keharmonian rakyat Sabah yang berbilang kaum, agama dan budaya.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kaamatan merupakan saat istimewa untuk menzahirkan rasa syukur atas hasil tuaian yang melimpah, sambil mengukuhkan silaturahim sesama rakyat negeri ini.

“Lebih daripada itu, Kaamatan juga adalah cerminan keharmonian dan semangat muhibah dalam kalangan rakyat Sabah.

“Ini adalah selaras dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan nilai kemanusiaan, saling menghormati dan kebersamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan 2025 di Dewan Terbuka Pisompuruan di sini hari ini.

Hajiji berkata, tema Pesta Kaamatan tahun ini ‘Kaamatan Untuk Semua, Kaamatan For All, Kaamatan Montok Toinsanan’ membawa mesej yang sangat mendalam dan inklusif.

“Ia menekankan bahawa Pesta Kaamatan bukan hanya milik satu komuniti, tetapi satu perayaan bersama yang merangkul semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

“Kaamatan kini bukan hanya pesta menuai. Ia menjadi lambang penyatuan rakyat, satu ruang untuk kita saling mengenali, menghormati, dan meraikan keunikan budaya masing- masing.

“Tema ini juga mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk menyatukan rakyat Sabah dari pelbagai lapisan masyarakat bagi meraikan warisan budaya kita yang kaya dan pelbagai,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/01/pesta-kaamatan-lambang-perpaduan-keharmonian-rakyat-sabah/feed/ 0 73005
Pesta Kaamatan dilancarkan di Tambunan 1 Mei ini https://sabahmedia.com/2025/04/25/pesta-kaamatan-dilancarkan-di-tambunan-1-mei-ini/ https://sabahmedia.com/2025/04/25/pesta-kaamatan-dilancarkan-di-tambunan-1-mei-ini/#respond Fri, 25 Apr 2025 00:35:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72625
Read Time:33 Second

Kota Kinabalu: Perayaan Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah akan dilancarkan di daerah Tambunan pada 1 Mei ini.

Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI), Datuk Leonard Stephen Poyong berkata, pemilihan lokasi di luar Kota Kinabalu adalah bertujuan bagi memberi peluang kepada masyarakat sekitarnya untuk bersama-sama terlibat dalam program berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam slot Kupi-Kupi FM di sini.

Rakaman temu bual selama 20 minit itu dikendalikan oleh penyampai radio DJ Boy Vanz dan dijadualkan untuk disiarkan menerusi saluran Kupi-Kupi FM pada hari ini.

Mengiringi beliau ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Sabah, Dr. Diana Dominic.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/25/pesta-kaamatan-dilancarkan-di-tambunan-1-mei-ini/feed/ 0 72625
Kerajaan Sabah peruntuk RM5 juta untuk Sambutan Pesta Kaamatan 2025 https://sabahmedia.com/2025/03/28/kerajaan-sabah-peruntuk-rm5-juta-untuk-sambutan-pesta-kaamatan-2025/ https://sabahmedia.com/2025/03/28/kerajaan-sabah-peruntuk-rm5-juta-untuk-sambutan-pesta-kaamatan-2025/#respond Fri, 28 Mar 2025 06:27:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71243
Read Time:47 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi Sambutan Pesta Kaamatan pada tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat di Wisma Pertanian di sini.

Perkara itu diumumkan menerusi kemaskini yang dimuat naik di Faceboknya semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah berkata, peruntukan itu adalah bagi membiayai keseluruhan program dan aktiviti sempena Pesta Kaamatan yang akan diadakan sepanjang Mei depan.

Katanya, ia meliputi peringkat negeri dan daerah-daerah di seluruh Sabah. 

Menurutnya, daerah Tambunan akan menjadi tuan rumah bagi Majlis Pelancaran Sambutan Pesta Kaamatan pada tahun ini. 

“Selain itu, Buvazoi Tavantang Kaamatan yang dahulunya dikenali sebagai Mr Kaamatan kini secara rasmi menjadi sebahagian daripada program Pesta Kaamatan, dengan beberapa penambahbaikan dari segi konsep dan aktiviti,” katanya.

Dalam pada itu, Jeffrey berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menyempurnakan Majlis Penutupan Pesta Kaamatan 2025 pada 31 Mei depan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/28/kerajaan-sabah-peruntuk-rm5-juta-untuk-sambutan-pesta-kaamatan-2025/feed/ 0 71243