Pesta – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 18 Sep 2024 22:34:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pesta – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pesta Tanglung, Hari Malaysia platform penting semarak semangat cinta negara https://sabahmedia.com/2024/09/19/pesta-tanglung-hari-malaysia-platform-penting-semarak-semangat-cinta-negara/ https://sabahmedia.com/2024/09/19/pesta-tanglung-hari-malaysia-platform-penting-semarak-semangat-cinta-negara/#respond Wed, 18 Sep 2024 18:45:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60866
Read Time:1 Minute, 7 Second

Keningau : Pesta Tanglung dan Hari Malaysia menjadi platform penting dalam menyemai perpaduan kaum, malah menyemarak semangat cinta negara.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, rakyat khususnya di negeri ni juga diseru untuk terus bersatu padu dan saling bekerjasama dalam membina masyarakat Malaysia yang lebih aman dan makmur.

Katanya, ia dapat ditonjolkan menerusi penganjuran serentak Majlis Sambutan Pesta Tanglung dan Hari Malaysia dalm satu majlis.

“Bertepatan dengan tema kemerdekaan kali ini ‘Malaysia Madani, Jiwa Merdeka’ adalah menjadi kewajipan kita sebagai rakyat Malaysia untuk terus bersatu hati dengan saling hormat-menghormati.

“Selain mengamalkan sikap toleransi tanpa mengira kaum, agama dan ideologi yang berbeza dalam mempertahankan perpaduan dan kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hari Malaysia dan Pesta Tanglung 2024 di Dewan Yap SJK (C) Cheng Ming Kampung Ansip Tengah, di sini hari ini.

Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook berkata, sambutan yang dirayakan itu amat bersejarah dengan tarikh keramat 16 September iaitu Hari Malaysia.

“Tanggal 16 September 1963 merupakan tarikh keramat bagi persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

“Tarikh tersebut merupakan peristiwa penting yang mana berlakunya pengisytiharan penubuhan Malaysia menjadi sebuah negara baharu.

“Justeru itu, adalah penting bagi kita semua rakyat Malaysia untuk meraikan hari keramat itu bagi mengenang perjuangan pemimpin-pemimpin dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/19/pesta-tanglung-hari-malaysia-platform-penting-semarak-semangat-cinta-negara/feed/ 0 60866
Pesta Buah-Buahan Tempatan tarikan utama ke Homestay di Bandaraya KK – Dr Sabin https://sabahmedia.com/2024/02/17/pesta-buah-buahan-tempatan-tarikan-utama-ke-homestay-di-bandaraya-kk-dr-sabin/ https://sabahmedia.com/2024/02/17/pesta-buah-buahan-tempatan-tarikan-utama-ke-homestay-di-bandaraya-kk-dr-sabin/#respond Sat, 17 Feb 2024 10:56:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49651
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : ‘Pesta Buah-Buahan Tempatan’ akan diwujudkan bagi menarik lebih ramai kehadiran pelancong dalam dan luar negara berkunjung di empat Homestay berdaftar di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, empat homestay terbabit iaitu Desa Cinta Kobuni, Homestay Id Kalangadan, manakala Homestay Darau Wetland dan Homestay Id Pogimpan, Kampung Binaung Baru Manggatal.

Katanya, dalam tempoh terdekat satu perbincangan secara terperinci akan diadakan membabitkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) serta beberapa agensi berkaitan termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“Kita melihat ini merupakan potensi menarik kehadiran pelancong melawat Homestay serta sebagai produk pelancongan terbaharu yang boleh dikomersialkan sekali gus menambah produk yang sedia ada.

“Sebagai contoh kawasan pelancongan Homestay Id Pogimpan, Kampung Binaung Baru Manggatal yang terkenal dengan pemandangan yang menarik serta mempunyai sedia ada kawasan pertanian buah-buahan yang boleh mencapai hasrat terbabit,” katanya kepada media di sini hari ini.

Dr Sabin berkata, sudah tentu langkah mewujudkan Pesta Buah-Buahan tempatan adalah cadangan baik sekali gus boleh meningkatkan hasil pendapatan pengusaha homestay itu sendiri.

“Kita akan pastikan cadangan ini dapat dilaksanakan kelak memandangkan ia adalah tujuh strategi telah digariskan dengan membabitkan 16 program dijalankan dan akan dijalankan oleh DBKK.

“Antara objektif dalam program ini ialah ingin Meningkatkan sosio-ekonomi komuniti setempat dengan melalui penglibatan dalam aktiviti pelancongan dengan mempelbagaikan serta menaiktaraf pelbagai produk pelancongan dan mampu memulihara sumber alam semula jadi sekali gus mengekalkan warisan serta budaya komuniti setempat,” jelas Dr Sabin.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/17/pesta-buah-buahan-tempatan-tarikan-utama-ke-homestay-di-bandaraya-kk-dr-sabin/feed/ 0 49651