pesuruhjaya polis sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 09 May 2023 08:58:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pesuruhjaya polis sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji mula bertugas, terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Polis Sabah https://sabahmedia.com/2023/05/09/hajiji-mula-bertugas-terima-kunjungan-hormat-pesuruhjaya-polis-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/05/09/hajiji-mula-bertugas-terima-kunjungan-hormat-pesuruhjaya-polis-sabah/#respond Tue, 09 May 2023 08:57:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34063
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang mula bertugas selepas menjalani pembedahan “gallstone”, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Polis Sabah baharu, Datuk Jauteh Dikun di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, dekat sini.

Jauteh 57, dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah berkuat kuasa 2 Mei 2023 bagi menggantikan Datuk Idris Abdullah yang bersara pada 31 Mac lalu.

Dalam taklimatnya kepada Hajiji, Jauteh memaklumkan tentang program, rancangan, operasi dan isu yang dihadapi oleh pasukan polis di Sabah.

Hajiji yang mengalu-alukan pelantikan Jauteh sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah dan Shahurinain sebagai Timbalan Pesuruhjaya, yakin mereka dan pasukan polis mampu memastikan tahap keselamatan Sabah kekal terpelihara dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Beliau memberi jaminan kepada Jauteh, Kerajaan Negeri akan membantu memudahkan pembinaan lebih banyak pondok polis dan juga operasi keselamatan di seluruh negeri.

Jauteh berterima kasih kepada Hajiji dan Kerajaan Negeri atas sokongan padu yang
diberikan kepada pasukan polis selama ini.

Mengiringi Jauteh dalam kunjungan itu ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah
baharu, Deputi Komisioner Shahurinain Jais, Ketua Cawangan Khas (KCK), SAC
Datuk Mohd Salleh Yahya, Ketua Jabatan Pengurusan (KJP), SAC Nik Md Zain Nik
Omar, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ), SAC Azmi Abdul Rahim dan Ketua
Jabatan Logistik, ACP Datin Laila Sagir.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/09/hajiji-mula-bertugas-terima-kunjungan-hormat-pesuruhjaya-polis-sabah/feed/ 0 34063
Datuk Idris Abdullah Pesuruhjaya Polis Sabah baharu https://sabahmedia.com/2021/09/02/datuk-idris-abdullah-pesuruhjaya-polis-sabah-baharu/ https://sabahmedia.com/2021/09/02/datuk-idris-abdullah-pesuruhjaya-polis-sabah-baharu/#respond Thu, 02 Sep 2021 07:44:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5704
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Idris Abdullah dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah baharu berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Datuk Hazani Ghazali yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).

Penyerahan serah terima tugas itu berlangsung di Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di Kota Kinabalu dengan disaksikan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Acryl Sani berkata, pelantikan Idris sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah baharu dilihat bertepatan memandangkan beliau seorang pegawai yang berpengalaman daripada aspek siasatan jenayah.

“Saya juga merasa sangat yakin bahawa beliau dapat menggalas tugas sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang akan disokong padu oleh semua pegawai dan anggota warga Sabah termasuklah Kawasan Khas Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dalam usaha kita untuk memastikan keadaan keselamatan dan ketenteraman di Sabah dapat kita kekalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis serah terima tugas di Auditorium IPK Sabah.

Selain itu, Acryl menjelaskan, Jabatan KDNKA merupakan entiti penting dalam pasukan Polis Diraja Malaysia dan berpandangan bahawa Hazani merupakan calon yang sesuai menjawat jawatan itu.

“Ini menjadikan tugas-tugas di KDNKA dapat ditingkatkan dan lebih cemerlang. Seperti mana kita sedia maklum bahawa dengan suasana negara kita bukan sahaja dilanda dengan pandemik COVID-19, tetapi kita juga berhadapan dengan ancaman dan cabaran di kawasan persempadanan termasuk kemasukan elemen warga asing yang mungkin akan menjejaskan lagi usaha kerajaan dalam mengawal merebaknya wabak COVID-19.

“Selain itu juga kita yakin dan percaya bahawa beliau (Hazani) akan dapat berikan fokus kepada ancaman yang berbentuk subversif, ancaman berbentuk jenayah rentas sempadan yang kita sendiri sedia maklum bahawa negara kita ini mempunyai sempadan yang sangat terbuka,” katanya. – ASTRO AWANI

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/02/datuk-idris-abdullah-pesuruhjaya-polis-sabah-baharu/feed/ 0 5704
Pesuruhjaya Polis Sabah Antara 64 Pegawai Kanan Terlibat Pertukaran https://sabahmedia.com/2021/08/03/pesuruhjaya-polis-sabah-antara-64-pegawai-kanan-terlibat-pertukaran/ https://sabahmedia.com/2021/08/03/pesuruhjaya-polis-sabah-antara-64-pegawai-kanan-terlibat-pertukaran/#respond Tue, 03 Aug 2021 10:39:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4018
Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU : Pesuruhjaya Polis Sabah Komisioner Polis (CP) Datuk Hazani Ghazali antara 64 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan terlibat dalam pertukaran berkuatkuasa 6 September depan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan PDRM mengumumkan pertukaran pegawai kanan polis seluruh negara itu melibatkan di peringkat daerah, negeri dan Jabatan Bukit Aman.

Superintendan Komunikasi Korporat, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Skandaguru Anandan dalam kenyataan itu berkata, Datuk Hazani akan bertukar ke Bukit Aman sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA).

Katanya, kekosongan tempatnya akan digantikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis (DCP) Datuk Idris Abdullah dengan memangku pangkat CP.

“Timbalan Pengarah Risikan/Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, DCP Datuk Dev Kumar pula bertukar sebagai Timbalan Pengarah di jabatan yang sama dengan memangku pangkat komisioner polis dan tempat beliau akan digantikan oleh Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan JSJ Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri.

“Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC), Datuk Muhamad Zaki Harun akan bertukar sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan dengan memangku pangkat yang sama.

“Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Shukri Kaman pula kembali ke Bukit Aman sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan dengan memangku pangkat SAC dan tempat beliau akan digantikan Asisten Komisioner Azlan Abu yang kini bertugas sebagai Pengarah Keselamatan (Gred KP52), Universiti Putra Malaysia,” kata Skandaguru.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah pula dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman.

Tempat beliau digantikan oleh Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya yang kini merupakan Penolong Pengarah (D4) Central Criminal Intelligence Unit (CCIU)/Rekod Jenayah, JSJ Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh pula akan bertukar ke negeri Sarawak sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti dengan memangku pangkat SAC menggantikan SAC Datuk Muhammed Hasbullah Ali.

Muhammad Hasbullah telah dinaikkan kedudukan ke Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah JSJ Komersial dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Superintendan Vijaya Rao Samachulu akan menggantikan Nurulhuda sebagai Ketua Polis daerah Klang Utara dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/03/pesuruhjaya-polis-sabah-antara-64-pegawai-kanan-terlibat-pertukaran/feed/ 0 4018