Pesuruhjaya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 18 Oct 2024 22:32:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pesuruhjaya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji hoskan makan malam untuk Duta Besar & Pesuruhjaya Tinggi https://sabahmedia.com/2024/10/19/hajiji-hoskan-makan-malam-untuk-duta-besar-pesuruhjaya-tinggi/ https://sabahmedia.com/2024/10/19/hajiji-hoskan-makan-malam-untuk-duta-besar-pesuruhjaya-tinggi/#respond Fri, 18 Oct 2024 22:16:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62412
Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghoskan majlis makan malam bersama Duta-Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi luar negara di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya pada Jumaat.

Mereka terdiri daripada Duta Besar Norway ke Malaysia, TYT Morten Paulsen, Duta Besar Turkmenistan ke Malaysia, TYT Muhammatnyyaz Mashalov, Duta Besar United Arab Emirates (UAE) ke Malaysia, T.Y.T. Dr. Mubarak Saeed Al Dhaheri dan Duta Besar Libya ke Malaysia, TYT Mohamed Assadiq Masaud Attia.

Pesuruhjaya Tinggi yang diraikan ialah Pesuruhjaya Tinggi Namibia ke Malaysia, TYT Herman Pule Diamonds dan Pesuruhjaya Tinggi Republic of Maldives ke Malaysia, TYT Dr. Mariyam Shabeena Ahmed serta pengasas Blue Economy/ ZERI (Zero Emissions Research and Initiatives), Prof. Dr. Gunter Pauli.

Mereka berada di Sabah atas jemputan menghadiri Sabah International Blue Economy Conference (SIBEC) yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim di Sabah International Convention Centre (SICC), pada Sabtu (19 Okt).

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Seri Rosli Isa dan Ketua Penyelaras Sabah Maju Jaya (SMJ) Sekretariat, Datuk Rosmadi Sulai.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/19/hajiji-hoskan-makan-malam-untuk-duta-besar-pesuruhjaya-tinggi/feed/ 0 62412
Hajiji Terima Kunjungan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Yang Baharu https://sabahmedia.com/2021/12/15/hajiji-terima-kunjungan-timbalan-pesuruhjaya-polis-sabah-yang-baharu/ https://sabahmedia.com/2021/12/15/hajiji-terima-kunjungan-timbalan-pesuruhjaya-polis-sabah-yang-baharu/#respond Wed, 15 Dec 2021 12:59:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9921
Read Time:22 Second

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah mengadakan kunjungan hormat dan secara rasmi memperkenalkan timbalannya yang baru dilantik, Datuk Jauteh Dikun kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu, dekat sini pada Rabu.

Jauteh menggantikan Datuk Mazli Mazlan yang menjawat jawatan baharu sebagai Timbalan Pengarah Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman pada 29 Nov.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Sapii Ahmad yang mengambil alih tugas daripada Jauteh.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/15/hajiji-terima-kunjungan-timbalan-pesuruhjaya-polis-sabah-yang-baharu/feed/ 0 9921
Hajiji Terima Kunjungan Hormat Pesuruhjaya Polis Sabah Baharu https://sabahmedia.com/2021/09/30/hajiji-terima-kunjungan-hormat-pesuruhjaya-polis-sabah-baharu/ https://sabahmedia.com/2021/09/30/hajiji-terima-kunjungan-hormat-pesuruhjaya-polis-sabah-baharu/#respond Thu, 30 Sep 2021 10:03:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7039
Read Time:36 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Polis Sabah baharu, Datuk Idris Abdullah di Menara Kinabalu, di sini pada Khamis, antara lain untuk membincangkan keadaan keselamatan negeri ketika ini.

Idris sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan, Perjawatan) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, mengambil alih tugas sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah dari Datuk Hazani Ghazali pada 9 September yang lalu.

Hazani telah dinaikkan pangkat sebagai pengarah di Jabatan Keselamatan dan Ketenteraman Awam di Bukit Aman.

Semasa kunjungan hormat tersebut, Idris ditemani oleh Ketua Siasatan Jenayah Negeri Datuk Jauteh Dikun, Ketua Pengurusan Polis Negeri, SAC Zabidi Md Zin dan Ketua Cawangan Khas Negeri, SAC Mohd Salleh Yahya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/30/hajiji-terima-kunjungan-hormat-pesuruhjaya-polis-sabah-baharu/feed/ 0 7039