Petagas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 21 Jan 2026 09:10:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Petagas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DBKK naik taraf Tugu Petagas sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 https://sabahmedia.com/2026/01/21/dbkk-naik-taraf-tugu-petagas-sempena-tahun-melawat-malaysia-2026/ https://sabahmedia.com/2026/01/21/dbkk-naik-taraf-tugu-petagas-sempena-tahun-melawat-malaysia-2026/#respond Wed, 21 Jan 2026 09:09:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90109
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menaik taraf kemudahan awam di Tugu Peringatan Petagas sebagai persediaan menyambut ketibaan pengunjung sempena kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

Ketua Pengarah DBKK, Datuk Sr. Lifred Wong berkata, ia termasuklah kemudahan seperti tandas yang perlu berada pada tahap memuaskan bagi memastikan keselesaan pengunjung di tapak bersejarah itu.

“Kita mengambil kira keperluan pengunjung sekiranya berlaku kehadiran dalam jumlah yang ramai, justeru kemudahan sedia ada perlu dinaik taraf mengikut keperluan semasa.

“Beberapa penambahbaikan sebelum ini telah dilaksanakan hasil peruntukan kerajaan negeri termasuk pembaikan laluan pejalan kaki yang sebelum ini sering terjejas akibat banjir ketika hujan lebat.

“Langkah memastikan infrastruktur awam berada dalam keadaan baik adalah penting bagi mengekalkan imej tapak bersejarah itu sebagai lokasi pelancongan yang berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Upacara Memperingati Mangsa Perang Petagas, di sini pada Rabu.

Tugu Peringatan Petagas merupakan lokasi pembunuhan dan perkuburan ahli-ahli pasukan penentang tentera Jepun digelar Gerila Kinabalu terdiri daripada 324 anak muda pelbagai kaum di Sabah diketuai oleh Albert Kwok.

Upacara Memperingati Mangsa Perang Petagas itu menghimpunkan kira-kira 400 individu melibatkan penyertaan 11 pasukan beruniform.

Istiadat bermula seawal jam 7.30 pagi dan mencapai kemuncak dengan upacara meletakkan kalungan bunga dimulakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Turut sama meletakkan kalungan bunga ialah Lifred disusuli Pegawai Memerintah Rejimen Ke-35 Artileri Diraja, Leftenan Kolonel Alhonsus Rodsung @ Benedect.

Majlis diakhiri dengan tiupan “Last Post”, bertafakur selama 20 saat dan tiupan “Rouse” sebagai penghormatan kepada perwira yang terkorban.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/21/dbkk-naik-taraf-tugu-petagas-sempena-tahun-melawat-malaysia-2026/feed/ 0 90109
30 calon hadir di PPC Dewan Sri Putatan https://sabahmedia.com/2025/11/15/30-calon-hadir-di-ppc-dewan-sri-putatan/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/30-calon-hadir-di-ppc-dewan-sri-putatan/#respond Sat, 15 Nov 2025 06:27:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85869
Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh J Evachel John

PUTATAN: Suasana di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Sri Putatan meriah apabila seramai 30 calon hadir mengemukakan borang penamaan masing-masing.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Masawi Salleh, mengumumkan bahawa semua borang yang diterima telah disemak dan tiada satupun ditolak.

Daripada jumlah itu, sembilan calon bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.22 Tanjung Aru, 10 calon bagi kerusi DUN N.23 Petagas dan 11 calon bagi DUN N.24 Tanjung Keramat.

Berikut senarai penuh calon mengikut DUN yang diumumkan oleh Masawi sekitar jam 11.40 pagi tadi.

Calon DUN Tanjung Aru. Foto ihsan JAPEN

N.22 TANJUNG ARU (9 calon)

  1. Loh Ee Eng – Parti Bumi Kenyalang (PBK)
  2. Hiew Choon Yu – Parti Solidariti Tanah Airku (STARSabah)
  3. Wong Hong Jun – Parti Warisan Sabah (Warisan)
  4. Yee Wee Ping – Parti Impian Sabah (PIS)
  5. Dennison R. Indang – UPKO
  6. Mohamed Zaim Ansawi – Bebas (Kunci)
  7. Dr. Ritchie Jay Cheng – Bebas (Gajah)
  8. Suhaimi Buang – Perikatan Nasional (PN)
  9. Datuk Chan Foong Hin – Pakatan Harapan (PH)
Calon DUN Petagas. Foto Ihsan JAPEN

N.23 PETAGAS (10 calon)

  1. Aslin Samat – Parti Impian Sabah (PIS)
  2. Sabrezani Sabdin Ghani – Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri)
  3. Dr. Afifi Saif – Perikatan Nasional (PN)
  4. Lee Nyuk Soon @ Jason Lee – UPKO
  5. Patrick Manius – Bebas (Rumah)
  6. Awang Husaini Sahari – Pakatan Harapan (PH)
  7. Awang Ahmad Sah – Bebas (Gajah)
  8. Adelaide Cornelius – Parti KDM
  9. Annita Shiela F. Among – STARSabah
  10. Uda Sulai – Warisan
Calon DUN Tanjung Keramat. Foto ihsan JAPEN

N.24 TANJUNG KERAMAT (11 calon)

  1. Sugarah @ Segarah Miasin – Parti KDM
  2. Farish Adamz @ Kanny – Perikatan Nasional (PN)
  3. Jeffery Nor Mohamed – Barisan Nasional (BN)
  4. Saifullah Phang – Bebas (Kunci)
  5. Mahadthir Asbollah – Parti Impian Sabah (PIS)
  6. Mil Kusin Abdillah – Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri)
  7. Shah Alfie Yahya – Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
  8. Azni Mohd Salleh – STARSabah
  9. Rosdy Wasli – UPKO
  10. Mohammad Firdaus Diun @ Awang – Warisan
  11. Jasni Matlani – Parti Bumi Kenyalang (PBK)
]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/30-calon-hadir-di-ppc-dewan-sri-putatan/feed/ 0 85869
Tambah baik jejantas Petagas bakal tingkat keselamatan penduduk – Shahelmey https://sabahmedia.com/2024/11/22/tambah-baik-jejantas-petagas-bakal-tingkat-keselamatan-penduduk-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2024/11/22/tambah-baik-jejantas-petagas-bakal-tingkat-keselamatan-penduduk-shahelmey/#respond Fri, 22 Nov 2024 11:08:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64220
Read Time:1 Minute, 16 Second

PUTATAN: Pembinaan dan penambahbaikan jejantas pejalan kaki di Petagas, dekat sini, bakal memberi impak terhadap peningkatan keselamatan kepada masyarakat setempat.

Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, perancangan berkaitan pembinaan jejantas itu telah bermula tahun lalu dengan ianya kini diberikan keutamaan.

Jelasnya, pembinaan jejantas itu merupakan penambahan struktur sedia ada.

“Dalam bajet Negeri Sabah tahun 2025 yang telah diluluskan baru-baru ini telah dimasukkan perancangan untuk membina jejantas di kawasan tersebut.

“Saya minta keutamaan diberikan kepada pembinaan jejantas ini dalam waktu yang terdekat” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya itu berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi ahli keluarga mangsa kemalangan keretapi di Kampung Muhibbah, Putatan, pada Jumaat.

Sementara itu, Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan berkata lawatan tersebut adalah sebagai tanda prihatin beliau di atas apa yang telah berlaku terhadap musibah yang menimpa keluarga mangsa.

“Tujuan kita untuk mengadakan ziarah adalah untuk berjumpa dengan ahli keluarga mangsa serta melihat dan mendengar keadaan salah satu mangsa yang terlibat” jelasnya.

Difahamkan mangsa yang cedera masih menerima rawatan di hospital.

Selain Shahelmey, turut hadir memberi sumbangan semasa ziarah tersebut ialah Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Malaysia; Datuk Che Murad Sayang, Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah; Ir. Mohd Safri Abdul Habi, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah; Jais Asri dan wakil daripada Jabatan Penerangan Sabah, Nordin Seman.

Untuk rekod, kejadian kemalangan membabitkan keretapi dari arah Beaufort ke Kota Kinabalu dan pejalan kaki di Putatan pada Selasa lalu yang telah mengorbankan nyawa seorang wanita berusia 41 tahun, manakala anak lelakinya yang parah masih menerima rawatan di hospital.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/22/tambah-baik-jejantas-petagas-bakal-tingkat-keselamatan-penduduk-shahelmey/feed/ 0 64220