Petanque – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 22 Aug 2026 00:19:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Petanque – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SUKMA XXII : Petanque Sabah lakar sejarah, raih empat pingat emas https://sabahmedia.com/2026/08/22/sukma-xxii-petanque-sabah-lakar-sejarah-raih-empat-pingat-emas/ https://sabahmedia.com/2026/08/22/sukma-xxii-petanque-sabah-lakar-sejarah-raih-empat-pingat-emas/#respond Sat, 22 Aug 2026 00:19:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102059
Read Time:2 Minute, 1 Second

PUCHONG : Skuad petanque Sabah mencipta sejarah tersendiri apabila menamatkan saingan Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 dengan pencapaian terbaik pernah direkodkan selepas mengumpul empat pingat emas dan satu perak.

Pada hari terakhir pertandingan di Arena Petanque, Kompleks Sukan Kuala Selangor, Sabah menambah tiga lagi pingat emas dan satu perak, sekali gus mengatasi sasaran awal dua pingat emas yang ditetapkan pasukan.

Pengurus pasukan, Azami Laman, menyifatkan kejayaan tersebut sebagai detik bersejarah buat sukan petanque Sabah.

“Ini hari bersejarah buat petanque Sabah. Kami berjaya mencapai sasaran dua emas menerusi acara beregu wanita dan regu tiga wanita, manakala kemenangan dalam beregu lelaki dan regu tiga lelaki merupakan bonus yang amat bermakna buat pasukan,” katanya.

Beliau berkata, pencapaian keseluruhan empat emas dan satu perak itu membuktikan peningkatan ketara prestasi atlet Sabah serta hasil persiapan rapi yang dilakukan menjelang temasya berkenaan.

Antara penyumbang utama kejayaan itu ialah trio lelaki Sabah yang dibarisi Ainol Shahramadhan Abu Bakar, Muhamad Saidi Sajikil @ Anna’s dan Muhammad Fariz Ahmad Nor Abdullah apabila membelasah Pahang 13-1 dalam perlawanan akhir acara regu tiga lelaki.

Pingat emas turut disumbangkan pasangan beregu campuran Sabah, Ryorie Ethan Augustine dan Maxivianna Robert, selepas menewaskan wakil Sarawak 11-5 pada aksi final.

Dalam satu lagi aksi yang mencuri tumpuan, perlawanan akhir regu tiga wanita menemukan dua pasukan Sabah. 

Gandingan Leeyana Fitrialesya Kamrudin, Puteri Ara Aryanna Abdullah dan Thadis Henhera Venice muncul juara selepas menewaskan rakan sepasukan mereka, Nurul Aina Ali Asmat, Siti Noor Ellyshatul Balqish dan Siti Nur Vivianah Chia dengan keputusan 13-1.

Kemenangan itu turut menyaksikan Leeyana meraih pingat emas kedua peribadinya selepas sebelum ini bergandingan bersama Nurul Aina untuk menjuarai acara beregu wanita pada Rabu.

Sementara itu, kontinjen Sabah turut menambah koleksi pingat menerusi beberapa acara lain yang berakhir lewat Khamis.

Dalam acara golf individu wanita, Jamie Yan Huan Ying menghadiahkan pingat perak selepas mencatat jumlah 219 pukulan (69-74-76) sepanjang tiga hari pertandingan.

Pasukan e-sukan Sabah pula meraih pingat perak dalam acara Mobile Legends: Bang Bang menerusi barisan pemain Ashley Chow Kar Kit, Hasim Sia Jasri, Hazriel Farish Johari, Kris Wong Venky, Mohammad Khairul Lavania dan Muhammad Sahnizam Dramendra yang menamatkan saingan di tempat kedua selepas perlawanan akhir berlarutan sehingga melepasi tengah malam.

Satu lagi pingat gangsa disumbangkan oleh pasukan gimnastik artistik lelaki yang diwakili Addison Chang Sui Xin, Benny Angelloti Luise, Evan Emmanuel Walter, Leevan Savahi Moosom, Lucas Immanuel Rijoh dan Marvell Vincent Voo apabila mengumpul 259.300 mata keseluruhan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/22/sukma-xxii-petanque-sabah-lakar-sejarah-raih-empat-pingat-emas/feed/ 0 102059
Lebih 70 peserta sertai Program Juara Petanque Daerah Putatan 2025 https://sabahmedia.com/2025/07/23/lebih-70-peserta-sertai-program-juara-petanque-daerah-putatan-2025/ https://sabahmedia.com/2025/07/23/lebih-70-peserta-sertai-program-juara-petanque-daerah-putatan-2025/#respond Tue, 22 Jul 2025 22:10:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77743
Read Time:1 Minute, 5 Second

Putatan : Program Juara: Pertandingan Petanque Daerah Putatan 2025 berjaya menarik penyertaan lebih 70 peserta dari seluruh daerah dalam kejohanan yang berlangsung selama dua hari di Arena Bakut, Putatan di sini baru-baru ini.

Pertandingan yang berlangsung meriah itu menyaksikan seramai 42 peserta bertanding bagi kategori lelaki dan 30 peserta lagi bersaing dalam kategori wanita.

Progam yang berlangsung pada 19 Julai lalu itu dianjurkan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah; Kelab Sukan Sendil Boules; Kelab Sukan Boules Pasir Putih dan Kelab Boules Ketiau.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat ) Petagas Mohd Isquzawan Israq Arsit penganjuran program itu bukan sahaja bertujuan mencungkil bakat baharu dalam sukan petanque, malah sebagai platform memperkukuh perpaduan komuniti setempat melalui aktiviti riadah sihat.

Katanya, sepanjang kejohanan, peserta menunjukkan komitmen tinggi dan disiplin yang membanggakan, sekali gus mencerminkan potensi besar sukan petanque untuk terus dikembangkan di peringkat akar umbi.

Sementara itu, Mohamad Syahzamil Madarin Syahar Alli muncul juara bagi kategori lelaki (13 -20 tahun) diikuti Ainol Shahramadan Abu Bakar (naib johan) dan Mohammad Haiqal di tempat ketiga.

Bagi kategori Wanita (13-20 tahun) dimenangi Leeyana Fitrialesya Kamrudin; Noresh Shafamarwa Nazbi (Naib Johan) dan Nur Shaqila Sari ditempat ketiga.

Hadiah berupa wang tunai dan hamper disampaikan Ahli Dewan Belia Sabah Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas Saiful Bahri Bahrum bagi mewakili Isquzawan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/23/lebih-70-peserta-sertai-program-juara-petanque-daerah-putatan-2025/feed/ 0 77743