peter anthony – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 03 Mar 2025 06:09:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png peter anthony – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Nasib Peter Anthony Akan Diketahui Esok https://sabahmedia.com/2025/03/03/nasib-peter-anthony-akan-diketahui-esok/ https://sabahmedia.com/2025/03/03/nasib-peter-anthony-akan-diketahui-esok/#respond Mon, 03 Mar 2025 06:09:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69727
Read Time:1 Minute, 15 Second

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan dijadualkan mengumumkan keputusan rayuan akhir Datuk Peter Anthony esok berhubung sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 atas kesalahan memalsukan dokumen.

Keputusan ini dianggap signifikan kerana ia akan menentukan kelayakan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Menurut semakan Sabah Media kes berkenaan akan dijalankan di hadapan panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim serta dianggotai oleh Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin. Panel ini telah mendengar penghujahan kedua-dua pihak pada 1 Ogos 2024.

Sekiranya rayuan ditolak, Peter akan diperintah menjalani hukuman penjara serta-merta kerana pelaksanaannya sebelum ini digantung sementara menunggu keputusan rayuan.

Rayuan terhadap sabitan dan hukuman berkaitan pemalsuan dokumen kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengalami tiga kali penangguhan. Keputusan asalnya dijadualkan pada 27 November 2024 sebelum ditunda ke 9 Januari dan kemudiannya ke 7 Februari.

Peter, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 18 April 2023 yang mengekalkan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen pada 26 Mei 2022.

Dalam sesi penghujahan pada 1 Ogos tahun lalu, peguam Datuk Nicholas Kow Eng Chuan yang mengetuai pasukan pembelaan berhujah bahawa pertuduhan terhadap Peter adalah cacat kerana kertas pertuduhan tidak mempunyai tanda tangan pendakwa raya seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 172 Kanun Prosedur Jenayah (CPC).

Keputusan esok akan menjadi penentu utama kepada masa depan politik Peter Anthony dan hala tuju kariernya dalam arena politik negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/03/nasib-peter-anthony-akan-diketahui-esok/feed/ 0 69727
Sabitan dan hukuman penjara tiga tahun, denda RM50,000 terhadap Peter Anthony kekal https://sabahmedia.com/2023/04/19/sabitan-dan-hukuman-penjara-tiga-tahun-denda-rm50000-terhadap-peter-anthony-kekal/ https://sabahmedia.com/2023/04/19/sabitan-dan-hukuman-penjara-tiga-tahun-denda-rm50000-terhadap-peter-anthony-kekal/#respond Tue, 18 Apr 2023 22:32:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33020
Read Time:3 Minute, 23 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 terhadap bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony kerana memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), sembilan tahun lepas.

Hakim Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Peter, 52, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen pada 26 Mei 2022.

Mahkamah turut membenarkan permohonan peguam S. Devanandan yang mewakili Peter untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman dan sabitan terhadap anak guamnya sementara menunggu pelupusan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada Jun tahun lepas, Peter memfailkan rayuan terhadap hukuman penjara dan denda yang dijatuhkan oleh Hakim Azura Alwi selepas mendapati dia bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Peter, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 iaitu memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014, mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) itu membayar denda RM50,000.

Hakim Ahmad dalam penghakimannya berkata mahkamah bersetuju dengan dapatan hakim bicara bahawa saksi pendakwaan ketiga (SP3) Mohd Shukur Mohd Din, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMS Profesor Dr Shariff Abdul Kadir S. Omang (SP8) dan bekas Pendaftar UMS Datuk Abdullah Mohd Said (SP9) bukan rakan sejenayah perayu.

“Mahkamah juga mendapati tiada sebab untuk saksi-saksi ini berbohong dan saling menyokong antara sama lain kerana mereka menjadi mangsa yang diperdaya serta dipergunakan oleh perayu (Peter). Keterangan mereka konsisten yang beranggapan P2 (surat sokongan) adalah untuk kepentingan UMS bagi maksud ‘perkongsian pintar’ dan bukan untuk kepentingan peribadi mereka,” katanya.

Beliau berkata SP8 dan SP9 telah mendapatkan kepala surat kosong daripada bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Profesor Datuk Dr Mohd Harun Abdullah (SP1) dan kemudian SP3 menaip draf surat sokongan namun tajuk pada kepala surat itu tidak ditaip oleh SP3.

“Keterangan juga menunjukkan beberapa surat sokongan telah dibuat perayu dan SP8, SP9 dan SP3 juga telah memberi surat sokongan seperti diminta perayu. Ketiga-tiga saksi ini kemudian berjumpa Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu merupakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk meminitkan surat sokongan itu,” katanya.

Hakim Ahmad berkata hakim Mahkamah Sesyen (HMS) tidak terkhilaf dan mahkamah juga bersetuju dengan dapatan hakim itu bahawa perayu memalsukan dokumen sedangkan perayu mengetahui projek itu dibuat melalui tender terbuka.

“Mahkamah bersetuju bahawa pembelaan perayu difikirkan kemudian yang akhirnya membawa bencana kepada perayu. Setelah meneliti keseluruhan keterangan yang ada dan mengambil kira hujahan kedua-dua pihak serta meneliti eksibit, mahkamah bersetuju dengan dapatan hakim bicara bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan oleh itu, mahkamah menolak rayuan perayu,” kata hakim itu.

Terdahulu, Devanandan memohon supaya mahkamah mengurangkan hukuman penjara dan denda yang dijatuhkan oleh hakim bicara yang dianggap agak keterlaluan mengambil kira sumbangan diberikan perayu kepada rakyat Sabah.

“Perayu seorang menteri di Sabah sebelum dituduh di mahkamah dan beliau banyak memberi sumbangan pada rakyat di negeri itu selain memberi projek dan program untuk penuntut UMS menjalani latihan di syarikat perayu.

“Mahkamah juga perlu pertimbangkan faktor perayu yang merupakan pesalah pertama,” kata peguam itu yang turut memohon supaya mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Menurut peguam, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini dalam masa terdekat.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata tidak dinafikan bahawa perayu seorang terpelajar dan banyak memberi sumbangan di Sabah dan perkara itu telah diambil kira oleh hakim bicara sebelum menjatuhkan hukuman.

“Denda RM50,000 itu celah gigi perayu sahaja. Oleh itu, saya mohon hukuman penjara dan denda dikekalkan kerana ia tidak terlalu tinggi,” katanya.

Wan Shaharuddin juga tidak membantah permohonan peguam untuk penggantungan pelaksanaan hukuman penjara kerana perayu tidak pernah menimbulkan masalah semasa prosiding kesnya di Mahkamah Sesyen.

“Perayu mesti diberi peluang untuk merayu dan pihak kami tidak membantah permohonan peguam itu,” katanya. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/19/sabitan-dan-hukuman-penjara-tiga-tahun-denda-rm50000-terhadap-peter-anthony-kekal/feed/ 0 33020
Peter Terbuka Terima Komen Parti Lain https://sabahmedia.com/2022/03/13/peter-terbuka-terima-komen-parti-lain/ https://sabahmedia.com/2022/03/13/peter-terbuka-terima-komen-parti-lain/#respond Sun, 13 Mar 2022 10:05:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12966
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU : Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (PKDM) Datuk Peter Anthony bersifat terbuka kepada mana-mana parti yang memberi komen kepada PKDM terhadap permohonan untuk menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Katanya, pihaknya juga bersedia untuk menerima sesuatu perkara yang baik selain turut sedia menerima teguran yang boleh membina kepada parti lain.

“Sudah pasti kita terbuka kepada mana-mana parti yang memberi komen kepada PKDM.  Bagi saya, saya menerima mana yang baik atau teguran yang baik kepada parti lain.

“Namun terpulang kepada Pengerusi GRS nanti yang akan menentukan kedudukan kita nanti,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri pelancaran PKDM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) disini hari ini.

Majlis pelancaran disempurnakan Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata, surat permohonan untuk memasuki atau menyertai GRS telah diserahkan kepada Pengerusi GRS.

Dalam pada itu, Peter berpandangan sudah tidak masanya parti-parti politik di Sabah melakukan gencatan politik demi kemajuan negeri Sabah.

“Saya berpandangan sudah tiba masanya gencatan politik di peringkat Sabah ini perlu kita hentikan.

“Pergolakan politik atau pergaduhan di antara parti-parti politik harus kita hentikan demi Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/13/peter-terbuka-terima-komen-parti-lain/feed/ 0 12966
Peter nafi perdaya MOF, Najib dan bekas ketua hakim negara  https://sabahmedia.com/2022/02/11/peter-nafi-perdaya-mof-najib-dan-bekas-ketua-hakim-negara/ https://sabahmedia.com/2022/02/11/peter-nafi-perdaya-mof-najib-dan-bekas-ketua-hakim-negara/#respond Fri, 11 Feb 2022 01:58:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12094
Read Time:2 Minute, 40 Second

BERNAMA

Peter Anthony menafikan bahawa beliau telah memperdaya Kementerian Kewangan (MOF), bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi berkaitan surat sokongan kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan sistem mekanikal dan elektrikal (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu berkata beliau juga tidak memalsukan surat sokongan itu selain tidak memperdaya saksi pendakwaan lain iaitu rakannya Mohd Shukur Mohd Din, bekas Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMS Profesor Dr Shariff Abd Kadir Shariff Omang, bekas Pengerusi Ulink Property Sdn Bhd Datuk Abdullah Mohd Said dan bekas Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Mohd Harun Abdullah.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin pada hari kedua prosiding membela diri terhadap pertuduhan memalsukan surat berhubung kontrak kerja M&E.

Sebelum ini, Najib yang merupakan saksi pendakwaan ke-12 memaklumkan Mahkamah Sesyen yang mendengar kes itu bahawa beliau berasa marah kerana diperdaya berkaitan surat sokongan tersebut supaya kontrak kerja M&E di UMS yang memerlukan kelulusannya diberi kepada syarikat milik tertuduh.

Peter, 51, pula berkata beliau mempunyai akses secara terus kepada Najib, yang ketika itu Perdana Menteri, kerana Ketua Setiausaha Sulit Najib iaitu Allahyarham Datuk Azlin Alias adalah sahabat baiknya.

Ketika disoal Wan Shaharuddin sama ada Peter pernah berjumpa sendiri dengan Najib untuk melobi syarikatnya bagi mendapatkan sesuatu projek (selain daripada yang dinyatakan dalam pertuduhan), beliau menjawab “Ya, pernah kerana syarikat saya adalah sebuah syarikat yang berdaftar dengan pembinaan serta mempunyai ramai pekerja.

Wan Shaharuddin: Maka Datuk mempunyai kelebihan daripada syarikat-syarikat lain untuk mendapat sesuatu projek kerana mempunyai akses kepada Perdana Menteri untuk melobi kerja tersebut.

Peter: Mungkin syarikat saya mempunyai kelebihan.

Beliau bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan pendakwaan bahawa ada syarikat secara senyap-senyap menggunakan pihak ketiga untuk mendapatkan kontrak kerja M&E menerusi tender terbuka.

Ketika disoal peguam S. Devanandah sama ada Peter dan syarikat Asli Jati Engineering mempunyai kepentingan jika mendapat kontrak kerja M&E, beliau menjawab keuntungan itu bukan hanya diperoleh syarikatnya semata-mata malah UMS sendiri akan mengaut banyak keuntungan tanpa perlu mengeluarkan modal.

Pembantu peribadi Peter, Imy Christopher, 36, dalam keterangannya pula mengesahkan Mohd Shukur tidak pernah datang ke pejabat tertuduh di Plaza Damai, Kota Kinabalu, Sabah dan dia tidak pernah sama sekali berjumpa dengan lelaki itu di pejabat berkenaan.

Saksi pembelaan kedua itu berkata tiada sesiapa pun selain dirinya yang boleh menggunakan komputer di pejabat Peter kerana ia mempunyai kata laluan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 18 Feb ini.

Pada 14 Dis 2021, Mahkamah Sesyen memerintahkan Peter untuk membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie. 

Mengikut pertuduhan, Peter sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 iaitu memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri, tingkat lima, bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014 mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. 

-Bernama

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/11/peter-nafi-perdaya-mof-najib-dan-bekas-ketua-hakim-negara/feed/ 0 12094
Peter Anthony enggan tandatangan notis tangkapan SPRM https://sabahmedia.com/2022/02/09/peter-anthony-enggan-tandatangan-notis-tangkapan-sprm/ https://sabahmedia.com/2022/02/09/peter-anthony-enggan-tandatangan-notis-tangkapan-sprm/#respond Wed, 09 Feb 2022 12:43:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12056
Read Time:1 Minute, 23 Second

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony memaklumkan Mahkamah Sesyen di sini, beliau enggan menandatangan notis tangkapan terhadapnya yang diserahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana telah memberikan kerjasama sepanjang siasatan pada 2014.

Peter, 51, ketika prosiding membela diri di hadapan Hakim Azura Alwi hari ini, memberitahu dia tidak bersetuju dengan kesalahan memberi rasuah yang dinyatakan dalam notis tangkapan di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Ketika sesi pertanyaan pihak pembelaan diwakili peguam S Devanandan yang mewakilinya, Peter antara lain menyatakan bahawa pegawai SPRM yang ditemuinya ketika hadir di Pejabat SPRM Sabah pada 12 Mac 2015 hanya menyatakan kes terbabit berkaitan kesalahan memberi rasuah.

Bagaimanapun dia memberitahu mahkamah, pegawai terbabit tidak memberikan jawapan ketika ditanya berkenaan siapa yang memberikan rasuah.

Peter turut memaklumkan mahkamah bahawa pada hari sama dia turut dirakam kenyataan dan sebelah petang pula dimaklumkan akan ditahan di lokap jika tidak membayar wang jaminan RM10,000.

Dia juga menafikan pernah memberikan rasuah kepada mana-mana pihak sebelum ini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu surat Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan mendakwa universiti itu telah mengadakan kolaborasi bersama Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd miliknya.

Dia yang juga Pengarah Urusan Asli Jati didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor (TNC) UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan memasukkan pernyataan palsu dengan niat menipu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun 2014 dan 21 Ogos 2014.

Tertuduh juga berdepan pertuduhan pilihan, iaitu sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati menggunakan surat pejabat TNC UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan pernyataan palsu pada tajuk surat berkenaan pada masa dan tarikh yang sama. – awani

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/09/peter-anthony-enggan-tandatangan-notis-tangkapan-sprm/feed/ 0 12056
Kerajaan GRS Sambut Baik Keputusan Peter -Hajiji https://sabahmedia.com/2022/01/05/kerajaan-grs-sambut-baik-keputusan-peter-hajiji/ https://sabahmedia.com/2022/01/05/kerajaan-grs-sambut-baik-keputusan-peter-hajiji/#respond Wed, 05 Jan 2022 08:26:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10733
Read Time:53 Second

KOTA MARUDU : Kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyambut baik keputusan bekas Naib Presiden Parti Warisan (WARISAN) Datuk Peter Anthony untuk menubuhkan parti baharu yang mesra GRS.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu juga dilihat satu perkembangan yang baik bagi menguatkan lagi pimpinan kerajaan Sabah.

“Kita mengamalkan demokrasi dan beliau membuat keputusan untuk menubuhkan parti baharu yang mesra GRS.

“Bagi saya sebagai ketua kerajaan GRS, ini sesuatu perkembangan yang baik kerana ia akan dapat menguatkan lagi kerajaan negeri.  Justeru itu, kita berterima kasih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan banjir di Kota Marudu dan Pitas disini hari ini.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu sehingga kini masih belum menghubungi beliau secara peribadi bagi menyatakan hasrat berkenaaan (menubuhkan parti baharu).

Terdahulu, Peter bersama ADUN Limbahau Datuk Juil Nuantin mengumumkan meninggalkan WARISAN pada 27 Disember lalu.

Selain mereka, turut meninggalkan WARISAN, tiga ADUN lain iaitu ADUN Sebatik, Hassan A. Gani Pg Amir; ADUN Sindumin Datuk Dr. Yusof Yacob dan ADUN Segama Datuk Mohamaddin Ketapi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/05/kerajaan-grs-sambut-baik-keputusan-peter-hajiji/feed/ 0 10733
Tindakan Peter Keluar WARISAN Disokong, Perlu Tumpu Pembangunan Melalap https://sabahmedia.com/2022/01/03/tindakan-peter-keluar-warisan-disokong-perlu-tumpu-pembangunan-melalap/ https://sabahmedia.com/2022/01/03/tindakan-peter-keluar-warisan-disokong-perlu-tumpu-pembangunan-melalap/#respond Mon, 03 Jan 2022 05:46:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10648
Read Time:1 Minute, 21 Second

TENOM :  Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap Datuk Peter Anthony meninggalkan Parti Warisan (WARISAN) dan menubuhkan parti baharu menerima reaksi positif rakan sekutu dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Timbalan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Melalap Stanis Buandi berkata, tindakan Peter menubuhkan parti baharu yang berasaskan KDMR itu juga perlu ikhlas dalam perjuangan baharu sebagai ADUN yang mesra GRS.

“Selain mahu mesra kepada GRS, beliau juga harus fokus membangunkan Melalap seperti yang diharapkan pengundi serta masyarakat disini kerana ini merupakan janji beliau pada masa pilihanraya lalu.

“Antara janji-janji beliau semasa Piliha Raya Negeri (PRN) 2018 termasuklah membina kilang tayar, membina jalan by-pass ke Pekan untuk mengelak kesesakan jalanraya ke Pekan Tenom, mengiktiraf Melalap sebagai daerah penuh dan mewujudkan pekan baru Melalap,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Stanis berkata, pelbagai projek pembangunan telah dijanjikan Peter pada PRN 2018 lalu namun masih banyak kemudahan awam dan infrastuktur terbiar dan tidak diselenggara dengan baik.

Katanya, walaupun gagal menepati janji PRN 2018, rakyat Melalap masih menyimpan kepercayaan terhadap Peter dan sekali lagi beliau menang pada PRN ke -16 lalu. 

“Kini, Peter perlu menumpukan perhatian terhadap melangsaikan “hutang-hutang” beliau kepada pengundi beliau di kawasan ini.

“Saya merasakan beliau perlu terlebih dahulu memberi  tumpuan kepada konteks kemajuan dan pembangunan di Melalap, dan bukannya sibuk menubuhkan parti baharu untuk mencari kelangsungan karier politik beliau,” katanya.

Katanya, Peter perlu membiarkan parti sedia ada seperti PBS, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) untuk meneruskan perjuangan dalam KDMR kerana khuatir akan menambah perpecahan dikalangan pelbagai kaum dan seterusnya memburukkan lagi situasi politik di negara ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/03/tindakan-peter-keluar-warisan-disokong-perlu-tumpu-pembangunan-melalap/feed/ 0 10648
Peter Kekal Keputusan Tubuh Parti Baharu https://sabahmedia.com/2022/01/01/peter-kekal-keputusan-tubuh-parti-baharu/ https://sabahmedia.com/2022/01/01/peter-kekal-keputusan-tubuh-parti-baharu/#respond Sat, 01 Jan 2022 14:01:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10559
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU : Bekas Naib Presiden Warisan (WARISAN) Datuk Peter Anthony kekal dengan keputusan untuk menubuhkan parti baharu.

Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata, parti baharu itu sudah pun ditubuhkan.

“Terima kasih atas kepercayaan dan pelawaan itu (menyertai Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), tetapi kami sudah tubuhkan parti politik yang akan menjadi landasan untuk kami sama-sama menyumbang kemajuan Sabah.

“Parti baharu ini akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan disini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada pelawaan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR),  Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang mempelawa Peter dan ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim menyertai parti itu.

Peter bagaimanapun mengalu-alukan kesatuan pemimpin-pemimpin KDMR yang selama ini terisah dengan fahaman politik masing-masing.

Katanya, pihaknya akan terus berbincang untuk dapatkan satu solusi penyatuan bukan sahaja dikalangan pemimpin politik KDMR tetapi semua pemimpin Sabah.

“Sudah sampai masanya untuk semua berpadu dan bersama dalam satu gabungan yang fokus kepada kemajuan Sabah.

“Marilah kita berganding bahu, yang lepas tu lepaslah. Fokus kepada kemajuan Sabah. Kita berusaha dan berdoa  agar menerusi `pisompuruan’ (kesatuan), Sabah akan maju jaya,” katanya.

Terdahulu, Jeffrey mempelawa Peter dan Juil untuk menyertai STAR selepas mereka mengumumkan keputusan keluar daripada WARISAN.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/01/peter-kekal-keputusan-tubuh-parti-baharu/feed/ 0 10559
Jeffrey Bertemu Peter, Juil Petang Ini https://sabahmedia.com/2021/12/30/jeffrey-bertemu-peter-juil-petang-ini/ https://sabahmedia.com/2021/12/30/jeffrey-bertemu-peter-juil-petang-ini/#respond Thu, 30 Dec 2021 09:14:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10480
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU : Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berharap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap Datuk Peter Anthony tidak meneruskan hasrat untuk menubuhkan parti baharu.

Jeffrey berkata, ini kerana telah banyak parti politik wujud di negeri ini yang berasaskan KDM dan ia akan menimbulkan masalah jika terlalu banyak parti tempatan.

“Saya berharap ini tidak akan berlaku kerana mereka juga berhasrat untuk mesra kepada kerajaan GRS (Gabungan Rakyat Sabah) selain mengukuhkan lagi kerajan Sabah.

“Saya mungkin akan berjumpa dengan mereka (Peter dan ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuantin) petang ini selepas dihubungi oleh pihak ketiga,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Apresiasi Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah bagi Tahun 2020 dan 2021 disini hari ini.

Jeffrey berkata demikian bagi mengulas jika ada maklum balas berhubung pelawaan beliau semalam yang mahu kedua-dua ADUN berkenaan menyertai STAR.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai persediaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Jeffrey berkata, pihaknya telah menggerakkan jentera parti bukan sahaja dari STAR malah dari semua parti gabungan dalam GRS.

“Kita tidak tahu bila tetapi anggaplah bila-bila masa boleh berlaku PRU-15.  Sudah pasti kita tidak mahu ada pertembungan.

“Saya harap strategi untuk memastikan kemenangan bersama akan wujud sebab kita mahu kestabilan politik,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/30/jeffrey-bertemu-peter-juil-petang-ini/feed/ 0 10480
Peter Anthony Keluar WARISAN? https://sabahmedia.com/2021/12/27/peter-anthony-keluar-warisan/ https://sabahmedia.com/2021/12/27/peter-anthony-keluar-warisan/#respond Mon, 27 Dec 2021 10:49:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10347
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Peter Anthony dikhabarkan bakal membuat pengumuman penting mengenai hala tuju politiknya esok.

Semalam, Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap menjemput media hadir ke sidang media khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), 12.30 tengah hari esok.

Walaupun tidak dapat dipastikan inti pati sidang media itu, namun khabar angin mengatakan bahawa beliau bakal keluar daripada Warisan untuk menubuhkan parti baharu.

Selain itu, timbul juga khabar angin mengatakan beliau bakal menjadi ADUN bebas yang mesra kerajaan

Sumber yang rapat dengan Peter ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai sidang media berkenaan, namun berkata, pemimpin berusia 50 tahun itu mungkin akan “beralih arah”.

Selain Naib Presiden Warisan, Peter juga adalah Presiden sebuah badan bukan kerajaan (NGO), iaitu Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia.

Khabar angin turut mengatakan beliau akan menggunakan KDM Malaysia sebagai platform baharu politiknya.

Sebelum ini, Warisan kehilangan tiga ADUN selepas Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik), Yusof Yacob (Sindumin) dan Mohamaddin Ketapi (Segama) keluar parti.

Semua mereka pada mulanya mengumumkan keluar daripada Warisan untuk menjadi ADUN bebas mesra kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Bagaimanapun, Hassan dan Mohamaddin kemudian mengumumkan menyertai Bersatu namun Yusof sehingga kini kekal sebagai ADUN bebas mesra kerajaan. – FMT

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/27/peter-anthony-keluar-warisan/feed/ 0 10347