petrol – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 16 Sep 2025 09:29:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png petrol – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 154 syarikat dengan 335 kenderaan daftar SKPS https://sabahmedia.com/2025/09/16/154-syarikat-dengan-335-kenderaan-daftar-skim-petrol-bersubsidi/ https://sabahmedia.com/2025/09/16/154-syarikat-dengan-335-kenderaan-daftar-skim-petrol-bersubsidi/#respond Tue, 16 Sep 2025 09:27:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81407
Read Time:1 Minute, 28 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Sejumlah 154 syarikat yang mengendalikan 335 kenderaan telah mendaftar di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) sejak pendaftaran dibuka pada Isnin (15 Sept).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, skim berkenaan bertujuan memastikan pemberian subsidi bahan api lebih bersasar dan telus.

Katanya, proses pendaftaran yang bermula Isnin (15 Sept) masih mencatat jumlah penyertaan rendah berbanding jangkaan.

“Sejak pendaftaran bermula, sebanyak 154 syarikat telah berdaftar di bawah SKPS, melibatkan 335 kenderaan iaitu 70 syarikat pengangkutan darat awam dengan 240 kenderaan serta 84 syarikat pengangkutan barangan dengan 95 kenderaan.

“Jumlah ini agak rendah berbanding anggaran kita iaitu sekitar 100,000 kenderaan di seluruh negara berdasarkan data sistem yang diintegrasi bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.

Armizan berkata, sistem subsidi itu direka bagi memastikan bantuan petrol sampai kepada pihak yang benar-benar memerlukan, membantu syarikat mengurangkan kos operasi serta mengekalkan kadar tambang berpatutan untuk orang ramai.

“Bagi syarikat pengangkutan awam dan barangan, harga bersubsidi masih jauh lebih rendah daripada kadar pasaran. Mereka wajar memanfaatkan sepenuhnya komitmen kerajaan ini,” katanya ketika melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Lok Kawi Heights, Kinarut pada Selasa (16 Sept).

Beliau menjelaskan, syarikat perlu memohon kepada syarikat minyak pilihan masing-masing untuk mendapatkan “fleet card” SKPS yang membolehkan mereka mengakses petrol bersubsidi.

“Mereka yang mendaftar sekarang boleh menggunakan kad flick bermula hari pertama sistem subsidi ini dilaksanakan. Syarikat yang lewat mendaftar mungkin perlu membeli petrol pada harga pasaran, sekali gus merugikan mereka,” tambahnya.

Ahli Parlimen Papar itu turut menegaskan bahawa walaupun angka pendaftaran masih sederhana, kerajaan berharap semua syarikat pengangkutan yang layak akan mengambil peluang daripada subsidi ini.

“Langkah ini akhirnya mengurangkan impak kos kepada pengguna dan masyarakat secara keseluruhan. Kita menyeru syarikat untuk segera mendaftar,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/16/154-syarikat-dengan-335-kenderaan-daftar-skim-petrol-bersubsidi/feed/ 0 81407
Kerajaan komited tangani ketirisan, petrol RON95 turun RM2 seliter https://sabahmedia.com/2025/07/23/kerajaan-komited-tangani-ketirisan-petrol-ron95-turun-rm2-seliter/ https://sabahmedia.com/2025/07/23/kerajaan-komited-tangani-ketirisan-petrol-ron95-turun-rm2-seliter/#respond Wed, 23 Jul 2025 03:30:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77778
Read Time:1 Minute, 15 Second

Putrajaya : Kerajaan komited menyasarkan perbelanjaan subsidi negara dengan rakyat biasa kekal menikmati subsidi sementara menangani ketirisan kepada mereka yang tidak layak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penstrukturan tarif elektrik telah berkuat kuasa mulai Julai 2025. 

“Kendatipun ada pihak tidak bertanggungjawab mendakwa tarif elektrik dinaikkan, hakikatnya, 85 peratus pengguna domestik menikmati penurunan bil elektrik Julai 2025 bagi penggunaan yang sama ketimbang separuh tahun pertama 2025 iaitu sehingga 14 peratus.

“Seterusnya, Kerajaan kekal dengan perancangan menyasarkan subsidi petrol RON95 dengan perincian bakal diumumkan menjelang akhir September 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penghargaan untuk rakyat Malaysia di sini pada Rabu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, seperti pendekatan penyasaran subsidi elektrik, Kerajaan turut beri jaminan bahawa rakyat biasa tidak akan terjejas.

“Sukacita saya umumkan harga petrol RON95 akan turun untuk rakyat. Rakyat Malaysia akan menikmati harga RON95 lebih rendah iaitu RM2 seliter. 

“Ini tentunya beri manfaat sekitar 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal termasuk belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig.

“Pada masa yang sama, mereka yang tidak layak seperti warganegara asing perlu untuk membayar pada harga pasaran tanpa subsidi,” katanya.

Menurutnya, pendekatan bersasar ini sejajar dengan ikhtiar Kerajaan untuk mengoptimum sumber negara bagi manfaat rakyat, dan mengurangkan pembaziran subsidi. 

“Bagi tahun 2023 dan 2024, subsidi RON95 sahaja dianggarkan menelan belanja hampir RM20 bilion setahun.

“Sungguhpun tahun ini harga minyak dunia mengalami penyusutan, harga petrol RON95 tanpa subsidi masih sekitar RM2.50 seliter jauh lebih tinggi daripada harga bersubsidi untuk rakyat,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/23/kerajaan-komited-tangani-ketirisan-petrol-ron95-turun-rm2-seliter/feed/ 0 77778
Lelaki miliki minyak petrol tanpa lesen dihukum denda RM20,000 https://sabahmedia.com/2024/08/21/lelaki-miliki-minyak-petrol-tanpa-lesen-dihukum-denda-rm20000-atau-penjara-6-bulan-jika-gagal-bayar/ https://sabahmedia.com/2024/08/21/lelaki-miliki-minyak-petrol-tanpa-lesen-dihukum-denda-rm20000-atau-penjara-6-bulan-jika-gagal-bayar/#respond Wed, 21 Aug 2024 10:40:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59458
Read Time:1 Minute, 31 Second

SEMPORNA: Seorang individu lelaki berusia 26 tahun dikenakan hukuman denda sebanyak RM 20,000 oleh Mahkamah Sesyen Tawau hari ini atas kesalahan memiliki barang kawalan minyak petrol tanpa lesen dan cuba diseludup ke negara jiran.

Tertuduh Abdullah Asadan mengaku bersalah atas kesalahan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Tawau, Ahmad Faizadh Yahaya.

Hakim Faizadh selanjutnya telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 20,000 dan jika gagal bayar maka hukuman penjara enam bulan dikenakan terhadap tertuduh.

Menurut fakta kes, semasa tangkapan, didapati tertuduh Abdullah Asadan memiliki barang kawalan iaitu minyak petrol sebanyak 2,080 liter di dalam 70 jerikin di dalam bot kayu berwarna kelabu taris merah yang disyaki cuba membawa barang kawalan tersebut menuju ke negara jiran iaitu ke Sitangkai, Filipina.

Tertuduh didapati tidak memiliki sebarang lesen atau kebenaran berhubung minyak petrol yang dimiliki.

Tangkapan kes tersebut dilakukan di kawasan Perairan Singgah Mata, Pulau Bum Bum, Semporna oleh sepasukan anggota polis daripada Balai Polis Bum Bum, Semporna dan kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), mana-mana individu yang disabit dengan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta.

Pendakwaan bagi kes ini telah dijalankan Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDN Semporna, Dr Jong Jee Leong.

Sementara itu, Dr Jong berkata, KPDN Cawangan Semporna tidak akan berkompromi dengan aktiviti melibatkan barang kawalan dan akan terus meningkatkan penguatkuasaan bagi membanteras sebarang aktiviti penyelewengan dan ketirisan barang kawalan di daerah itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/21/lelaki-miliki-minyak-petrol-tanpa-lesen-dihukum-denda-rm20000-atau-penjara-6-bulan-jika-gagal-bayar/feed/ 0 59458
Dua lelaki warga Filipina dihukum penjara 12 bulan, miliki minyak petrol tanpa lesen https://sabahmedia.com/2024/08/13/dua-lelaki-warga-filipina-dihukum-penjara-12-bulan-kesalahan-memiliki-minyak-petrol-tanpa-lesen/ https://sabahmedia.com/2024/08/13/dua-lelaki-warga-filipina-dihukum-penjara-12-bulan-kesalahan-memiliki-minyak-petrol-tanpa-lesen/#respond Tue, 13 Aug 2024 09:15:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58968
Read Time:1 Minute, 6 Second

SEMPORNA: Dua individu lelaki warga Filipina dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan di Mahkamah Sesyen Tawau hari ini atas kesalahan memiliki barang kawalan minyak petrol tanpa lesen.

Tertuduh Manan Ahmad , 30, dan Roslan Gapul, 50, membuat pengakuan bersalah itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Tawau, Rosli Ahmad.

Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah atas kesalahan berurusan barang kawalan minyak petrol masing-masing sebanyak 1,050 liter di dalam jerikin secara runcit atau borong tanpa lesen yang mana menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 20 (1), Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) Akta yang sama.

Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan masing-masing ke atas setiap orang yang dituduh iaitu Manan dan Roslan yang kedua-duanya juga tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna, Jong Jee Leong dalam kenyataan medianya hari ini, kedua-dua tertuduh juga diperintahkan untuk dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya sebaik sahaja selesai menjalani hukuman.

“Pendakwaan bagi kes ini telah dijalankan oleh Pegawai Pendakwa KPDN Semporna iaitu Delmansyah Syarifuddin.

“Tangkapan suspek dan rampasan barang kes tersebut dilakukan di Perairan Pulau Boheyan dan Pulau Timba-Timba, Semporna oleh Pasukan Serbuan daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14, Semporna dan kemudian diserahkan kepada pihak KPDN Semporna untuk siasatan lanjut.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/13/dua-lelaki-warga-filipina-dihukum-penjara-12-bulan-kesalahan-memiliki-minyak-petrol-tanpa-lesen/feed/ 0 58968