petros – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 04 May 2025 03:41:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png petros – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PM Anwar seru semua pihak tangguh tindakan, keluar kenyataan isu Petronas-Petros https://sabahmedia.com/2025/05/04/pm-anwar-seru-semua-pihak-tangguh-tindakan-keluar-kenyataan-isu-petronas-petros/ https://sabahmedia.com/2025/05/04/pm-anwar-seru-semua-pihak-tangguh-tindakan-keluar-kenyataan-isu-petronas-petros/#respond Sun, 04 May 2025 03:41:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73158
Read Time:1 Minute, 8 Second

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa perbincangan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak berhubung urusan antara PETRONAS dan syarikat minyak negeri, Petros, akan diteruskan mengikut semangat persefahaman yang telah disepakati sebelum ini.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke akaun Facebook rasminya, Anwar memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg semalam bagi menyentuh perkara tersebut.

“Saya telah berkesempatan bercakap dengan Premier Sarawak Abang Johari Openg semalam mengenai urusan PETRONAS-Petros berdasarkan prinsip yang telah disepakati sebelum ini,” katanya.

Menurut Anwar, perbincangan lanjut akan diadakan sebaik sahaja Premier Sarawak kembali daripada lawatan rasminya ke London, United Kingdom.

“Sekembalinya Premier dari lawatan rasmi ke London, United Kingdom kelak, kami akan segera mengadakan perbincangan lanjut untuk memuktamadkannya,” ujar Perdana Menteri.

Sambil menyeru semua pihak agar tidak mengeluarkan kenyataan terbuka yang boleh menjejaskan proses rundingan, Anwar menekankan pentingnya semua pihak memelihara suasana perbincangan yang rasional dan konstruktif.

“Sementara itu, atas dasar kepentingan bersama, semua pihak harus menangguhkan sebarang tindakan atau mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa isu ini dapat dirungkai dengan berhemah dengan berdiri teguh di jalur wacana yang sihat dan bermakna, Insya-Allah,” katanya lagi.

Kenyataan ini hadir di tengah-tengah spekulasi berhubung isu kawal selia sumber minyak dan gas di Sarawak yang melibatkan kedua-dua entiti utama dalam sektor tenaga negara – PETRONAS dan Petros.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/04/pm-anwar-seru-semua-pihak-tangguh-tindakan-keluar-kenyataan-isu-petronas-petros/feed/ 0 73158
Kerjasama PETRONAS-PETROS: Lonjakan Baru Industri Petroleum Sarawak – PM https://sabahmedia.com/2025/02/17/kerjasama-petronas-petros-lonjakan-baru-industri-petroleum-sarawak-pm/ https://sabahmedia.com/2025/02/17/kerjasama-petronas-petros-lonjakan-baru-industri-petroleum-sarawak-pm/#respond Mon, 17 Feb 2025 04:45:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68882
Read Time:1 Minute, 42 Second

PARLIMEN — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan langkah penting dalam pembangunan industri petroleum di Sarawak dengan memperkukuh peranan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dalam sektor minyak dan gas negeri tersebut.

Katanya Keputusan itu  dibuat selaras dengan Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA 1974) dan Ordinan Pengagihan Gas 2016 (DGO), yang akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2025.

Menurut Anwar, PETROS di bawah DGO dijamin memperolehi gas asli sehingga 1.2 billion kakipadu sehari untuk keperluan domestik Sarawak dengan jaminan penambahan berdasarkan keperluan berikutnya. PETROS juga berwewenang meluaskan kegiatan yang baru dan memanfaatkan kerjasama dengan PETRONAS;

“ Syarikat minyak negeri ini juga diberikan kuasa untuk mengembangkan operasinya serta menjalin kerjasama strategik dengan PETRONAS dalam mengukuhkan industri petroleum tempatan” katanya ketika sesi Penerangan Yab Perdana Menteri Mengenai Aktiviti Petroleum Di Sarawak (Petronas-Petros) di Parlimen pagi ini.

Tambah Anwar lagi meskipun PETROS diberikan peranan yang lebih besar, PETRONAS tetap mengekalkan hak dan kontrak domestik serta antarabangsa yang sedia ada. Kedua-dua entiti ini akan bekerjasama erat bagi memastikan kepentingan ekonomi negara dan negeri Sarawak terus dipelihara.

Menurut Anwar lagi, Kerajaan Persekutuan turut mengumumkan beberapa pencapaian ekonomi hasil industri petroleum di Sarawak, antaranya:

Bayaran tunai kepada Sarawak sebanyak RM49 bilion sehingga Disember 2024, Cukai jualan yang dikutip sebanyak RM18.66 bilion sehingga suku ketiga 2024 serta Dividen RM28.6 bilion yang diperoleh melalui pegangan saham State Financial Secretary of Sarawak (SFS) dalam syarikat kumpulan MLNG.

Katanya lagi,  Sejak 1976, Sarawak telah menerima pelaburan melebihi RM280 bilion dalam industri minyak dan gas.

“ Dalam tempoh sepuluh tahun terakhir, RM90 bilion telah dibelanjakan untuk projek berkaitan dengan lebih RM40 bilion diberikan kepada vendor tempatan”

“ Dari aspek pembangunan modal insan, PETRONAS telah melabur lebih RM600 juta dalam pendidikan dan latihan, dengan lebih 680,000 warga Sarawak menerima tajaan serta lebih 4,300 orang memperoleh peluang pekerjaan”

Tambah Anwar lagi, keputusan ini mencerminkan semangat Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963, serta menghargai sumbangan besar Sarawak kepada ekonomi negara.

“Kerjasama antara PETRONAS dan PETROS akan terus diperkukuh bagi memastikan manfaat ekonomi dan pembangunan dapat dirasai oleh rakyat Sarawak,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/17/kerjasama-petronas-petros-lonjakan-baru-industri-petroleum-sarawak-pm/feed/ 0 68882