Pewanis – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 26 Jul 2026 12:58:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pewanis – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PeWaniS terus perkasa wanita, sumbang pembangunan pendidikan Sabah https://sabahmedia.com/2026/07/27/pewanis-terus-perkasa-wanita-sumbang-pembangunan-pendidikan-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/07/27/pewanis-terus-perkasa-wanita-sumbang-pembangunan-pendidikan-sabah/#respond Sun, 26 Jul 2026 22:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100627
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Wanita Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (PeWaniS) terus memperkukuh peranannya sebagai platform memperkasa wanita dalam sektor pendidikan menerusi pelbagai program pembangunan kapasiti, kebajikan dan khidmat masyarakat sejak ditubuhkan 20 tahun lalu.

Pengerusinya, Datin Nor’aini Bahari berkata, sepanjang dua dekad penubuhannya, PeWaniS bukan sahaja menjadi wadah mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli, malah aktif melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada warga pendidikan dan masyarakat.

Menurut beliau, persatuan itu komited menganjurkan pelbagai bengkel, seminar dan ceramah yang memfokuskan kepada bidang pendidikan, kesihatan, kekeluargaan serta pembangunan diri bagi meningkatkan kompetensi dan kesejahteraan ahli.

“PeWaniS sentiasa komited menganjurkan bengkel, seminar dan ceramah berkaitan pendidikan, kesihatan, kekeluargaan serta pembangunan diri.

“Malah, ketika pandemik COVID-19, persatuan turut menghulurkan bantuan kepada murid, guru dan keluarga yang terjejas menerusi sumbangan bakul makanan, bahan bacaan serta bantuan kewangan.

“Kami turut memperluas jaringan kerjasama melalui lawatan kerja ke beberapa negara bagi berkongsi amalan terbaik dalam bidang pendidikan, selain bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk menjayakan program yang memberi manfaat kepada ahli dan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-20 PeWaniS yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin yang juga Penaung PeWaniS.

Pada majlis itu, Toh Puan Faridah turut menyampaikan beberapa anugerah sebagai penghargaan kepada individu yang banyak menyumbang kepada pembangunan pendidikan dan kepimpinan di negeri ini.

Antara penerima ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin yang menerima Anugerah Khas PeWaniS Pemimpin Berwibawa Negeri Sabah 2026, manakala Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS), Datuk Tah Nia Jaman menerima Anugerah Tokoh Kepimpinan PeWaniS Negeri Sabah 2026.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/27/pewanis-terus-perkasa-wanita-sumbang-pembangunan-pendidikan-sabah/feed/ 0 100627
PEWANIS anjur makan malam amal sempena ulang tahun ke-20 https://sabahmedia.com/2026/07/07/pewanis-anjur-makan-malam-amal-sempena-ulang-tahun-ke-20/ https://sabahmedia.com/2026/07/07/pewanis-anjur-makan-malam-amal-sempena-ulang-tahun-ke-20/#respond Tue, 07 Jul 2026 01:36:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99473
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Wanita Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (PEWANIS) akan menganjurkan Majlis Makan Malam Amal sempena ulang tahun ke-20 penubuhannya pada 25 Julai depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini.

Pengerusinya, Datin Noraini Bahari berkata, majlis berkenaan bertujuan menghimpunkan warga pendidikan wanita di negeri ini, di samping mengumpul dana bagi membantu kebajikan warga pendidik.

Menurutnya, kunjungan hormat PEWANIS ke Istana Seri Kinabalu pada Isnin adalah bagi menjemput isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin, untuk hadir ke majlis berkenaan selain memohon kesediaan beliau menjadi penaung persatuan itu.

“Majlis ini bertujuan menghimpunkan warga pendidikan wanita di samping mengumpul dana bagi membantu kebajikan warga pendidik.

“Tujuan kunjungan hari ini adalah untuk menjemput Toh Puan Faridah ke Majlis Makan Malam Amal sempena ulang tahun ke-20 penubuhan PEWANIS, selain berhasrat menjadikan beliau sebagai penaung persatuan ini,” katanya ketika ditemui media selepas kunjungan hormat itu.

Noraini berkata, sepanjang penubuhannya, PEWANIS aktif melaksanakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada ahli serta komuniti pendidikan di Sabah.

Katanya, antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk penganjuran bengkel pembangunan diri untuk pegawai wanita, selain bengkel akademik bagi membantu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membuat persediaan menghadapi peperiksaan.

“Selain menjaga kebajikan ahli, PEWANIS juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan guru dan pegawai wanita di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,” katanya.

PEWANIS yang ditubuhkan pada 12 April 2006 memainkan peranan penting dalam memperkasa wanita di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah menerusi pelbagai program pembangunan, kebajikan dan pendidikan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/07/pewanis-anjur-makan-malam-amal-sempena-ulang-tahun-ke-20/feed/ 0 99473