pga – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 09 Jul 2026 13:35:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pga – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PGA Sabah rampas produk sejuk beku, aset lebih RM24.1 juta https://sabahmedia.com/2026/07/09/pga-sabah-rampas-produk-sejuk-beku-aset-lebih-rm24-1-juta/ https://sabahmedia.com/2026/07/09/pga-sabah-rampas-produk-sejuk-beku-aset-lebih-rm24-1-juta/#respond Thu, 09 Jul 2026 13:29:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99602
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah berjaya merampas produk sejuk beku dan aset bernilai keseluruhan RM24.15 juta menerusi Operasi Bersepadu Intra/Inter Op Chiller Briged Sabah yang dilaksanakan di 11 daerah di negeri ini, semalam.

Antara produk sejuk beku yang dirampas dalam operasi tersebut. – Foto ihsan PGA Sabah

Operasi yang dijalankan antara jam 8 pagi hingga 6 petang itu melibatkan daerah Kota Kinabalu, Papar, Penampang, Tawau, Keningau, Semporna, Sandakan, Beluran, Lahad Datu, Sook dan Sipitang.

Mohd Yusri

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, operasi bersepadu itu bertujuan mengesan serta membanteras kegiatan penyeludupan, penyimpanan dan pemprosesan produk sejuk beku selain mengesan pelbagai kesalahan lain.

Katanya, operasi membabitkan seramai 147 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi, termasuk 78 pegawai serta anggota PGA Briged Sabah, 23 pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 23 pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 16 pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tujuh pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Sebanyak 14 serbuan berjaya dilaksanakan sepanjang operasi, membawa kepada penahanan 21 individu berusia antara 20 hingga 66 tahun.

“Daripada jumlah itu, 19 adalah warga tempatan, terdiri daripada 17 lelaki dan dua wanita, manakala dua lagi ialah lelaki warga asing. Semua yang ditahan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan dan sitaan dianggarkan RM24,152,652.25, membabitkan produk sejuk beku bernilai RM10,348,152.25 serta sitaan aset bernilai RM13,804,500.

Rampasan produk sejuk beku itu merangkumi pelbagai jenis makanan seperti nugget, sosej, daging import, lamb shoulder, ayam, ikan, daging shabu-shabu dan organ dalaman lembu.

Sitaan aset pula melibatkan 11 unit chiller pelbagai jenama berkapasiti 700 liter, 24 unit bilik sejuk (cold room) pelbagai saiz serta beberapa kenderaan dan peralatan.

Mohd Yusri berkata, antara kesalahan yang dikenal pasti membabitkan Enakmen Haiwan 2015, Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, Akta Kawalan Bekalan 1961 serta beberapa undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan.

Katanya, semua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada agensi berkaitan untuk siasatan serta tindakan lanjut.

“PDRM kekal komited dan konsisten membanteras aktiviti penyeludupan, penyimpanan serta pemprosesan produk sejuk beku dan kesalahan lain di Sabah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan ini diminta menyalurkannya kepada pihak polis,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/09/pga-sabah-rampas-produk-sejuk-beku-aset-lebih-rm24-1-juta/feed/ 0 99602
15 ditahan dalam OP Bersepadu Khazanah di Sabah – PGA https://sabahmedia.com/2025/08/19/15-ditahan-dalam-op-bersepadu-khazanah-di-sabah-pga/ https://sabahmedia.com/2025/08/19/15-ditahan-dalam-op-bersepadu-khazanah-di-sabah-pga/#respond Tue, 19 Aug 2025 13:46:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79669
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Seramai 15 individu ditahan dalam Op Bersepadu Khazanah (Op Manok) yang dijalankan Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah pada 14 Ogos lalu selepas serbuan serentak di 12 lokasi sekitar Kudat, Keningau, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.

Komander Briged Sabah PGA, SAC Datuk Abdul Rani Alias berkata, operasi bersepadu itu melibatkan pasukan risikan dari Ibu Pejabat Briged Sabah, Batalion (BN) 14 PGA Tawau, BN 15 PGA Sandakan, BN 16 PGA Kota Kinabalu, BN 17 PGA Lahad Datu, BN 21 PGA Keningau dan BN 22 PGA Kunak.

“Serbuan terbesar dijalankan Task Force Risik Batalion 17 PGA di dua lokasi berasingan sekitar Lahad Datu dengan jumlah rampasan bernilai RM795,775. Dua lelaki tempatan turut ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 15(1) Enakmen Haiwan Sabah 2015,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, beberapa individu lain turut ditahan di Kudat, Keningau, Sandakan dan Tawau atas pelbagai kesalahan termasuk di bawah Seksyen 15(1) Enakmen Haiwan Sabah 2015, Seksyen 5(1) Enakmen Kebajikan Haiwan 2015, Jadual Dua Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 serta Seksyen 13(1) Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975.

“Kesemua serbuan ini berjaya membendung aktiviti pembiakan dan penjualan baka ayam yang dipercayai digunakan dalam perjudian sabung ayam. Operasi turut mengesan ladang ternakan yang beroperasi tanpa lesen sah,” katanya.

Daripada 15 individu ditahan, 11 adalah lelaki tempatan, dua wanita tempatan, seorang lelaki dan seorang wanita warga Filipina. Jumlah keseluruhan nilai rampasan mencecah RM3,046,910.80.

Abdul Rani turut menasihatkan masyarakat agar mendapatkan permit sah daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah sebelum menjalankan sebarang aktiviti penternakan ayam bagi mengelakkan salah laku dan penyeludupan, khususnya melibatkan ayam sabung.

“Polis melalui PGA akan terus melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan negara serta ketenteraman awam secara profesional demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/19/15-ditahan-dalam-op-bersepadu-khazanah-di-sabah-pga/feed/ 0 79669
PGA Briged Sabah rampas produk sejuk beku lebih RM35 juta, 29 individu ditahan https://sabahmedia.com/2025/07/16/pga-briged-sabah-rampas-produk-sejuk-beku-lebih-rm35-juta-29-individu-ditahan/ https://sabahmedia.com/2025/07/16/pga-briged-sabah-rampas-produk-sejuk-beku-lebih-rm35-juta-29-individu-ditahan/#respond Wed, 16 Jul 2025 08:35:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77425
Read Time:1 Minute, 47 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah berjaya merampas pelbagai produk sejuk beku bernilai lebih RM35 juta dan menahan seramai 29 individu dalam satu operasi bersepadu besar-besaran yang dijalankan di seluruh negeri semalam (15 Julai).

Komander PGA Briged Sabah, Datuk Abdul Rani Alias berkata, operasi yang dinamakan Op Taring Chiller itu dijalankan serentak di sepuluh daerah termasuk Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Sandakan, Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu, Telupid dan Keningau bermula jam 9 pagi hingga 8 malam.

Beliau berkata, operasi itu bertujuan membendung aktiviti penyimpanan dan penjualan makanan sejuk beku yang melanggar peraturan selain mengesan pelbagai kesalahan lain yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna dan kesihatan awam.

“Seramai 275 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi bersepadu tersebut, antaranya PGA Briged Sabah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah, Kementerian Kesihatan Malaysia, pihak berkuasa tempatan serta Jabatan Pertanian Sabah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Abdul Rani, dalam operasi itu, seramai 29 individu berusia antara 20 hingga 60 tahun telah ditahan melibatkan 22 lelaki dan tujuh wanita.

“Daripada jumlah itu, 24 orang merupakan warga tempatan manakala selebihnya adalah warga asing dari Filipina, Indonesia dan China,” katanya.

Jelas beliau, rampasan membabitkan pelbagai jenis produk ayam, daging, makanan laut dan pelbagai jenis produk sejuk beku lain seperti kentang goreng, mentega, keju dan aiskrim.

“Turut dirampas ialah pelbagai peralatan dan kenderaan termasuk peti sejuk beku berskala besar, mesin pemotong dan pengisar daging, forklift, lori bonded serta kontena sejuk beku,” ujarnya.

Tambah beliau, daripada 19 premis yang disasarkan dalam operasi tersebut, 15 daripadanya dikesan melakukan pelbagai kesalahan termasuk beroperasi tanpa lesen perniagaan, melanggar peraturan kebersihan makanan, serta melakukan pelanggaran terhadap undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan, Enakmen Haiwan, Akta Kerajaan Tempatan dan Ordinan Perlesenan Perdagangan.

Beliau turut menegaskan bahawa operasi itu bukan sahaja berjaya membanteras kegiatan haram berkaitan pengurusan makanan sejuk beku, malah memberi peringatan kepada para pengusaha agar mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Operasi itu juga membantu mengesan dan mengambil tindakan terhadap pelbagai kesalahan lain yang memberi kesan kepada kepentingan awam dan keselamatan pengguna.

“Kesemua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan dan siasatan lanjut mengikut undang-undang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/16/pga-briged-sabah-rampas-produk-sejuk-beku-lebih-rm35-juta-29-individu-ditahan/feed/ 0 77425
Tiga lagi batalion baharu PGA diwujudkan iaitu Keningau, Kunak dan Sri Aman https://sabahmedia.com/2025/05/18/tiga-lagi-batalion-baharu-pga-diwujudkan-iaitu-keningau-kunak-dan-sri-aman/ https://sabahmedia.com/2025/05/18/tiga-lagi-batalion-baharu-pga-diwujudkan-iaitu-keningau-kunak-dan-sri-aman/#respond Sun, 18 May 2025 05:17:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74035
Read Time:2 Minute, 36 Second

Oleh Normimie Diun

PAPAR: Penambahan tiga batalion baharu Pasukan Gerakan Am (PGA) masing-masing di Keningau, Kunak dan Sri Aman (Sarawak) memperkukuh lagi kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani cabaran keselamatan semasa, sekali gus melonjakkan jumlah keseluruhan batalion kepada 23 dengan lebih 12,000 anggota.

Saifuddin dan Razarudin merakamkan gambar bersama anggota Batalion PGA selepas majlis peluncuran tiga batalion PGA baharu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, peluncuran batalion ke-21, ke-22 dan ke-23 itu membuktikan komitmen berterusan pasukan keselamatan dalam memastikan ketenteraman awam dan keselamatan negara sentiasa terpelihara.

“Signifikan pelancaran hari ini ada tiga perkara utama. Pertama, ia mengesahkan tahap kesiapsiagaan pasukan untuk berdepan apa jua senario, cabaran mahupun ancaman keselamatan.

“Kita tahu Sabah pernah berdepan peristiwa hitam lebih 10 tahun lalu. Justeru, kita tidak boleh ambil mudah. PGA mesti sentiasa bersiap siaga dalam segala keadaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Peluncuran Batalion 21 PGA Keningau, Batalion 22 PGA Kunak Dan Batalion 23 PGA Sri Aman di PGA Briged Sabah di sini, pada Ahad.

Menurutnya, aspek kedua yang ditekankan ialah komitmen kerajaan dalam memperkukuhkan sokongan kepada pasukan dari segi kebajikan anggota serta penyediaan kemudahan yang kondusif.

“Selain penyediaan tempat tinggal dan pejabat yang selesa, kita juga menambah peruntukan bagi pembelian aset. Kita tidak mahu hanya sumber manusia yang terlatih tetapi gagal didokong dengan kelengkapan yang mencukupi,” katanya.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, aspek ketiga yang paling signifikan adalah kejayaan Malaysia mengekalkan kedudukan sebagai antara negara paling selamat di dunia.

“Dalam Indeks Keamanan Global, Malaysia kini berada pada kedudukan ke-10 daripada lebih 160 negara. Ia bukan datang bergolek, sebaliknya hasil perancangan dasar keselamatan yang jelas dan pelaksanaan yang konsisten.

“PDRM dan PGA adalah antara penyumbang utama kejayaan ini. Ini penting kerana ia menjadi indikator utama kepada pelabur luar. Mereka mahu pastikan pelaburan mereka berada dalam negara yang stabil dan selamat,” katanya.

Dalam sesi sidang media sama, Saifuddin turut menjelaskan pemilihan lokasi tiga batalion baharu dibuat berdasarkan penilaian strategik oleh kepimpinan tertinggi PDRM.

“Kenapa di Sabah ada tujuh batalion, Sarawak ada empat, dan selebihnya di Semenanjung, itu berdasarkan keperluan semasa serta penilaian menyeluruh oleh pihak polis.

“Yang penting ialah fungsi PGA sebagai satu pasukan elite dalam PDRM yang menjaga keamanan ketenteraman awam. Justifikasi lokasi tertumpu kepada keperluan keselamatan negara secara menyeluruh, bukan mengikut kawasan atau negeri semata-mata,” ujarnya.

Tambah beliau, PGA kini beroperasi secara menyeluruh di darat, laut dan udara, dan telah membuktikan kecekapan menerusi pelbagai kejayaan operasi, termasuk dalam Op Hazard: E-Waste yang mencatat rampasan bernilai berbilion ringgit.

“Kita juga sedang mempertingkatkan keupayaan pasukan menerusi penerapan inovasi dan teknologi terkini, termasuk kecerdasan buatan (AI), sebab itu tagline kami di KDN adalah ‘AI for KDN, KDN for AI’,” jelasnya lagi.

Beliau menegaskan bahawa pembangunan keupayaan pasukan keselamatan negara tidak boleh bersifat statik, sebaliknya perlu sentiasa disesuaikan dengan bentuk ancaman yang semakin kompleks.

“Isu keselamatan hari ini rencam dan berubah. Justeru, pertambahan batalion dan kekuatan anggota perlu seiring dengan latihan, aset, dan penguasaan teknologi,” katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun serta barisan tertinggi Kementerian Dalam Negeri dan PDRM.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/18/tiga-lagi-batalion-baharu-pga-diwujudkan-iaitu-keningau-kunak-dan-sri-aman/feed/ 0 74035
26 pegawai dan anggota Batalion 15 PGA terima Sijil Penghargaan https://sabahmedia.com/2025/03/25/26-pegawai-dan-anggota-batalion-15-pga-terima-sijil-penghargaan/ https://sabahmedia.com/2025/03/25/26-pegawai-dan-anggota-batalion-15-pga-terima-sijil-penghargaan/#respond Tue, 25 Mar 2025 06:16:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71079
Read Time:43 Second

SANDAKAN: Seramai 26 pegawai dan anggota Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima sijil penghargaan sempena Perhimpunan Hari Polis ke-218 yang diadakan pada Selasa.

Majlis penghargaan ini berlangsung di perkarangan Ibu Pejabat Batalion 15 PGA, Jalan Lintas Labuk, Batu 8, dan dihadiri oleh Pegawai Pemerintah (PP) Batalion 15, Superintendan Ijid Landu Binju. Turut hadir ialah Penolong Pegawai Pemerintah, Deputi Superintendan Ambrus Mohd Ali, serta pegawai-pegawai lain.

Penerima sijil penghargaan Komander Briged Sabah seramai lima orang didahului oleh Inspektor Muhammad Zareef Abdul Rajak manakala penerima sijil penghargaan PP Batalion 15 seramai 21 orang pula didahului oleh Inspektor Faisal Salleh.

Perhimpunan itu turut menyaksikan penyampaian Perutusan Ketua Polis Negara serta lafaz ikrar Rukun Negara dan Taat Setia.

Acara diserikan dengan nyanyian lagu kebangsaan “Negaraku”, diikuti lagu negeri Sabah “Sabah Tanah Airku”, serta lagu pasukan polis “Sang Saka Biru”, “Cekal, Berani, Setia” dan “Sedia Berkhidmat”.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/25/26-pegawai-dan-anggota-batalion-15-pga-terima-sijil-penghargaan/feed/ 0 71079
3 ditahan angkut 10,600 liter petrol bersubsidi tanpa permit  https://sabahmedia.com/2022/04/05/3-ditahan-angkut-10600-liter-petrol-bersubsidi-tanpa-permit/ https://sabahmedia.com/2022/04/05/3-ditahan-angkut-10600-liter-petrol-bersubsidi-tanpa-permit/#respond Tue, 05 Apr 2022 03:38:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13918
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Dua pemandu lori membawa 10,600 liter petrol bersubsidi tanpa dokumen sah ditahan anggota Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA) di tepi jalan berdekatan lampu isyarat Jalan Sungai Manila, Batu 12, Sandakan, kelmarin.

memetik laporan portal Berita Harian, Kedua-dua suspek ditahan dalam operasi jam 10.15 malam dilancarkan Unit Task Force Perisikan Batalion 15 PGA Sandakan diketuai Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Abd Halim Ahmad yang kemudian turut menahan seorang lagi lelaki yang mengaku pemilik bahan api berkenaan.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias, berkata ketika melakukan rondaan di kawasan Batu 16, Kampung Gum-Gum, pasukan berkenaan mengesan dua lori dalam keadaan mencurigakan sedang bergerak menuju ke arah Sandakan.

Katanya, sepasukan Unit Task Force Perisikan Batalion 15 Sandakan kemudian mengekori dua lori berkenaan sebelum bertindak menahan pemandunya dan pemeriksaan kemudian mendapati kedua-dua lori itu membawa tong warna biru disyaki berisi petrol bersubsidi.

“Pemeriksaan seterusnya mendapati sebanyak 56 tong biru berisi 10,600 liter petrol bersubsidi tanpa dokumen sah berada di dua lori berkenaan. Jumlah keseluruhan rampasan petrol dan dua lori adalah RM121,730,” katanya.

Menurutnya, tiga lelaki berusia 25, 31 dan 35 tahun serta petrol dan lori yang dirampas dibawa ke Balai Polis Sandakan untuk siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/05/3-ditahan-angkut-10600-liter-petrol-bersubsidi-tanpa-permit/feed/ 0 13918