PH Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 07 Jun 2026 10:08:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png PH Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PH Sabah tegas mahu pelaksanaan hak 40 peratus dipercepat https://sabahmedia.com/2026/06/07/ph-sabah-tegas-mahu-pelaksanaan-hak-40-peratus-dipercepatkan/ https://sabahmedia.com/2026/06/07/ph-sabah-tegas-mahu-pelaksanaan-hak-40-peratus-dipercepatkan/#respond Sun, 07 Jun 2026 10:05:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97849
Read Time:2 Minute, 37 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah menegaskan bahawa pelaksanaan penuh hak Sabah terhadap 40 peratus hasil bersih Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh terus ditangguhkan dan perlu disegerakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Pengerusinya, Datuk Mustapha Sakmud berkata, walaupun PH Sabah menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pemberian khas interim berjumlah RM1.5 bilion kepada Sabah, ia bukanlah pengganti kepada hak sebenar negeri itu yang masih belum dilaksanakan sepenuhnya.

Menurutnya, pendirian PH Sabah adalah jelas dan sebulat suara bahawa pembayaran penuh 40 peratus tersebut perlu direalisasikan secepat mungkin demi memenuhi hak serta aspirasi rakyat Sabah.

“RM1.5 bilion yang diumumkan merupakan jumlah tertinggi dalam sejarah pemberian khas kepada Sabah dan kita menghargai komitmen Perdana Menteri. Namun, kita tetap berpendirian bahawa pelaksanaan penuh 40 peratus mesti dilaksanakan.

“Sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan dalam perkara ini, saya akan terus mengadakan sesi libat urus dengan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, khususnya Kementerian Kewangan, bagi memastikan pelaksanaan hak 40 peratus ini dapat dipercepatkan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan PH Sabah 2024/2025, di sini, pada Ahad.

Beliau berkata, pemberian khas interim itu diharap dapat dimanfaatkan untuk menyelesaikan pelbagai isu infrastruktur asas yang masih membelenggu Sabah, termasuk bekalan air, elektrik dan rangkaian jalan raya.

Sementara itu, Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe menegaskan isu 40 peratus bukan sekadar tuntutan politik, sebaliknya hak Sabah yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, PH Sabah mengambil pendirian tegas bahawa Kerajaan Persekutuan perlu menunaikan komitmen yang telah berulang kali diberikan berhubung pelaksanaan hak berkenaan.

“Ini bukan sahaja aspirasi rakyat Sabah, tetapi hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Sebab itu ia tidak boleh dinafikan.

“RM1.5 bilion yang diumumkan memang merupakan bayaran interim tertinggi dalam sejarah, tetapi ia masih belum menyelesaikan hak sebenar Sabah di bawah Perlembagaan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa komitmen pelaksanaan 40 peratus telah beberapa kali dinyatakan oleh Perdana Menteri dan berharap perkara itu dapat direalisasikan dalam masa terdekat.

Pada masa sama, PH Sabah turut mengumumkan penstrukturan semula kepimpinan gabungan itu bagi memperkukuhkan jentera menghadapi cabaran politik semasa dan persiapan pilihan raya akan datang.

Mustapha (tengah) bersama Ahli Majlis Tertinggi Pakatan Harapan Sabah.

Mustapha kekal sebagai Pengerusi PH Sabah dengan dibantu dua Timbalan Pengerusi iaitu Datuk Phoong Jin Zhe dan Datuk Lahirul Latigu.

Datuk Ruji Ubi dilantik sebagai Setiausaha, Irwan Shah Mustapa sebagai Bendahari, Datuk Chan Foong Hin sebagai Ketua Penerangan, Zaidi Jatil sebagai Ketua Pemuda, Datuk Jannie Lasimbang sebagai Ketua Wanita dan Datuk Peto Galim sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya.

Menurut Mustapha, pelantikan semula dan penstrukturan tersebut bertujuan memanfaatkan pengalaman pemimpin berpengalaman serta memperkukuhkan operasi PH Sabah menjelang kemungkinan berdepan pilihan raya pada bila-bila masa.

Dalam perkembangan lain, beliau mengakui terdapat sedikit kesan susulan tindakan beberapa pemimpin PKR Sabah meninggalkan parti, namun menegaskan ia tidak menjejaskan operasi cabang-cabang yang terlibat.

“Setakat ini hanya melibatkan dua ketua cabang iaitu di Tuaran dan Semporna. Namun struktur organisasi di kedua-dua cabang masih kukuh dan berfungsi seperti biasa,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa PH Sabah sudah mula menggerakkan semula persiapan jentera pilihan raya dan akan terus memperkukuhkan kesiapsiagaan parti bagi menghadapi sebarang kemungkinan menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/07/ph-sabah-tegas-mahu-pelaksanaan-hak-40-peratus-dipercepatkan/feed/ 0 97849
Pelantikan Pengerusi PH Sabah: PKR Tolak UPKO, Keputusan Tertakluk kepada Pusat https://sabahmedia.com/2025/01/03/pelantikan-pengerusi-ph-sabah-pkr-tolak-upko-keputusan-tertakluk-kepada-pusat/ https://sabahmedia.com/2025/01/03/pelantikan-pengerusi-ph-sabah-pkr-tolak-upko-keputusan-tertakluk-kepada-pusat/#respond Fri, 03 Jan 2025 13:49:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66445
Read Time:1 Minute, 17 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kontroversi mengenai pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah terus menjadi topik perbincangan utama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang menolak cadangan agar jawatan tersebut disandang oleh Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick.

PKR Sabah berpendapat bahawa UPKO masih baru dalam gabungan PH, dan keputusan akhir mengenai pelantikan ini akan ditentukan oleh Pengerusi PH Pusat.

Menurut Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah, Sazalye Donol Abdullah, perbezaan pendapat ini tidak menggambarkan krisis dalaman, tetapi sebahagian daripada proses biasa dalam gabungan politik.

“Tiada isu besar, hanya perbezaan pandangan. Semua menunggu keputusan di peringkat pusat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di Kediaman Rasmi Sri Gaya di sini, petang tadi.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang, sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi PH Sabah, dan menyarankan sebarang perubahan hanya dilakukan dalam pemilihan dua tahun akan datang.

Ewon dipilih menggantikan Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu, Datuk Seri Christina Liew pada pemilihan Pengerusi PH Sabah yang berlangsung di sini pada 1 Disember lalu.

Sementara itu, pertemuan antara beberapa pemimpin PKR Sabah dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, turut mencuri perhatian media.

Menurut Sazalye, pertemuan tersebut dilabel sebagai perjumpaan biasa sahaja untuk menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Hajiji, tanpa menyentuh isu-isu berkaitan Pilihan Raya Negeri atau peruntukan kerusi.

Antara yang hadir dalam pertemuan itu Pengerusi MPN PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, Timbalan Pengerusi MPN PKR Sabah, Datuk Peto Galim, Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin dan beberapa Ahli Majlis Tertinggi PKR Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/03/pelantikan-pengerusi-ph-sabah-pkr-tolak-upko-keputusan-tertakluk-kepada-pusat/feed/ 0 66445
PRN-17 : Agihan kerusi antara GRS-PH bukan suatu yang rumit – Masidi https://sabahmedia.com/2024/11/30/prn-17-agihan-kerusi-antara-grs-ph-bukan-suatu-yang-rumit-masidi/ https://sabahmedia.com/2024/11/30/prn-17-agihan-kerusi-antara-grs-ph-bukan-suatu-yang-rumit-masidi/#respond Sat, 30 Nov 2024 05:44:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64644
Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Pembahagian kerusi antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang bukan sesuatu yang rumit. 

Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun berkata, apa yang utama adalah  kepada memenuhi citarasa dan juga hasrat bagi setiap komponen dalam GRS itu sendiri.

Katanya, perbincangan bersama PH setakat ini belum dibuat kerana Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sebelum ini telah menyatakan lebih awal bahawa ianya akan dibincang apabila pilihan raya atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

“Bagi kita, tidak ada keperluan untuk percepatkan kerana setakat ini pun terdapat persefahaman dan juga kerjasama yang cukup erat diantara GRS dan PH.

“Kita penuh yakin, isu pembahagian kerusi ini bukan sesuatu yang rumit diantara GRS dan PH.  Tapi ianya lebih  kepada memenuhi citarasa dan juga hasrat bagi setiap komponen dalam GRS itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Grand Opening Bawal Ratu Kota Kinabalu di Kompleks Karamunsing, di sini hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) GRS semalam, Masidi yang juga Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata, beberapa jawatankuasa khusus dibentuk bagi memastikan gabungan itu bersedia menghadapi PRN yang mungkin akan diadakan bila-bila masa.

“Sebenarnya saya telah dilantik untuk membentuk satu jawatankuasa lebih sebagai satu konsultasi di kalangan pemimpin-pemimpin parti komponen yang lain untuk melihat secara kasar mana kerusi-kerusi yang mungkin sesuai untuk setiap parti,” katanya.

Semalam, GRS menubuhkan Jentera Pilihan Raya Pusat (Negeri) dan Jawatankuasa Pengurusan Pilihan Raya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17).

Penubuhan jentera dan jawatankuasa itu adalah antara perkara yang dibincangkan pada Mesyuarat AMT GRS yang dipengerusikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, selaku Pengerusi GRS. – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/30/prn-17-agihan-kerusi-antara-grs-ph-bukan-suatu-yang-rumit-masidi/feed/ 0 64644
PH Sabah fokus beri khidmat pada rakyat, nafi bincang pasal kerusi – Chrisitina https://sabahmedia.com/2024/05/28/ph-sabah-fokus-beri-khidmat-pada-rakyat-nafi-bincang-pasal-kerusi-chrisitina/ https://sabahmedia.com/2024/05/28/ph-sabah-fokus-beri-khidmat-pada-rakyat-nafi-bincang-pasal-kerusi-chrisitina/#respond Tue, 28 May 2024 14:47:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55194
Read Time:1 Minute, 53 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah tidak pernah berbincang mengenai pengagihan kerusi calon, namun komited dan fokus beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat di negeri ini, kata pengerusinya, Datuk Christina Liew.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sejauh mana perbincangan parti-parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan PH mengenai pengagihan kerusi calon yang akan bertanding di 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah untuk Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Mengulas lanjut, Christina berkata perkara itu belum pernah dibincangkan oleh kedua-dua pihak setakat ini.

“Kita belum sampai ke tahap itu sekarang, kita akan berbincang dengan PH terlebih dahulu barulah kita bercakap mengenainya, namun kita tidakpun memikirkannya, adalah menjadi tumpuan kita sekarang ialah yang pertama terus menyokong kerajaan sedia ada, kedua fokus kita adalah membantu rakyat di negeri ini.

“Malah kami juga tidak membincangkan topik ini buat masa ini, belum lagi habis kita berkhidmat kepada rakyat kamu sudah bercakap pasal kerusi? Jadi saya nafikannya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa PH Sabah belum pernah membincangkan perkara itu lagi selain fokus membantu rakyat.

“Saya menegaskan sekali lagi PH Sabah belum pernah berbincang mengenai pengagihan kerusi kepada mana-mana pihak, justeru kita sekarang hanya memfokuskan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, sebagai seorang YB (wakil rakyat) menerusi pusat-pusat khidmat kawasan-kawasan kami.

“Kami juga menyokong penuh kerajaan negeri dan persekutuan kerana kami percaya mereka telah bekerja keras untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di negeri ini.

“Selain pembangunan, kita juga memerlukan kestabilan politik, sekali lagi saya menegaskan, malah kami tidak pun membincangkan mengenai topik (kerusi) tersebut dalam mesyuarat PH Sabah baru-baru ini yang dipengerusikan oleh saya sendiri. Bukan masanya bercakap mengenai perkara itu,” tegasnya.

Ditanya mengenai isu tuntutan kerajaan Sabah terhadap 40 peratus hasil negeri, Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata pihaknya turut sama berjuang untuk menuntut hak-hak rakyat Sabah dan yakin isu itu dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Kita yakin perkara ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin, kita sangat yakin kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan akan menyelesaikan isu ini.

“Kita ada alternatif, kita mungkin melakukan cara yang berbeza tetapi objektif kita adalah sama untuk memperjuangkan hak kita untuk menuntut 40 peratus hasil untuk rakyat Sabah. Jadi kita tetap pertahankannya,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/28/ph-sabah-fokus-beri-khidmat-pada-rakyat-nafi-bincang-pasal-kerusi-chrisitina/feed/ 0 55194
40 peratus hasil Sabah: PH Sabah sokong pendirian Kerajaan terhadap tindakan SLS https://sabahmedia.com/2024/05/25/40-peratus-hasil-sabah-ph-sabah-sokong-pendirian-kerajaan-terhadap-tindakan-sls/ https://sabahmedia.com/2024/05/25/40-peratus-hasil-sabah-ph-sabah-sokong-pendirian-kerajaan-terhadap-tindakan-sls/#respond Sat, 25 May 2024 04:39:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54973
Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Pakatan Harapan (PH) Sabah memberi sokongan terhadap pendirian dan keputusan Kerajaan berhubung dengan tindakan Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) yang membawa isu 40 peratus hasil Sabah ke mahkamah.

PH Sabah dalam satu kenyataan berkata, sebagai sebahagian daripada Kerajaan negeri, gabungan parti politik itu memahami dan menghormati sepenuhnya keputusan yang diambil oleh SLS dalam membawa isu 40 peratus hak perlembagaan Sabah ke mahkamah dalam permohonan Semakan Kehakiman mereka.

“Pada 2022 PH Sabah juga telah mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah dengan memfailkan Saman Pemula menuntut 40 peratus hak perlembagaan Sabah untuk dihormati dan dilaksanakan.

“PH Sabah kini telah menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah bertekad untuk memastikan perkara ini diselesaikan melalui Majlis Tindakan Pelaksanaan dan Jawatankuasa Teknikal (Jawatankuasa MA 63) masing-masing diketuai oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kedua,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan itu turut berkata, PH Sabah juga memandang positif dengan tindakan SLS yang terus didengar di mahkamah dan pada masa yang sama komitmen Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu MA63 melalui penubuhan Jawatankuasa MA63 dengan wakil daripada Kerajaan Sabah dan Sarawak dilantik ke jawatankuasa tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, walapun dengan pendekatan yang berbeza namun ianya mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk memastikan hak perlembagaan Sabah dalam MA63 dihormati dan dilaksanakan sepenuhnya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/25/40-peratus-hasil-sabah-ph-sabah-sokong-pendirian-kerajaan-terhadap-tindakan-sls/feed/ 0 54973
Hajiji yakin kerjasama GRS, PH Sabah bawa kejayaan pada PRN akan datang https://sabahmedia.com/2023/09/23/hajiji-yakin-kerjasama-grs-ph-sabah-bawa-kejayaan-pada-prn-akan-datang/ https://sabahmedia.com/2023/09/23/hajiji-yakin-kerjasama-grs-ph-sabah-bawa-kejayaan-pada-prn-akan-datang/#respond Sat, 23 Sep 2023 11:43:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42380
Read Time:2 Minute, 28 Second

TONGOD: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yakin kerjasama baik dengan parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) negeri mampu membawa kejayaan kepada gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Menteri yang juga Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Hajiji
Noor berkata, keyakinan itu juga berdasarkan penerimaan rakyat yang meningkat terhadap parti itu walaupun baru kira-kira enam bulan dilancarkan.

Beliau berkata, apa yang penting ketika ini ialah untuk mengukuhkan perpaduan dan menyusun jentera parti, selain meningkatkan kerjasama dan bersatu hati dengan rakan parti dalam kerajaan negeri sekarang.

“Walaupun baru beberapa bulan dilancarkan, dari Mac lalu hingga sekarang, tidak sampai enam bulan tetapi sambutan cukup memberangsangkan dan insyaAllah kalau inilah petandanya, kerajaan GRS dan rakan kerjasamanya akan kekal memerintah Sabah pada PRN akan datang.

“Kerana itu saya minta pemimpin Gagasan Rakyat di setiap bahagian supaya menyusun jentera parti dengan baik dan memastikan parti kuat sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

“Saya yakin dengan sambutan dan kejayaan kita menubuhkan ribuan cawangan dan bahagian di seluruh Sabah, ditambah kerjasama dengan rakan dalam GRS dan juga PH, insyaAllah kita akan berjaya dalam PRN akan datang.

“Yang penting kita kuatkan perpaduan kita, yang penting kita susun jentera parti kita, yang penting juga kita kerjasama dan satu hati dengan rakan parti dalam kerajaan negeri sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Parti Gagasan Rakyat Bahagian Kuamut dan Perasmian Mesyuarat Tahunan 2023 Bahagian itu di Dewan Terbuka Dataran Rakyat Tongod pada Sabtu.

Turut hadir ialah Naib Presiden yang juga Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah dan Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, Datuk Mohd Razali
Razi.

Hajiji berkata, walaupun Gagasan Rakyat menerima sokongan yang baik daripada rakyat negeri ini, ia masih memerlukan kerjasama dengan rakan lain untuk mentadbir
dan memajukan Sabah.

Sementara itu, beliau berkata keahlian Gagasan Rakyat yang kini mencapai kira-kira 300,000 di semua 73 bahagian parti itu yang ditubuhkan sejak pelancarannya pada 2 Mac lalu, menunjukkan penerimaan baik rakyat Sabah.

“Saya gembira sejak dilancar pada 2 Mac lalu kita menerima ahli hampir 300,000 dengan 73 bahagian diwujudkan mengikut kawasan DUN dan kita amat senang hati kerana semua bahagian telah selesai atau berjaya ditubuhkan.

“Ini menunjukkan bahawa parti ini diterima baik rakyat tempatan kita di Sabah dan hari ini kita boleh nampak satu cerminan sambutan baju merah di kawasan Kuamut, begitu ramai sekali menjayakan mesyuarat bahagian dan juga pelancaran parti ini,” katanya.

Hajiji menjelaskan, Gagasan Rakyat ditubuhkan akibat ketidaktentuan atau ketidakstabilan politik negara dan di Sabah sejak beberapa tahun lalu.

“Kalau kita cerita sejarah keseluruhannya memang mengambil masa panjang tapi saya
mahu nyatakan bahawa parti ini ditubuh kerana memenuhi aspirasi orang tempatan Sabah.

“Mereka mahu kita berjuang dalam parti tempatan seperti di Sarawak yang mengutamakan parti tempatan mereka. Tapi ini tidak bererti bila guna parti tempatan kita tidak mahu bekerjasama degan parti nasional,” katanya.

Beliau mengulangi pendirian Gagasan Rakyat untuk terus bekerjasama dan mempunyai
hubungan yang baik dengan parti nasional dan memenuhi kehendak rakyat yang mahukan parti tempatan untuk mentadbir negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/23/hajiji-yakin-kerjasama-grs-ph-sabah-bawa-kejayaan-pada-prn-akan-datang/feed/ 0 42380