PH – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 17 Nov 2025 05:47:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png PH – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PH hormati kerjasama GRS – Mizma Appehdullah https://sabahmedia.com/2025/11/17/ph-hormati-kerjasama-grs-mizma-appehdullah/ https://sabahmedia.com/2025/11/17/ph-hormati-kerjasama-grs-mizma-appehdullah/#respond Mon, 17 Nov 2025 05:42:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86111
Read Time:1 Minute, 57 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Penarikan diri calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam, Abdul Halim Sidek Gulam Hassan, membuka dimensi baharu dalam saingan di kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17, sekali gus memberi laluan lebih jelas kepada calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menurut calon GRS bagi DUN Silam, Datuk Mizma Appehdullah, tindakan Abdul Halim itu bukan sahaja meredakan kekeliruan dalam kalangan penyokong, tetapi turut memperlihatkan komitmen sebenar PH terhadap kerjasama PH–GRS.

Mizma menyifatkan keputusan Abdul Halim sebagai usaha memperkukuhkan persefahaman politik antara dua gabungan tersebut.

“Penarikan diri calon PH itu agak mengejutkan, namun kita anggap PH telah memenuhi janji kerjasama GRS–PH. Ia menampakkan bahawa PH benar-benar bersama GRS dan menepati komitmen yang dipersetujui,” katanya kepada Sabah Media.

Beliau menambah, tindakan itu menghilangkan rasa ragu di peringkat akar umbi yang sebelum ini berdepan situasi banyak penjuru dan kekeliruan mengenai hala tuju kerjasama.

Apabila ditanya sama ada beliau berharap jentera PH akan turut membantu kempen GRS di Silam, Mizma secara terbuka mengakui perkara itu.

“Memanglah. Silam dan Segama sangat dekat, dan kita mahu membawa gerakan bersama, di mana Silam adalah GRS dan PH adalah Segama. Jika ada calon PH di Silam, janggal untuk saya membawa nama PH,” ujarnya.

Beliau berkata, ketiadaan calon PH di Silam membolehkan jentera kedua-dua parti bergerak tanpa kekeliruan atau keraguan.

Mengulas lebih lanjut, Mizma mengakui bahawa sebelum ini terdapat kebimbangan apabila berlaku pertandingan antara calon PH dan GRS di kerusi tertentu, kerana ia boleh menimbulkan rasa tidak selesa dalam blok kerjasama.

“Sebab mereka (penyokong) melihat belum apa-apa lagi kerjasama sudah dilanggar. Apalagi nanti bila tiba pemilihan ketua menteri. Jadi keputusan seperti ini meyakinkan semua kawan bahawa kesetiaan itu ada,” katanya.

Terdahulu, Abdul Halim dalam kenyataannya pagi ini menegaskan penarikan diri tersebut dibuat selepas pertimbangan mendalam dan perbincangan dengan pimpinan PH.

Beliau menafikan sebarang tekanan luar dan menyifatkan keputusan itu penting untuk menjaga hubungan baik dalam kerjasama politik yang lebih besar.

“Keputusan ini dibuat demi keharmonian dan masa depan politik negeri. Perjuangan untuk rakyat tidak berakhir hanya kerana tidak berada dalam pilihan raya,” katanya.

Dalam pada itu, Mizma berkata, kempen beliau pada PRN kali ini akan memberi keutamaan kepada pengundi muda, memandangkan demografi itu sangat besar di Silam.

“Tumpuan saya lebih kepada generasi muda tanpa meminggirkan pengundi lama walaupun mereka mungkin sudah punya pilihan,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/17/ph-hormati-kerjasama-grs-mizma-appehdullah/feed/ 0 86111
PRU Sabah : PH bantu kemenangan calon di tiga kerusi di Ranau https://sabahmedia.com/2025/11/17/pru-sabah-ph-bantu-kemenangan-calon-di-tiga-kerusi-di-ranau/ https://sabahmedia.com/2025/11/17/pru-sabah-ph-bantu-kemenangan-calon-di-tiga-kerusi-di-ranau/#respond Mon, 17 Nov 2025 04:16:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86104
Read Time:1 Minute, 24 Second

RANAU : Pakatan Harapan (PH)  akan memastikan kemenangan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)  di sini melalui kerjasama yang kukuh.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranau, Taufik Dahlan berkata, adalah lebih baik untuk meneruskan kestabilan politik sedia ada di bawah pentadbiran GRS memandangkan banyak pembangunan telah berjaya dilaksanakan, sekali gus memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Katanya lagi, DUN di sini pernah memegang portfolio penting, seperti Timbalan Ketua Menteri, Menteri Kewangan serta Pembantu kepada Ketua Menteri yang memainkan peranan besar dalam menerajui kemajuan daerah dan negeri .

“Saya amat yakin bahawa GRS akan kembali membentuk dan mentadbir kerajaan bagi meneruskan agenda pembangunan demi manfaat dan kesejahteraan rakyat. 

“Kami akan memberikan sokongan sepenuhnya untuk memastikan kemenangan ini dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Ramah Mesra di PDM Paka Ranau, di Dewan Mini Dewan Kampung Lingkudau.

Turut hadir, Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang juga calon bagi DUN Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun.

Taufik berkata, kedudukan politik DUN di sini amat baik kerana banyak pembangunan telah berjaya dilaksanakan.

Beliau, yang telah lama berkecimpung dalam politik dan pernah memegang jawatan penting di Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Negeri, menegaskan bahawa keadaan politik di negeri ini di bawah pentadbiran semasa adalah sangat tepat.

Tambahnya lagi, pemimpin Sabah yang memegang jawatan persekutuan dan di kerajaan negeri mempunyai aspirasi yang sama untuk memajukan negeri ini. Taufik mengajak rakyat agar mengekalkan kestabilan politik yang sedia ada.

“Pihak pembangkang hanya melaungkan pelbagai slogan untuk meyakinkan rakyat dalam pilihan raya, namun ia hanyalah laungan kosong.

“Sekiranya mereka diberikan jawatan di DUN, tidak tentu mereka akan memegang portfolio penting  dalam kerajaan negeri seperti yang pernah dipegang sebelum ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/17/pru-sabah-ph-bantu-kemenangan-calon-di-tiga-kerusi-di-ranau/feed/ 0 86104
Dua calon wanita PH memulakan kempen dengan program bertemu orang ramai https://sabahmedia.com/2025/11/16/dua-calon-wanita-ph-memulakan-kempen-dengan-program-bertemu-orang-ramai/ https://sabahmedia.com/2025/11/16/dua-calon-wanita-ph-memulakan-kempen-dengan-program-bertemu-orang-ramai/#respond Sun, 16 Nov 2025 07:11:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86035
Read Time:1 Minute, 22 Second

SANDAKAN: Dua calon wanita yang berentap merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Elopura dan Tanjung Papat memulakan kempen hari kedua mereka dengan program Walkabout selepas diumumkan sebagai calon, semalam.

Dua calon yang mewakili Pakatan Harapan (PH) iaitu Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee bagi kerusi DUN Elopura dan Naib Ketua DAPSY, Tang Szu Ching di kerusi DUN Tanjung Papat.

Kedua-duanya memulakan program bertemu orang ramai di kawasan tumpuan utama penduduk Sandakan iaitu pasar umum dan pasar minggu, di sini.

Kempen menyantuni akar umbi itu kemudian diteruskan perkampungan atas air Sim-Sim, selain Futsal Batu 4 sebelum ke Bandar Utama.

Szu Ching berkata, sorakan dan sokongan padu daripada pengundi ketika proses penamaan calon semalam menambahkan lagi semangatnya untuk berjuang dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

“Hari ini, saya akan bawa semangat ini untuk bertemu pengundi di akar umbi,” katanya menerusi coretan ringkas di laman social Facebook.

Pada PRN17, Vivian yang pertama kali bertanding untuk kerusi DUN dicabar Calvin Chong dari WARISAN yang juga penyandang kerusi itu, selain Jeffrey Chung dari Parti Impian Sabah (PIS) dan Muhammad Firdaus@ Silvester Abdullah dari Perikatan Nasional (PN).

Selain itu, pencabarnya juga adalah Liau Fui Fui dari Parti Kesejahteraan Demoktratik Sabah (KDM) dan Wong Hon Kong dari Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS).

Bagi DUN Tanjung Papat, Szu Ching berdepan pertandingan lapan penjuru bakal berentap dengan bekas Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung yang kini mewakili KDM.

Enam lagi ialah Mohd Yunus Apil dari parti Perjuangan Rakyat (PR), Sohaimi Ramli dari Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Janudin Berahim dari PIS, Henley Liew dari Parti Maju Sabah (SAPP), Koa Wei Yang dari PN dan Alex Thien dari WARISAN.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/16/dua-calon-wanita-ph-memulakan-kempen-dengan-program-bertemu-orang-ramai/feed/ 0 86035
Pemimpin Gagasan Rakyat Sandakan sangkal dakwaan kerajaan GRS+PH gagal total https://sabahmedia.com/2025/10/16/pemimpin-gagasan-rakyat-sandakan-sangkal-dakwaan-kerajaan-grsph-gagal-total/ https://sabahmedia.com/2025/10/16/pemimpin-gagasan-rakyat-sandakan-sangkal-dakwaan-kerajaan-grsph-gagal-total/#respond Thu, 16 Oct 2025 08:07:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83432
Read Time:1 Minute, 51 Second

SANDAKAN: Ketua Bahagian Sungai Sibuga Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Amirshah Yaakub, tampil mempertahankan prestasi Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, daripada tuduhan bahawa kerajaan negeri kini “gagal total”.

Beliau berkata, kerajaan GRS+PH telah menunjukkan kemajuan ketara dalam menangani tiga isu kritikal rakyat Sabah iaitu bekalan air, jalan raya dan tenaga elektrik.

Isu air: Pendekatan holistik dan proaktif

Amirshah mengakui masalah air di Sabah masih mencabar, namun menegaskan kerajaan negeri kini bertindak secara proaktif melalui pelaksanaan projek baharu serta naik taraf sistem bekalan air di seluruh negeri.

“Daripada hanya membincangkan punca, kerajaan hari ini melaksanakan pelan tindakan sebenar melalui pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) baharu dan penambahbaikan sistem sedia ada,” katanya.

Setakat ini, sembilan projek air telah siap dan 18 lagi sedang dilaksanakan. Antara projek utama termasuk:

  • Loji Rawatan Air Kundasang yang siap pada November 2023 dengan kapasiti 15 juta liter sehari.
  • Projek naik taraf sistem air Sandakan, termasuk pembinaan lima tangki simpanan, dijangka siap Julai 2026.
  • Pemasangan paip baharu di Kampung Tinusa 2, Sungai Sibuga, dijangka siap April 2027.

Infrastruktur jalan raya: Kemajuan ketara

Amirshah turut memuji hubungan baik antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan yang membolehkan pelaksanaan projek infrastruktur berjalan lancar, termasuk projek mega Lebuhraya Pan Borneo.

“Setakat ini, empat pakej jalan raya telah siap manakala 31 pakej lagi sedang dibina, belum termasuk projek baharu dan kerja naik taraf oleh kerajaan negeri,” jelasnya.

Bekalan elektrik: Arah mampan untuk masa depan

Bagi menjamin bekalan tenaga jangka panjang, kerajaan kini giat melaksanakan lapan projek tenaga utama di bawah pelan pembangunan tenaga Sabah.

Antara projek penting termasuk:

  • Projek Hidroelektrik Ulu Padas (349MW) dan projek gas enjin (400MW).
  • Ladang solar (199MW) serta sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS, 100MW).
  • Projek mini hidro melebihi 200MW dan penyambungan grid Sabah–Sarawak.
  • Pembukaan semula Stesen Janakuasa Tenom Pangi (66MW).

Kerajaan tidak sempurna, tetapi bekerja

Amirshah menegaskan bahawa walaupun kerajaan tidak terlepas daripada kekurangan, adalah tidak adil untuk menafikan usaha dan hasil nyata yang telah dicapai di bawah kepimpinan Hajiji.

“Saya yakin sekiranya kerajaan ini sekali lagi diberikan mandat, Sabah akan terus maju dan berjaya,” katanya sambil merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri atas kepimpinan dan komitmennya terhadap pembangunan negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/16/pemimpin-gagasan-rakyat-sandakan-sangkal-dakwaan-kerajaan-grsph-gagal-total/feed/ 0 83432
PH sedia bekerjasama dengan BN, GRS demi kestabilan politik – Anwar https://sabahmedia.com/2025/05/11/ph-sedia-bekerjasama-dengan-bn-grs-demi-kestabilan-politik-anwar/ https://sabahmedia.com/2025/05/11/ph-sedia-bekerjasama-dengan-bn-grs-demi-kestabilan-politik-anwar/#respond Sun, 11 May 2025 13:18:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73660
Read Time:1 Minute, 16 Second

Oleh Siti Azizah Talata

TAWAU: Pakatan Harapan (PH) sedia bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) demi kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kestabilan politik, baik di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri kepentingan rakyat adalah keutamaan ketiga-tiga parti itu.

“Dalam mesyuarat perasmian kerjasama di antara PH dan BN untuk pilihan raya negeri akan datang, saya telah menyatakan hasrat untuk datang ke Tawau.

“Sebab itu saya di sini untuk mengadakan perbincangan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor untuk capai kata sepakat antara GRS, PH dan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan sesi perjumpaan bersama Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Sabah di Bilik Mesyuarat MAHB, Lapangan Terbang Tawau, di sini petang tadi.

Pada Jumaat lalu, PH dan BN mengumumkan kerjasama untuk pilihan raya negeri Sabah ke-17 kali ini.

Berikutan pengumuman itu, Hajiji berkata GRS akan bergerak sendiri (secara solo) pada pilihan raya tersebut.

Anwar yang juga Pengerusi PH mengingatkan ahli politik supaya tidak menggunakan sentimen anti-persekutuan untuk kepentingan mereka.

Tegas beliau, taktik sedemikian tidak menguntungkan rakyat walaupun perkara retorik menghiburkan orang ramai.

“Namun, dari segi pembangunan dan program, ia akan menjadi seperti apa yang berlaku apabila mereka mempunyai kuasa. Mereka mengabaikan kepentingan rakyat.

“Kita berbeza. Saya datang ke sini untuk mendengar perkara yang disuarakan oleh pemimpin Sabah,” katanya.

Mengenai pemilihan parti di Sabah, Anwar, yang juga Presiden PKR, menggesa ahli untuk berkempen secara hormat dan berintegriti.

Katanya, menang atau kalah pihak berkenaan perlu menerima dengan hati terbuka.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/11/ph-sedia-bekerjasama-dengan-bn-grs-demi-kestabilan-politik-anwar/feed/ 0 73660
Pengumuman kerjasama BN-PH membakar sentimen parti lokal https://sabahmedia.com/2025/05/09/pengumuman-kerjasama-bn-ph-membakar-sentimen-parti-lokal/ https://sabahmedia.com/2025/05/09/pengumuman-kerjasama-bn-ph-membakar-sentimen-parti-lokal/#respond Fri, 09 May 2025 07:37:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73482
Read Time:2 Minute, 5 Second

KETIKA pengumuman kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah disambut sebagai langkah strategik oleh kepimpinan pusat, reaksi rakyat Sabah di media sosial menceritakan naratif yang sangat berbeza dan suasana jauh lebih tegas.

Analisis terhadap ratusan komen di salah satu hantaran di Facebook yang memaparkan berita tersebut mendedahkan kebangkitan sentimen “Sabah for Sabahan”, yang bukan sekadar slogan kenegerian, tetapi semakin menyerupai gerakan kesedaran politik akar umbi.

Politik Persekutuan vs Aspirasi Tempatan

Kebanyakan netizen menyuarakan penolakan keras terhadap gabungan dua parti utama dari Semenanjung. Istilah seperti “parti Malaya”, “penjajah politik”, “kerbau dicucuk hidung”, dan “rompak hasil bumi Sabah” sering muncul, menggambarkan kekecewaan mendalam terhadap percaturan politik pusat yang dilihat mengabaikan hak dan suara tempatan.

Bukan sahaja PH dan BN dikritik, malah pemimpin tempatan yang didakwa tunduk kepada arahan pusat turut dipersoal. Ramai yang menuntut agar parti local seperti GRS, KDM dan parti-parti lokal lain bersatu dalam satu blok yang benar-benar bebas daripada pengaruh luar.

Sarawak Jadi Inspirasi

Nama Sarawak muncul berkali-kali dalam komen netizen bukan sebagai saingan, tetapi sebagai contoh bagaimana autonomi politik dan penguasaan penuh oleh parti tempatan mampu membawa kestabilan dan pembangunan. Sarawak dilihat sebagai “abang” yang sudah merdeka dari pengaruh politik pusat, dan Sabah pula diseru agar mengikut jejak tersebut.
Dalam nada sinis namun penuh harapan, ada yang menyatakan: “Kalau Sarawak boleh, kenapa Sabah tidak?”

Realiti Politik Baru

Sentimen ini memberi isyarat bahawa politik Sabah pasca-PRU15 sedang mengalami peralihan. Gabungan PH-BN mungkin kuat di atas kertas, tetapi di peringkat akar umbi terutama dalam kalangan generasi muda ia dilihat sebagai simbol keterusan penguasaan Semenanjung ke atas Sabah.

Sebaliknya, parti-parti tempatan yang dianggap berani, bersih, dan benar-benar memperjuangkan isu Sabah seperti MA63, minyak dan gas, serta pembangunan luar bandar, sedang meraih semula tempat di hati rakyat.

Ancaman Pecahan Undi

Walaupun aspirasi untuk “Sabah berdiri atas kaki sendiri” semakin kuat, cabaran besar tetap wujud — perpecahan di kalangan parti tempatan dan calon-calon bebas tidak mencapai kesepakatan, pecahan undi akan membuka ruang semula kepada kemenangan gabungan PH-BN yang ditolak ramai secara moral, tetapi boleh menang melalui strategi politik realistik.

Kesimpulannya gelombang komen rakyat Sabah bukan sekadar luahan emosi ia adalah cerminan krisis kepercayaan terhadap politik persekutuan dan isyarat jelas bahawa rakyat mahukan kuasa politik tempatan dikembalikan ke tangan mereka sendiri.

Soalnya kini adakah pemimpin Sabah berani menyahut seruan ini? Atau adakah Sabah akan sekali lagi terperangkap dalam kitaran politik lama, di mana keputusan besar dibuat di Putrajaya, bukan di Kota Kinabalu? – Anak Malaysia

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/09/pengumuman-kerjasama-bn-ph-membakar-sentimen-parti-lokal/feed/ 0 73482
Hubungan kerjasama, perpaduan PH, GRS akan terus dimantapkan – Hajiji https://sabahmedia.com/2024/12/03/hubungan-kerjasama-perpaduan-ph-grs-akan-terus-mantap-hajiji/ https://sabahmedia.com/2024/12/03/hubungan-kerjasama-perpaduan-ph-grs-akan-terus-mantap-hajiji/#respond Tue, 03 Dec 2024 06:23:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64811
Read Time:55 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berharap hubungan kerjasama dan perpaduan di antara parti-parti di Sabah ini terutama dalam Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus mantap.

Terdahulu, Hajiji mengucapkan tahniah kepada Datuk Ewon Benedick yang telah dipilih sebagai Pengerusi PH Sabah yang baharu menggantikan Datuk Seri Christina Liew.

“Tahniah kepada Ewon sudah jadi pengerusi dan kita harap hubungan kerjasama dan perpaduan di antara parti-parti di Sabah ini terutama PH dan GRS akan terus mantap.

“Kawan dalam PH pemimpin yang kita kerjasama sebelum ini, jadi kita teruskan usaha ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pembangunan Ekonomi Daerah Tuaran 2024-2035, Rangka Tindakan Transformasi Sulaman, Pelan Pemberdayaan Komuniti Nelayan Kampung Penimbawan, & Pelancaran Aplikasi & Buku Retrack di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini, hari ini.

Hajiji juga berharap parti-parti komponen dalam PH akan merapatkan kerjasama bersama GRS untuk kebaikan negeri Sabah.

“Dalam PH itu ada DAP, PKR, UPKO dan Amanah, jadi campur dengan GRS kita pun ada banyak parti, kita rapatkan kerjasama ini untuk kebaikan negeri Sabah,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/03/hubungan-kerjasama-perpaduan-ph-grs-akan-terus-mantap-hajiji/feed/ 0 64811
G57 lapor polis terhadap komplot jatuhkan kerajaan GRS -PH di Sabah https://sabahmedia.com/2024/11/29/g57-lapor-polis-komplot-jatuhkan-kerajaan-grs-dan-ph-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/11/29/g57-lapor-polis-komplot-jatuhkan-kerajaan-grs-dan-ph-di-sabah/#respond Fri, 29 Nov 2024 07:21:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64607
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) tampil membuat laporan polis terhadap dakwaan wujudnya komplot untuk menjatuhkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Pengerusi G57, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata komplot ini sebagai usaha terancang untuk melemahkan kerajaan yang stabil dan memfitnah pemimpin yang berintegriti.

Dalam sidang media yang diadakan hari ini, Zulkarnain menegaskan bahawa pihaknya memiliki maklumat berkaitan komplot ini, namun tidak boleh didedahkan secara terbuka atas faktor kerahsiaan.

Beliau meminta agar pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan menyeluruh bagi membongkar dalang di sebalik tindakan ini.

Beliau memuji usaha kerajaan GRS dan PH dalam menangani isu-isu utama seperti kadar pengangguran, pembangunan infrastruktur, serta pelaburan asing yang semakin meningkat.

“Hajiji adalah pemimpin yang sangat toleran dan tidak pernah mengabaikan keperluan rakyat, termasuk mereka yang berada di pihak pembangkang.

“Segala tuduhan dan fitnah terhadap Hajiji adalah tidak berasas, dan beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menilai kebenaran dakwaan tersebut,” ujarnya.

Menurut laporan tersebut, komplot ini dipercayai mempunyai motif politik untuk melumpuhkan kerajaan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

“Hajiji telah membawa kestabilan politik dan ekonomi kepada Sabah. Jika ada tuduhan rasuah, silakan bawa bukti kepada SPRM. Saya yakin Hajiji tidak terlibat,” tegas beliau.

Menurutnya, laporan polis ini dibuat sebagai amaran kepada pihak-pihak yang terlibat dalam komplot tersebut supaya menghentikan tindakan mereka.

Beliau menyeru rakyat Sabah untuk terus memberikan sokongan kepada kerajaan GRS dan PH demi memastikan pembangunan dan kesejahteraan rakyat dapat diteruskan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/29/g57-lapor-polis-komplot-jatuhkan-kerajaan-grs-dan-ph-di-sabah/feed/ 0 64607
Ahli Parlimen PN sebulat suara tolak draf MoU peruntukan https://sabahmedia.com/2024/09/15/ahli-parlimen-pn-sebulat-suara-tolak-draf-mou-peruntukan/ https://sabahmedia.com/2024/09/15/ahli-parlimen-pn-sebulat-suara-tolak-draf-mou-peruntukan/#respond Sun, 15 Sep 2024 02:14:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60671
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU — Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) sebulat suara menolak draf cadangan memorandum persefahaman (MoU) daripada kerajaan berkait peruntukan kepada wakil rakyat, kata Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin.

Beliau yang juga setiausaha agung PN memberi empat sebab fundamental penolakan yang antaranya didakwa bertentangan Perlembagaan Persekutuan dengan beberapa syarat dikenakan dikhuatiri menjejaskan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

“Draf MoU tersebut mengandungi syarat-syarat yang dilihat bertentangan dengan nilai tradisi, nilai budaya, nilai moral, agama serta nilai-nilai tempatan.

Draf MoU tersebut juga tidak mempunyai satu mekanisme yang jelas dan keadaan ini boleh membuka ruang kepada berlakunya apa-apa pelanggaran, mungkir janji atau ketidakpatuhan secara ex-parte, katanya dalam kenyataan.

Katanya, draf berkenaan turut mengandungi perkara dilihat mengongkong kebebasan bersuara Ahli Parlimen.

Sedangkan setiap Ahli Parlimen mempunyai hak dan imuniti untuk bersuara bagi pihak rakyat mengikut Akta 347 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952,

katanya.

Dalam kenyataan itu, Hamzah tidak mendedahkan butiran terperinci terkandung dalam MoU dirujuk.

Beliau juga berkata, PN mahu memperingatkan pihak kerajaan kepada manifesto Pakatan Harapan yang berjanji dana pembangunan kawasan pilihan raya (CDF) secara sama rata kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti.

Pada 20 Ogos lalu, Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan mengesahkan menerima draf MoU itu.

Pada 9 Julai lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata isu agihan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang tidak patut menjadi isu rumit diselesaikan.

Ini kerana, katanya, syarat ditetapkan kepada Ahli Parlimen pembangkang yang mahu mendapat peruntukan adalah syarat asas dan proses biasa dalam mana-mana rundingan serta amalan demokrasi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/15/ahli-parlimen-pn-sebulat-suara-tolak-draf-mou-peruntukan/feed/ 0 60671
Dua Adun, 1 senator umum tinggalkan DAP di Sabah. https://sabahmedia.com/2022/01/21/dua-adun-1-senator-umum-tinggalkan-dap-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/01/21/dua-adun-1-senator-umum-tinggalkan-dap-di-sabah/#respond Fri, 21 Jan 2022 01:27:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11347
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang bekas senator mengumumkan keluar daripada DAP Sabah malam ini.

ADUN Sri Tanjong Justin Wong, ADUN Elopura Calvin Chong, dan bekas senator Adrian Lasimbang berkata mereka memulakan kerjaya politik masing-masing demi berjuang untuk Sabah, termasuk bagi lebih autonomi, infrastruktur yang lebih baik, malah “lebih penting lagi, masyarakat inklusif yang mengatasi bangsa dan agama.”

“Malangnya kami tidak mencapainya menerusi DAP Sabah,” katanya dalam kenyataan bersama yang dilaporkan portal FMT.

“Kurang kepercayaan ditunjukkan oleh kepemimpinan kami dalam jawatankuasa negeri, khususnya Pengerusi (Frankie Poon).”

Wong mendakwa parti itu hilang arah selain mengalami perbalahan dalaman dan masalah komunikasi teruk antara pemimpinnya.

“Jadi dengan berat hati kami mengumumkan akan meninggalkan DAP berkuat kuasa serta-merta.”

Disoal sama ada mereka akan berbaik dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Wong yang dilantik ahli jawatankuasa dalam pemilihan parti DAP Sabah baru-baru ini berkata, mereka hanya akan menjadi ADUN Bebas.

“Kami menganggap wujud keperluan mendesak bagi memilih platform lebih sesuai yang mampu membuka ruang untuk kami berkhidmat dengan lebih baik untuk negeri tercinta ini.

“Saya tidak mahu membincangkan ke mana akan kami pergi buat masa ini, cukuplah kami katakan mahu berkhidmat untuk rakyat Sabah,” katanya lapor portal itu lagi. .

Ini bererti DAP Sabah kini hanya mempunyai empat ADUN iaitu Poon (Tanjong Papat), Phoong Jin Zhe (Luyang), Jannie Lasimbang (Kapayan) dan Tan Lee Fatt (Likas).

Ahli Parlimen parti itu pula adalah Chan Foong Hin (Kota Kinabalu), Vivian Wong (Sandakan) dan Noorita Sual (Tenom).

Chong sebelum ini membayangkan mahu meninggalkan DAP Sabah. Antara alasan diberikan termasuk memetik masalah dalaman dan pilihan parti tahun lalu yang melihat beliau serta beberapa ahli lain tidak dilantik ke ahli jawatankuasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/21/dua-adun-1-senator-umum-tinggalkan-dap-di-sabah/feed/ 0 11347