phd – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 14 Jan 2025 15:27:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png phd – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Prestasi Siswazah Malaysia 2023: Peningkatan & Cabaran di Pasaran Buruh https://sabahmedia.com/2025/01/14/prestasi-siswazah-malaysia-2023-peningkatan-cabaran-di-pasaran-buruh/ https://sabahmedia.com/2025/01/14/prestasi-siswazah-malaysia-2023-peningkatan-cabaran-di-pasaran-buruh/#respond Tue, 14 Jan 2025 15:27:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66937
Read Time:3 Minute, 45 Second

Oleh: Wan Azrain Adnan
Prestasi siswazah Malaysia pada tahun 2023 menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Walaupun masih terdapat cabaran yang perlu diatasi, laporan Statistik Siswazah 2023 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mencerminkan pengukuhan ekonomi negara. Artikel ini membincangkan perkembangan penting dalam guna tenaga siswazah, kadar pengangguran, dan isu underemployment yang terus menjadi perhatian utama.

Pertumbuhan Jumlah Siswazah dan Kadar Penyertaan Buruh

Menurut laporan DOSM, jumlah siswazah di Malaysia meningkat sebanyak 4.2%, daripada 5.51 juta pada tahun 2022 kepada 5.74 juta pada tahun 2023. Peningkatan ini lebih ketara dalam kalangan pemegang ijazah (5.1%) berbanding diploma (3.1%).

Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Siswazah (KPTBS) juga menunjukkan peningkatan 0.3%, daripada 85.4% kepada 85.7%. Ini bermaksud lebih ramai siswazah memasuki pasaran buruh, dengan jumlah siswazah bekerja meningkat 4.9%, iaitu dari 4.53 juta kepada 4.76 juta orang.

Menariknya, jumlah siswazah wanita bekerja lebih tinggi berbanding lelaki, dengan peningkatan masing-masing sebanyak 5.1% dan 4.6%. Fenomena ini seiring dengan peratusan kemasukan lebih tinggi pelajar wanita ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), di mana 64.6% daripada kemasukan ke Universiti Awam (UA) sesi akademik 2023/2024 adalah wanita.

Penurunan Kadar Pengangguran Siswazah

Satu perkembangan positif yang dicatatkan ialah kadar pengangguran siswazah menurun daripada 3.7% kepada 3.4%, menjadikannya selari dengan definisi guna tenaga penuh (full employment). Jumlah siswazah menganggur juga berkurang sebanyak 4.3%, daripada 174,800 kepada 167,300 orang.

Jika dilihat mengikut kelayakan, kadar pengangguran siswazah ijazah menurun dari 3.6% kepada 3.3%, manakala kadar pengangguran siswazah diploma menurun dari 3.8% kepada 3.6%. Walaupun ini menunjukkan penambahbaikan, masih terdapat cabaran besar dalam memastikan semua siswazah mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan mereka.

Cabaran Underemployment: Siswazah Bekerja di Luar Bidang Kelayakan

Salah satu cabaran utama yang masih membelenggu pasaran buruh siswazah adalah underemployment atau guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran. Walaupun kadar underemployment menurun daripada 34.2% kepada 32.4%, satu daripada tiga siswazah masih bekerja dalam sektor separuh mahir atau berkemahiran rendah.

Faktor utama yang menyumbang kepada masalah ini termasuk:

  1. Kekurangan peluang pekerjaan mahir – Pertumbuhan sektor ekonomi negara belum cukup untuk menjana pekerjaan berkualiti tinggi selari dengan peningkatan jumlah siswazah.
  2. Ketidaksepadanan kelayakan dengan keperluan industri – Terdapat jurang antara kemahiran yang diperoleh di IPT dengan kehendak pasaran pekerjaan. IPT perlu lebih responsif dalam melahirkan siswazah yang memenuhi keperluan industri.

Perbezaan Gaji Mengikut Kelayakan dan Negeri

Dari segi pendapatan, purata gaji siswazah meningkat sebanyak 4%, daripada RM4,747 pada tahun 2022 kepada RM4,933 pada tahun 2023. Penengah gaji juga meningkat 3%, daripada RM4,265 kepada RM4,409.

Namun, terdapat perbezaan ketara antara kategori pekerjaan:

  • Siswazah dalam pekerjaan mahir memperoleh purata gaji RM6,149.
  • Siswazah dalam pekerjaan separuh mahir hanya memperoleh RM2,851.
  • Perbezaan gaji sebanyak RM3,298 ini menunjukkan kesan ketara underemployment terhadap pendapatan siswazah.

Negeri-negeri yang mencatat purata gaji siswazah melebihi kadar nasional (RM4,933) termasuk:

  • WP Putrajaya (RM6,084)
  • WP Kuala Lumpur (RM5,779)
  • Selangor (RM5,356)

Sementara itu, negeri seperti Pahang, Perlis, dan Sarawak juga mencatat penengah gaji melebihi kadar nasional.

Prestasi Siswazah di Sabah: Kelebihan dan Cabaran

Sabah mencatat jumlah siswazah ke-6 tertinggi di Malaysia dengan 346,100 orang, serta menduduki tempat ke-5 bagi jumlah siswazah bekerja (277,400 orang). Walaupun kadar penyertaan tenaga buruh siswazah di Sabah tinggi (87%), negeri ini mencatat kadar pengangguran siswazah tertinggi di Malaysia, iaitu 7.9%.

Punca utama kadar pengangguran tinggi di Sabah termasuk:

  • Kekurangan pelaburan besar-besaran akibat isu legasi seperti bekalan elektrik dan air yang tidak stabil serta infrastruktur jalan yang kurang berkembang.
  • Kurangnya peluang pekerjaan berkualiti tinggi menyebabkan ramai siswazah gagal mendapatkan pekerjaan sesuai dengan kelayakan mereka.

Langkah Penyelesaian dan Inisiatif Kerajaan Sabah

Bagi menangani isu ini, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dalam merangsang pelaburan dan memperbaiki infrastruktur. Pada Disember 2024, Ketua Menteri Sabah mengumumkan bahawa Majlis Tenaga Sabah telah meluluskan 15 projek Large Scale Solar (LSS) dengan kapasiti 199 Megawatt bagi meningkatkan bekalan elektrik yang lebih stabil di Sabah. Usaha ini diharap dapat menarik lebih banyak pelaburan dan membuka peluang pekerjaan baharu kepada siswazah.

Kesimpulan: Apa Jangkaan 2024?

Dengan penurunan kadar pengangguran dan peningkatan penyertaan tenaga buruh, prestasi siswazah Malaysia pada tahun 2023 boleh dikatakan positif. Namun, isu underemployment dan ketidaksepadanan kemahiran masih menjadi cabaran utama.

Persoalannya, apakah trend ini akan berterusan pada tahun 2024? Adakah pasaran buruh akan terus menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan mahir kepada siswazah? Langkah-langkah pembaharuan dalam sistem pendidikan tinggi dan pembangunan industri akan menjadi faktor penentu dalam memastikan siswazah Malaysia mendapat manfaat sepenuhnya daripada pertumbuhan ekonomi negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/14/prestasi-siswazah-malaysia-2023-peningkatan-cabaran-di-pasaran-buruh/feed/ 0 66937
Gandingan ayah, anak cipta legasi keluarga cemerlang dalam akademik https://sabahmedia.com/2024/12/13/gandingan-ayah-anak-cipta-legasi-keluarga-cemerlang-dalam-akademik/ https://sabahmedia.com/2024/12/13/gandingan-ayah-anak-cipta-legasi-keluarga-cemerlang-dalam-akademik/#respond Fri, 13 Dec 2024 01:21:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65315
Read Time:1 Minute, 48 Second

Kota Kinabalu :  Sepasang anak-beranak mencipta legasi keluarga cemerlang apabila ayahnya berjaya menamatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) manakala anaknya berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama pada Majlis Konvokesyen Univerisiti Malaysia Sabah (UMS) ke-26 yang berlangsung baru-baru ini.

Dr. Azmi Abd Majid, 52, merupakan graduan PhD dalam bidang perbankan dan kewangan di bawah Fakulti Perniagaan Ekonomi Dan Perakaunan (FPEP), manakala anaknya Aleeya Batrisyia, 22, merupakan graduan Fakulti Psikologi dan Pendidikan  dengan PNGK 3.83.

Azmi ketika berkongsi kejayaan mendapatkan PhD berkata, beliau mula menjadikan gelaran PhD sebagai cita-cita peribadi setelah mula beralih ke bidang akademik sebagai pensyarah pada tahun 2016 setelah berkhidmat selama 19 tahun dalam industri kewangan dan perbankan sebelum itu.

“Saya percaya dengan memiliki PhD dapat meningkatkan keyakinan yang lebih sebenarnya dan juga memberi ruang untuk menerapkan pengalaman dalam konteks keilmuan yang lebih luas.

“Saya menekankan kepentingan keseimbangan terhadap tanggungjawab akademik dan keluarga.

“Apabila anak-anak sudah dewasa, saya dapat menfokuskan kepada penyelesaian tesis sepenuhnya walaupun umur meningkat naik.

“Ramai orang kata bila tua, kita perlu berehat, tetapi bagi saya, ia bergantung kepada motivasi, yang penting, mahu atau tidak mahu habiskan,” katanya.

Sebagai seorang ayah, Azmi sering berkongsi kata-kata motivasi di Facebook agar anak-anaknya dapat melihat dan mengambil inspirasi daripadanya.

Selain itu beliau turut menasihati mereka supaya tidak menghadkan impian dan sentiasa bercita-cita tinggi, serta abaikan pandangan negatif orang lain dan terus fokus kepada matlamat yang ingin dicapai.

Nasihat tersebut turut mempengaruhi Aleeya, yang menyifatkan kejayaannya sebagai hadiah untuk ibu bapanya.

“Saya gembira dapat habiskan pengajian bersama ayah dan bangga dapat hadiahkan ijazah kelas pertama pada mereka.

“Nasihat ayah saya ‘belajar sebanyak mungkin’ menjadi motivasi cemerlang dalam akademik sekali gus dapat memberikan keseriusan dalam akademik,” katanya.

Aleeya turut merancang mengikuti jejak ayahnya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Saya merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang yang sama tetapi lebih spesifik iaitu terapi berbual.

“Minat saya lebih kepada bidang terapi dan saya ingin mendalaminya dengan lebih mendalam,” katanya.

Kisah inspirasi Dr. Azmi dan Aleeya menjadi bukti bahawa sokongan keluarga memainkan peranan masing-masing dan dedikasi tersebut mampu menjadikan impian satu kenyataan dan membina generasi keluarga ke arah kecemerlangan. SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/13/gandingan-ayah-anak-cipta-legasi-keluarga-cemerlang-dalam-akademik/feed/ 0 65315
Dua Pelajar PhD UMS Raih Kemenangan Peringkat Antarabangsa https://sabahmedia.com/2021/08/31/dua-pelajar-phd-ums-raih-kemenangan-peringkat-antarabangsa/ https://sabahmedia.com/2021/08/31/dua-pelajar-phd-ums-raih-kemenangan-peringkat-antarabangsa/#respond Tue, 31 Aug 2021 00:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5564
Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Dua pelajar peringkat Doktor Falsafah (PhD) Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraih kemenangan peringkat antarabangsa dalam ESL Online International Summer Course anjuran Universiti Institut Pertanian Bogor, Indonesia pada 9 – 27 Ogos 2021.

Jacqueline Joseph, pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Sains Perhutanan di Fakulti Perhutanan Tropika (FPT) UMS dinobatkan sebagai juara Podcast bagi Kategori Individu dengan tajuk Living with Climate Change:  Convincing the Sceptics.

Beliau turut memenangi tempat kedua dalam Penulisan Jurnal Pembelajaran bagi Kategori Pascasiswazah bertajuk Post Covid-19 Era: Impetus to Resilient Plans for Sustainable Climate Change Adaptation.

Kejayaan itu sekali gus membolehkan Jacqueline dianugerahkan naib johan dalam kalangan lima peserta terbaik pada pertandingan tersebut yang dianjurkan secara maya.

Seorang lagi peserta UMS, Daniel James turut mengukir pencapaian manis apabila muncul juara dalam Penulisan Jurnal Pembelajaran Pascasiswazah melalui tajuk Our Actions Today: Our Future Tomorrow.

Beliau turut menjadi juara dalam Podcast kategori berkumpulan melalui penyertaan bersama peserta Filipina dan Indonesia.

Mereka mengenepikan kumpulan lain melalui tajuk Podcast, Economic Development: Friends or Enemy of mother Nature?

Pencapaian itu membawa Daniel yang juga pelajar PhD di FPT UMS untuk dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam kalangan lima peserta terbaik ESL Online International Summer Course.

Sementara itu, Jacqueline ketika dihubungi berkata, beliau tidak menyangka atas pencapaian yang diperoleh memandangkan persaingan yang sengit daripada kalangan peserta antarabangsa.

“Saya mengambil pendekatan untuk mencabar keberanian diri menyuarakan pendapat melalui media Podcast bagi mengetengahkan isu-isu berkaitan perubahan iklim dunia sebagai kesedaran kepada orang ramai.

“Pada masa yang sama, saya juga telah menanam tekad mahu mengharumkan nama Malaysia khususnya UMS di peringkat antarabangsa.

“Tanpa disangka, saya diumumkan untuk meraih beberapa kemenangan, dan begitu juga dengan rakan saya Daniel.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan, khususnya kepada UMS dan Fakulti Perhutanan Tropika. Kejayaan ini merupakan kejayaan kita semua,” kata Jacqueline.

Bertemakan Reducing Carbon Footprints Lesson Learned for Post Covid-19 World, pertandingan dalam bentuk kursus itu disertai 29 universiti dari 13 buah negara termasuk Australia, Rusia, Haiti, Filipina, Bangladesh, Pakistan, Indonesia, dan Nigeria.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/31/dua-pelajar-phd-ums-raih-kemenangan-peringkat-antarabangsa/feed/ 0 5564