Phoong – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 09 Dec 2025 05:15:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Phoong – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Phoong nafi hantar surat cadang lantikan ahli DAP dalam kerajaan https://sabahmedia.com/2025/12/09/phoong-nafi-hantar-surat-cadang-lantikan-ahli-dap-dalam-kerajaan/ https://sabahmedia.com/2025/12/09/phoong-nafi-hantar-surat-cadang-lantikan-ahli-dap-dalam-kerajaan/#respond Tue, 09 Dec 2025 05:15:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87977
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Pengerusi DAP Sabah, Phoong Jin Zhe, menegaskan bahawa beliau tidak pernah menghantar sebarang surat kepada Ketua Menteri untuk mencadangkan mana-mana ahli parti itu memegang jawatan dalam kerajaan.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya, Phoong berkata satu “surat” tular di media sosial kononnya ditujukan kepada Ketua Menteri bagi mencadangkan lantikan ahli parti DAP Sabah.

“Saya ingin menegaskan bahawa sejak selepas pilihan raya, saya tidak pernah menghantar sebarang surat kepada Ketua Menteri.

“‘Draf surat’ yang kelihatan seperti dirakam daripada skrin komputer itu bertarikh 5 Disember, dan tidak mengandungi tandatangan saya serta tiada cop rasmi,” katanya.

Phoong turut memaklumkan bahawa pada malam 7 Disember, DAP Sabah telah mengadakan mesyuarat dan sekali lagi menegaskan pendirian untuk tidak menyertai kerajaan, satu pendirian yang turut dipersetujui oleh kepimpinan parti di peringkat negeri.

“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, DAP Sabah akan kembali kepada rakyat, berkhidmat untuk mereka, selangkah demi selangkah, untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/09/phoong-nafi-hantar-surat-cadang-lantikan-ahli-dap-dalam-kerajaan/feed/ 0 87977
Kembali ke tempat membesar, Phoong galas amanah besar untuk Likas https://sabahmedia.com/2025/11/18/kembali-ke-tempat-membesar-phoong-galas-amanah-besar-untuk-likas/ https://sabahmedia.com/2025/11/18/kembali-ke-tempat-membesar-phoong-galas-amanah-besar-untuk-likas/#respond Tue, 18 Nov 2025 04:33:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86246
Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: “Saya telah bersedia untuk berkhidmat dan berjuang demi rakyat Likas.” Demikian tekad calon Pakatan Harapan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas, Datuk Phoong Jin Zhe, ketika mengumumkan kesediaannya kembali ke kawasan yang banyak membentuk perjalanan hidup serta kerjaya politiknya.

Phoong yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik Sabah (DAP) Sabah berkata, pemilihannya ke Likas adalah suatu amanah besar yang digalas dengan penuh rendah diri dan rasa syukur selepas memulakan perjuangan politiknya di Luyang.

Menurutnya, Likas bukan sekadar sebuah kawasan, tetapi tempat beliau membesar. Dari tadika hingga ke sekolah menengah telah membentuk asas peribadi dan semangat perjuangannya.

“Luyang membesarkan saya, dan kini saya kembali ke Likas yang telah mendidik saya. Perjalanan ini mengingatkan saya tentang amanah yang lebih besar,” katanya dalam lampiran manifestonya.
Beliau berkata, Likas adalah sebuah kawasan yang seimbang antara pembangunan dan ketenangan, merangkumi pelbagai ikon yang menjadi nadi bandar raya ini.

Dari Jalan Gaya, kawasan pelabuhan lama yang pesat membangun, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Masjid Terapung, Teluk Likas, sekolah, kompleks sukan hingga ke kawasan kediaman dan rumah ibadat yang memupuk keharmonian.

“Likas ialah sebuah komuniti dengan potensi besar dan masa depan yang cerah. Saya yakin dan bersedia memimpin Likas ke arah kegemilangan baharu,” katanya.

Phoong turut menegaskan bahawa pengalaman beliau dalam kerajaan negeri memberikan asas kukuh untuk menawarkan perkhidmatan lebih baik kepada penduduk Likas.

Dalam tempoh dua tahun sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Sabah, beliau berkata negeri itu berjaya mencatat rekod pelaburan cemerlang.

Antaranya, jumlah tenaga kerja Sabah meningkat sebanyak 170,000 dalam tempoh setahun setengah, manakala kadar pengangguran menurun ke paras terendah sejak pandemik.

“Langkah demi langkah, kami berjaya merealisasikan visi ‘Kilang Masuk, Anak Pulang, Sabah Maju Cemerlang’,” katanya sambil menambah bahawa pembangunan industri terus membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan muda.

Beliau berharap pengundi Likas memberi mandat kepada beliau dan pasukan Pakatan Harapan–DAP untuk membentuk kerajaan negeri yang stabil dan makmur.

“Ini tugas yang saya sanggup laksanakan sepenuh hati. Saya berharap mendapat kepercayaan para pengundi Likas untuk sama-sama membina masa depan yang lebih gemilang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/18/kembali-ke-tempat-membesar-phoong-galas-amanah-besar-untuk-likas/feed/ 0 86246
“Ginger Bekerja, Likas Bahagia” – Phoong gariskan 10 dasar utama bina harapan bersama https://sabahmedia.com/2025/11/18/ginger-bekerja-likas-bahagia-phoong-gariskan-10-dasar-utama-bina-harapan-bersama/ https://sabahmedia.com/2025/11/18/ginger-bekerja-likas-bahagia-phoong-gariskan-10-dasar-utama-bina-harapan-bersama/#respond Tue, 18 Nov 2025 04:29:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86243
Read Time:1 Minute, 35 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Likas (DUN) Likas, Datuk Phoong Jin Zhe, menggariskan sepuluh dasar utama dalam manifestonya “Ginger Bekerja, Likas Bahagia – 10 Dasar Utama Bina Harapan Bersama” sebagai komitmen untuk membawa pembangunan lebih tersusun dan berfokus kepada kesejahteraan penduduk Likas.

Phoong berkata dasar tersebut dirangka berdasarkan isu dibangkitkan penduduk, merangkumi keselamatan, infrastruktur, kemudahan awam, dan pembangunan jangka panjang kawasan itu.

Antara tumpuan utama ialah menilai semula sepenuhnya sistem kawalan banjir di Likas, khususnya sekitar Damai, bagi memastikan infrastruktur sedia ada selaras dengan keperluan semasa dan mampu melindungi penduduk daripada risiko banjir.

Beliau juga akan melanjutkan kejayaan projek BAS.MY, sistem bas awam moden pertama di Kota Kinabalu dengan memperluas liputan perkhidmatan itu ke seluruh Likas termasuk kawasan sekolah dan komuniti.

Dalam aspek keselamatan, Phoong berkata penilaian risiko tanah runtuh di kawasan perbukitan akan dipertingkat, selain membina tembok penahan bagi menjamin keselamatan penduduk.

Masalah kesesakan lalu lintas di Jalan Damai dan Jalan Perpaduan turut menjadi tumpuan dengan cadangan penyelesaian menyeluruh untuk melancarkan pergerakan penduduk.

Beliau turut berjanji menambah baik kemudahan awam Likas termasuk menurap semula jalan perumahan, memasang lampu jalan solar, serta memperindah kawasan kejiranan.

Dalam masa sama, Phoong bertekad memperjuangkan pembinaan jejambat baharu bagi mengurangkan kesesakan di Jalan Tun Fuad Stephens (Tanjung Lipat Bay), selain memajukan zon sukan Likas ke arah pembangunan bersepadu sebagai sebuah bandar sukan moden dan taman sukan bertaraf dunia.

Pembangunan kawasan Dah Yeh Villa turut diberi tumpuan melalui cadangan menjadikannya komuniti yang lebih hidup, mesra dan selamat dengan kemudahan awam lengkap serta laluan pejalan kaki yang lebih selesa.

Beliau juga mahu mencari penyelesaian terhadap isu projek terbengkalai Pacific City bagi menghidupkan semula potensi ekonomi di kawasan tersebut.

Akhir sekali, Phoong memberi keutamaan kepada sekolah-sekolah di Likas dengan memastikan pelajar menikmati persekitaran pembelajaran yang baik serta memperbaiki sistem pengangkutan awam sekitar sekolah untuk mengurangkan kesesakan dan mewujudkan sebuah Likas yang bahagia dan sejahtera.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/18/ginger-bekerja-likas-bahagia-phoong-gariskan-10-dasar-utama-bina-harapan-bersama/feed/ 0 86243
Chan Loong Wei antara pelaksana utama projek pembangunan Luyang dalam penggal lalu – Phoong https://sabahmedia.com/2025/11/16/chan-loong-wei-antara-pelaksana-utama-projek-pembangunan-luyang-dalam-penggal-lalu-phoong/ https://sabahmedia.com/2025/11/16/chan-loong-wei-antara-pelaksana-utama-projek-pembangunan-luyang-dalam-penggal-lalu-phoong/#respond Sun, 16 Nov 2025 06:33:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86031
Read Time:1 Minute, 31 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Luyang, Chan Loong Wei, disifatkan sebagai pelaksana utama banyak projek pembangunan di kawasan itu sejak enam tahun lalu.

Penegasan itu dibuat oleh Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe, pada majlis pelancaran Bilik Operasi Pakatan Harapan Sabah untuk DUN Luyang di Foh Sang, pada Sabtu.

Phoong berkata, Chan bukan sekadar pembantu, sebaliknya individu yang menggerakkan pelbagai pembangunan penting di Luyang, termasuk projek tebatan banjir Lido, pembinaan parkir bertingkat Foh Sang, penganjuran pasar malam Tahun Baru Cina dan Perayaan Kuih Bulan, serta program “Light Up Luyang”.

Katanya, kesinambungan pembangunan yang telah bermula tidak boleh terhenti dan Chan adalah orang muda yang paling layak meneruskan tanggungjawab tersebut.

Menurut Phoong, perjalanan politik Chan bermula ketika berusia 19 tahun sebagai pelatih di pejabatnya, melakukan tugas asas seperti mengangkat kerusi, memasang poster, turun padang dan mengurus aduan masyarakat.

Pengalaman itu, jelasnya, menjadi asas kukuh kepada Chan dalam memahami keperluan serta masalah rakyat di peringkat akar umbi.

Pada pelancaran Bilik Operasi PH Luyang oleh Chan pada Sabtu menerima sambutan luar biasa walaupun hujan, apabila ratusan penduduk hadir memenuhi kawasan Foh Sang bagi menunjukkan sokongan semakin kukuh terhadap calon muda itu dan pasukan Harapan.

Majlis perasmian disempurnakan Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, bersama Phoong. Turut hadir memberikan sokongan ialah Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh, Timbalan Menteri MITI Liew Chin Tong, Ketua Kebangsaan DAPSY Howard Lee, serta Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau.

Dalam ucapan Anthony, beliau menjelaskan bahawa meskipun Chan masih muda, beliau bukan pendatang baru dalam dunia politik.

Chan bermula sebagai pembantu pusat khidmat Ahli Dewan Undangan (ADUN) Luyang, kemudian berkhidmat sebagai setiausaha politik menteri.

Pengalaman beliau lebih luas daripada ramai calon yang lebih berusia. Beliau faham denyut nadi rakyat, tahu selesaikan masalah, dan tidak takut bekerja keras.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/16/chan-loong-wei-antara-pelaksana-utama-projek-pembangunan-luyang-dalam-penggal-lalu-phoong/feed/ 0 86031
Pertembungan komponen parti kerajaan bukan tanda keretakan – Phoong https://sabahmedia.com/2025/11/15/pertembungan-komponen-parti-kerajaan-bukan-tanda-keretakan-phoong/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/pertembungan-komponen-parti-kerajaan-bukan-tanda-keretakan-phoong/#respond Sat, 15 Nov 2025 09:47:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85945
Read Time:1 Minute, 54 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Pertembungan antara parti kerajaan di kerusi Kemabong dan Moyog tidak menjejaskan hubungan dalam gabungan parti, kata Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Menjawab soalan mengenai pertandingan melibatkan Pakatan Harapan (PH) dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di dua kawasan berkenaan, Phoong berpendapat bahawa situasi itu bukan tanda keretakan hubungan antara PH, GRS dan Barisan Nasional (BN).

“Landskap politik Sabah pada era ini jauh berbeza daripada sistem dua blok, sekali gus menjadikan pertandingan sesama parti mesra sebagai perkara biasa. Ini bukan isu perhubungan retak atau tidak. Ini demokrasi.

“Setiap parti ada keyakinan sendiri, ada calon yang mereka percaya dan ada rekod prestasi yang mahu mereka tawarkan,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman Penamaan calon di Dewan Menara Hasil, di sini, hari ini.

Menurutnya, tumpuan utama bagi mana-mana parti adalah menawarkan calon terbaik kepada rakyat, bukan bergantung kepada formula ‘satu lawan satu’ seperti politik lama.

“Pertandingan ini bukan soal ‘friendly match’ atau tidak. Ini pertandingan idea. Rakyat akan pilih calon yang paling berkualiti, paling kompeten dan paling berwibawa,” katanya.

Sementara itu beliau menjelaskan pencalonan beliau di kerusi DUN Likas dan calon muda parti itu, Chan Loong Wei @Desmond di DUN Luyang, membentuk satu pasukan yang kukuh dan dinamik untuk menghadapi PRU DU Sabah.

Menurut Phoong, strategi mereka adalah gabungan tenaga dan sumber untuk memberi impak lebih besar kepada rakyat, dengan konsep “satu tambah satu lebih daripada dua”.

Beliau menekankan bahawa kemenangan bukan sekadar tentang calon individu, tetapi hasil daripada kerjasama dan dedikasi satu pasukan yang komited untuk berkhidmat.

Phong berkata, beliau memindahkan fokusnya ke Likas bagi memberi peluang kepada calon muda seperti Desmond, selaras dengan kehendak rakyat Sabah yang menginginkan wakil rakyat yang kompeten, bersih, dan berkaliber.

Desmond, yang merupakan calon Gen-Z, berkhidmat di pusat khidmat Phong selama dua tahun dan dilantik sebagai setiausaha politik selama tiga tahun, terlibat secara langsung dalam pengurusan polisi dan pelaksanaan projek di kawasan itu.

“Desmond telah mengikuti setiap proses dengan teliti dan saya yakin beliau adalah seorang yang berkaliber, muda, dinamik, bersemangat, dan yang paling penting, ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat,” kata Phong.

Beliau menegaskan bahawa pasukan mereka mencerminkan demografi Sabah, di mana 53 peratus pengundi berumur 40 tahun ke bawah. Pasukan Phoong dan Desmond bersedia menawarkan harapan baru dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Likas dan Luyang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/pertembungan-komponen-parti-kerajaan-bukan-tanda-keretakan-phoong/feed/ 0 85945
Sandakan jadi tumpuan pelaburan tenaga bersih dan perindustrian – Phoong https://sabahmedia.com/2025/04/17/sandakan-jadi-tumpuan-pelaburan-tenaga-bersih-dan-perindustrian-phoong/ https://sabahmedia.com/2025/04/17/sandakan-jadi-tumpuan-pelaburan-tenaga-bersih-dan-perindustrian-phoong/#respond Thu, 17 Apr 2025 05:03:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72138
Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah sedang giat merangka dan menyelaras pelbagai inisiatif pelaburan perindustrian di Sandakan, termasuk usaha ke arah penjanaan tenaga bersih dan mampan.

Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, satu jawatankuasa khas dikenali sebagai State Manufacturing Investment Task Force telah ditubuhkan bagi menyelaraskan perancangan dan keperluan pelaburan bersama agensi-agensi berkaitan termasuk Sabah Electricity, ECOS dan Jabatan Air.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Karamunting dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, hari ini.

“Apabila kita menyelaras satu pelaburan, kita tidak boleh bekerja secara bersendirian. Kita akan duduk bersama dalam satu jawatankuasa yang membincangkan aspek pelaburan dan ekosistem yang diperlukan,” katanya.

Menurut beliau, antara inisiatif utama yang sedang dijalankan di Sandakan termasuk Pelan Biomass berskala 9 megawatt (MW), Pelan tenaga solar berskala besar (Large Scale Solar) sebanyak 75 MW, Perancangan sistem penyimpanan tenaga bateri (battery energy storage) serta pelan solar berskala besar sehingga 250 MW.

Phoong turut menjelaskan bahawa pelabur swasta menunjukkan minat tinggi untuk membangunkan sistem tenaga sendiri di tapak kilang masing-masing, terutamanya melalui penggunaan solar, bagi memenuhi keperluan tenaga operasi mereka.

“fasa pertama pelaburan boleh direalisasikan kerana tidak melibatkan penggunaan tenaga yang besar. Kita telah pun berbincang dengan ECOS dan Sabah Electricity,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan komited membawa lebih banyak peluang ke Sandakan, sejajar dengan aspirasi rakyat dan wakil-wakil rakyat setempat.

“Kita jaga Sandakan, kita sayang Sandakan. Kita akan bawa peluang dan ruang untuk masa depan Sandakan yang lebih baik,” tambahnya lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/17/sandakan-jadi-tumpuan-pelaburan-tenaga-bersih-dan-perindustrian-phoong/feed/ 0 72138
Phoong alu-alukan pelabur dan perniagaan Jepun berkembang ke Sabah https://sabahmedia.com/2024/06/21/phoong-alu-alukan-pelabur-dan-perniagaan-berkembang-ke-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/06/21/phoong-alu-alukan-pelabur-dan-perniagaan-berkembang-ke-sabah/#respond Fri, 21 Jun 2024 11:08:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56327
Read Time:2 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Phoong Jin Zhe mengalu-alukan hubungan ekonomi yang kukuh dan berkekalan antara Sabah dengan Jepun.

“Jepun telah menjadi rakan perdagangan penting bagi rantau ini, dan sikap saling menghormati serta perkongsian ekonomi antara negara kita telah berkembang sejak 1980-an di bawah Dasar Pandang Ke Timur.

“Jepun juga berdiri sebagai negara keempat rakan perdagangan terbesar Sabah, menyumbang 7.9% daripada jumlah eksport Sabah ke Jepun berjumlah RM2,936 juta, mewakili 9.4% daripada jumlah eksport negeri itu,” kata Phoong sambil menegaskan bahawa angka-angka ini menekankan hubungan ekonomi yang teguh dan penting antara Sabah dengan Jepun yang terus berkembang lebih kukuh.

Teks ucapan Phoong disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Chan Loong Wei semasa Forum ESG Sabah-Jepun yang diadakan di Hyatt Centric di sini, hari ini.

Chan menyampaikan ucapan perasmian semasa Forum ESG Sabah-Jepun di Kota Kinabalu, hari ini.

Phoong berkata sebagai peralihan rantaian bekalan global ke arah kemampanan tenaga dan ekonomi rendah karbon, perkongsian dan pelaburan dari Jepun adalah kritikal.

“Kerjasama antara Sabah dan Jepun akan menjadi kunci dalam memanfaatkan kepakaran dan teknologi Jepun untuk memacu inovasi dan kemampanan dalam pelbagai sektor,” katanya.

Beliau berkata bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz, berjaya meraih potensi pelaburan bernilai RM1.45 bilion dan eksport RM550 juta semasa lawatan kerja mereka ke Jepun.

Sehubungan dengan itu, Phoong menggalakkan pelabur dan perniagaan Jepun untuk mempertimbangkan Sabah dengan serius.

“Sabah menawarkan persekitaran yang kondusif untuk syarikat dan pelabur Jepun. Kami telah bekerjasama rapat dengan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Takahashi Katsuhiko, dan persatuan perdagangan Jepun, termasuk JACTIM dan JETRO.

“Kedudukan Sabah yang dekat dengan Jepun meletakkannya sebagai pemain penting dalam perjalanan ke arah pembangunan penyelesaian tenaga mampan di rantau ini,” katanya.

Antara yang hadir semasa Forum ESG Sabah -Jepun di Kota Kinabalu, hari ini.

Justeru, katanya, kerajaan Sabah teruja untuk mengalu-alukan pelabur Jepun untuk meneroka potensi pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui dan industri semikonduktor.

“Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah juga merakamkan ucapan terima kasih kepada penganjur Forum ESG Sabah-Jepun atas usaha mereka dalam melancarkan acara penting ini,” ujarnya.

Datuk Jasnih Daya ketika menyampaikan taklimat pada forum itu.

Hadir sama ialah Ketua Pejabat Konsular Jepun di Kota Kinabalu, Yamashita Yoshito, Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Thomas Logijin, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah, Timbalan Pengerusi Invest Sabah Berhad, George Wong dan Pengerusi Penganjur Forum, Hiro Chai.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/21/phoong-alu-alukan-pelabur-dan-perniagaan-berkembang-ke-sabah/feed/ 0 56327