PHRS – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 06 Apr 2023 13:21:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png PHRS – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PHRS sokong kerajaan GRS bersama majukan Sabah https://sabahmedia.com/2023/04/06/phrs-sokong-kerajaan-grs-bersama-majukan-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/04/06/phrs-sokong-kerajaan-grs-bersama-majukan-sabah/#respond Thu, 06 Apr 2023 13:21:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32274
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) menzahirkan ucapan terima kasih dan bangga kerana menjadi sebahagian daripada Keluarga Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Presidennya Tan Sri Liew Yun Fah berkata, sejak awal lagi PHRS mengambil pendekatan mesra dan menyokong kerajaan atas dasar bersama ke arah memajukan Sabah.

“Fokus utama PHRS adalah bergerak di kawasan timur Sabah meliputi Tawau, Kalabakan, Kunak, Semporna, Lahad Datuk dan Sandakan.

“Dalam hal ini, hala tuju PHRS cukup jelas selari dengan GRS, kerana PHRS mahu kekal fokus dengan pembangunan Negeri, bersifat kendiri dan tidak ‘terikat’ dengan campur tangan politik luar,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, PHRS yakin dengan adanya gabungan bersama enam parti lain iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Liberal Demokratik (LDP), kita dapat merealisasikan aspirasi parti tempatan seterusnya bersatu ke arah Sabah Maju Jaya.

Liew bagi pihak PHRS turut menzahirkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Presiden GRS Datuk Seri Hajiji Noor, Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun, dan barisan kepimpinan GRS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Datuk Seri Dr Jeffy Kitingan, Datuk Seri Yong Teck Lee dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/06/phrs-sokong-kerajaan-grs-bersama-majukan-sabah/feed/ 0 32274
PHRS ajak pengundi Kalabakan sokong calon BN https://sabahmedia.com/2022/11/14/phrs-ajak-pengundi-kalabakan-sokong-calon-bn/ https://sabahmedia.com/2022/11/14/phrs-ajak-pengundi-kalabakan-sokong-calon-bn/#respond Mon, 14 Nov 2022 09:57:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=24588
Read Time:1 Minute, 1 Second

KALABAKAN: Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Tan Sri Liew Yun Fah mengajak pengundi Parlimen Kalabakan memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Andi Muhamad Suryady Bandy.

Menurutnya, sokongan itu penting bagi membolehkan kawasan Kalabakan yang masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan dan kemudahan asas berbanding tempat lain di negara ini dapat dimajukan selayaknya.

“Kebanyakan jalan di Kalabakan, Felda Umas dan kawasan Merotai rosak teruk dan telah sekian lama tidak diperbaiki kerana kawasan ini di bawah pembangkang,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Bola Tampar Terbuka Lelaki dan Wanita anjuran Kg. Melati Burut, Merotai Besar, sini.

Menurutnya, rakyat Kalabakan perlu melihat dan berfikir mengenai pembangunan di Kalabakan sebelum memutuskan untuk memberi undi kepada mana-mana calon yang bertanding di kawasan itu.

“Rakyat perlu mengetahui bahawa dana pembangunan bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) adalah terhad jika dibandingkan dengan dana parlimen.

“Seorang ahli parlimen akan diperuntukkan lebih banyak dana bagi membangunkan kawasan parlimen mereka,” katanya.

Dalam pada itu Liew yang juga bekas Adun Merotai berkata, sepanjang beliau meneraju kawasan itu pelbagai pembangunan telah dibawa dan berharap kawasan Kalabakan akan terus cemerlang di bawah pimpinan pemimpin muda.

PHRS antara parti tempatan yang memberi sokongan kepada kerajaan BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

]]>
https://sabahmedia.com/2022/11/14/phrs-ajak-pengundi-kalabakan-sokong-calon-bn/feed/ 0 24588