piala afc sabah fc – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 13 Feb 2024 09:33:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png piala afc sabah fc – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Piala AFC : Perjuangan Sabah FC terhenti https://sabahmedia.com/2024/02/13/piala-afc-perjuangan-sabah-fc-terhenti/ https://sabahmedia.com/2024/02/13/piala-afc-perjuangan-sabah-fc-terhenti/#respond Tue, 13 Feb 2024 09:33:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49436
Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Hasrat Sabah FC untuk melangkah ke peringkat akhir Zon Asean Piala AFC tidak kesampaian apabila tewas 0-3 pada peringkat separuh akhir kepada kelab dari Australia, Macarthur FC, Stadium Sukan Campbelltown sebentar tadi.

Kekalahan wakil tunggal Malaysia itu membolehkan skuad bimbingan Mile Sterjovski mengesahkan slot ke peringkat akhir Zon ASEAN sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah dalam lapan perlawanan.

Sebaik perlawanan bermula, tuan rumah lebih mendominasi perlawanan namun mereka perlu menunggu sehingga minit ke-40 untuk membuka jaringan menerusi penyudah Ulises Davila.

Davila yang juga bekas pemain Chelsea menyambut hantaran Jed Drew dari sebelah sayap kanan Macarthur dan mengawalnya dengan baik sebelum melepaskan rembatan untuk merobek gawang kawalan Khairul Fahmi Che Mat.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee yang ‘berehat’ hampir dua bulan tanpa sebarang aksi kompetitif selepas Liga Malaysia berakhir Disember tahun lalu itu turut memberi sedikit faktor kepada Sabah untuk mempamerkan aksi terbaik.

Bersambung babak kedua, tuan rumah menambah seksa Sabah apabila berjaua menambah gol kedua selepas hanya 25 saat selepas babak kedua bersambung.

Drew yang menjadi perancang gol pertama kali ini mencetak nama selaku penjaring gol kedua selepas dia berjaya melepasi kawalan Daniel Ting dan melepaskan rembatan untuk menewaskan Khairul Fahmi buat kali kedua.

Drew terus ‘mengganas’ apabila menambah derita Sabah FC dengan gol ketiga selepas pemain berusia 20 tahun itu menyempurnakan hantaran Bernardo Oliveira ketika saingan berbaki 10 minit.

Sabah FC menerusi hantaran di laman Facebook rasminya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak memberi sokongan kepada pasukan.

“Perjuangan kami sampai di sini. Terima kasih semua yang sentiasa menyokong kami dan para penyokong yang hadir ke Campbelltown Sports Stadium,” menurut hantaran itu. – SABAH MEDIA / FOTO AFC CUP

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/13/piala-afc-perjuangan-sabah-fc-terhenti/feed/ 0 49436
Piala AFC : Misi Sabah FC catat kemenangan tidak kesampaian https://sabahmedia.com/2023/12/14/piala-afc-misi-sabah-fc-catat-kemenangan-tidak-kesampaian/ https://sabahmedia.com/2023/12/14/piala-afc-misi-sabah-fc-catat-kemenangan-tidak-kesampaian/#respond Thu, 14 Dec 2023 15:07:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46557
Read Time:1 Minute, 34 Second

Kota Kinabalu : Misi Sabah FC untuk menamatkan aksi terakhir Piala AFC peringkat Kumpulan H dengan kemenangan tidak kesampaian apabila tewas 1-3 kepada PSM Makassar di Stadium Likas malam ini.

Kemenangan PSM Makassar itu juga dilihat sebagai ‘misi balas dendam’ selepas tewas kepada skuad Sang Badak pada perlawanan pertama di Bali Indonesia dengan jaringan 5-0 pada 5 Oktober lalu.

Sabah dilihat lebih menguasai permainan dengan beberapa aksi tertumpu di kawasan lawan sehinggalah dikejutkan dengan jaringan pertama PSM Makassar pada minit ke-15 hasil jaringan Yakub Sayuri.

Jaringan itu adalah hasil serangan balas pemain PSM Makassar yang berjaya membawa keluar bola ke kawasan Sabah ketika tidak ramai pemain Sang Badak bertahan di kawasan sendiri.

Pasukan lawan sekali lagi menambah jaringan pada minit ke-35, juga hasil serangan balas pemain PSM Makassar, Everton Nascimento yang hanya berdepan Dominic Tan di pertahanan Sabah.

Malang bagi Dominic apabila bola terkena kakinya sebelum terpantul ke arah gawang dan gagal diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat sekali gus menghasilkan gol sendiri yang menguntungkan pihak lawan.

Tamat masa rehat, Sabah mula bermain lebih agresif untuk mencari gol sebelum akhirnya berjaya menjaringkan gol tunggal melalui tandukan Telmo Castanheira pada minit ke-72.

Usaha anak buah Datuk Ong Kim Swee selepas itu untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan gagal apabila PSM Makassar dihadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan minit ke-93 yang disempurnakan Everton.

Pengadil memberikan sepakan penalti kepada pasukan lawan selepas pemain Sabah, Rizal Ghazali menjatuhkan pemain PSM Makassar ketika situasi berbahaya di petak penalti tuan rumah.

Gol ketiga pasukan pelawat itu sudah cukup untuk meyukarkan usaha pemain Sabah untuk bangkit memandangkan tempoh permainan masa tambahan hanya berbaki kira-kira kurang dua atau tiga minit.

Sabah FC kekal ditangga pertama Kumpulan H dan lebih awal menempah tiket ke separuh akhir Piala AFC peringkat zon ASEAN selepas memenangi empat perlawanan dan dua kekalahan sepanjang aksi Kumpulan H. – SABAH MEDIA / FOTO AFC CUP

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/14/piala-afc-misi-sabah-fc-catat-kemenangan-tidak-kesampaian/feed/ 0 46557
Piala AFC : Sabah tepati ramalan, belasah Hai Phong 4-1 https://sabahmedia.com/2023/11/09/piala-afc-sabah-tepati-ramalan-belasah-hai-phong-4-1/ https://sabahmedia.com/2023/11/09/piala-afc-sabah-tepati-ramalan-belasah-hai-phong-4-1/#respond Thu, 09 Nov 2023 14:30:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44986
Read Time:1 Minute, 45 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC berjaya mengubati kekalahan di tangan Hai Phong FC di Vietnam bulan lalu selepas membelasah pasukan itu 4-1 pada aksi perlawanan kedua Kumpulan H, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Likas, malam ini.

Kemenangan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu turut menepati ramalan apabila menggunakan kelebihan bermain di gelanggang sendiri bagi mengutip mata penuh.

Kim Swee sebelum ini menyuarakan harapannya untuk mendapatkan keputusan yang positif menerusi kelebihan bermain di Likas untuk memperbaiki kedudukan Sabah FC dalam saingan Piala AFC kali ini.

Sebaik wisel pertama ditiup, pasukan pelawat hampir berjaya menjaringkan gol pertama seawal minit kedua menerusi percubaan pemain tengah Hai Phong, Nguyen Huu Son yang hanya berdepan satu lawan satu dengan Khairul Fahmi Che Mat namun percubaannya tersasar di tepi gawang.

Pasukan pelawat turut mendapat peluang melakukan cubaan berbahaya pada minit ke-11, sekali gus menyaksikan Hai Phong lebih menguasai perlawanan pada awal babak pertama.

Situasi permainan berubah apabila pemain Sabah, Daniel Ting berjaya menjaringkan gol pertama skuad Badak pada minit ke-20 selepas menerima bola hantaran Stuard Wilkin.

Kehadiran penyokong lebih 7,000 orang terus terubat apabila penyerang tuan rumah Darren Lok berjaya menanduk masuk bola hasil hantaran Saddil Ramdani pada minit ke-33 menjadikan Sabah mendahului 2-0.

Kedudukan itu memberi kelebihan kepada Sabah hingga wisel penamat babak pertama dibunyikan termasuk masa tambah tiga minit yang diberikan pengadil.

Babak kedua bermula, Sabah berjaya menambah satu lagi gol menerusi serangan balas yang berjaya dimanfaatkan melalui tandukan Gabriel Peres pada minit ke-69 sekali gus meletakkan Sabah di hadapan dengan 3-0.

Namun, pasukan pelawat yang belum mahu mengaku kalah masih berusaha melakukan serangan sehingga berjaya mendapat gol tunggal menerusi tandukan penyerang Hai Phong, Yuri Souza Almeida pada minit ke-84 menjadikan kedudukan berubah kepafa 3-1.

Hasrat Hai Phong untuk menambah jaringan tidak kesampaian apabila Sabah FC berjaya menambah gol keempat pada minit ke-94 menerusi Muhamad Jafri Chew yang dibawa masuk pada separuh masa kedua untuk membantu pasukan.

Sabah FC kini kembali memintas Hai Phong untuk berada di tangga teraras carta Kumpulan H, Piala AFC – SABAH MEDIA/  FOTO AFC CUP

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/09/piala-afc-sabah-tepati-ramalan-belasah-hai-phong-4-1/feed/ 0 44986
Piala AFC : Sabah FC tidak ambil mudah kehadiran Hai Phong di Likas https://sabahmedia.com/2023/11/08/piala-afc-sabah-fc-tidak-ambil-mudah-kehadiran-hai-phong-di-likas/ https://sabahmedia.com/2023/11/08/piala-afc-sabah-fc-tidak-ambil-mudah-kehadiran-hai-phong-di-likas/#respond Wed, 08 Nov 2023 07:38:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44910
Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC tidak akan mengambil mudah kehadiran pasukan Hai Phong FC dari Vietnam dalam aksi kedua Kumpulan H, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Likas malam esok.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau percaya corak permainan pasukan itu tidak berubah meskipun dikatakan beberapa tonggak utama dijangka tidak akan diturunkan pada perlawanan esok.

“Bagi saya ia bukan satu alasan di mana saya percaya mereka adalah satu pasukan yang telah bermain begitu lama dan mereka membuktikan apabila tewas kepada Hougang di Singapura tetapi kembali dengan lebih positif di Vietnam.

“Saya percaya corak permainan mereka tidak berubah di mana mereka mempunyai pemain import yang boleh dikeluar ganti bila-bila masa, jadi kita harus berwaspada dengan pemain yang diturunkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Piala AFC 2023 bagi perlawanan kedua Kumpulan H, Sabah FC menentang Hai Phong FC, di sini, hari ini.

Kedua-dua pasukan ketika ini berkongsi enam mata selepas tiga perlawanan pusingan pertama dengan Hai Phong sebagai pendahulu pasukan, manakala Sabah FC di tangga kedua.

Kim Swee turut berharap kelebihan bermain di laman sendiri malam esok mampu melakar kemenangan selepas tewas 2-3 di Vietnam dalam aksi pertama pada 25 Oktober lalu.

Katanya, beliau percaya perlawanan di gelanggang sendiri memberi kelebihan kepada anak buahnya untuk bermain dengan lebih yakin berbanding ketika bertandang ke gelanggang lawan sebelum ini.

Menurutnya, selepas tewas dalam perlawanan sebelum ini, pihaknya membuat analisa untuk mengenal pasti kelemahan dan memperbaikinya apabila bermain di Likas.

“Kita menganalisa perlawanan dengan Hai Phong, di mana apabila kita tewas di sana (Veitnam) sebelum ini, sudah sudah tentu ada banyak kelemahan yang perlu kita perbaiki.

“Sudah tentu juga Hai Phong mempunyai kelebihan tersendiri tetapi dalam masa sama kita tidak perlu terlalu gusar di mana kita bermain di Likas dan saya percaya bermain di tempat sendiri akan memberi kelebihan, tapi kita tidak boleh mengambil mudah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/08/piala-afc-sabah-fc-tidak-ambil-mudah-kehadiran-hai-phong-di-likas/feed/ 0 44910
Piala AFC : Hasrat Sabah FC cipta hatrik kemenangan tidak kesampaian https://sabahmedia.com/2023/10/26/piala-afc-hasrat-sabah-fc-cipta-hatrik-kemenangan-tidak-kesampaian/ https://sabahmedia.com/2023/10/26/piala-afc-hasrat-sabah-fc-cipta-hatrik-kemenangan-tidak-kesampaian/#respond Thu, 26 Oct 2023 01:55:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44181
Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Hasrat Sabah FC untuk mengekalkan rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan H saingan Piala Konfederasi Asia (AFC) tidak kesampaian apabila tewas tipis 2-3 kepada Hai Phong FC di Stadium Lach Tray, malam tadi.

Sebaik wisel pertama ditiup, Sabah ketinggalan pada minit ke-14 menerusi jaringan pemain Hai Phong, Nguyen Huu Son.

Pada aksi sebelum ini, Sabah berjaya mengatasi Hougang United (3-1) dan PSM Makassar (5-0) 

Hanya empat minit kemudian, pintu gol Sabah yang dikawal Damien Lim bocor lagi dan kali ini menerusi rembatan kaki kiri Dam Tien Dung.

Tersentak dengan dua gol itu, Sabah cuba bangkit dengan beberapa gerakan serangan dan usaha mereka berhasil pada minit ke-71 apabila Ramon Machado menyempurnakan hantaran Darren Lok.

Kedudukan 2-1 itu hanya bertahan seminit apabila Tien Dung meledak gol ketiga Hai Phong untuk kelab Vietnam itu kembali menggandakan kelebihan.

Perlawanan sengit terus disajikan dengan Sabah memperoleh satu lagi gol menerusi rembatan jarak jauh daripada pemain gantian, Gary Steven Robbat pada minit ke-80.

Namun, jaringan itu tidak cukup untuk Sang Badak mengelak daripada mengalami kekalahan pertama dalam tiga aksi di pentas Piala AFC musim ini.

Keputusan ini melonjakkan Hai Phong ke tangga kedua Kumpulan H di belakang skuad Badak. 

Biarpun berkongsi enam mata, Sabah masih mendahului dari segi kelebihan jaringan. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/26/piala-afc-hasrat-sabah-fc-cipta-hatrik-kemenangan-tidak-kesampaian/feed/ 0 44181
Piala AFC : Tidak boleh terlalu gembira, perlu kekal fokus https://sabahmedia.com/2023/10/06/piala-afc-tidak-boleh-terlalu-gembira-perlu-kekal-fokus/ https://sabahmedia.com/2023/10/06/piala-afc-tidak-boleh-terlalu-gembira-perlu-kekal-fokus/#respond Thu, 05 Oct 2023 23:25:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43148
Read Time:1 Minute, 53 Second

Kota Kinabalu : Pemain Sabah FC perlu kekal fokus bagi menghadapi perlawanan akan datang meskipun berjaya menewaskan PSM Makassar 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan H Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2023 di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Gianyar, Bali semalam.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, semua pemain berjaya mengikut ‘game plan’ yang dirancang namun mengakui tidak boleh gembira dengan kemenangan itu.

“Kami bermain mengikut perancangan dan PSM Makasar yang kehilangan seorang pemain sedikit sebanyak membantu namun kami tidak boleh terlalu gembira dengan kemenangan ini dan perlu fokus untuk perlawanan akan datang.

“Saya ucapkan tahniah kepada semua pemain kerana mereka berjaya mengikut apa yang dirancang dan akhirnya kami berjaya mencipta kemenangan selain dibantu kekurangan seorang pemain pasukan lawan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu semalam.

Perlawanan itu menyaksikan Sabah berpesta gol menerusi dua jaringan Darren Lok dan masing-masing satu dari Gabriel Peres, Stuart Wilkin dan Farhan Roslan sekaligus membolehkan Sabah FC berada ditangga teratas kumpulan.

Kim Swee berkata, meskipun pemain mempunyai beberapa isu di luar padang tetapi telah berjaya membuktikan dengan menunjukkan mentaliti yang cukup baik dan pasukannya berjaya mendapatkan mata penuh dengan jumlah jaringan yang banyak.

Dalam pada itu, beliau turut memuji aksi yang ditunjukkan Saddil Ramdhani apabila mencipta tiga bantuan jaringan selain turut merasakan masih terlalu awal buat pasukannya untuk memikirkan kelayakan ke peringkat seterusnya.

“Dah tentu beliau (Saddil) ingin membuktikan sesuatu yang dia adalah seorang pemain yang cukup bertaraf tingi dan terbaik di Asia Tenggara. Namun ianya masih terlalu awal dan dia juga masih muda.  Saya harap dia dapat akan teruskan prestasi yang positif dalam perlawanan akan datang,” katanya.

“Masih terlalu awal untuk berasa selesa kerana baru dua perlawanan dan perlu kekalkan momentum serta fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan di mana kita tidak ingin memikirkan kita akan layak namun perlu memikirkan yang kita hanya baharu bermain dua perlawanan,” katanya.

Kemenangan ke atas PSM Makassar 5-0 itu menyaksikan Sabah FC berada di tangga teratas Kumpulan H dengan mengutip enam mata diekori Hougang United dan Haiphong FC masing-masing dengan tiga mata manakala PSM Makassar tercorot tanpa sebarang mata selepas berakhir dua perlawanan.

Sabah FC akan bertemu Hai Fong FC dari Vietnam pada 25 Oktober di Stadium Lach Tray Vietnam – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/06/piala-afc-tidak-boleh-terlalu-gembira-perlu-kekal-fokus/feed/ 0 43148
Piala AFC : Permulaan positif namun banyak perlu diperbaiki – Kim Swee https://sabahmedia.com/2023/09/22/piala-afc-permulaan-positif-namun-banyak-perlu-diperbaiki-kim-swee/ https://sabahmedia.com/2023/09/22/piala-afc-permulaan-positif-namun-banyak-perlu-diperbaiki-kim-swee/#respond Thu, 21 Sep 2023 23:14:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42261
Read Time:2 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee mengakui pasukannya masih banyak lagi yang perlu diperbaiki meskipun berjaya menewaskan Hougang United FC 3-1 pada aksi pembukaan Kumpulan H saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Likas malam tadi.

Katanya, antara yang perlu diperbaiki adalah dari segi penyudah yang dilihat gagal untuk disempurnakan oleh para pemain meskipun banyak peluang yang terhidang.

“Satu permulaan yang positif dimana kita tahu dengan keadaan cuaca atau padang yang tidak begitu baik, kita mampu mendapatkan keputusan yang kita inginkan.

“Namun banyak lagi yang kita perlu perbaiki terutama dari segi penyudah dan ini penting jika kita ingin layak ke peringkat seterusnya,” katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan di sini semalam.

Pada perlawanan itu, tiga gol yang diperolehi Sabah dijaringkan Gabriel Peres pada minit ke-5 dan dua gol dari Darren Lok masing-masing pada minit ke-38 dan minit ke-63, manakala gol tunggal Hougang United dijaringkan Takayama Kazuma pada minit ke-62.

Kim Swee berkata, keadaan padang yang berlumpur dan licin dilihat sedikit sebanyak telah menjejaskan perancangan taktikal pasukan itu.

“Permukaan padang yang licin ini sedikit sebanyak merencatkan perancangan kita namun kita berjaya mendapatkan dua gol melalui ‘Set Piece’ dan juga semangat juang yang tinggi ditunjukkan oleh para pemain selepas kita dibolosi,” katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee turut memuji komitmen para pemainnya yang tetap mempamerkan corak permainan yang cukup tinggi walaupun sedang mendahului.

“Kita tidak boleh mengambil mudah walaupun mendahului.  Ini penting untuk kita kekal disiplin dan pada malam ini pemain menunjukkan tahap disiplin yang cukup tinggi walaupun kita mendahului.

“Walaupun kita gagal menyudah banyak peluang yang kita cipta, tetapi pemain terus cuba mendapatkan gol-gol namun banyak peluang yang kita sia-siakan namun saya percaya kita mampu perbaiki nanti,” katanya.

Sementara tu, Kim Swee turut mengucapkan terima kasih kepada semua para penyokong yang setia walaupun dengan keadaan hujan yang turun sebelum perlawanan hingga akhir perlawanan.

“Mereka merupakan penyokong yang penting bagi kita apabila setiap kali bermain terutama di Likas dimana ini akan memberi banyak motivasi kepada semua pemain yang diturunkan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai objektif sasaran pasukan, Kim Swee berkata masih terlalu awal untuk kearah sasaran itu.

“Masih terlalu awal, kita banyak lagi perlawanan antaranya Piala AFC, selepas ini kita mempunyai perlawanan Piala Malaysia dan juga liga.  Bagi saya untuk memastikan kita mencapai objektif ataupun tidak, ianya hanya dapat ditentukan pada penghujung musim.

“Dimana ini akan memberi kesan atau apa yang perlu kita perbaiki pada musim akan datang,” katanya. – SABAH MEDIA. / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/22/piala-afc-permulaan-positif-namun-banyak-perlu-diperbaiki-kim-swee/feed/ 0 42261
Piala AFC : Penyokong Sabah FC diseru banjiri Stadium Likas https://sabahmedia.com/2023/09/21/piala-afc-penyokong-sabah-fc-diseru-banjiri-stadium-likas/ https://sabahmedia.com/2023/09/21/piala-afc-penyokong-sabah-fc-diseru-banjiri-stadium-likas/#respond Wed, 20 Sep 2023 16:02:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42196
Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Penyokong Sabah FC diseru untuk turun membanjiri Stadium Likas di sini malam ini bagi memberi sokongan padu kepada skuad Badak pada aksi pembukaan Kumpulan H Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bertemu Hougang United FC.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, kehadiran penyokong penting dalam memberi sokongan motivasi kepada semua pemain ketika perlawanan.

“Ya kebelakangan ini saya melihat penyokong Sabah agak kehilangan sikit, namun pada malam esok (mala mini) saya percaya jumlah kehadiran penting untuk beri motivasi kepada pemain ketika perlawanan bermula dan berakhir.

“Saya harap mereka mampu datang memberi sekongan, saya tahu ini bukan malam minggu, tapi saya percaya dengan adanya penyokong yang setia tentunya akan bantu pasukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media menjelang perlawanan pembuka tirai Piala AFC 2023 bagi Kumpulan H di sini semalam.

Ketika ditanya mengenai kesebelasan utama, Kim Swee berkata setakat ini beliau akan mengekalkan semua pemain yang berada dalam skuad Liga Super untuk bermain menentang HGFC esok.

“Buat masa ini ada beberapa pemain yang mengalami kecederaan namun saya masih lagi mempunyai masa untuk menentukan sama ada mereka boleh main atau tidak

“Selain itu, kita juga akan mengekalkan para pemain yang berada dalam skuad Liga Super kita dan mereka akan menjadi pemain yang akan kekal sehingga berakhir musim ini,” katanya.

Sabah FC akan bertemu Hougang United di Stadium Likas malam ini dengan sepak mula dijadualkan bermula jam 8 malam. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/21/piala-afc-penyokong-sabah-fc-diseru-banjiri-stadium-likas/feed/ 0 42196