Piala afc sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 13 Feb 2024 00:58:58 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Piala afc sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Piala AFC: Sabah tidak ambil mudah cabaran Macarthur https://sabahmedia.com/2024/02/13/piala-afc-sabah-tidak-ambil-mudah-cabaran-macarthur/ https://sabahmedia.com/2024/02/13/piala-afc-sabah-tidak-ambil-mudah-cabaran-macarthur/#respond Tue, 13 Feb 2024 00:57:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49400
Read Time:1 Minute, 27 Second

BERNAMA

Kota Kinabalu: Sabah FC tidak akan mengambil mudah cabaran daripada Macarthur FC dalam aksi Separuh Akhir Peringkat Zon Piala AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) di Stadium Campbelltown, Sydney, Australia, hari ini.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee menyedari cabaran menggerunkan daripada Macarthur yang masih belum pernah tewas dalam tujuh perperlawanan di Liga-A.

“Kami tidak ada perlawanan sehingga esok sementara Macarthur sudah mengharungi lapan perlawanan dengan memenangi tujuh perlawanan sememangnya mereka sangat cergas untuk perlawanan esok. Saya fikir Macarthur mempunyai banyak kelebihan kerana mereka bermain di liga ini secara tetap.

Tetapi kami mempunyai kebanyakan daripada pemain utama untuk memastikan kami beraksi dengan baik,” beliau berkata dalam sidang media praperlawanan di Stadium Sukan Campbelltown, semalam.

Rakaman video sidang akhbar itu diperoleh Bernama di sini semalam.

Kali terakhir Skuad Badak beraksi ialah dalam perlawanan Liga Super Malaysia pada 17 Dis tahun lepas menentang Kedah Darul Aman di Stadium Likas di sini.

Sabah memenangi perlawanan itu dengan jaringan 2-0 dan menamatkan aksi di liga berkenaan di tempat ketiga dengan 54 mata.

Ketika ditanya mengenai persiapan Sabah, Kim Swee berkata persiapan dan latihan pasukan itu berjalan seperti yang dirancangkan.

“Kami tiba beberapa hari lepas dan semua berjalan seperti dirancangkan.

 Kami juga memerhatikan pemain dan pasukan Macarthur sudah tentu esok perlawanan yang penting tetapi ia boleh berubah dalam perlawanan dan kami akan melakukan persediaan,” katanya.

Pada sidang akhbar sama, pemain tengah Sabah Telmo Castanheira menzahirkan keyakinan penuh bahawa pasukan ini akan beraksi dengan baik bukan hanya mewakili Sabah tetapi juga Malaysia..

“Kami memiliki sebuah pasukan yang hebat dan beraksi dengan hebat dalam liga tahun lepas, kami mahu datang ke sini dan mempamerkan kualiti kami esok. Adalah penting bagi kami beraksi dengan baik untuk Sabah dan Malaysia,” katanya. BERNAMA / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/13/piala-afc-sabah-tidak-ambil-mudah-cabaran-macarthur/feed/ 0 49400
Piala AFC : Sabah FC cipta kemenangan bergaya https://sabahmedia.com/2023/10/05/piala-afc-sabah-fc-cipta-kemenangan-bergaya/ https://sabahmedia.com/2023/10/05/piala-afc-sabah-fc-cipta-kemenangan-bergaya/#respond Thu, 05 Oct 2023 14:11:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43138
Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu: Gol minit akhir Farhan Roslan berjaya membantu Sabah FC menang bergaya 5-0 ke atas PSM Makassar dalam aksi kedua Kumpulan H Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2023 di Stadium Kapten I Wayan Dipta, sebentar tadi.

Selain itu, penyerang Sabah FC, Darren Lok terus mencipta kehebatan apabila berjaya menjaringkan dua gol menerusi gol pertama pada minit ke-6 selepas menanduk masuk bola hasil hantaran Saddil Ramdani sebelum sekali lagi mencipta jaringan ketiga selepas berjaya menolak masuk bola hantaran Saddil pada minit ke-46.

Gol kedua Sabah dijaringkan menerusi tandukan Gabriel Peres pada minit ke-36 selepas menerima hantaran Saddil, sekali gus membolehkan mereka mendahului perlawanan.

Keputusan itu juga menyaksikan Sabah FC meneruskan momentum positif selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Hougang United FC dari Singapura pada aksi pembukaan.

Sebaliknya, untuk PSM Makasar tentu sekali ia keputusan menghampakan selepas gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri.

Sepanjang babak pertama, gerakan paling berbahaya dicipta tuan rumah hanya hadir pada minit ke-15 menerusi rembata Donald Bissa namun percubaannya berjaya ditolak Damien Lim.

Bersambung babak kedua, PSM Makassar terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila penjaga gol Muhammad Reza Pratama dilayangkan kad merah pada minit ke-58 selepas menjatuhkan Saddil diluar kotak penalti.

Tuan rumah sekali lagi dikejutkan dengan gol keempat Sabah FC menerusi sepakan percuma yang disudahkan Stuart Wilkin pada minit ke-73 membolehkan Sabah FC mendahului 4-0.

Farhan Roslan melengkapkan gol kelima Sabah selepas berjaya menolak masuk bola hantaran Miguel Cifuentes pada minit ke-92 membolehkan Sabah FC selesa dihadapan 5-0.

Sabah FC kini berada dikedudukan pertama Kumpulan H dengan mengutip enam mata dan akan bertemu Hai Fong FC dari Vietnam pada 25 Oktober di Stadium Lach Tray Vietnam – SABAH MEDIA / FOTO AFC CUP-SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/05/piala-afc-sabah-fc-cipta-kemenangan-bergaya/feed/ 0 43138
Piala AFC : Sabah FC langkah kanan tundukkan Hougang United FC https://sabahmedia.com/2023/09/21/piala-afc-sabah-fc-langkah-kanan-tundukkan-hougang-united-fc/ https://sabahmedia.com/2023/09/21/piala-afc-sabah-fc-langkah-kanan-tundukkan-hougang-united-fc/#respond Thu, 21 Sep 2023 14:09:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42241
Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC memulakan aksi pertama Kumpulan H saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan langkah kanan selepas menewaskan Hougang United FC 3-1 di Stadium Likas malam ini.

Beraksi di laman sendiri, Sabah FC bermula garang dengan melancarkan serangan awal dan akhirnya berjaya mendapatkan gol pertama menerusi tandukan pemain import Gabriel Peres pada minit ke-4 selepas menerima bola hantaran Daniel Ting menjadikan Sabah mendahului 1-0.

Meskipun bermain dalam cuaca hujan, Sabah FC terus mengatur serangan ke gawang lawan dan tidak memberi peluang pasukan lawan untuk menyamakan kedudukan.

Kehadiran penyokong tuan rumah yang hadir lebih 7,600 terus dihadiahkan gol kedua menerusi jaringan penyerang Darren Lok yang berjaya menolak masuk bola hasil sepakan sudut Saddil Ramdani pada minit ke-37 menjadikan Sabah mendahului 2-0.

Dua minit berselang, pemain Hougang United Kristijan Krajcek hampir menghadiahkan gol pertama pasukan itu pada minit ke-39 namun sepakannya berjaya ditolak keluar penjaga gol Sabah FC Damien Lim.

Bersambung babak kedua, Sabah FC tidak menunggu lama untuk melancarkan serangan ke atas kubu pelawat dan hampir menambah gol menerusi beberapa percubaan berbahaya pasukan tuan rumah.

Pasukan pelawat akhirnya berjaya memperoleh gol pertama menerusi jaringan Takayama Kazuma pada minit ke-61 menerusi sepakan percuma menjadikan kedudukan berubah 2-1.

Seminit berselang, tuan rumah berjaya menambah gol ketiga menerusi tandukan Darren Lok pada minit ke-62 selepas menerima bola hantaran Park Taesu menjadikan Sabah mendahului 3-1.

Kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan dan Sabah FC akan bertemu PSM Makasar di Stadium Kapten I Wayan Dipta pada 5 Oktober depan. – SABAH MEDIA / FOTO AFC CUP

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/21/piala-afc-sabah-fc-langkah-kanan-tundukkan-hougang-united-fc/feed/ 0 42241
Piala AFC : Yakin pemain mampu kawal tekanan https://sabahmedia.com/2023/09/20/piala-afc-yakin-pemain-mampu-kawal-tekanan/ https://sabahmedia.com/2023/09/20/piala-afc-yakin-pemain-mampu-kawal-tekanan/#respond Wed, 20 Sep 2023 06:41:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42134
Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu : Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee yakin para pemain mampu mengawal tekanan meskipun bermain di laman sendiri apabila melayani Hougang United FC pada perlawanan pertama Kumpulan H, Piala AFC 2023 di Stadium Likas malam esok.

Beliau turut percaya pemain yang berada dalam skuad Badak mempunyai pengalaman yang luas diperingkat antarabangsa.

“Saya rasa tiada tekanan buat kita dimana saya percaya pemain yang berada dalam pasukan Sabah mempunyai pengalaman yang luas diperingkat antarabangsa.

Datuk Ong Kim Swee

“Mereka mampu mengawal tekanan dengan baik terutama dengan pengalaman-pengalaman bermain di peringkat lebih tinggi.. jadi ini satu kelebihan untuk kita namun kita tidak boleh ambil mudah,” katanya dalam sidang media pra perlawanan di sini pagi tadi.

Kim Swee berkata, pasukannya juga tetap berwaspada dengan ancaman pasukan lawan meskipun Sabah FC dikatakan mempunyai kelebihan apabila sudah terbiasa bermain dengan padang semulajadi berbanding Hougang United yang terbiasa bermain di padang tiruan.

“Dalam setiap perlawanan berbeza terutama dalam Piala AFC walaupun mereka bermain di Singapura dengan padang tiruan tetapi saya percaya mereka telah bersama agak lama dan kita tidak boleh mengambil mudah.

“Dan dalam masa sama kita tahu apa yang kita perlu lakukan yang penting esok kita mendapatkan keputusan yang positif,” katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee berkata, beliau mahu memberi fokus kepada satu perlawanan ke satu perlawanan kerana ia penting untuk memastikan mereka tidak memikirkan terlalu jauh kerana masih mempunyai banyak perlawanan yang perlu dihadapi.

“Kita mempunyai objektif dalam setiap kejohanan yang kita sertai, dah tentu kita inigin layak sejauh mungkin dala, Piala AFC seperti mana yang dilakukan oleh JDT dan Kuala Lumpur.

“Kita harus fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan dimana ini penting bagi memastikan kita tidak memikirkan terlampau jauh dimana banyak lagi perlawanan yang perlu kita lalui selain Piala AFC,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/20/piala-afc-yakin-pemain-mampu-kawal-tekanan/feed/ 0 42134