Piala afc – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 05 Feb 2024 03:52:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Piala afc – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Piala AFC : Sabah FC mampu beri saingan, pamer prestasi terbaik https://sabahmedia.com/2024/02/05/piala-afc-sabah-fc-mampu-beri-saingan-pamer-prestasi-terbaik/ https://sabahmedia.com/2024/02/05/piala-afc-sabah-fc-mampu-beri-saingan-pamer-prestasi-terbaik/#respond Mon, 05 Feb 2024 03:45:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49024
Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Semua pemain Sabah FC diharap agar dapat mempamerkan prestasi terbaik pada perlawanan separuh akhir Piala AFC Zon ASEAN di Australia pada 13 Februari ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee itu diyakini mampu berdepan Macarthur FC yang dilihat antara pasukan terkuat di negara itu.

“Mereka (pemain Sabah FC) sedang giat melakukan latihan dan perlawanan dijangka akan dibuat pertengahan Februari ini di Sydney.

“Pasukan Macarthur adalah satu pasukan yang agak kuat juga dalam Liga Australia dan kita harap Sabah FC dapat mempamerkan prestasi yang baik dalam perlawanan itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan mesra dengan peniaga sempena Tahun Baharu Cina di Pekan Tanjung Aru dan Pekan Sembulan, di sini, semalam.

Shahelmey ditanya mengenai harapannya terhadap Sabah FC bagi menghadapi perlawanan kalah mati itu selepas memenangi saingan Kumpulan H, Piala AFC 2023 yang berakhir pada 14 Disember lalu.

Sementara itu, mengulas sama ada kerajaan negeri menyediakan insentif tertentu sekiranya Sabah FC memenangi perlawanan itu, Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah meminta supaya pemain memberikan persembahan yang baik terlebih dahulu.

“‘Perform’ (bermain) dululah,” katanya.

Semua pemain Sabah FC yang kekal bersama pasukan itu sudah kembali menjalani latihan sejak awal Januari lalu.

Hanya beberapa pemain import dan kebangsaan yang bercuti dan terbabit dengan perlawanan Piala Asia 2023, antaranya Saddil Ramdani, Darren Lok, Dominic Tan dan Stuart John Wilkin baru kembali menyertai pasukan bermula akhir Januari lalu.

Sabah FC dijangka meletakkan sandaran tinggi terhadap semua kesebelasan utamanya, terutama penyerang import, Ramon Machado, selain Darren dan Saddil untuk mencipta gol pada perlawanan itu nanti. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/05/piala-afc-sabah-fc-mampu-beri-saingan-pamer-prestasi-terbaik/feed/ 0 49024
Piala AFC : Kim Swee tidak puas hati persembahan pemain https://sabahmedia.com/2023/12/15/piala-afc-kim-swee-tidak-puas-hati-persembahan-pemain/ https://sabahmedia.com/2023/12/15/piala-afc-kim-swee-tidak-puas-hati-persembahan-pemain/#respond Fri, 15 Dec 2023 05:07:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46572
Read Time:1 Minute, 45 Second

Kota Kinabalu: Kelekaan pemain Sabah FC pada perlawanan terakhir Kumpulan H, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Likas malam tadi telah menghukum pasukan itu apabila tewas 1-3 kepada PSM Makassar.

Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee mengakui tidak berpuas hati terhadap persembahan anak buahnya khususnya pada separuh masa pertama.

Katanya, kelekaan pemain Sang Badak pada separuh masa pertama menyebabkan mereka dihukum apabila dibolosi dua gol tanpa balas oleh pasukan dari Indonesia itu.

Beliau berkata, walaupun cuba bangkit untuk mendapatkan gol pada awal babak kedua, mereka hanya berjaya mendapat satu gol pada minit ke-72, sebelum sekali lagi dihukum apabila PSM Makassar diberikan sepakan penalti pada minit kecederaan.

“Sudah tentu ia satu perkara yang tidak memuaskan bagi saya terutama pada separuh masa pertama di mana kita leka dan apabila kita leka kita dihukum.

“Pada separuh masa kedua, kita cuba untuk mendapatkan gol awal tetapi tidak berjaya juga dan hanya dapat pada minit  ke-72.

“Kemudian kita cuba mendapatkan gol penyamaan dan di situ berlakunya lagi serangan balas di mana mereka (PSM Makassar) mendapat sepakan penalti,” katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Dalam aksi malam tadi, PSM Makassar mencipta gol pertama menerusi jaringan pemain tengahnya, Yakob Sayuri pada minit ke-15, disusuli gol kedua pada minit ke-35 hasil gol sendiri pemain pertahanan Sabah, Dominic Tan.

Gol tunggal Sabah pula terhasil menerusi tandukan Telmo Castanheira, menjadikan kedudukan gol berubah kepada 2-1 pada minit ke-72.

Namun, PSM Makassar berjaya melebarkan kemenangan kepada 3-1 apabila pasukan pelawat itu dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan penyerangnya, Everton Nascimento pada minit ke-93 selepas pemain Sabah, Rizal Ghazali dipersalahkan menjatuhkan pemain lawan di kotak penalti.

Dalam pada itu, Kim Swee menyifatkan keputusan perlawanan malam tadi sebagai sesuatu yang tidak bagus untuk skuad Badak.

“Peluang-peluang yang kita cipta tidak dapat disempurnakan dan kita tahu pasukan PSM Makassar datang dengan taktik bertahan dan bermain secara ‘counter attack’ dan mereka berjaya melakukannya.

“Sebaliknya, pemain kita tidak melawan asakan terutama dari segi larian di belakang atau seperti saya katakan, ‘counter attack’ yang dilakukan oleh pasukan PSM Makassar,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/15/piala-afc-kim-swee-tidak-puas-hati-persembahan-pemain/feed/ 0 46572