PIALA CABARAN – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 20 Apr 2026 07:19:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png PIALA CABARAN – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Piala Cabaran : Kejayaan ini dicapai bersama penyokong di laman sendiri – Garrido https://sabahmedia.com/2026/04/20/piala-cabaran-kejayaan-ini-dicapai-bersama-penyokong-di-laman-sendiri-garrido/ https://sabahmedia.com/2026/04/20/piala-cabaran-kejayaan-ini-dicapai-bersama-penyokong-di-laman-sendiri-garrido/#respond Mon, 20 Apr 2026 05:17:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95221
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Pengendali Sabah FC, Juan Torres Garrido menyifatkan kejayaan menjulang Piala Cabaran sebagai detik bermakna bukan sahaja menamatkan kemarau trofi pasukan, malah menjadi pencapaian peribadi pertamanya sebagai ketua jurulatih di peringkat kelab.

Jurulatih dari Sepanyol itu berkata, kejayaan tersebut lebih istimewa kerana dicapai di hadapan penyokong sendiri yang memenuhi Stadium Likas, sekali gus menjadikan kemenangan itu lebih bermakna buat pasukan dan penyokong Sang Badak.

“Saya sangat gembira kerana kami berjaya mendapat trofi, terutamanya di laman sendiri. Ia musim yang sukar bagi pemain, tetapi ini memberi motivasi dan perasaan baharu dalam bilik persalinan,” katanya.

Menurutnya, walaupun berdepan cabaran terutama pada aksi final kedua menentang Penang FC, pasukan tetap menunjukkan semangat juang tinggi sehingga berjaya mengesahkan kejuaraan.

Beliau mengakui Sabah FC berdepan kesukaran dalam aspek penyudah, namun pemain terus berusaha sehingga berjaya mengubah keputusan perlawanan.

“Kami tahu kami sedikit bergelut untuk menjaringkan gol, tetapi pada akhirnya kami berjaya bertahan, kekal percaya dan menamatkan perlawanan dengan baik,” katanya.

Garrido berkata, pasukan bermula dengan baik namun beberapa kesilapan pada babak pertama menyebabkan mereka hilang kawalan permainan untuk tempoh tertentu.

“Selepas dua atau tiga kesilapan, beberapa pemain mula berasa ragu-ragu dan kami kehilangan kawalan selama kira-kira 15 hingga 20 minit,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan Sabah FC secara keseluruhan lebih dominan sepanjang perlawanan dan layak untuk bergelar juara berdasarkan persembahan yang ditampilkan.

Dalam pada itu, beliau turut memuji sokongan padu penyokong yang dianggap sebagai faktor penting membantu pasukan terutama ketika perlawanan memasuki masa tambahan.

“Kami dapat rasakan tenaga daripada penyokong. Mereka sangat penting dalam kejayaan ini,” katanya.

Kejayaan tersebut turut menjadi trofi pertama Garrido bersama Sabah FC sekali gus membuka lembaran baharu buat pasukan dalam saingan akan datang.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/20/piala-cabaran-kejayaan-ini-dicapai-bersama-penyokong-di-laman-sendiri-garrido/feed/ 0 95221
Sabah FC cipta sejarah, juara Piala Cabaran https://sabahmedia.com/2026/04/20/sabah-fc-cipta-sejarah-juara-piala-cabaran/ https://sabahmedia.com/2026/04/20/sabah-fc-cipta-sejarah-juara-piala-cabaran/#respond Sun, 19 Apr 2026 17:31:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95181
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC mencipta detik bersejarah apabila menjulang Piala Cabaran selepas menewaskan Penang FC 4-3 menerusi sepakan penalti dalam aksi final kedua di Stadium Likas, malam tadi.

Perlawanan berlangsung sengit selama 120 minit tanpa jaringan, sekali gus menyaksikan agregat terikat 1-1 selepas aksi pertama di Stadium Bandaraya.

Penang FC terlebih dahulu menguasai permainan pada separuh masa pertama dengan beberapa percubaan berbahaya, termasuk tandukan kapten Stefano Brundo yang hampir membuka tirai jaringan, namun gagal menemui sasaran.

Sabah bangkit pada babak kedua dengan aksi lebih agresif, diketuai Jafri Firdaus Chew yang beberapa kali menguji kecekapan penjaga gol lawan, Ramadhan Hamid.

Walaupun kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, kekebalan benteng pertahanan serta ketangkasan penjaga gol masing-masing memastikan keputusan kekal 0-0 hingga ke wisel penamat masa tambahan.

Penentuan sepakan penalti menyaksikan debaran memuncak di hadapan lebih 20,000 penyokong tuan rumah apabila kedua-dua penjaga gol, termasuk Damien Lim, mempamerkan aksi cemerlang dengan beberapa siri menyelamat penting.

Detik penentuan hadir apabila pemain Penang FC, Adib Raop gagal menyempurnakan sepakan, sebelum Farhan Roslan tenang menyempurnakan sepakan terakhir untuk menghadiahkan kemenangan kepada Sabah.

Kejayaan ini menamatkan penantian panjang Sabah untuk meraih trofi domestik sejak kali terakhir muncul juara Liga Perdana pada 2019, sekali gus mengukuhkan kebangkitan semula pasukan The Rhinos dalam arena bola sepak tanah air. – SABAH MEDIA / FOTO MFL

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/20/sabah-fc-cipta-sejarah-juara-piala-cabaran/feed/ 0 95181
Piala Cabaran : Sabah FC terima bonus RM700,000 https://sabahmedia.com/2026/04/20/piala-cabaran-sabah-fc-terima-bonus-rm700000/ https://sabahmedia.com/2026/04/20/piala-cabaran-sabah-fc-terima-bonus-rm700000/#respond Sun, 19 Apr 2026 17:13:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95178
Read Time:1 Minute, 26 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah bersetuju untuk memberikan bonus kemenangan sebanyak RM700,000 kepada pasukan Sabah FC selepas berjaya menjuarai perlawanan akhir Piala Cabaran menentang Penang FC di Stadium Likas malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan ketika ditemui selepas meraikan kemenangan bersama pasukan The Rhinos.

“Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor telah menelefon saya dan meminta saya untuk menyampaikan ucapan tahniah kepada semua pemain serta pengurusan Sabah FC yang telah berusaha sedaya upaya dalam 120 minit untuk mencipta kemenangan dengan penentuan sepakan penalti 4-3.

“Beliau juga telah memaklumkan kepada saya untuk menyampaikan pesanan ini bahawa Kerajaan negeri di bawah pimpinan beliau bersetuju untuk memberi bonus kemenangan kepada semua pengurusan dan pemain Sabah FC Sebanyak RM RM 500,000.

“Saya juga ingin memaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah bersetuju untuk menyalurkan insentif tambahan sebanyak RM200,000 sebagai tanda penghargaan terhadap pencapaian cemerlang ini,” katanya.

Nizam berkata, Ketua Menteri berharap agar masa depan bola sepak Sabah akan terus bergerak maju dan terus cemerlang di arena bola sepak Malaysia.

Katanya, kejayaan itu merupakan satu detik yang bermakna buat bola sepak Sabah, khususnya selepas penantian yang panjang untuk melihat pasukan negeri kembali menjulang trofi dalam saingan domestik.

“Perlawanan akhir yang berlangsung dalam suasana penuh debaran ini memperlihatkan ketahanan mental, disiplin serta semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan sehingga ke penentuan sepakan penalti.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada para penyokong yang hadir memenuhi Stadium Likas dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi. 

“Sokongan padu ini jelas menjadi antara faktor penting yang menyuntik semangat kepada pasukan di saat-saat genting,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/20/piala-cabaran-sabah-fc-terima-bonus-rm700000/feed/ 0 95178
Piala Cabaran : Kejayaan ini adalah hasil kerja keras pemain – Garrido https://sabahmedia.com/2026/04/18/piala-cabaran-kejayaan-ini-adalah-hasil-kerja-keras-pemain-garrido/ https://sabahmedia.com/2026/04/18/piala-cabaran-kejayaan-ini-adalah-hasil-kerja-keras-pemain-garrido/#respond Sat, 18 Apr 2026 04:49:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95079
Read Time:1 Minute, 19 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Sabah FC kini berada dalam keadaan lebih baik menjelang aksi final kedua Piala Cabaran di Stadium Likas malam esok apabila sebahagian besar pemain utama kembali pulih daripada kecederaan, sekali gus meningkatkan keyakinan pasukan untuk menghadapi perlawanan penting tersebut.

Ketua Jurulatih Sabah FC Juan Torres Garrido berkata, setakat ini tiada kecederaan baharu dilaporkan dan pasukan masih mempunyai satu sesi latihan terakhir sebelum perlawanan.

Beliau berkata, keadaan semasa pasukan jauh lebih baik berbanding perlawanan pertama apabila beberapa pemain terpaksa diketepikan akibat kecederaan.

“Kini kami hampir memiliki skuad penuh, jadi pasukan lebih kuat. Kami juga telah menganalisis perlawanan terdahulu dan mengenal pasti beberapa aspek yang perlu diperbaiki,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pra-perlawanan final Piala Cabaran di Stadium Likas di sini pada Sabtu.

Garrido berkata, para pemain telah bekerja keras sepanjang sesi latihan dan berada pada tahap persiapan yang baik untuk menghadapi cabaran final.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan kemaraan ke satu lagi perlawanan akhir sebagai hasil usaha berterusan para pemain yang telah membawa pasukan ke tahap lebih baik sejak beberapa musim lalu.

“Terdapat beberapa perubahan dalam skuad sejak Disember lalu, namun kejayaan ini adalah hasil kerja keras pemain, bukan hanya bergantung kepada jurulatih,” katanya.

Beliau turut menekankan pentingnya sokongan penyokong yang disifatkan sebagai faktor penting dalam membantu pasukan, khususnya dalam perlawanan besar seperti final.

Sehingga pagi tadi, lebih 11,000 tiket telah terjual dan ia mencerminkan sokongan padu peminat terhadap pasukan yang kini memburu kejuaraan musim ini.

Pada perlawanan akhir pertama di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, Sabah mencatat keputusan seri 1-1 kepada Penang FC- SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/18/piala-cabaran-kejayaan-ini-adalah-hasil-kerja-keras-pemain-garrido/feed/ 0 95079
Piala Cabaran : Sabah FC tekad bawa bekalan berharga dari Pulau Pinang https://sabahmedia.com/2026/04/03/piala-cabaran-sabah-fc-tekad-bawa-bekalan-berharga-dari-pulau-pinang/ https://sabahmedia.com/2026/04/03/piala-cabaran-sabah-fc-tekad-bawa-bekalan-berharga-dari-pulau-pinang/#respond Fri, 03 Apr 2026 03:30:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94204
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC menyasarkan keputusan positif pada aksi pertama final MFL Challenge Cup 2025/2026 menentang Penang FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, esok.

Ketua jurulatih, Juan Torres Garrido, berkata pasukannya kini berada pada tahap kesiapsiagaan terbaik hasil tempoh latihan yang berjalan lancar menjelang perlawanan penting itu.

Beliau berkata, persiapan rapi yang dilakukan membolehkan pasukan memberi tumpuan kepada aspek teknikal dan taktikal bagi memastikan Sabah FC tampil lebih bersedia.

“Kami melalui tempoh latihan yang baik dan membuat persiapan sebaik mungkin. Kami menjangkakan dapat mengawal lebih banyak aspek permainan dalam perlawanan ini,” katanya dalam kenyataan media, di sini.

Menurut Juan, sasaran utama pasukan adalah untuk meraih kemenangan, namun beliau mengakui final yang berlangsung secara timbal balik memerlukan pendekatan lebih strategik.

“Ini adalah final dua perlawanan, jadi tidak ada keputusan muktamad selepas aksi pertama. Keputusan yang baik adalah penting, tetapi bukan penentu sepenuhnya,” katanya.

Mengulas mengenai Penang FC, Juan menjangkakan lawan akan tampil dengan motivasi tinggi memandangkan kepentingan aksi final itu.

“Ini adalah perlawanan akhir dan kami menjangkakan mereka akan sama bersemangat seperti kami,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap Sabah FC dapat mempersembahkan aksi terbaik untuk penyokong, selain menyuntik semangat menjelang aksi timbal balik di Stadium Likas 19 April ini.

“Kami mahu memberikan persembahan yang baik supaya penyokong lebih bersemangat untuk hadir dan menyokong pasukan pada perlawanan kedua nanti,” katanya.

Aksi pertama final MFL Challenge Cup 2025/2026 antara Penang FC dan  Sabah FC dijadual berlangsung Sabtu ini jam 9 malam di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/03/piala-cabaran-sabah-fc-tekad-bawa-bekalan-berharga-dari-pulau-pinang/feed/ 0 94204
Piala Cabaran : Sabah FC tempah tiket ke final https://sabahmedia.com/2026/03/12/piala-cabaran-sabah-fc-tempah-tiket-ke-final/ https://sabahmedia.com/2026/03/12/piala-cabaran-sabah-fc-tempah-tiket-ke-final/#respond Wed, 11 Mar 2026 22:38:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93107
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC melakar kejayaan manis apabila mara ke perlawanan akhir Piala Cabaran 2026 selepas menewaskan Perak FA 1-0 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Likas, malam tadi.

Kemenangan itu memastikan Sabah melangkah ke perlawanan akhir dengan agregat 1-0 selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada perlawanan separuh akhir pertama di Manjung, Perak pada 4 Mac lalu.

Gol tunggal Sabah dijaringkan pemain pertahanan, Gabriel Peres menerusi tandukan hasil hantaran lintang Muhammad Jafri Firdaus Chew pada minit ke-22.

Pada separuh masa pertama, Sabah lebih banyak menguasai permainan dan mencipta beberapa peluang berbahaya, termasuk percubaan penyerang Darren Lok pada minit ke-15 yang berjaya diselamatkan penjaga gol Perak, Ahmad Shazwan Shazany.

Bersambung babak kedua, Darren sekali lagi hampir menambah jaringan pada minit ke-47 ketika berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol lawan, namun percubaannya melantun melepasi palang gol.

Sabah turut memperoleh beberapa peluang melalui S. Kumaahran dan Muhammad Jafri, namun percubaan mereka gagal menepati sasaran.

Pasukan pelawat kemudian meningkatkan asakan dalam tempoh 25 minit terakhir permainan bagi mencari gol penyamaan, namun barisan pertahanan Sabah serta ketangkasan penjaga gol Damien Lim berjaya mengekang segala percubaan lawan.

Perak terus melancarkan serangan sehingga lima minit masa tambahan, namun gawang Sabah kekal kebal sehingga wisel penamat.

Keputusan itu menyaksikan Sabah FC mengesahkan tempat di perlawanan akhir Piala Cabaran 2026 dan akan bertemu Penang FC bagi penentuan kejuaraan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/12/piala-cabaran-sabah-fc-tempah-tiket-ke-final/feed/ 0 93107
Piala Cabaran : Kemenangan di Likas beri kelebihan Sabah FC https://sabahmedia.com/2026/02/08/piala-cabaran-kemenangan-di-likas-beri-kelebihan-sabah-fc/ https://sabahmedia.com/2026/02/08/piala-cabaran-kemenangan-di-likas-beri-kelebihan-sabah-fc/#respond Sun, 08 Feb 2026 14:15:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91273
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC berada di landasan terbaik untuk mara ke separuh akhir Piala Cabaran selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas PDRM FC dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Likas, malam tadi.

Selepas buntu mencipta jaringan pada separuh masa pertama, kebangkitan skuad Sang Badak terserlah sebaik permainan bersambung apabila dua gol pantas dalam tempoh empat minit memastikan kelebihan selesa menjelang aksi timbal balik.

Gol pertama Sabah hadir pada minit ke-53 menerusi sepakan jarak jauh pertahanan, Dane James Ingham, apabila bola tinggi yang dilepaskan secara tidak sengaja gagal dijangka penjaga gol PDRM sebelum menerjah jaring.

Empat minit kemudian, penyerang muda Sabah, Fergus Tierney menggandakan kedudukan selepas pantas menyambar bola yang terlepas daripada genggaman penjaga gol pelawat, Nor Hakeem Hamidun ketika berlaku kekalutan di hadapan pintu gol.

Tierney nyata menjadi duri dalam daging pertahanan PDRM selepas beberapa kali hampir mencetak nama sebagai penjaring pada separuh masa pertama, namun penyudahnya gagal menemui sasaran.

Sabah sebelum itu menguasai permainan selepas melepasi tekanan awal daripada PDRM yang tampil agresif pada minit-minit pembukaan perlawanan.

PDRM pula berdepan kesukaran mengekang asakan tuan rumah dan turut menyaksikan pemain pertahanannya, Mohd Badrul Affendy Mohd Fadzli, dilayangkan kad kuning pada minit ke-25 selepas mengasari Tierney.

Tuan rumah hampir menambah gol ketiga pada minit ke-73, namun sepakan penalti Darren Lok berjaya diselamatkan Nor Hakeem, sekali gus memberi sedikit kelegaan kepada pasukan pelawat.

Walaupun terus diasak sehingga tamat perlawanan, PDRM berjaya mengekalkan keputusan 2-0, manakala Sabah bakal membawa bekalan penting ke perlawanan suku akhir kedua di Selangor. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/08/piala-cabaran-kemenangan-di-likas-beri-kelebihan-sabah-fc/feed/ 0 91273