Piala dunia – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 20 Jul 2026 00:30:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Piala dunia – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sepanyol juara Piala Dunia 2026, tewaskan Argentina 1-0 https://sabahmedia.com/2026/07/20/sepanyol-juara-piala-dunia-2026-tewaskan-argentina-1-0/ https://sabahmedia.com/2026/07/20/sepanyol-juara-piala-dunia-2026-tewaskan-argentina-1-0/#respond Mon, 20 Jul 2026 00:30:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100169
Read Time:1 Minute, 13 Second

EAST RUTHERFORD: Sepanyol muncul juara Piala Dunia FIFA 2026 selepas menewaskan juara bertahan Argentina 1-0 menerusi masa tambahan dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium New York New Jersey, awal pagi Isnin (waktu Malaysia).

Ferran Torres muncul wira La Roja apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-106, sekali gus menghadiahkan gelaran dunia kedua buat Sepanyol selepas kejayaan pertama mereka pada edisi 2010 di Afrika Selatan.

Kemenangan itu turut menamatkan impian Argentina untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada 2022, selain menafikan hasrat Lionel Messi mengakhiri penampilan terakhirnya di pentas Piala Dunia dengan satu lagi trofi dunia.

Selepas aksi sengit tanpa jaringan sepanjang 90 minit masa sebenar, Sepanyol akhirnya memecahkan kebuntuan pada babak kedua masa tambahan apabila Nico Williams melorongkan bola kepada Torres yang tenang menyudahkan peluang untuk menewaskan penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez.

Sepanyol menguasai sebahagian besar permainan dengan corak hantaran pantas dan tekanan berterusan, namun Martinez mempamerkan aksi cemerlang apabila melakukan beberapa siri penyelamatan penting untuk memastikan Argentina terus bersaing sehingga ke masa tambahan.

Argentina pula terpaksa mengharungi penghujung perlawanan dengan 10 pemain selepas Enzo Fernandez dilayangkan kad merah akibat mengutip kad kuning kedua pada penghujung masa sebenar, sekali gus menyukarkan usaha mereka memburu gol penyamaan.

Kejayaan itu melengkapkan kempen cemerlang skuad bimbingan Luis de la Fuente yang menamatkan kejohanan tanpa kalah.

Sepanjang kempen Piala Dunia 2026, Sepanyol hanya melepaskan satu gol, sekali gus membuktikan kekuatan barisan pertahanan mereka sebagai antara faktor utama kejayaan menjulang trofi dunia buat kali kedua.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/20/sepanyol-juara-piala-dunia-2026-tewaskan-argentina-1-0/feed/ 0 100169
Empat Pemain Kudung Sabah wakili negara ke Kelayakan Piala Dunia di Jakarta https://sabahmedia.com/2025/11/04/empat-pemain-kudung-sabah-wakili-negara-ke-kelayakan-piala-dunia-di-jakarta/ https://sabahmedia.com/2025/11/04/empat-pemain-kudung-sabah-wakili-negara-ke-kelayakan-piala-dunia-di-jakarta/#respond Tue, 04 Nov 2025 11:06:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84948
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Empat pemain Pasukan Bola Sepak Orang Kudung Sabah terpilih mewakili Malaysia ke saingan Kelayakan Piala Dunia Zon Asia Timur yang akan berlangsung di Jakarta dari 8 hingga 15 November ini.

Empat pemain tersebut ialah Fatnee Sardun, Muhd Shahniezam Hamsa, Louis Simun dan Ridwan Yah.

Mereka kini menjalani latihan pusat di EV Arena, Shah Alam bermula 31 Oktober hingga 6 November, sebelum berlepas ke Jakarta pada 7 November.

Perlawanan dijadual berlangsung di Stadium Madya Gelora Bung Karno dan padang berhampiran kompleks stadium berkenaan.

Antara negara yang bakal bersaing dalam pusingan kelayakan itu ialah Jepun, Uzbekistan, Iran, Iraq, Malaysia, Indonesia, Syria, Yaman dan Bangladesh. Undian kumpulan akan dilakukan sebelum kejohanan bermula, dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke Piala Dunia 2026.

Untuk rekod, Jepun, Uzbekistan, Iran dan Indonesia layak ke Piala Dunia 2022, manakala Uzbekistan merupakan juara Piala Asia 2025 yang diadakan di India, Februari lalu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Orang Kudung Sabah (PEBOKS), Mohd Asyraaf Abdullah berkata, beliau berbangga dengan penyertaan empat pemain Sabah dalam skuad kebangsaan kali ini.

“Saya berharap pasukan Malaysia dapat memberikan saingan terbaik pada pusingan kelayakan nanti. Ini merupakan peluang terbaik buat pemain Sabah untuk menimba pengalaman dan pendedahan dalam kejohanan peringkat Asia yang kompetitif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Bola Sepak Kudung Sabah, Muhammad Faizul Taha turut menyatakan rasa bangga terhadap pencapaian pemain terbabit dan menasihati mereka agar mengekalkan disiplin sepanjang kejohanan.

“Saya berharap mereka dapat menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi serta menjaga disiplin diri, termasuk dalam aspek pemakanan dan waktu rehat,” katanya.

Jurulatih pemerhati Usaman Baalon

Dalam masa sama, PEBOKS turut menghantar seorang jurulatih sebagai pemerhati ke kejohanan tersebut bagi tujuan pendedahan dan pengalaman di peringkat antarabangsa.

Jurulatih berkenaan ialah Usaman Baalon, bekas penjaga gol Cebagoo FC, DYS FC dan KDMM FC dalam saingan Piala FAM, yang kini memegang lesen D serta Asas Penjaga Gol.

Menurut Mohd Asyraaf, kos penyertaan jurulatih itu ditanggung sepenuhnya oleh persatuan bagi membantu memperkasa keupayaan kejurulatihan bola sepak orang kudung Sabah pada masa depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/04/empat-pemain-kudung-sabah-wakili-negara-ke-kelayakan-piala-dunia-di-jakarta/feed/ 0 84948