piala fa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 10 Sep 2026 02:11:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png piala fa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Piala FA : Sabah FC tersingkir, Selangor FC tempah tiket ke suku akhir https://sabahmedia.com/2026/09/10/piala-fa-sabah-fc-tersingkir-selangor-fc-tempah-tiket-ke-suku-akhir/ https://sabahmedia.com/2026/09/10/piala-fa-sabah-fc-tersingkir-selangor-fc-tempah-tiket-ke-suku-akhir/#respond Thu, 10 Sep 2026 02:11:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103142
Read Time:2 Minute, 30 Second

PETALING JAYA: Selangor FC (SFC) menamatkan cabaran Sabah FC dalam Piala FA selepas mencatat kemenangan 2-1 pada aksi kedua Pusingan 16 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi

Kemenangan itu membolehkan The Red Giants mara ke suku akhir dengan agregat 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada perlawanan pertama di Stadium Likas.

Skuad kendalian Kim Pan Gon bagaimanapun terpaksa bekerja keras sebelum mengesahkan kemaraan apabila Sabah FC memberikan tentangan sengit terutama selepas berjaya menyamakan kedudukan pada awal babak kedua.

SFC terlebih dahulu menguasai permainan dan hampir membuka jaringan seawal minit ketiga menerusi Eduardo Sosa, namun percubaannya gagal menepati sasaran.

Arbenit Xhemajli kemudian muncul dengan peluang berikutnya apabila tandukannya menuju tepat ke gawang, tetapi Juan Flere tangkas menafikan percubaan pemain SFC itu.

Sabah FC yang sesekali melakukan serangan balas turut hampir mencipta jaringan pada minit ke-12 menerusi Farhan Roslan.

Farhan melepaskan rembatan kencang yang terkena pemain pertahanan SFC, namun Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi tidak berdepan masalah untuk mengamankan bola.

Tuan rumah sekali lagi dikejutkan pada minit ke-21 apabila Park Jun Bin berjaya menjaringkan gol, namun jaringan itu tidak disahkan selepas dia didapati berada dalam kedudukan ofsaid ketika menerima hantaran Fayadh Zulkifli.

SFC akhirnya memperoleh gol yang dicari pada minit ke-35.

Sosa menyudahkan gerakan serangan selepas menerima hantaran Peter Makrillos dengan rembatan yang gagal diselamatkan Flere, sekali gus memberikan kelebihan 1-0 kepada SFC.

Peluang terbaik untuk SFC menambah jaringan hadir dua minit kemudian apabila Chrigor Moraes berdepan situasi satu lawan satu dengan Flere.

Moraes cuba melakukan penyudah secara cungkil, namun Flere membaca percubaan itu dengan baik.

Penjaga gol Sabah FC itu sekali lagi menjadi penghalang kepada Moraes pada penghujung babak pertama apabila menafikan percubaan penyerang SFC berkenaan.

Memasuki babak kedua, Sabah FC tampil lebih agresif dan usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-49.

Jun Bin memanfaatkan kesilapan Harith Haiqal Adam Afkar untuk merampas bola sebelum melepaskan rembatan deras bagi menewaskan Kalamullah.

Gol penyamaan itu menjadikan kedudukan 1-1 dan kembali menghidupkan peluang Sabah FC untuk melakukan kejutan di gelanggang lawan.

Namun, SFC memperoleh peluang terbaik untuk kembali berada di depan hanya beberapa minit kemudian.

Farhan Roslan dihukum selepas mengasari Moraes di dalam kawasan penalti pada minit ke-52, dengan pengadil Mohamad Nawal Mohammad Zubir membuat keputusan memberikan sepakan penalti selepas meneliti insiden menerusi VAR.

Moraes ditugaskan mengambil sepakan berkenaan, tetapi Flere sekali lagi menunjukkan kehebatannya apabila berjaya membaca arah sepakan tersebut.

Bagaimanapun, bola muntah kembali kepada Moraes dan penyerang SFC itu tidak melakukan kesilapan untuk menyambar peluang kedua bagi menghasilkan gol.

Jaringan itu mengubah kedudukan kepada 2-1 dan memberikan SFC semula kelebihan yang amat diperlukan untuk mengesahkan kemaraan.

Sabah FC terus berusaha mencari gol penyamaan pada minit-minit terakhir, namun barisan pertahanan SFC berjaya bertahan daripada asakan pelawat.

Wisel penamat akhirnya mengesahkan kemenangan 2-1 buat SFC, sekali gus memastikan The Red Giants mara dengan agregat 4-3.

SFC kini akan bertemu Star City FC di peringkat suku akhir selepas pasukan berkenaan menyingkirkan Kedah FA dengan agregat 4-2.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/10/piala-fa-sabah-fc-tersingkir-selangor-fc-tempah-tiket-ke-suku-akhir/feed/ 0 103142
Piala FA : Sabah mampu beri saingan seimbang kepada Selangor – Garrido https://sabahmedia.com/2026/09/03/piala-fa-sabah-mampu-beri-saingan-seimbang-kepada-selangor-garrido/ https://sabahmedia.com/2026/09/03/piala-fa-sabah-mampu-beri-saingan-seimbang-kepada-selangor-garrido/#respond Thu, 03 Sep 2026 12:32:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102742
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC membuktikan mereka mampu memberikan saingan seimbang kepada Selangor FC meskipun pasukan lawan dianggap lebih baik.

Ketua Jurulatih Sabah FC Juan Torres Garrido berkata, aksi seri 2-2 pada perlawanan pertama Pusingan 16 Piala FA di Stadium Likas, malam tadi, memperlihatkan pemain Sang Badak mampu berdepan Selangor secara bersemuka tanpa rasa gentar.

Katanya, Sabah berjaya menyamai Selangor dalam banyak aspek sepanjang perlawanan dan perkara itu perlu dikekalkan menjelang aksi kedua timbal balik di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, pada 9 September ini.

“Perasaan saya sepanjang perlawanan malam ini adalah baik. Kita berdepan dengan pasukan yang bagus, yang dikatakan pasukan yang lebih baik berbanding kita.

“Tapi, kita menyamai mereka dalam banyak aspek dan berdepan dengan mereka secara bersemuka. Jadi, kita perlu melakukan perkara yang sama pada aksi kedua.

“Jika tidak, jika kita takut, mereka pasti akan menewaskan kita,” katanya pada sidang media selepas perlawanan pertama Pusingan 16 Piala FA di Stadium Likas, di sini, malam tadi.

Dalam aksi berkenaan, Sabah terlebih dahulu memberikan tentangan sengit kepada Selangor sebelum kedua-dua pasukan terikat 2-2 untuk membawa keputusan seimbang ke perlawanan timbal balik.

Garrido berkata, persembahan anak buahnya juga membuktikan Sabah tidak mudah didominasi meskipun berdepan pasukan yang mempunyai reputasi lebih baik.

“Kita ada masa lagi untuk menyemak semula perlawanan malam ini dan buat masa ini, saya fikir kita bermain dengan agak baik, menggunakan gaya permainan kita.

“Kita tidak berasa didominasi di laman sendiri oleh pasukan seperti Selangor,” katanya.

Bagaimanapun, Garrido mengakui Sabah masih mempunyai ruang untuk memperbaiki beberapa aspek, terutama dalam memanfaatkan peluang yang dicipta bagi memastikan mereka mampu membawa keputusan lebih positif pada aksi kedua.

Beliau berkata, Sabah sebenarnya mempunyai peluang yang mencukupi untuk menjaringkan lebih banyak gol berdasarkan corak permainan terbuka yang ditampilkan kedua-dua pasukan.

“Saya fikir kita sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol hari ini, jadi kita perlu memperbaiki perkara itu. Kita mencipta peluang yang mencukupi dalam permainan terbuka untuk menjaringkan gol.

“Jika kita sedikit lebih bernasib baik, kita boleh menamatkan perlawanan dengan kelebihan,” katanya.

Keputusan seri 2-2 itu menyaksikan Sabah dan Selangor mempunyai peluang sama rata untuk mara ke suku akhir Piala FA, dengan segala-galanya bakal ditentukan pada aksi kedua di Petaling Jaya. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/03/piala-fa-sabah-mampu-beri-saingan-seimbang-kepada-selangor-garrido/feed/ 0 102742
Piala FA : Abdul Halim selamatkan Sabah daripada tumbang di Likas https://sabahmedia.com/2026/09/02/piala-fa-abdul-halim-selamatkan-sabah-daripada-tumbang-di-likas/ https://sabahmedia.com/2026/09/02/piala-fa-abdul-halim-selamatkan-sabah-daripada-tumbang-di-likas/#respond Wed, 02 Sep 2026 14:49:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102681
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Jaringan Abdul Halim Saari pada minit ke-58 menyelamatkan Sabah FC daripada tumbang kepada Selangor FC selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam aksi pertama Pusingan 16 Piala FA di Stadium Likas, di sini, malam ini.

Beraksi di laman sendiri, skuad Sang Badak terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi tandukan Dane James Ingham pada minit ke-33.

Ingham menyudahkan peluang hasil sepakan sudut yang diambil pemain tengah, Park Jungbin, untuk meletakkan Sabah di depan 1-0.

Enrique (tengah) dan Halim (kiri) dalam aksi perlawanan Piala FA di Stadium Likas malam ini – Foto Normimie Diun

Namun, kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Selangor menyamakan kedudukan hanya dua minit kemudian menerusi Kay Sheku Tejan.

Penyerang Selangor itu menanduk masuk bola hasil sepakan percuma rakannya, sekali gus menjadikan kedudukan 1-1.

Kedua-dua pasukan kemudian beraksi seimbang sehingga tamat babak pertama tanpa tambahan jaringan.

Memasuki separuh masa kedua, Selangor tampil lebih agresif dan berjaya membalikkan kedudukan menerusi Chrigor Flores Moraes pada minit ke-50.

Ketinggalan 1-2 menyaksikan Sabah meningkatkan tekanan bagi mencari gol penyamaan dan usaha itu akhirnya membuahkan hasil lapan minit kemudian.

Abdul Halim muncul sebagai penyelamat tuan rumah apabila melepaskan rembatan leret yang gagal diselamatkan penjaga gol Selangor, Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi.

Gol itu terhasil selepas percubaan pertama Sabah menerusi sepakan sudut Jungbin berjaya dihalang pertahanan Selangor sebelum bola jatuh kepada Abdul Halim yang tidak mensia-siakan peluang.

Kedudukan 2-2 itu kekal sehingga tamat perlawanan walaupun Selangor terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pertahanannya, Muhammad Safuwan Baharudin, dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-78.

Sabah bagaimanapun gagal memanfaatkan kelebihan seorang pemain bagi mencari gol kemenangan dalam baki perlawanan.

Keputusan seri itu menyaksikan kedua-dua pasukan membawa kelebihan seimbang menjelang aksi timbal balik Pusingan 16 Piala FA yang dijadualkan berlangsung di Selangor pada 9 September ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/02/piala-fa-abdul-halim-selamatkan-sabah-daripada-tumbang-di-likas/feed/ 0 102681
Piala FA : Kelebihan beraksi di Likas perlu dimanfaatkan Sabah https://sabahmedia.com/2026/09/02/piala-fa-kelebihan-beraksi-di-likas-perlu-dimanfaatkan-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/09/02/piala-fa-kelebihan-beraksi-di-likas-perlu-dimanfaatkan-sabah/#respond Wed, 02 Sep 2026 00:18:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102636
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC perlu memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi di laman sendiri apabila menerima kunjungan Selangor FC dalam aksi Piala FA di Stadium Likas, jam 7.30 malam ini.

Ketua jurulatih Sabah FC, Juan Torres Garrido berkata, kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri mampu menjadi faktor penting buat pasukannya ketika berdepan Selangor yang turut berada dalam prestasi positif.

Menurutnya, sokongan padu penyokong di Stadium Likas bukan sahaja dapat mewujudkan suasana positif sepanjang perlawanan, malah mampu meningkatkan motivasi pemain untuk memberikan persembahan terbaik.

“Kelebihannya adalah bermain di hadapan Likas yang penuh. Saya mahu mengajak mereka datang ke stadium untuk menyokong kami,” katanya.

Garrido berkata, kehadiran penyokong amat diperlukan terutama ketika Sabah berdepan lawan berkualiti seperti Selangor dalam perlawanan yang dijangka berlangsung sengit.

Katanya, sokongan daripada penyokong juga boleh membantu pemain lebih bersemangat untuk menghadapi tekanan serta cabaran sepanjang perlawanan.

“Kami perlukan penyokong datang ke stadium jika kami mahu berkembang lebih cepat dan mempunyai peluang untuk menghadapi cabaran seperti ini,” katanya.

Sabah hadir ke perlawanan itu dengan keyakinan selepas mencatat dua kemenangan dalam dua aksi awal Liga Super, namun Selangor turut memiliki rekod sama.

Justeru, Garrido menjangkakan pertemuan di Likas itu bukan mudah dan kedua-dua pasukan akan turun dengan motivasi tinggi untuk memburu tiket ke pusingan seterusnya.

“Kami menjangkakan berdepan pasukan yang sangat bagus dan bermotivasi tinggi.  Saya pasti mereka juga menyasarkan untuk mara ke final Piala FA dan di atas kertas mereka jelas pilihan berbanding kami.

“Tetapi kita akan lihat apa yang berlaku di atas padang,” katanya.

Dalam pada itu, pertemuan Sabah dan Selangor kali ini turut mengimbau aksi dramatik Piala FA musim lalu apabila Sabah menyingkirkan pasukan berkenaan menerusi penentuan penalti selepas agregat berkesudahan 5-5.

Walaupun belum menjadi sebahagian daripada pasukan Sabah ketika itu, Garrido mengakui kejayaan tersebut merupakan pencapaian besar dan berharap skuad kendaliannya mampu mengulangi keputusan berkenaan.

“Saya masih belum berada di sini ketika itu, tetapi itu adalah satu keputusan yang besar. Sudah tentu bagus jika kami dapat mengulanginya,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/02/piala-fa-kelebihan-beraksi-di-likas-perlu-dimanfaatkan-sabah/feed/ 0 102636
Piala FA : Kerajaan Sabah salur insentif penghargaan kepada Sabah FC selepas mara ke final https://sabahmedia.com/2025/12/10/piala-fa-kerajaan-sabah-salur-insentif-penghargaan-kepada-sabah-fc-selepas-mara-ke-final/ https://sabahmedia.com/2025/12/10/piala-fa-kerajaan-sabah-salur-insentif-penghargaan-kepada-sabah-fc-selepas-mara-ke-final/#respond Wed, 10 Dec 2025 14:46:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88058
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menyalurkan insentif berjumlah RM100,000 kepada pasukan Sabah FC sebagai penghargaan atas kejayaan melakar sejarah mara ke final Piala FA 2025, kali pertama selepas tiga dekad tidak beraksi di pentas akhir kejohanan itu.

Insentif tersebut disampaikan oleh Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, yang mengadakan lawatan khas bertemu pemain dan pengurusan Sabah FC di Stadium Likas di sini pada Rabu.

Beliau berkata, kejayaan Sabah FC mara ke final merupakan pencapaian yang amat membanggakan bukan sahaja kepada pasukan, malah kepada seluruh rakyat Sabah.

“Ini adalah satu pencapaian yang cukup memberangsangkan. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri menyampaikan salam penghargaan kepada seluruh pasukan Sabah FC, dan kerajaan negeri turut menyampaikan insentif sebanyak RM100,000 sebagai tanda sokongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri dan menyaksikan sesi latihan terbuka Sabah FC di Stadium Likas di sini.

Hadir sama Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Shahelmey Yahya.

Nizam turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri bersedia mempertimbangkan insentif yang lebih besar sekiranya Sabah FC berjaya menjuarai Piala FA 2025, sekali gus mengulangi kejayaan kali terakhir yang dicapai pada tahun 1995.

“Jika Sabah FC berjaya menjadi juara, insya-Allah kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri akan memberi insentif atau bonus yang lebih besar kepada pasukan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada barisan pengurusan Sabah FC, termasuk Presiden Sabah FC, Datuk Shahelmey Yahya, serta seluruh pengurusan dan pemain yang berjaya membawa pasukan ke perlawanan akhir selepas hampir tiga dekad.

Nizam turut menyeru seluruh rakyat dan penyokong Sabah khususnya yang berada di Lembah Klang supaya hadir beramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan sokongan penuh kepada pasukan kebanggaan negeri itu.

Sebagai tambahan, beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah menyumbang hampir 2,000 tiket percuma kepada warga Sabah di Lembah Klang bagi menyaksikan perlawanan akhir tersebut.

“Saya berharap Sabah FC akan beraksi dengan penuh komitmen, semangat berpasukan dan kesungguhan. Insya-Allah dengan doa seluruh rakyat Sabah, sejarah baharu akan tercipta pada tahun 2025 ini,” katanya.

Sabah FC akan bertemu juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC di Stadium Bukit Jalil Ahad ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/10/piala-fa-kerajaan-sabah-salur-insentif-penghargaan-kepada-sabah-fc-selepas-mara-ke-final/feed/ 0 88058
Piala FA : Sabah ke pentas akhir selepas penantian 27 tahun https://sabahmedia.com/2025/12/01/piala-fa-sabah-ke-pentas-akhir-selepas-penantian-27-tahun/ https://sabahmedia.com/2025/12/01/piala-fa-sabah-ke-pentas-akhir-selepas-penantian-27-tahun/#respond Mon, 01 Dec 2025 00:44:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87527
Read Time:1 Minute, 53 Second

SELANGOR : Penantian Sabah selama 27 tahun untuk kembali beraksi di perlawanan akhir Piala FA akhirnya berjaya apabila menyingkirkan Selangor 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Perlawanan sengit itu terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 sehingga tamat 90 minit permainan, sekali gus mencatat agregat keseluruhan 5-5.

Beraksi dalam suasana stadium ‘sunyi’ selepas Selangor dihukum bermain tanpa penyokong oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), perlawanan tetap berlangsung dalam tempo tinggi apabila Faisal Halim menceriakan kem Gergasi Merah dengan gol pembukaan pada minit ke-33.

Sabah bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-47 hasil rembatan kencang Dane Ingham yang menewaskan penjaga gol Selangor, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Namun kegembiraan itu hanya bertahan empat minit apabila Chrigor Moraes kembali meletakkan Selangor di hadapan selepas rembatan padu dari luar kotak penalti gagal diselamatkan penjaga gol Sabah, Damien Lim.

Aksi semakin mendebarkan apabila Sabah sekali lagi bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-62 menerusi Ajdin Mujagic yang pantas melakukan tindakan susulan selepas percubaan Stuart Wilkin singgah di palang gol.

Faisal Halim sekali lagi mencuri perhatian apabila menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit ke-73 untuk meletakkan Selangor kembali memimpin perlawanan.

Namun, drama tidak berakhir di situ apabila Sabah dihadiahkan sepakan penalti tiga minit sebelum tamat perlawanan selepas Farhan Roslan dijatuhkan pemain gantian Selangor, Muhammad Raimi Shamsul. Mujagic tenang menyempurnakan sepakan itu untuk mengikat kedudukan 3-3 buat kali ketiga.

Selangor kemudian dikejutkan dengan kad merah yang dilayangkan kepada pertahanan import, Mamadou Diarra, pada masa kecederaan selepas beliau mengasari Muhammad Fakrul Iman Naszari, sekali gus memaksa tuan rumah mengharungi detik akhir dengan 10 pemain.

Meskipun beraksi dengan kelebihan seorang pemain, Sabah gagal mencari gol kemenangan, memaksa perlawanan ditentukan melalui sepakan penalti.

Detik paling mendebarkan muncul apabila penjaga gol Sabah, Damien Lim, muncul wira dengan menyelamatkan sepakan penalti terakhir pemain Selangor, Mohammad Abualnadi, sekali gus mengesahkan kemenangan 5-4 buat skuad Badak dan tiket ke final Piala FA menjadi milik mereka.

Sabah dijadualkan berdepan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan akhir nanti.

Sebagai rekod, kali terakhir Sabah beraksi di final Piala FA ialah pada tahun 1998, namun ketika itu mereka terpaksa akur tewas 0-1 kepada Johor.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/01/piala-fa-sabah-ke-pentas-akhir-selepas-penantian-27-tahun/feed/ 0 87527
Piala FA : Sabah FC sasar cipta kejutan di Likas https://sabahmedia.com/2025/11/08/piala-fa-sabah-fc-sasar-cipta-kejutan-di-likas/ https://sabahmedia.com/2025/11/08/piala-fa-sabah-fc-sasar-cipta-kejutan-di-likas/#respond Sat, 08 Nov 2025 01:25:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85234
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Sabah FC bertekad mencipta kejutan apabila melayan kunjungan Selangor FC dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Likas, malam esok.

Ketua Jurulatih Sabah FC Jean-Paul de Marigny, optimis anak buahnya mampu menampilkan persembahan bertenaga berbekalkan semangat tinggi dan disiplin permainan yang mantap.

“Para pemain berada dalam keadaan baik dan bekerja keras. Kami sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi cabaran ini,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurutnya, hampir semua pemain utama sedia diturunkan kecuali Gabriel Peres dan Darren Lok yang masih menjalani proses pemulihan daripada kecederaan.

“Selain dua pemain itu, semua lain berada dalam keadaan baik,” katanya.

De Marigny mengakui Selangor FC bukan lawan mudah, namun percaya pasukannya mempunyai ramuan taktikal untuk mengekang kehebatan skuad Selangor.

“Kami menghormati setiap pemain Selangor, tetapi Sabah juga memiliki kekuatan tersendiri. Kami sudah menganalisis corak permainan mereka dan akan cuba manfaatkan setiap peluang yang ada,” katanya.

Beliau menegaskan pentingnya Sabah FC meraih keputusan positif di laman sendiri sebelum beraksi di tempat lawan bagi timbal balik nanti.

“Aksi di Likas amat penting. Kami mahu berikan persembahan terbaik dan berharap penyokong memenuhi stadium bagi memberi suntikan semangat kepada pemain,” tambahnya. Perlawanan separuh akhir pertama ini dijangka sengit dengan sokongan padu penyokong setia di Stadium Likas menjadi kekuatan utama Sabah FC dalam usaha memburu bekalan selesa sebelum aksi timbal balik menentang Selangor FC. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/08/piala-fa-sabah-fc-sasar-cipta-kejutan-di-likas/feed/ 0 85234
Piala FA : Hatrik Ajdin bawa Sabah FC ke separuh akhir https://sabahmedia.com/2025/10/30/piala-fa-hatrik-ajdin-bawa-sabah-fc-ke-separuh-akhir/ https://sabahmedia.com/2025/10/30/piala-fa-hatrik-ajdin-bawa-sabah-fc-ke-separuh-akhir/#respond Thu, 30 Oct 2025 02:40:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84481
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Penyerang import Sabah FC, Ajdin Mujagic muncul wira apabila meledak hatrik bergaya untuk membantu skuad Badak menewaskan Kelantan The Real Warriors (TRW) 3-1 dalam aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Likas malam tadi.

Kemenangan itu memastikan Sabah mara ke separuh akhir dengan agregat 5-2, sekali gus mengekalkan impian mereka untuk memburu kejuaraan sulung sejak kali terakhir menjulang trofi berprestij itu 30 tahun yang lalu.

Mujagic membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 hasil gerakan menarik di kotak penalti sebelum menggandakan kedudukan 10 minit kemudian menerusi rembatan deras yang gagal disekat benteng Kelantan.

Pemain kelahiran Bosnia itu melengkapkan malam gemilangnya dengan sepakan penalti tenang pada minit ke-56, menutup ruang kebangkitan pasukan lawan.

Kelantan TRW hanya mampu mencipta gol sagu hati melalui pemain pertahanan kanan dari Filipina, Simen Lyngbo, pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Dengan kemenangan ini, Sabah FC akan menentang Selangor FC di separuh akhir. – FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/30/piala-fa-hatrik-ajdin-bawa-sabah-fc-ke-separuh-akhir/feed/ 0 84481
Piala FA : Sabah bawa bekalan selesa ke Likas https://sabahmedia.com/2025/10/18/piala-fa-sabah-bawa-bekalan-selesa-ke-likas/ https://sabahmedia.com/2025/10/18/piala-fa-sabah-bawa-bekalan-selesa-ke-likas/#respond Sat, 18 Oct 2025 00:33:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83552
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA BHARU: Sabah membawa pulang bekalan selesa ke Likas selepas berjaya menundukkan Kelantan TRW 2-1 dalam aksi suku akhir pertama Piala FA 2025 yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam tadi.

Di hadapan ribuan penyokong tuan rumah, Sabah tampil berani dan garang apabila mendahului seawal minit ke-11 hasil jaringan Jafri Chew yang menyempurnakan peluang di depan gawang lawan.

Namun kegembiraan pasukan pelawat tidak bertahan lama apabila Abdul Sesay meledak gol penyamaan buat Kelantan hanya lima minit kemudian menerusi rembatan padu selepas menerima hantaran kemas daripada Albert Kang.

Kelantan hampir berada di hadapan pada minit ke-30 apabila Sesay sekali lagi menjaringkan gol, namun ia dibatalkan kerana kedudukan ofsaid.

Sabah tidak menunggu lama untuk kembali memimpin perlawanan. Pada minit ke-43, Ajdin Mujagic muncul wira apabila menyudahkan umpanan rakan sepasukan di depan pintu gol untuk memastikan The Rhinos mendahului 2-1 menjelang rehat.

Separuh masa kedua menyaksikan Kelantan TRW tampil lebih agresif dalam usaha mencari gol penyamaan, namun kekentalan benteng Sabah yang diketuai Damien Lim berjaya mengekang segala asakan pasukan tuan rumah.

Meskipun Kelantan meningkatkan tekanan terutama dalam 10 minit terakhir, keputusan kekal 2-1 memihak kepada Sabah sehingga wisel penamat.

Kemenangan di tempat lawan ini memberi kelebihan buat Sabah menjelang aksi timbal balik di laman sendiri pada 29 Oktober nanti.

Dengan agregat 2-1, Sabah hanya perlu seri di Likas untuk melangkah ke separuh akhir, manakala Kelantan perlu menang dengan dua gol tanpa balas untuk mara. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/18/piala-fa-sabah-bawa-bekalan-selesa-ke-likas/feed/ 0 83552
Piala FA : Cabaran Sabah FC berakhir, TFC layak ke separuh akhir https://sabahmedia.com/2024/07/06/piala-fa-cabaran-sabah-fc-berakhir-tfc-layak-ke-separuh-akhir/ https://sabahmedia.com/2024/07/06/piala-fa-cabaran-sabah-fc-berakhir-tfc-layak-ke-separuh-akhir/#respond Sat, 06 Jul 2024 13:53:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57152
Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu : Cabaran Sabah FC berakhir selepas Terengganu FC (TFC) berjaya menempah tiket ke separuh akhir Piala FA menerusi agregat 7-0 sejurus tamat perlawanan kedua suku akhir di Stadium Likas di sini malam ini.

TFC jelas tidak goyah untuk bertandang di Likas apabila membawa bekalan jaringan yang selesa dengan kemenangan besar 4-0 pada aksi pertama di Kuala Terengganu minggu lalu.

Kehadiran 3,834 penonton tuan rumah untuk melihat Sabah FC memperoleh gol awal tidak kesampaian apabila pasukan bimbingan Tomislav Steinbrucker itu mengecewakan Sabah apabila mendapat gol pertama menerusi Muhammad Safawi Rasid pada minit ke-10 permainan.

Jaringan itu sekaligus memusnahkan harapan skuad Badak untuk mendahului jaringan bagi menyuntik semangat mereka dalam suku akhir kedua ini.

Tersentak dengan gol TFC, Sabah berusaha untuk mengubah kedudukan menerusi beberapa cubaan namun serangan yang agak tumpul selain mudah dipatahkan pasukan lawan menggagalkan misi skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu.

Pasukan pelawat terus melebarkan lagi agregat kemenangan apabila Muhammad Akhyar Abdul Rashid menjaringkan gol kedua pasukannya pada minit ke-42 sekali gus mendahului perlawanan dengan 2-0 pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Sabah terus cuba untuk merapatkan kedudukan menerusi percubaan Stuart John Wilkin pada minit ke-51 bagaimanapun rembatannya melewati palang pasukan pelawat.

TFC terus mengecewakan Sabah apabila pemain import Marin Pilj menambah lagi gol ketiga menerusi sepakan percuma seterusnya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-88 menjadikan kedudukan berubah 3-0.

Keputusan 3-0  itu kekal sehingga tamat perlawanan. – SABAH MEDIA / FOTO MFL

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/06/piala-fa-cabaran-sabah-fc-berakhir-tfc-layak-ke-separuh-akhir/feed/ 0 57152