piala malaysia sabah fc – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 26 Sep 2023 12:46:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png piala malaysia sabah fc – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Piala Malaysia : Tahap kecergasan pemain, padang lembab punca Sabah FC tewas https://sabahmedia.com/2023/09/26/piala-malaysia-tahap-kecergasan-pemain-padang-lembab-punca-sabah-fc-tewas/ https://sabahmedia.com/2023/09/26/piala-malaysia-tahap-kecergasan-pemain-padang-lembab-punca-sabah-fc-tewas/#respond Tue, 26 Sep 2023 12:45:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42596
Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu : Tahap kecergasan pemain selain keadaan padang lembab menjadi antara punca Sabah FC tewas tipis 0-1 kepada Perak FC pada aksi saingan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Ipoh malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan Perak FC mara ke peringkat separuh akhir dengan agregat 3-2 selepas terikat 2-2 dalam aksi pertama di Stadium Likas, 15 September lalu.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee mengakui situasi terbabit terjadi pada perlawanan pertama di Stadium Likas sebelum ini apabila seri 2-2, sekali gus menyebabkan pemainnya gagal mempamerkan aksi mantap untuk menempah tiket separuh akhir Piala Malaysia.

“Keadaan padang yang agak lembab termasuk tempoh hari ketika bermain di Likas, kemudian selang beberapa hari kami bermain lagi, jadi ini adalah antara beberapa faktor yang menyebabkan pemain kami keletihan.

“Jumaat nanti, kami akan bermain menentang Kelantan di tempat lawan. Jadi saya harus fikirkan banyak perkara terutama aspek kecergasan pemain sebelum bermain dengan pasukan Makassar di Bali nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas tamat perlawanan semalam.

Meskipun skuad Badak dibarisi skuad utama termasuk menyenaraikan beberapa pemain kebangsaan, Kim Swee berkata, itu bukanlah jaminan kepada pasukannya meraih kemenangan menentang Perak FC.

Beliau turut mengucapkan syabas buat anak buah Yusri Che Lah kerana menunjukkan semangat melawan tinggi sehingga menembusi peringkat separuh akhir.

“Saya ucapkan tahniah kepada Perak yang bersungguh-sungguh ingin mendapatkan keputusan untuk layak, semoga dapat buat yang terbaik untuk berdepan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) nanti.

“Ini akan memberi suatu impak yang berlainan kepada penyokong Perak untuk terus melangkah lebih jauh,” katanya.

Pada aksi malam tadi, Perak FC membuat kejutan apabila menempah slot separuh akhir Piala Malaysia apabila menewaskan Sabah 1-0 menerusi jaringan Wan Zack Haikal Wan Nor. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/26/piala-malaysia-tahap-kecergasan-pemain-padang-lembab-punca-sabah-fc-tewas/feed/ 0 42596
Piala Malaysia : Sabah FC perlu manfaat bermain di laman sendiri https://sabahmedia.com/2023/08/20/piala-malaysia-sabah-fc-perlu-manfaat-bermain-di-laman-sendiri/ https://sabahmedia.com/2023/08/20/piala-malaysia-sabah-fc-perlu-manfaat-bermain-di-laman-sendiri/#respond Sun, 20 Aug 2023 04:55:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40387
Read Time:2 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC perlu mengambil peluang bermain di tempat sendiri untuk mendapatkan bekalan selesa pada aksi saingan suku akhir Piala Malaysia 2023 bulan depan selepas mudah mengatasi Kuching City FC dengan agregat 4-1 di Stadium Likas malam tadi.

Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, pasukannya juga tidak boleh mengambil mudah cabaran yang akan ditempuhi apabila skuad Sang Badak dijadualkan bertemu Perak FC pada saingan seterusnya.

Katanya, Perak FC bukan pasukan yang mudah untuk ditundukkan, terutama di bawah bimbingan ketua jurulatih baharu, Yusri Che Lah.

Datuk Ong Kim Swee

“Kalau kita lihat dari segi keputusan dan prestasi pasukan Perak, mereka bertambah baik selepas mendapat jurulatih baharu, Yusri yang mempunyai pengalaman begitu luas.  Mereka menewaskan pasukan pilihan, jadi bagi pasukan Sabah kita tidak boleh mengambil mudah.

“Jika kita mengambil sikap sambil lewa kita akan menerima hukuman seperti mana yang Kedah lalui.Kita perlu mengambil peluang bermain di tempat sendiri untuk mendapatkan bekalan yang selesa apabila berkunjung ke tempat lawan untuk aksi timbal balik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perlawanan kedua pusingan 16 Piala Malaysia menentang Kuching City, di sini, malam tadi.

Skuad kendalian Yusri itu berjaya menyingkirkan Kedah Darul Aman (KDA) FC dengan agregat 4-3 walaupun tewas 2-1 dalam aksi kedua pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Jumaat lalu.

Sementara itu, mengulas aksi menentang Kuching City malam tadi, Kim Swee berkata anak buahnya masih hilang fokus dalam permainan hingga akhirnya memberi peluang kepada pasukan lawan membolosi gawang.

Katanya, keadaan itu menyebabkan keputusan terikat 1-1, tersasar daripada misi skuad Sang Badak untuk melakar kemenangan di laman sendiri.

“Kalau kita lihat dari segi keputusan sudah tentu kita inginkan kemenangan, namun dengan keputusan seri kita layak ke peringkat seterusnya. Itu lebih penting bagi saya. Namun kita dibolosi itu amat mengecewakan di mana kita hilang fokus apabila cuba untuk menyerang mendapatkan gol.

“Di situ kita leka dan mereka (Kuching City) dapat menyamakan kedudukan. Kita tahu Kuching City yang hadir pada hari ini bukan satu pasukan yang mudah untuk kita tewaskan kerana mereka mempunyai dua minggu persiapan sebelum bermain dengan kita,” katanya.

Dalam aksi malam tadi, Rizal Ghazali berjaya meledakkan jaringan untuk Sabah FC selepas menerima hantaran sepakan percuma daripada Saddil Ramdani pada minit ke-26.

Kedudukan tuan rumah mendahului perlawanan dengan 1-0 itu kekal sehingga permainan berhenti rehat, namun berubah pada babak kedua apabila pemain Kuching City, Rames Lai berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-57. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/20/piala-malaysia-sabah-fc-perlu-manfaat-bermain-di-laman-sendiri/feed/ 0 40387
Piala Malaysia : Masih ada 90 minit, macam-macam boleh berlaku https://sabahmedia.com/2023/08/06/piala-malaysia-masih-ada-90-minit-macam-macam-boleh-berlaku/ https://sabahmedia.com/2023/08/06/piala-malaysia-masih-ada-90-minit-macam-macam-boleh-berlaku/#respond Sun, 06 Aug 2023 05:39:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39588
Read Time:1 Minute, 10 Second

Kuching  : Sabah FC masih belum berasa selamat meskipun skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu dilihat hampir melangkah ke suku akhir Piala Malaysia 2023 selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Kuching City FC pada aksi pertama pusingan 16 di Stadium Negeri Kuching semalam.

Kim Swee berkata, para pemain perlu kekal fokus dan tidk terlalu selesa dengan kelebihan tiga gol yang bakal dibawa untuk aksi kedua di Stadium Likas 19 Ogos ini.

“Satu keputusan yang baik tapi kita masih lagi belum melangkah ke peringkat seterusnya.  Kita ada lagi satu perlawanan timbal balik di Kota Kinabalu.

“Kita perlu kekal fokus terutamanya dengan disiplin yang cukup baik dimana kita tidak dibolosi,” katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan semalam.

Kim Swee berkata, pasukannya mempunyai 90 minit lagi untuk beraksi di laman sendiri bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

“Macam-macam boleh berlaku dalam 90 minit perlawanan, kita perlu kekal fokus pada perlawanan kedua nanti,” katanya.

Terdahulu pada aksi di Stadium Negeri, Sabah FC mempamerkan aksi bertenaga yang menyaksikan mereka mendahului 3-0 hanya dalam tempoh 15 minit sebelum mula mengendurkan asakan.

Ramon Machado meledak dua gol dalam 10 minit pertama iaitu pada minit keempat dan ketujuh sebelum Daniel Ting menambah gol ketiga pada minit ke-15.

Pemenang ‘Tetangga Borneo’ ini akan menanti pemenang antara ‘Tetangga Utara’ dengan Perak FC ketika ini mendahului Kedah Darul Aman (KDA) FC 3-1 secara agregat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/06/piala-malaysia-masih-ada-90-minit-macam-macam-boleh-berlaku/feed/ 0 39588