piala malaysia – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 23 Jan 2026 00:38:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png piala malaysia – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kekurangan pemain jejas momentum, Sabah FC fokus Piala Cabaran https://sabahmedia.com/2026/01/23/kekurangan-pemain-jejas-momentum-sabah-fc-fokus-piala-cabaran/ https://sabahmedia.com/2026/01/23/kekurangan-pemain-jejas-momentum-sabah-fc-fokus-piala-cabaran/#respond Fri, 23 Jan 2026 00:38:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90195
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Kekurangan seorang pemain akibat layangan kad merah kepada Gary Steven Robbat dikenal pasti menjadi antara faktor yang menjejaskan rentak permainan Sabah FC pasukan pada perlawanan kedua pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Likas, malam tadi.

Pada perlawanan itu, Sabah tewas kepada Melaka FC secara agregat 2-5 selepas tewas dengan jaringan 0-3.

Pengendali sementara Sabah FC Alto Linus berkata, secara keseluruhan pasukan mempamerkan semangat juang yang baik terutama pada separuh masa pertama ketika aksi perlawanan masih seimbang dengan jumlah pemain yang sama.

“Pada separuh masa pertama, kita nampak momentum yang baik dan keseimbangan permainan. 

“Pemain menunjukkan semangat yang tinggi, namun apabila kita kekurangan seorang pemain, ia memberi kesan besar kepada rentak permainan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas tamat perlawanan itu pada Khamis.

Alto turut menjelaskan bahawa pasukan bermula dengan baik dan berjaya menjaringkan gol awal, namun jaringan tersebut dibatalkan, sekali gus menjejaskan momentum pasukan.

“Pemain sudah bersedia dan cuba mendapatkan gol. Kita telah menjaringkan gol pada awal perlawanan tetapi dibatalkan, dan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada psikologi serta tempo permainan,” jelasnya.

Beliau mengakui situasi menjadi lebih mencabar selepas pemainnya, Gary Steven Robbat dilayangkan kad merah yang memaksa pasukan beraksi dengan 10 pemain hampir sepanjang perlawanan.

“Bukan mudah untuk bermain 90 minit dengan 10 pemain. Banyak perkara perlu diubah dari segi teknikal dan semua pemain perlu melakukan ‘double effort’,” katanya.

Walaupun beraksi dengan kekurangan pemain, beliau memuji usaha pasukan yang masih berusaha mengawal permainan dan mencipta peluang pada separuh masa kedua.

“Walaupun 10 orang, kita masih cuba untuk mendapatkan gol dan mengawal permainan. Tapi inilah bola sepak,” katanya.

Dalam pada itu, Alto berkata, fokus utama kini adalah bagi menghadapi saingan Piala Cabaran yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Piala Cabaran adalah platform terbaik untuk kita memperbaiki semua kelemahan dan bangkit semula,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/23/kekurangan-pemain-jejas-momentum-sabah-fc-fokus-piala-cabaran/feed/ 0 90195
Piala Malaysia : Sabah FC ikat Melaka FC dengan keputusan seri https://sabahmedia.com/2026/01/18/piala-malaysia-sabah-fc-ikat-melaka-fc-dengan-keputusan-seri/ https://sabahmedia.com/2026/01/18/piala-malaysia-sabah-fc-ikat-melaka-fc-dengan-keputusan-seri/#respond Sun, 18 Jan 2026 03:24:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89935
Read Time:54 Second

MELAKA: Jaringan lewat perlawanan membolehkan Sabah FC mengelak kekalahan apabila terikat 2-2 menentang Melaka FC pada aksi Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, di sini malam tadi.

Meskipun berdepan tekanan hebat sepanjang perlawanan, skuad The Rhinos mempamerkan semangat juang tinggi apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-88 menerusi sentuhan penyerang mereka, Fergus Tierney, hasil hantaran Ajdin Mujagic.

Perlawanan menyaksikan Sabah beberapa kali ketinggalan selepas Melaka mendahului seawal minit kedua dan sekali lagi pada minit ke-37, namun pasukan pelawat kekal tenang untuk terus mencari ruang menembusi pertahanan tuan rumah.

Gol penyamaan pertama Sabah hadir pada minit ke-14 menerusi Mujagic yang pantas menyambar bola pantulan selepas sepakan jarak jauh Tierney gagal ditangkap kemas penjaga gol Melaka.

Situasi perlawanan berubah selepas Melaka terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pemain tengah mereka, Dino Kalesic, dilayangkan kad merah pada minit ke-44, sekali gus memberi kelebihan kepada Sabah untuk menguasai permainan di babak kedua.

Sabah terus melancarkan asakan bertali arus namun beberapa percubaan gagal menepati sasaran sebelum usaha mereka akhirnya membuahkan hasil pada penghujung perlawanan. SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/18/piala-malaysia-sabah-fc-ikat-melaka-fc-dengan-keputusan-seri/feed/ 0 89935
Piala Malaysia : Kembali fokus pada aksi Liga Super https://sabahmedia.com/2025/02/03/piala-malaysia-kembali-fokus-pada-aksi-liga-super/ https://sabahmedia.com/2025/02/03/piala-malaysia-kembali-fokus-pada-aksi-liga-super/#respond Mon, 03 Feb 2025 14:48:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67945
Read Time:54 Second

Temerloh : Pengendali Sabah FC Martin Stano mahu anak buahnya kembali fokus pada aksi Liga Super selepas pasukannya gagal mara ke pentas akhir Piala Malaysia apabila tewas 2-3 menerusi agregat kepada Sri Pahang malam tadi.

Beliau turut mengakui kecewa dengan kekalahan itu selepas anak buahnya memberikan segalanya sehingga mengheret perlawanan ke masa tambahan.

“Bagi saya aksi perlawanan hari ini (malam tadi) begitu sengit dan Sabah berusaha untuk mencatatkan kemenangan ke atas tuan rumah.

“Biarpun pada satu ketika ketinggalan tetapi pemain bangkit untuk menyamakan kedudukan sehingga mengheret aksi ke masa tambahan,” katanya.

Katanya, Sabah FC kini menduduki tangga ketika Liga Super dan mahu anak buahnya kembali fokus selepas ini.

“Saya harap Sabah akan menamatkan kedudukan yang terbaik dalam saingan Liga Super musim ini,” katanya.

Terdahulu, pada perlawanan itu, pemain pertahanan Sabah, Taesu Park tertanduk bola ke gawang sendiri untuk meletakkan Sri Pahang mendahului 1-0 pada minit ke-68 sebelum S Kumaahran menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-72.

Namun, jaringan pada minit ke-106 oleh penyerang berbisa tuan rumah, Kpah Sherman memastikan Sri Pahang memenangi perlawanan. FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/03/piala-malaysia-kembali-fokus-pada-aksi-liga-super/feed/ 0 67945
Piala Malaysia: Kehadiran tiga pemain kebangsaan suntik semangat capai keputusan positif https://sabahmedia.com/2024/12/14/piala-malaysia-kehadiran-tiga-pemain-kebangsaan-suntik-semangat-capai-keputusan-positif/ https://sabahmedia.com/2024/12/14/piala-malaysia-kehadiran-tiga-pemain-kebangsaan-suntik-semangat-capai-keputusan-positif/#respond Sat, 14 Dec 2024 04:59:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65367
Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu : Kehadiran tiga pemain utama Sabah FC yang dipanggil semula dari kem Harimau Malaya memberi khabar gembira menjelang pertemuan suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Kuching City FC, di Stadium Negeri, Kuching malam esok.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Martin Stano berkata mereka termasuklah Stuart Wilkin, Dominic Tan dan Daniel Ting sudah tentu akan meningkatkan kualiti, keseimbangan serta semangat berpasukan untuk mencapai keputusan positif nanti.

Katanya, keputusan ini merupakan perjanjian awal melibatkan Sabah FC bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum melepaskan pemain ini untuk melengkapkan tugasan bersama pasukan kebangsaan.

“Sudah tentu, kami sangat gembira dengan keputusan ini, lebih membanggakan apabila ketua pasukan Park Tae Soo sudah boleh beraksi pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia ini.

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk mencapainya. Walaupun kami menang dalam perlawanan terakhir Liga Super di Kuching, kali ini ia akan menjadi permainan yang berbeza dalam Piala Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Martin berkata bermain pada dua perlawanan suku akhir di tempat lawan serta di tempat sendiri sudah tentu memerlukan pendekatan yang sedikit berbeza.

“Suasana Piala Malaysia itu sendiri juga akan memainkan peranan penting, Sabah FC sudah pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan pada kali ini.

“Ini merupakan kenangan manis apabila menjadi perlawanan pertama sebagai Ketua Jurulatih Sabah FC,” katanya.

Menurutnya pendekatan sama seperti apa dilalui selama ini iaitu menuntut semua pemain agar fokus serta jangan memandang rendah keupayaan lawan walaupun menang pada perlawanan Liga Super tempoh hari.

“Untuk terus mencapai matlamat  dalam setiap perlawanan Sabah FC perlu mengekalkan konsistensi, pendekatan profesional, mentaliti kemenangan disamping berfikiran positif.

“Pada masa yang sama, kami sangat prihatin tentang keadaan fizikal beberapa pemain yang telah mengalami kecederaan (ternasuk Darren Lok) selepas bermain pada dua perlawanan untuk membantu pasukan kebangsaan,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/14/piala-malaysia-kehadiran-tiga-pemain-kebangsaan-suntik-semangat-capai-keputusan-positif/feed/ 0 65367
Piala Malaysia : Sabah FC ke suku akhir, agregat besar tewaskan PT Athletic FC https://sabahmedia.com/2024/11/27/piala-malaysia-sabah-fc-ke-suku-akhir-agregat-besar-tewaskan-pt-athletic-fc/ https://sabahmedia.com/2024/11/27/piala-malaysia-sabah-fc-ke-suku-akhir-agregat-besar-tewaskan-pt-athletic-fc/#respond Wed, 27 Nov 2024 15:12:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64527
Read Time:34 Second

Kuala Lumpur: Sabah FC menepati ramalan mara ke suku akhir Piala Malaysia 2024/25 selepas menyingkirkan pasukan Liga A1 Semi Pro, PT Athletic FC 7-0 secara agregat.

Sabah yang memenangi aksi pertama 4-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur sebelum ini sekali lagi menewaskan lawan sama 3-0 pada aksi kedua pusingan 16 sebentar tadi.

Keputusan ini menyaksikan Sabah FC akan menanti pemenang antara Penang FC ataupun Kuching City FC (KCFC) dengan KCFC ketika ini berkelebihan 1-0 secara agregat.

Gol Sabah malam ini dijaringkan Darren Lok menerusi sepakan penalti pada minit ke-67, diikuti jaringan Stuart Wilkin pada minit ke-77 dan Joao Pedro pada minit ke-81. – SABAH MEDIA / FOTO MFL

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/27/piala-malaysia-sabah-fc-ke-suku-akhir-agregat-besar-tewaskan-pt-athletic-fc/feed/ 0 64527
Piala Malaysia : Jangan ambil mudah, beri tumpuan sepenuhnya – Alto https://sabahmedia.com/2024/11/27/piala-malaysia-jangan-ambil-mudah-beri-tumpuan-sepenuhnya-alto/ https://sabahmedia.com/2024/11/27/piala-malaysia-jangan-ambil-mudah-beri-tumpuan-sepenuhnya-alto/#respond Tue, 26 Nov 2024 22:20:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64482
Read Time:52 Second

Kuala Lumpur : Sabah FC diingatkan tidak mendabik dada selepas memiliki kelebihan empat gol menjelang perlawanan pusingan kedua menentang PT Athletic FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Pengendali interim, Alto Linus berkata, situasi berbeza apabila berlakunya perlawanan timbal balas berikutan beberapa pemain utama Sabah FC tidak dapat beraksi pada aksi kedua.

Katanya, Sabah FC tidak boleh mengambil mudah malah semua pemain perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan penting ini.

“Jika memandang mudah keupayaan PT Athletic, Mungkin sesuatu boleh berlaku apabila hilang tumpuan pada perlawanan nanti.

“Sudah tiba masanya untuk kita beri peluang beberapa pemain lain yang jarang diturunkan berikutan beberapa pemain mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Alto berkata, menjelang perlawanan esok terdapat sedikit pertukaran mungkin berlaku bagi memastikan Sabah FC dapat melangkah ke perlawanan seterusnya.

“Kita akan memikirkan perlawanan seterusnya berikutan ini merupakan peluang untuk memberikan motivasi kepada seluruh pasukan Sabah FC.

“Selepas ini, kita akan menghadapi perlawanan Liga Super sudah tentu semua pemain bersiap sedia sekali gus mengelak mengalami kecederaan pada perlawanan esok,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/27/piala-malaysia-jangan-ambil-mudah-beri-tumpuan-sepenuhnya-alto/feed/ 0 64482
Piala Malaysia : Aksi kedua Sabah FC diadakan di Stadium Bola Sepak KL https://sabahmedia.com/2024/11/19/piala-malaysia-aksi-kedua-sabah-fc-diadakan-di-stadium-bola-sepak-kl/ https://sabahmedia.com/2024/11/19/piala-malaysia-aksi-kedua-sabah-fc-diadakan-di-stadium-bola-sepak-kl/#respond Tue, 19 Nov 2024 07:20:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64032
Read Time:46 Second

Kota Kinabalu : Perlawanan kedua bagi aksi Pusingan 16 Piala Malaysia  melibatkan Sabah FC bertemu PT Athtelic FC akan berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 27 November ini.

Pengurus Besar Sabah FC, Mohd Joh Wid berkata, Stadium Likas tidak dapat digunakan pada tarikh berkenaan kerana menjadi venue bagi  South East Asean (SEA) Youth Athletic Championship 2024.

Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan media di sini hari ini 

“Tiket fizikal akan mula dijual semasa hari perlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras bermula 12 tengahari manakala semua pas bermusim boleh digunakan di pintu utama stadium.

“Perlawanan akan bermula pada pukul 8.30 malam dan Sabah FC memohon maaf atas kesulitan yang berlaku,” katanya.

Beliau juga berharap agar semua penyokong setia yang berada di Semenanjung Malaysia khususnya yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang dapat hadir bersama-sama memberikan sokongan padu kepada skuad badak. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/19/piala-malaysia-aksi-kedua-sabah-fc-diadakan-di-stadium-bola-sepak-kl/feed/ 0 64032
Piala Malaysia : Sabah FC gagal bawa bekalan selesa ke suku akhir kedua https://sabahmedia.com/2023/09/15/piala-malaysia-sabah-fc-gagal-bawa-bekalan-selesa-ke-suku-akhir-kedua/ https://sabahmedia.com/2023/09/15/piala-malaysia-sabah-fc-gagal-bawa-bekalan-selesa-ke-suku-akhir-kedua/#respond Fri, 15 Sep 2023 14:48:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41905
Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC gagal memperoleh bekalan selesa untuk ke perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2023 apabila sekadar seri 2-2 dengan Perak FC dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Likas, malam ini.

Sabah FC bermula garang dengan mengawal permainan dan melakukan serangan ke kawasan gol Perak FC sebaik wisel pertama ditiup pengadil perlawanan Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah.

Kehebatan tuan rumah mula tercetus pada minit ke-4 apabila penyerang Sabah FC Darren Lok berjaya menanduk masuk bola hasil hantaran Kwang Min Ho menjadikan skuad sang Badak mendahului 1-0.

Tiga minit berselang, pasukan pelawat hampir menyamakan kedudukan menerusi percubaan Muhammad Firdaus Saiyadi pada minit ke-7 namun percubaannya tersasar ke tepi gawang Sabah FC.

Gawang Sabah FC akhirnya bolos selepas ketua pasukan Perak FC Luciano Guaycochea berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma pada minit ke-10 menjadikan kedudukan seri 1-1.

Tersentak dengan gol itu, Sabah FC cuba untuk menambah gol dengan beberapa percubaan namun kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Beberapa saat selepas babak kedua bermula, penyerang Sabah FC Ramon Machado berjaya menanduk masuk bola hantaran Saddil Ramdani pada minit ke-46 menjadikan kedudukan berubah 2-1.

Pasukan pelawat enggan ketinggalan dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Wan Zack Haikal pada minit ke-54 selepas menerima bola menerusi sepakan sudut.

Tertekan dengan situasi itu, pemain Sabah mula bertindak agresif bermula 20 minit sebelum masa tamat sehingga lima minit masa kecederaan, namun tetap gagal mencipta sebarang gol.

Peluang diperolehi Sabah melalui serangan demi serangan menjelang penghujung masa permainan hingga mencetuskan beberapa kali situasi cemas di hadapan gawang Perak gagal dimanfaatkan dengan baik.

Kedudukan 2-2 itu kekal sehingga tamat perlawanan dan Sabah FC akan bertemu Perak FC sekali lagi pada aksi suku akhir kedua di Stadium Perak pada 25 September ini. – SABAH MEDIA 

]]> https://sabahmedia.com/2023/09/15/piala-malaysia-sabah-fc-gagal-bawa-bekalan-selesa-ke-suku-akhir-kedua/feed/ 0 41905 Piala Malaysia : Sabah FC tepati ramalan layak ke suku akhir https://sabahmedia.com/2023/08/19/piala-malaysia-sabah-fc-tepati-ramalan-layak-ke-suku-akhir/ https://sabahmedia.com/2023/08/19/piala-malaysia-sabah-fc-tepati-ramalan-layak-ke-suku-akhir/#respond Sat, 19 Aug 2023 14:35:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40368
Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC menepati ramalan apabila berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Piala Malaysia selepas berjaya mengatasi Kuching City FC  dengan agregat 4-1 di Stadium Likas di sini malam ini.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 malam ini, namun Kuching City ketinggalan dengan agregat agak besar selepas tewas 3-0 dalam aksi pertama di Stadium Negeri, Kuching pada 5 Ogos lalu.

Sebaik babak pertama bermula, pemain import Sabah FC Ramon Machado hampir membuka jaringan awal selepas cuba menanduk masuk bola hantaran Jafry Chiew pada minit keempat namun percubaannya terus ke dakapan penjaga gol Kuching City FC, Shaiful Wazizi.

Sekali lagi Sabah hampir mendapat gol pertama menerusi percubaan Rizal Ghazali pada minit ke-11 bagaimanapun sepakannya terus kepada Shaiful.

Pasukan pelawat hampir memperoleh gol pertama menerusi percubaan Amir Amri Salleh pada minit ke-19 selepas berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat namun percubaannya tersasar ke tepi gawang tuan rumah.

Sabah akhirnya mendapat gol pertama menerusi jaringan Rizal Ghazali pada minit ke-27 selepas berjaya menolak masuk bola hantaran sepakan percuma Saddil Ramdani menjadikan tuan rumah mendahului 1-0.

Kedudukan tuan rumah mendahului perlawanan dengan 1-0 itu kekal sehingga permainan berhenti rehat, namun berubah pada babak kedua apabila pemain lawan, Rames Lai berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-57.

Sabah cuba mengubah kedudukan yang terikat 1-1 itu menerusi beberapa cubaan untuk menambah jaringan sepanjang baki masa perlawanan, namun tiada yang berhasil sehingga tamat masa perlawanan, termasuk lima minit masa tambahan.

Walaupun berakhir dengan keputusan seri, Sabah tetap memiliki kelebihan agregat 4-1 untuk mara ke suku akhir Piala Malaysia.

Sabah akan akan bertemu Perak FC pada perlawanan suku akhir Piala Malaysia. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/19/piala-malaysia-sabah-fc-tepati-ramalan-layak-ke-suku-akhir/feed/ 0 40368
Irfan, Stuart Wilkin & 5 Pemain Muda Bersama Sabah FC https://sabahmedia.com/2021/12/11/irfan-stuart-wilkin-5-pemain-muda-bersama-sabah-fc/ https://sabahmedia.com/2021/12/11/irfan-stuart-wilkin-5-pemain-muda-bersama-sabah-fc/#respond Sat, 11 Dec 2021 12:45:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9766
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU : Sabah FC mengumumkan tujuh lagi pemain baharu bagi membantu skuad Badak mengharungi saingan Liga Super musim depan.

Ia termasuklah dua pemain yang dipinjamkan daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Irfan Fazail dan Stuart John Wilkin.

Kedua-dua pemain itu akan menyertai skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee secara pinjaman selama setahun.

Irfan sebelum ini merupakan antara pemain yang turut sama memenangi Pingat Emas Sukan SEA 2011 bersama pasukan Kebangsaan yang ketika itu dikendalikan oleh Datuk Ong Kim Swee.

Beliau bertindak selaku ‘Playmaker’ dan pernah menarik perhatian Kelab berpengkalan di Slovakia iaitu FC Vion dan sempat melakukan beberapa penampilan.

Manakala pemain muda berdarah kacukan Malaysia dan England, Stuart Wilkin menandatangani kontrak bersama pasukan JDT untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Sepanjang musim ini, beliau beraksi sangat konsisten bersama pasukan JDT II dan beraksi di posisi sayap dan merupakan produk daripada akademi Southampton FC.

Sementara itu, lima lagi pemain muda yang diumumkan seterusnya mengikat kontrak bersama Sabah FC iaitu Gerald Gadit; Abdul Hanafie Tokyo Abdul Hasim; Mohammad Ramzi Mustakim; Mohamad Sahrizan Saidin dan Mohd Nureizkhan Isa Japar yang sebelum ini bermain bersama pasukan Piala Presiden B22 Sabah FC.

Turut diumumkan pemain muda Harith Naem Jaineh yang sebelum ini bermain dengan pasukan Selangor FC U19.

Kesemua mereka diumumkan melalui laman Facebook Rasmi Sabah FC baru-baru ini.

Sebelum ini, Sabah FC turut mengumumkan bekas kapten Kedah Darul Aman (KDA) FC Baddrol Bakhtiar dan pemain kebangsaan Dominic Tan.

Turut disenaraikan dua lagi pemain antaranya bekas pemain UiTM FC Dirga Surgi dan pemain kelahiran Labuan Mohd Afiq Yunus @ Apeng.

Skuad Badak turut mengikat Rawilson Batuil dan Nazirul Naim Che Hashim selain penyerang Sabah FC Mohd Amri Yahyah dan N Thanabalan yang turut disambung kontrak bagi musim depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/11/irfan-stuart-wilkin-5-pemain-muda-bersama-sabah-fc/feed/ 0 9766