piala sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 27 Mar 2022 14:34:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png piala sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Safa Tuaran Juara Kejohanan Bola Sepak, Piala Sabah Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor https://sabahmedia.com/2022/03/27/safa-tuaran-juara-kejohanan-bola-sepak-piala-sabah-datuk-seri-panglima-hajiji-noor/ https://sabahmedia.com/2022/03/27/safa-tuaran-juara-kejohanan-bola-sepak-piala-sabah-datuk-seri-panglima-hajiji-noor/#respond Sun, 27 Mar 2022 14:08:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13558
Read Time:1 Minute, 59 Second

KOTA KINABALU: Pasukan Bola Sepak Sabah (Safa) Tuaran meraih kemenangan sebagai juara selepas menewaskan pasukan Safa Tawau 1-0 dalam satu perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Sabah, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Stadium Likas pada Ahad.

Jaringan gol tunggal bekas penyerang negeri dan kebangsaan Rozaimie Abd Rahman membuahkan hasil pada minit ke-62 bagi pasukan Safa Tuaran seterusnya muncul sebagai juara pada perlawanan itu.

Safa Tuaran menerima RM30,000 dan membawa pulang Piala Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor manakala Naib Johan Safa Tawau menerima RM20,000.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Shahelmey Yahya, yang mewakili Ketua Menteri, menyampaikan hadiah.

Perlawanan akhir Kejohanan Piala Sabah menyaksikan lapan pasukan yang memenangi zon kelayakan masing-masing bersaing untuk merebut Piala Ketua Menteri.

Presiden Safa Tuaran, Datuk Kassim Razali turut berbangga dengan pencapaian yang menampilkan bekas pemain pasukan Rhinos Sabah seperti Mafry Balang, Zuraindey Jumai, Jufrey Omopor, Ronny Harun dan Julamri Muhammad.

“Sebagai presiden Safa Tuaran, saya amat berbangga kerana kami berjaya memenangi kejohanan itu buat kali pertama.

“Ia adalah permainan yang menghiburkan para peminat bola sepak kerana mereka bermain dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas penyampaian hadiah.

Manakala presiden Safa Tawau, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, Safa Tawau menampilkan bakat baru tempatan iaitu skuad remaja dan berdepan dengan pemain skuad kebangsaan negeri dalan perlawanan akhir ini.

“Saya amat berbangga skuad remaja itu tidak seharusnya berkecil hati selepas kekalahan itu terutama ketika menentang pasukan yang diperkuatkan bekas pemain bola sepak negeri.
.
“Kami sebenarnya tidak bernasib baik untuk berdepan dengan mereka tetapi sekali lagi, pemain kami memberikan yang terbaik…kami akan terus membuat kemajuan bersama pemain muda kami,” kata Nizam.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) Datuk Juil Nuatim memuji usaha Jawatankuasa Pertandingan Tempatan yang diketuai oleh Azman Mastar kerana menjalankan tugas dengan baik dalam penganjuran kejohanan itu.

Menurut Juil, FA negeri akan terus mengadakan lebih banyak kejohanan sebagai sebahagian daripada usaha mencungkil bakat baharu sekali gus menyumbang kepada pembangunan bola sepak Sabah.

“Safa sebelum ini pernah mengadakan kejohanan Piala BMR (bawah 18 tahun) dan kini Piala Sabah, rancangan menganjurkan dua lagi iaitu Inter-Club dan juga Liga Safa.

“Kita mungkin membuat sedikit pelarasan, mungkin untuk menganjurkan kejohanan masa depan sebelum bermulanya Liga Malaysia.

“Ia adalah satu platform terbaik untuk memilih pemain baharu…mungkin pemain berpotensi boleh bermain dalam liga (senior), pasukan junior mahupun dalam Liga M3,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/27/safa-tuaran-juara-kejohanan-bola-sepak-piala-sabah-datuk-seri-panglima-hajiji-noor/feed/ 0 13558
Kassim Dilantik Penasihat Kejohanan Piala Sabah 2022 https://sabahmedia.com/2022/03/18/kassim-dilantik-penasihat-kejohanan-piala-sabah-2022/ https://sabahmedia.com/2022/03/18/kassim-dilantik-penasihat-kejohanan-piala-sabah-2022/#respond Fri, 18 Mar 2022 05:01:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13150
Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU : Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Datuk Kassim Razali dilantik sebagai penasihat Kejohanan Piala Sabah 2022 bagi merebut piala sumbangan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Azman Mastar mengumumkan perlantikan itu di sini, semalam.

Katanya, jawatankuasa itu merakamkan penghargaan kepada Kassim kerana sudi menerima pelantikannya sebagai penasihat kejohanan berkenaan.

Grand final kejohanan itu akan berlangsung di Kota Kinabalu pada 23 hingga27 Mac ini membabitkan lapan zon dari seluruh negeri terdiri dari Pantai Barat Utara, Pantai Barat Timur, Pantai Barat, Pantai Barat Selatan, Pantai Timur Utara, Zon Tengah, Pedalaman Atas dan Pantai Timur Selatan.

Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung SAFA, berkata kejohanan Piala Sabah peringkat zon sedang berlangung untuk memilih pasukan yang akan mewakili zon masing-masing nanti.

“Pertandingan di peringkat zon ketika ini berjalan lancar dan pihak jawatankuasa induk pertandingan sentiasa melakukan pemantauan di setiap zon agar ia dapat diadakan dengan jayanya,” katanya.

Katanya, perlawanan akhir Piala Sabah akan berlangsung di Stadium Likas di sini pada 27 Mac ini.

Menurutnya, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sendiri dijangka akan melakukan upacara penutupan kejohanan itu selain akan turut dihadiri Presiden SAFA, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ahli Majlis Tertinggi SAFA.

Beliau menambah, Piala Sabah merupakan kejohanan terbesar kedua dianjurkan SAFA selepas kejayaan Kejohanan Piala BMR B18 tahun akhir tahun lalu.

“SAFA juga merancang untuk menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Antara Kelab dan Piala SAFA tahun ini,” kata Azman.

Beliau berharap kedua-dua kejohanan berkenaan akan dapat direalisasikan sekiranya tidak menghadapi sebarang kekangan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/18/kassim-dilantik-penasihat-kejohanan-piala-sabah-2022/feed/ 0 13150
Piala Sabah Bakal Diadakan Januari Depan https://sabahmedia.com/2021/11/11/piala-sabah-bakal-diadakan-januari-depan/ https://sabahmedia.com/2021/11/11/piala-sabah-bakal-diadakan-januari-depan/#respond Thu, 11 Nov 2021 12:39:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8384
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Kejohanan bola sepak Piala Sabah bagi merebut piala Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor bakal diadakan Januari depan.

Pertandingan itu sebelum ini dikenali sebagai Piala Ketua Menteri (KM) namun bermula tahun depan ia mula dikenali sebagai Piala Sabah.

Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Azman Mastar berkata demikian pada Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan SAFA di pejabat persatuan itu, disini hari ini.

Katanya, jawatankuasa tersebut telah membuat keputusan untuk mengubah nama kejohanan itu supaya ia dikenali sebagai Piala Sabah.

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan, berkata kejohanan itu akan disertai lapan zon sahaja terdiri dari Zon Pantai Barat, Pantai Barat Utara, Pantai Barat Timur, Pantai Barat Selatan, Pantai Timur Utara, Pantai Timur Selatan, Pedalaman Atas dan Zon Tengah.

“Setiap zon terbabit akan menyediakan pasukan terbaik dengan memilih pemain-pemain dari daerah-daerah di zon masing-masing,” katanya.

Menurut Azman, persiapan untuk menganjurkan kejohanan itu akan dilakukan sebaik sahaja Kejohanan SAFA Piala BMR B18 selesaikan dalam bulan ini.

Beliau memberitahu, kejohanan Piala Sabah merupakan satu kejohanan yang penting dikendalikan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan SAFA dan ia juga salah satu pertandingan yang termasuk dalam kalendar penganjuran badan bola sepak itu.

Mengenai grand final Kejohanan SAFA Piala BMR pada 26-28 November ini, upacara perasmian akan disempurnakan oleh Presiden SAFA, Datuk Seri Bung Moktar Radin sendiri di Stadium Likas pada 27 November ini.

Katanya, kesemua lapan zon yang bertanding di peringkat akhir sudah melakukan persiapan masing-masing dan berharap pegawai dan pemain-pemain mereka akan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, yang sudah pun diberi penerangan kepada pengurusan pasukan mereka.

“Kita mahu kejohanan ini berjalan dengan baik dan lancar bagi membolehkan panel pemilihan yang diketuai Pengarah Teknikal SAFA, Omar Maya Amat dapat mengenal pasti pemain-pemain muda berbakat sepanjang kejohanan itu.

“Ini adalah matlamat utama kita untuk mencungkil bakat-bakat muda untuk diserapkan dalam pasukan Piala Belia Sabah selain untuk memenuhi misi dan hala tuju Presiden SAFA untuk memajukan sukan bola sepak di Sabah,” katanya.

Beliau menambah, selain daripada Piala BMR 2021, Piala Sabah tahun depan, SAFA juga dijangka menganjurkan kejohanan Piala SAFA, kejohanan antara kelab-kelab dan kejohanan bola sepak wanita selepas ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/11/piala-sabah-bakal-diadakan-januari-depan/feed/ 0 8384