pick – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 06 Apr 2022 03:00:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pick – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih 33,000 kanak-kanak telah lengkap vaksinasi COVID-19  https://sabahmedia.com/2022/04/06/lebih-33000-kanak-kanak-telah-lengkap-vaksinasi-covid-19/ https://sabahmedia.com/2022/04/06/lebih-33000-kanak-kanak-telah-lengkap-vaksinasi-covid-19/#respond Wed, 06 Apr 2022 03:00:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13952
Read Time:1 Minute, 14 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur —- Sebanyak 33,621 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sejumlah 1,353,774 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 38.1 peratus daripada populasi berkenaan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara bagi populasi dewasa, seramai 15,876,357 individu atau 67.5 peratus telah menerima dos penggalak, manakala 22,954,326 individu atau 97.6 peratus telah lengkap vaskinasi, dan 23,231,749 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun, seramai 2,854,230 individu atau 91.7 peratus telah  lengkap divaksinasi dan 2,950,267 individu atau 94.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 22,807 dos vaksin telah diberikan semalam, melibatkan 2,501 dos pertama, 8,670 dos kedua dan 11,636 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kepada 69,042,067.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak 33 kematian akibat COVID-19 dilaporkan di negara ini semalam dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu lapan kematian.

Ini diikuti Perak dengan enam kes, Kedah (empat) dan tiga kematian di Sarawak.

Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang dan Perlis masing-masing merekodkan dua kes manakala Pulau Pinang dan Kuala Lumpur masing-masing, satu kes kematian.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/06/lebih-33000-kanak-kanak-telah-lengkap-vaksinasi-covid-19/feed/ 0 13952
COVID-19: Kadar jangkitan sporadik kembali naik https://sabahmedia.com/2022/03/30/covid-19-kadar-jangkitan-sporadik-kembali-naik/ https://sabahmedia.com/2022/03/30/covid-19-kadar-jangkitan-sporadik-kembali-naik/#respond Wed, 30 Mar 2022 08:54:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13673
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU : Peratusan jangkitan COVID-19 secara sporadik di Sabah kembali naik pada hari ini dengan 64.22 peratus daripada 313 kes yang dilaporkan pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia bermakna risiko jangkitan COVID-19 dikalangan masyarakat juga semakin tinggi.

“Sekali lagi rakyat diperingatkan agar sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) khususnya semasa berada dikhalayak ramai lebih-lebih lagi di tempat-tempat yang sesak,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, trend peningkatan itu merupakan pertambahan sebanyak 62 kes berbanding jumlah semalam sekaligus melepasi angka 300.

Katanya, kes harian yang semakin naik adalah sejajar dengan trend pertambahan jangkitan baharu di lebih banyak daerah di Sabah.

“Hari ini 14 daerah mencatatkan pertambahan yang didahului oleh Kota Kinabalu dengan 104 kes baharu, 40 kes lebih tinggi daripada sebelumnya.

“Putatan (30), Papar (28) dan Penampang (23) semuanya mencatatkan peningkatan jangkitan baharu.

“Daerah-daerah yang mencatatkan penurunan kes harian adalah pada kadar yang marginal. Telupid, Tongod dan Nabawan tidak mencatatkan sebarang kes baharu.,”katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, seramai 305 orang atau 97.45 peratus daripada 313 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.

Katanya, dua orang berada dalam Kategori 3, tiga orang dalam Kategori 4 dan tiga pesakit dalam Kategori 5 pada hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/30/covid-19-kadar-jangkitan-sporadik-kembali-naik/feed/ 0 13673
COVID-19 : Jangkitan kembali diatas paras angka 200 kes https://sabahmedia.com/2022/03/29/covid-19-jangkitan-kembali-diatas-paras-angka-200-kes/ https://sabahmedia.com/2022/03/29/covid-19-jangkitan-kembali-diatas-paras-angka-200-kes/#respond Tue, 29 Mar 2022 09:23:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13648
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Sabah kembali merekodkan kes jangkitan COVID-19 diatas paras angka 200 apabila sebanyak 251 kes dilaporkan pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Dtauk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu merupakan pertambahan sebanyak 57 kes berbanding semalam.

“Peningkatan jumlah kes pada hari disebabkan oleh lebih banyak daerah yang mencatat pertambahan kes jangkitan baharu berbanding semalam.

“Sebanyak 15 daerah mencatatkan peningkatan kes baharu berbanding hanya lapan daerah yang mencatatkan penurunan kes harian,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, empat daerah lagi kekal sebagaimana catatan semalam kecuali di Beluran dan Sipitang yang mencatatkan peningkatan kes dua angka manakala daerah-daerah lain yang mencatatkan pertambahan kes baharu hari ini bertambah pada kadar satu angka sahaja.

Katanya, jumlah daerah yang mencatatkan kes dua angka juga bertambah daripada lima daerah semalam kepada 10 daerah hari ini.

“Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi dengan 64 kes, bertambah sembilan kes berbanding sebelumnya.

“Sebanyak 15 daerah (18 semalam) mencatatkan kes satu angka dan dua daerah iaitu Telupid dan Kalabakan tidak mencatatkan sebarang kes baharu,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, peratusan kes-kes jangkin sporadik masih tinggi iaitu 54.58 peratus.

“Walau bagaimanapun, ia dilihat semakin menurun walaupun secara perlahan-lahan. Hari ini cuma 12 daerah merekodkan kategori ini sebagai punca utama jangkitan baharu.

“Seramai 244 orang atau 97.21 peratus daripada 251 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.

“Dua  orang berada dalam Kategori 3, empat orang dalam Kategori 4 dan seorang pesakit dalam Kategori 5,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/29/covid-19-jangkitan-kembali-diatas-paras-angka-200-kes/feed/ 0 13648
COVID-19 : Sabah menuju ke fasa penstabilan,kes turun dibawah paras angka 300 https://sabahmedia.com/2022/03/26/covid-19-sabah-menuju-ke-fasa-penstabilankes-turun-dibawah-paras-angka-300/ https://sabahmedia.com/2022/03/26/covid-19-sabah-menuju-ke-fasa-penstabilankes-turun-dibawah-paras-angka-300/#respond Sat, 26 Mar 2022 07:00:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13512
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU : Sabah terus mencatat penurunan kes jangkitan COVID-19 dibawah paras angka 300 dengan 269 kes dilaporkan pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu merupakan penurunan sebanyak 103 kes berbanding semalam.

“Kota Kinabalu mencatat penurunan jangkitan baharu yang terbesar dengan hanya 36 kes berbanding 96 kes semalam.

“Penampang juga mencatat jumlah kes baharu yang sama dengan Kota Kinabalu, iaitu 36 kes, 17 kes lebih rendah daripada sebelumnya,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, Putatan dan Papar mencatat penurunan marginal tetapi Tuaran naik tiga kes kepada 26 kes.

“Sebanyak 15 daerah mencatatkan jumlah kes harian dibawah 10 kes, satu petanda Sabah sedang menuju ke fasa penstabilan.

“Sembilan daerah mencatatkan kes baharu dua angka dengan jumlah jangkitan tertinggi 36 kes di Kota Kinabalu dan Penampang.

“Semporna, Telupid dan Tongod tidak mencatat sebarang kes baharu. Walau bagaimanapun peratusan jangkitan sporadik masih tinggi pada kadar 57.62 peratus,” katanya.

Menurutnya, risiko jangkitan dan perebakan kekal tinggi khususnya di tempat-tempat awam yang ramai orang.

“Seramai 266 orang atau 98.89 peratus  daripada 269 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.

“Tiga orang berada dalam Kategori 4. Tidak ada pesakit dalam Kategori 3 dan Kategori 5,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/26/covid-19-sabah-menuju-ke-fasa-penstabilankes-turun-dibawah-paras-angka-300/feed/ 0 13512
COVID-19 : Tiada daerah di Sabah catat kes tiga angka https://sabahmedia.com/2022/03/25/covid-19-tiada-daerah-di-sabah-catat-kes-tiga-angka/ https://sabahmedia.com/2022/03/25/covid-19-tiada-daerah-di-sabah-catat-kes-tiga-angka/#respond Fri, 25 Mar 2022 08:33:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13479
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU : Tiada lagi daerah di negeri ini yang mencatatkan kes harian COVID-19 tiga angka apabila Kota Kinabalu kembali mencatat kes jangkitan dua angka pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Sabah kembali mencatatkan kes jangkitan COVID-19 dibawah paras angka 400 dengan 372 kes dilaporkan hari ini dengan penurunan sebanyak 64 kes berbanding semalam.

“Kota Kinabalu kembali mencatat jangkitan baharu dua angka dengan 96 kes berbanding 123 kes semalam.

“Ini bermakna tidak ada lagi daerah di Sabah yang mencatat kes harian tiga angka. Beberapa daerah yang berhampiran dengan Kota Kinabalu seperti Papar, Putatan dan Tuaran mencatat angka baharu yang lebih rendah, tetapi Penampang merekodkan pertambahan enam kes berbanding semalam,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, peratusan kes baharu yang berpunca daripada jangkitan sporadik turun sedikit daripada 66.06 peratus semalam kepada 58.33 peratus hari ini tetapi angka ini masih dianggap tinggi.

Katanya, kadar jangkitan sporadik di Kota Kinabalu ialah 55.2 peratus, Penampang  64.2 peratus, Putatan 61.9 peratus dan Tuaran 52.2 peratus.

“Ini bermakna risiko jangkitan secara sporadik masih tinggi. Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi prosedur standard operasi (SOP) semasa berada di khalayak ramai, khususnya di tempat-tempat yang penuh sesak.

“Walaupun jumlah jangkitan baharu menurun hari ini tetapi daerah yang mencatatkan kes dua angka bertambah daripada 10 daerah semalam kepada 11 daerah.

“Ini tidak termasuk Kota Kinabalu yang mencatat hanya dua angka kes baharu hari ini berbanding tiga angka sebelumnya,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, sebanyak 13 daerah (15 daerah semalam) mencatat kes satu angka sementara Semporna dan Kalabakan tidak mencatat sebarang kes baharu.

Katanya, pergerakan turun naik kes harian agak sukar diramal dimana ianya banyak dipengaruhi oleh sikap serta kadar pematuhan orang ramai terhadap semua SOP yang berkuatkuasa .

“Pada hari ini,dua kluster ditamatkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) iaitu Kluster Tembok di Kota Kinabalu dan Kluster Jalan Bandau di Kota Marudu. Jumlah kluster yang masih aktif di Sabah ialah tujuh kluster.

“Seramai 364 atau 97.85 peratus daripada 372 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, tiga orang dalam Kategori 3, empat orang dalam Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/25/covid-19-tiada-daerah-di-sabah-catat-kes-tiga-angka/feed/ 0 13479
66.2 peratus individu dewasa di Malaysia terima dos penggalak  https://sabahmedia.com/2022/03/25/66-2-peratus-individu-dewasa-di-malaysia-terima-dos-penggalak/ https://sabahmedia.com/2022/03/25/66-2-peratus-individu-dewasa-di-malaysia-terima-dos-penggalak/#respond Fri, 25 Mar 2022 02:03:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13464
Read Time:1 Minute, 17 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR, Sejumlah 15,574,997 individu dewasa atau 66.2 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak COVID-19 setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 22,947,183 atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,223,301 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, 2,846,984 individu atau 91.5 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,944,079 atau 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, untuk populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, 1,282,478 individu atau 36.1 peratus kumpulan itu telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Sebanyak 27,812 dos vaksin telah diberikan semalam meliputi 5,900 dos pertama, 1,680 dos kedua dan 20,232 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,607,824.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 64 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Johor tertinggi iaitu 11 kes, diikuti Perak (sembilan), Kedah dan Selangor masing-masing lapan kes dan Melaka (lima).

Negeri Sembilan, Pahang dan Sarawak pula masing-masing empat kes, Terengganu (tiga), Kelantan, Pulau Pinang dan Sabah masing-masing dua kes manakala Perlis dan Kuala Lumpur masing-masing satu kes.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/25/66-2-peratus-individu-dewasa-di-malaysia-terima-dos-penggalak/feed/ 0 13464
COVID-19 : KK kembali catat kes tiga angka https://sabahmedia.com/2022/03/24/covid-19-kk-kembali-catat-kes-tiga-angka/ https://sabahmedia.com/2022/03/24/covid-19-kk-kembali-catat-kes-tiga-angka/#respond Thu, 24 Mar 2022 09:38:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13449
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU : Kota Kinabalu kembali mencatatkan kes tiga angka manakala kes harian di Sabah turut kembali meningkat dengan 436 kes di laporkan pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu merupakan pertambahan sebanyak 48 kes berbanding semalam.

“Kota Kinabalu kembali mencatatkan kes tiga angka dengan 123 kes (+32). Daerah Tuaran juga mencatatkan peningkatan sebanyak 13 kes (41).

“Sebanyak 10 daerah mencatatkan kes dua angka, antaranya Penampang 47 kes (-3), Papar 44 kes (+21), Sandakan 27 kes (+21) dan Putatan 23 kes (+10),” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, jumlah daerah yang mencatatkan kes satu angka bertambah kepada 15 daerah hari ini manakala Kalabakan menjadi daerah tunggal yang tidak merekodkan sebarang kes baharu.

“Satu peringatan bahawa risiko jangkitan kekal tinggi dan boleh merebak dengan cepat dan meluas pada bila-bila masa dimana peratusan jangkitan sporadik adalah tinggi.

“Hari ini peratusan kes baharu yang berpunca daripada jangkitan sporadik ialah 66.06 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan,” katanya.

Katanya, sebanyak 427 atau 97.94 peratus daripada 436 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, tiga kes dalam Kategori 3, enam kes dalam Kategori 4 dan tiada kes dilaporkan dalam Kategori 5.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/24/covid-19-kk-kembali-catat-kes-tiga-angka/feed/ 0 13449
COVID-19 : Tiga Kluster Diisytiharkan Tamat https://sabahmedia.com/2022/03/22/covid-19-tiga-kluster-diisytiharkan-tamat/ https://sabahmedia.com/2022/03/22/covid-19-tiga-kluster-diisytiharkan-tamat/#respond Tue, 22 Mar 2022 09:42:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13347
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU : Tiga lagi kluster di Sabah diisytiharkan tamat pada hari ini membabitkan dua daerah di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua daripadanya adalah di daerah Ranau iaitu Kluster Puri Ranau dan Kluster Jalan Sugut Ranau.

Katanya, satu kluster lagi ialah Kluster Kuala Tongod di Daerah Tongod dan dengan penamatan tiga  kluster ini, baki kluster yang masih aktif di Sabah ialah sembilan kluster.

“Pada hari ini Sabah mencatatkan angka jangkitan baharu sebanyak 402 kes, penurunan marginal sebanyak 14 kes berbanding jumlah semalam.

“Daerah Kota Kinabalu, Penampang, Papar dan Tuaran yang sering menjadi daerah-daerah penentu jumlah keseluruhan kes harian di Sabah mencatatkan kes-kes baharu yang lebih rendah hari ini.

“Kota Kinabalu mencatat 119 kes (-18), Penampang 34 kes (-9), Papar 31 kes (-18) dan Tuaran 17 kes (-15),” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, jumlah daerah yang mencatatkan kes baharu dua angka bertambah daripada tujuh daerah semalam kepada 13 daerah hari ini.

Katanya, sebanyak 11 daerah pula mencatatkan kes satu angka sementara Semporna dan Tongod tidak mencatatkan sebarang kes baharu.

“Sebanyak 388 atau 96.52 peratus daripada 402 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, dua kes dalam Kategori 3, tujuh kes dalam Kategori 4 dan lima kes dalam Kategori 5,” katanya

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/22/covid-19-tiga-kluster-diisytiharkan-tamat/feed/ 0 13347
COVID-19 : Jangkitan Meningkat 77 Kes https://sabahmedia.com/2022/03/21/covid-19-jangkitan-meningkat-77-kes/ https://sabahmedia.com/2022/03/21/covid-19-jangkitan-meningkat-77-kes/#respond Mon, 21 Mar 2022 07:43:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13290
Read Time:54 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah kembali meningkat kepada 416 kes pada hari ini dengan pertambahan sebanyak 77 kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pertambahan kes baharu berpunca daripada jumlah jangkitan baharu yang lebih tinggi di daerah-daerah seperti Kota Kinabalu, Penampang dan Papar.

“Kota Kinabalu kembali mencatatkan kes tiga angka dengan 137 kes baharu (+72), Penampang 43 kes (+23) dan Papar 49 kes (+22).

“Kes harian di Tuaran susut sedikit kepada 32 kes (-5). Sebanyak tujuh daerah mencatatkan kes dua angka, 17 daerah mencatatkan kes satu angka sementara Semporna dan Nabawan tidak mencatatkan sebarang kes baharu,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, dua kluster diisytiharkan tamat pada hari ini, iaitu Kluster Jubi Tambulion di Kota Belud dan Kluster Kampung Lampada di Kota Marudu.

Katanya, jumlah kluster yang masih aktif di Sabah ialah 12 kluster.

“Sebanyak 408 atau 98.08 peratus daripada 416 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, empat kes dalam Kategori 3, satu kes dalam Kategori 4 dan tiga kes dalam Kategori 5,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/21/covid-19-jangkitan-meningkat-77-kes/feed/ 0 13290
COVID-19 : Sabah Terus Catat Trend Penurunan Dibawah Paras 500 Kes https://sabahmedia.com/2022/03/19/covid-19-sabah-terus-catat-trend-penurunan-dibawah-paras-500-kes/ https://sabahmedia.com/2022/03/19/covid-19-sabah-terus-catat-trend-penurunan-dibawah-paras-500-kes/#respond Sat, 19 Mar 2022 07:49:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13185
Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah meneruskan trend penurunan apabila mencatatkan angka jangkitan baharu di bawah paras 500 kes apabila sebanyak 421 kes dilaporkan pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah jangkitan itu adalah terendah dibawah paras 500 kes sejak 3 Februari lalu yang menurun 175 kes berbanding semalam.

“Jumlah kes baharu yang lebih rendah hari ini banyak dipengaruhi oleh penyusutan pada skala besar di beberapa daerah seperti Kota Kinabalu (-44 kes), Penampang (-35 kes), Beaufort (-26 kes), Papar (-22 kes) dan Tawau (-17 kes).

“Sebanyak 15 daerah merekodkan penurunan kes harian dan hanya sembilan daerah merekodkan peningkatan kes baharu.

“Namun peningkatan kes di sembilan daerah adalah pada skala yang kecil. Kes baharu di tiga lagi daerah kekal sebagaimana catatan semalam,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, terdapat tanda-tanda penstabilan di hampir keseluruhan daerah di Sabah dengan 13 daerah mencatatkan kes satu angka sahaja.

Katanya, daripada 11 daerah yang mencatatkan kes dua angka cuma Tuaran (55 kes), Papar (37 kes), Penampang (35 kes), Putatan (27 kes) dan Beaufort (25 kes) yang mencatatkan kes agak tinggi.

“Kota Kinabalu adalah satu-satunya daerah yang masih mencatat kes baharu tiga angka (104 kes) tetapi berkurangan 44 kes berbanding jumlah semalam.

“Lahad Datu dan Nabawan tidak mencatatkan sebarang kes baharu hari ini,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, sebanyak 412 atau 97.86 peratus daripada 421 kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, dua kes dalam Kategori 3, empat kes dalam Kategori 4 dan tiga kes dalam Kategori 5.

“Satu lagi kluster diisytiharkan tamat hari ini iaitu Kluster Access Menawo di Keningau. Jumlah kluster yang masih aktif ialah 18 kluster,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/19/covid-19-sabah-terus-catat-trend-penurunan-dibawah-paras-500-kes/feed/ 0 13185