Pickerball – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 05 Feb 2026 02:54:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pickerball – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penyertaan APP Next perlu dimanfaatkan – Joachim https://sabahmedia.com/2026/02/05/penyertaan-app-next-perlu-dimanfaatkan-joachim/ https://sabahmedia.com/2026/02/05/penyertaan-app-next-perlu-dimanfaatkan-joachim/#respond Thu, 05 Feb 2026 02:09:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91013
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam menyatakan sokongan penuh terhadap penyertaan Dinkers Point Pickleball Club (DPPC) dalam kejohanan APP Next Kuala Lumpur, sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memperkasa pembangunan sukan pickleball di Sabah.

Sokongan tersebut dizahirkan semasa kunjungan hormat DPPC yang diketuai Presidennya, Mohd Noh Adzlie, sebagai usaha memperkenalkan kelab berkenaan secara rasmi serta berkongsi visi dan komitmen dalam pembangunan sukan pickleball, khususnya melibatkan golongan belia.

Dalam pertemuan itu, Dr. Joachim merakamkan penghargaan terhadap inisiatif dan semangat yang ditunjukkan oleh DPPC dalam membangunkan bakat baharu melalui sukan pickleball yang kini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

Beliau menyifatkan penyertaan dalam kejohanan APP Next Kuala Lumpur sebagai satu platform penting bagi memberi pendedahan serta pengalaman berharga kepada para pemain di peringkat kebangsaan, selain membuka peluang yang lebih luas untuk pembangunan kerjaya sukan pada masa hadapan.

Selain itu, Dr. Joachim turut menasihatkan para pemain DPPC agar memanfaatkan sepenuhnya peluang menyertai kejohanan bertaraf nasional tersebut memandangkan pengalaman sebegini amat bernilai dalam pembentukan jati diri, disiplin serta keyakinan diri sebagai seorang atlet.

Sementara itu, Mohd Noh Adzlie berkata, kunjungan hormat berkenaan bukan sahaja bertujuan memperkenalkan DPPC secara rasmi, malah mencerminkan keyakinan kelab terhadap peranan sukan sebagai medium pembangunan belia, pengukuhan komuniti serta pembudayaan gaya hidup sihat di Sabah.

“DPPC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan galakan yang diberikan dan beriltizam untuk membawa nama Sabah dengan penuh kebanggaan di pentas kebangsaan melalui sukan pickleball,” katanya.

Beliau berharap sokongan berterusan daripada kepimpinan negeri dapat membantu memperkasa lagi pembangunan sukan pickleball serta melahirkan lebih ramai atlet berpotensi dari Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/05/penyertaan-app-next-perlu-dimanfaatkan-joachim/feed/ 0 91013
Kejohanan Pickleball JPN x PIBKS perkukuh silaturahim warga pendidikan dan komuniti https://sabahmedia.com/2026/01/24/kejohanan-pickleball-jpn-x-pibks-perkukuh-silaturahim-warga-pendidikan-dan-komuniti/ https://sabahmedia.com/2026/01/24/kejohanan-pickleball-jpn-x-pibks-perkukuh-silaturahim-warga-pendidikan-dan-komuniti/#respond Sat, 24 Jan 2026 12:33:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90336
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Sebanyak 20 pasukan melibatkan seramai 40 peserta menyertai Kejohanan Pickerball JPN x PIBKS yang berlangsung di Infinity Sport Arena di sini pada Sabtu.

Kejohanan tertutup yang julung kali dianjurkan itu melibatkan kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah

Pengerusi PIBKS Sabah Datuk Mohammad Arif Tun Sakaran berkata, kejohanan yang diadakan itu adalah bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara PIBKS dan JPNS.

“Alhamdulillah, kita melihat sambutan peserta yang menyertai hari ini sangat menggalakkan. Meskipun ini adalah sukan baharu, namun Pickerball dilihat mula diminati oleh pelbagai peringkat usia.

“Saya juga melihat aktiviti sihat seperti ini perlu diperbanyakkan lagi khususnya melibatkan warga pendidik dan juga komuniti, bukan sahaja dalam bidang pendidikan, malah dalam bidang sukan juga perlu dilaksanakan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada kejohanan itu di sini.

Hadir menyaksikan kejohanan itu Pengarah JPNS Datuk Raisin Saidin.

Sementara itu, Arif turut mencadangkan agar sukan Pickerball diperkenal dan turut dilaksanakan dalam acara sukan diperingkat sekolah khususnya di Sabah.

“Justeru saya mencadangkan agar sukan Pickerball dapat dibawa atau diperkenalkan diperingkat sekolah kerana ia amat baharu dan boleh memberi peluang kepada pelajar mewakili sekolah sehingga peringkat antarabangsa,” katanya.

Pada kejohanan itu, pasukan yang diwakili Gabriel George dan ⁠Muhaimin Mohd Ridzuan muncul juara dan gandingan Musa Mustapha Muhammad Gaddafi ditempat kedua.

Manakala pasangan Sofian Saidin dan ⁠Izlan Haimin ditempat ketiga dan Nur Zahiera Ismail bersama Kamarul Mailun ditempat keempat.

Kejohanan sehari itu turut dikendalikan oleh Bounce Pickleclub.  – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/24/kejohanan-pickleball-jpn-x-pibks-perkukuh-silaturahim-warga-pendidikan-dan-komuniti/feed/ 0 90336
JPNS galak warga pendidikan Sabah sertai sukan Pickleball https://sabahmedia.com/2026/01/24/jpns-galak-warga-pendidikan-sabah-sertai-sukan-pickleball/ https://sabahmedia.com/2026/01/24/jpns-galak-warga-pendidikan-sabah-sertai-sukan-pickleball/#respond Sat, 24 Jan 2026 04:49:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90273
Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) menggalakkan penyertaan warga pendidik termasuk murid di negeri ini untuk bergiat aktif dalam aktiviti sukan termasuk sukan baharu seperti Pickerball.

Pengarah JPNS Datuk Raisin Saidin berkata, penyertaan dalam pelbagai aktviti sukan adalah selaras dengan aspirasi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum.

Beliau berkata, sukan Pickleball yang semakin berkembang di peringkat antarabangsa wajar diberi perhatian serius kerana potensinya yang besar, khususnya sebagai sukan baharu yang boleh membuka lebih banyak peluang penyertaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Raisin (kanan) bersama Arif

“Insya-Allah, kita akan melihat bagaimana kemungkinan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memasukkan acara Pickleball dalam kejohanan sukan tahunan di peringkat kementerian dan juga Jabatan Pendidikan Sabah.

“Di peringkat JPNS sendiri, saya amat menggalakkan guru-guru dan murid-murid untuk melibatkan diri dalam sukan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sabah Media ketika menghadiri JPN x PIBKS Internal Pickerball Tournament di Infinity Sport Arena di sini pada Sabtu.

Hadir sama Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Negeri Sabah Datuk Mohammad Arif Tun Sakaran.

Raisin berkata, sebagai sukan yang masih baharu di Malaysia, Pickleball menawarkan kelebihan dari segi peluang pertandingan yang lebih luas.

“Apabila sesuatu acara itu masih baharu, peluang untuk bertanding di peringkat kebangsaan dan antarabangsa adalah lebih terbuka.

“Ini satu kelebihan kepada pelajar dan warga pendidikan yang mula melibatkan diri dari peringkat awal,” katanya

Mengulas lanjut, Raisin berkata, walaupun Pickleball masih dianggap baharu di negara ini, sukan tersebut sebenarnya telah lama berkembang di negara lain.

“Kita melihat sukan ini bukan sesuatu yang baharu di peringkat antarabangsa. Banyak negara telah mendahului, dan Sabah tidak seharusnya ketinggalan dalam arus pembangunan sukan ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/24/jpns-galak-warga-pendidikan-sabah-sertai-sukan-pickleball/feed/ 0 90273
Ladies Picklefest 2025 tarik penyertaan menggalakkan pemain wanita dan junior https://sabahmedia.com/2025/12/21/ladies-picklefest-2025-tarik-penyertaan-menggalakkan-pemain-wanita-dan-junior/ https://sabahmedia.com/2025/12/21/ladies-picklefest-2025-tarik-penyertaan-menggalakkan-pemain-wanita-dan-junior/#respond Sun, 21 Dec 2025 04:31:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88671
Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU : Kejohanan Ladies Picklefest 2025 yang berlangsung meriah di sini pada Sabtu berjaya menarik penyertaan menggalakkan daripada pemain pickleball wanita dan junior, sekali gus membuktikan perkembangan positif sukan tersebut di Sabah.

Kejohanan anjuran bersama Bounce Pickleclub, Velocity Dinkers dan Kota Kinabalu Picklevall Association itu mempertandingkan beberapa kategori termasuk Open, Intermediate, Novice dan Junior Open, dengan tawaran hadiah wang tunai yang menarik.

Dalam kategori Open, pasangan Joanne Chong dan Janiece Chong muncul juara selepas menewaskan cabaran sengit daripada peserta lain dengan  membawa pulang hadiah wang tunai RM2,300.

Tempat kedua bagi kategori itu dimenangi Abbie Yu dan Winnie Han dengan membawa pulang hadiah RM1,800, manakala tempat ketiga menjadi milik Teh Xiau Xuan dan Belynda Tan yang menerima RM1,300.

Bagi kategori Intermediate, pasangan Chong Siaw Fun dan Kimberley Lo dinobatkan sebagai juara dengan membawa pulang hadiah RM1,800.

Wahidah menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori Intermediate Chong Siaw Fun dan Kimberley Lo

Abbie Yu dan Winnie Han sekali lagi menunjukkan konsistensi apabila meraih tempat kedua dengan RM1,300, sementara Trisha Mojulat dan Courtney Barlow di tempat ketiga membawa pulang hadiah RM800.

Dalam kategori Novice, pasangan Rabiah dan Lorenza muncul juara dan menerima hadiah wang tunai RM1,500.

Tempat kedua dimenangi oleh Jess dan Elvy di tempat ketiga menerima hadiah wang tunai RM1000 dan ketiga dimenangi Tan Ju Winn dan Chan Sook Kwan dengan hadiah RM600.

Semua hadiah bagi ketiga-tiga kategori disampaikan isteri kepada Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan & Ekonomi Kreatif, Datin Wahidah Mardiana Norsalim.

Wahidah menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori novice Rabiah dan Lorenza

Sementara itu, bagi kategori Junior Open menyaksikan bakat muda menyerlah apabila pasangan Nurnazatul dan Nurnazwawatul dari Bukit Quoin, Tawau menjuarai kategori tersebut dengan membawa pulang hadiah RM800.

Tempat kedua dimenangi oleh Thaddeus Liew dan Theodore Guansing dengan hadiah RM600, manakala Danial Irfan dan Rafael di tempat ketiga menerima RM400.

Hadiah bagi kategori Junior Open disampaikan Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah Datuk Mohammad Arif Sakaran.

Mohammad Arif menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori junior open Nurnazatul & Nurnazwawatul

Presiden Bounce Pickleclub, Zahiera Ismail berkata pihaknya berharap kejohanan seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform mencungkil bakat baharu.

Katanya, ia khususnya dalam kalangan wanita dan golongan muda, di samping mempopularkan sukan pickleball di peringkat negeri dan nasional. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/21/ladies-picklefest-2025-tarik-penyertaan-menggalakkan-pemain-wanita-dan-junior/feed/ 0 88671
Ladies Picklefest 2025 platform perkasa penglibatan wanita dan remaja https://sabahmedia.com/2025/12/17/ladies-picklefest-2025-platform-perkasa-penglibatan-wanita-dan-remaja/ https://sabahmedia.com/2025/12/17/ladies-picklefest-2025-platform-perkasa-penglibatan-wanita-dan-remaja/#respond Wed, 17 Dec 2025 04:49:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88449
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Penganjuran Ladies Picklefest 2025 muncul sebagai platform sukan inklusif dan berstruktur yang memberi tumpuan khusus kepada pemerkasaan penglibatan wanita serta pembangunan bakat pemain junior dalam sukan pickleball di negeri ini.

Presiden Bounce Pickleclub, Zahiera Ismail berkata, penganjuran tersebut bukan sekadar kejohanan sukan, sebaliknya sebuah festival yang menggabungkan elemen kesukanan, kesejahteraan, komuniti dan gaya hidup sihat dalam suasana yang selamat serta menyokong.

“Objektif utama Ladies Picklefest adalah untuk menyediakan ruang yang kondusif kepada wanita dan pemain junior bagi membina keyakinan diri, membentuk karakter serta menyemai semangat kesukanan.

“Ia juga menjadi medium menggalakkan gaya hidup sihat secara menyeronokkan dan inklusif,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Menurut beliau, pemilihan sukan pickleball adalah bertepatan kerana ia mudah dipelajari, kurang agresif dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur, khususnya wanita dan remaja.

Katanya, sukan ini lebih menekankan kemahiran, koordinasi dan strategi berbanding kekuatan fizikal, sekali gus sesuai sebagai sukan pembangunan awal dan penyertaan jangka panjang.

Zahiera berkata, Ladies Picklefest 2025 turut menampilkan konsep berbeza apabila menawarkan pengalaman festival sukan yang menyeluruh, termasuk sesi Zumba sebagai aktiviti pemanasan badan, kategori junior khas serta penglibatan vendor makanan tempatan.

“Pendekatan ini bukan sahaja memeriahkan acara, malah mewujudkan suasana mesra keluarga dan komuniti, sekali gus menarik penyertaan wanita yang mungkin baru berjinak-jinak dengan sukan pickleball,” katanya.

Beliau menambah, penganjuran sulung Ladies Picklefest ini mendapat sambutan amat menggalakkan apabila sebanyak 50 pasukan berjaya mendaftar merangkumi kategori wanita dan junior, termasuk penyertaan dari daerah luar seperti Tawau dan Keningau.

Dengan penyertaan itu, jumlah pemain dianggarkan mencecah 100 orang, manakala kehadiran penonton pula dijangka sehingga 300 orang sepanjang acara berlangsung, membuktikan potensi besar sukan pickleball dalam menarik minat masyarakat.

Ladies Picklefest 2025 dianjurkan oleh Bounce Pickleclub dan Velocity Dinkers dengan kerjasama strategik Kota Kinabalu Pickleball Association (KKPA), sekali gus mencerminkan komitmen pelbagai pihak dalam membangunkan ekosistem sukan pickleball yang inklusif dan mampan di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/17/ladies-picklefest-2025-platform-perkasa-penglibatan-wanita-dan-remaja/feed/ 0 88449
HUMS, SAPA anjur kejohanan terbuka junior sulung di Sabah https://sabahmedia.com/2025/01/24/hums-sapa-anjur-kejohanan-terbuka-junior-sulung-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/01/24/hums-sapa-anjur-kejohanan-terbuka-junior-sulung-di-sabah/#respond Fri, 24 Jan 2025 05:02:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67381
Read Time:2 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Kejohanan Junior Open Pickleball HUMS 2025 yang julung kali diadakan menandakan permulaan kalendar kejohanan pickleball Sabah untuk tahun ini.

Ia dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi HUMS (KKRHUMS) dengan kerjasama Persatuan Pickleball Sabah (SAPA), dan yang paling penting, ini merupakan kejohanan pertama di Sabah yang dikhususkan sepenuhnya untuk pemain junior.

Presiden SAPA, Julita Akabal berkata, tujuan kejohanan ini adalah untuk mencungkil bakat baharu dalam kalangan pemain junior serta menggalakkan pemain baharu untuk terus berminat dan mencapai kejayaan dalam sukan ini.

“Kejohanan ini juga merupakan platform terbaik untuk memberikan peluang kepada pemain junior berpengalaman untuk menyertai pertandingan berkualiti tinggi di peringkat tempatan, sebagai persediaan untuk kejohanan antara negeri dan antarabangsa.

“Sehubungan itu, kejohanan ini dibahagikan kepada kategori Novice dan Intermediate untuk menggalakkan pemain baharu dan kurang berpengalaman mendapatkan pengalaman bertanding tanpa rasa tertekan atau dikuasai oleh pemain negeri,” katanya.

Sementara itu, Pengarah HUMS, Profesor Madya Dr Malehah Datuk Mohd Noh, yang hadir untuk menyaksikan majlis penutup kategori U12 dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang, memuji pickleball sebagai sebahagian daripada strategi kesihatan awam yang penting, terutama bagi golongan muda yang kini berdepan dengan dua ancaman besar, iaitu ketagihan telefon pintar dan obesiti.

“Saya gembira melihat ramai anak muda menyertai kejohanan ini dan teruja bahawa untuk sukan yang baharu, terdapat tahap pendedahan, latihan, dan pertandingan yang tinggi.

“Saya berharap SAPA dan HUMS akan menganjurkan lebih banyak kejohanan pickleball junior serta perlawanan berkala, dan berharap Arena Pickleball UMS suatu hari nanti mencapai standard kejohanan,” katanya.

Kejohanan ini menampilkan 30 pemain junior berusia antara 7 hingga 17 tahun, yang mewakili lebih daripada 10 sekolah rendah dan menengah, termasuk dua pemain yang berwarganegara British.

Dalam kategori beregu lelaki U12, Muhammad Ammar Asyraf dan Ivanovic Saniyil dari SK Malawa memenangi kategori Novice untuk pemain pemula, manakala Dominic Ziquan Pang dari SJK (C) St James dan Seth Ooi Jhu Fen dari SRS Datuk Simon Fung menjadi juara kategori Intermediate untuk pemain peringkat pertandingan.

Bagi kategori beregu perempuan U12, Nursuhannah Mohd Shahnaz dan Nurshahirah Mohd Shahnaz dari SJK (C) Yick Nam menjadi juara kategori Novice.

Kategori beregu perempuan U17 Novice dimenangi oleh Sarah dan Eliana Sandah dari SMK St Francis Convent.

Kategori lelaki U17 menyaksikan ramai pemain berkaliber tinggi bertanding dan mereka tidak mengecewakan.

Kategori Intermediate U17 dimenangi oleh Nathan dan Samuel Guansing, yang berjaya mengatasi Golden Chong Hon Yee dan Jayden Jay Ng dari SMJK Shan Tao, yang berada di tempat kedua.

Tempat ketiga dimenangi oleh Ravin Tampi dan Jayden Tiu dari SM All Saints.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/24/hums-sapa-anjur-kejohanan-terbuka-junior-sulung-di-sabah/feed/ 0 67381