pickids – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 10 Apr 2022 01:52:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pickids – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PICKids : Dapatkan vaksin sebelum sesi persekolahan tanpa penggiliran bermula https://sabahmedia.com/2022/04/10/pickids-dapatkan-vaksin-sebelum-sesi-persekolahan-tanpa-penggiliran-bermula/ https://sabahmedia.com/2022/04/10/pickids-dapatkan-vaksin-sebelum-sesi-persekolahan-tanpa-penggiliran-bermula/#respond Sun, 10 Apr 2022 05:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14123
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Ibu bapa khususnya di negeri dinasihati untuk membawa anak-anak berusia lima hingga 11 tahun mendapatkan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids).

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pemberian vaksin itu boleh didapati disemua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dibuka termasuk fasiliti kesihatan yang berhampiran.

“Setakat 8 April lalu, proses pemberian vaksin menerusi PICKids bagi dos pertama adalah sebanyak 24.15 peratus, manakala dos lengkap adalah sebanyak 1.35 peratus yang diambil kira daripada jumlah 411,400 kanak-kanak yang layak menerima vaksin.

“Oleh itu, berdasarkan pencapaian semasa yang masih rendah, kita menasihati ibu bapa untuk memberi anak-anak mereka yang bersekolah berusia lima hingga 11 tahun untuk nendapatkan vaksin di PPV atau fasiliti kesihatan berhampiran,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas jumlah vaksinasi PICKids di Sabah yang masih rendah menjelang sesi persekolahan sepenuhnya tanpa penggiliran bermula 18 April ini.

Shahelmey berkata, ibu bapa atau pihak sekolah juga boleh berhubung dengan mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi pengurusan pemberian vaksin kepada kanak-kanak terlibat.

“Pada ketika ini, kerajaan belum mempunyai sasaran peratusan baharu untuk PICKids ini namun kita minta kepada ibu bapa untuk membawa anak-anak mendapatkan vaksin.

“Ini kerana sesi persekolahan akan dibuka sepenuhnya (tanpa penggiliran) selain memastikan kesihatan mereka juga terjamin,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/10/pickids-dapatkan-vaksin-sebelum-sesi-persekolahan-tanpa-penggiliran-bermula/feed/ 0 14123
PICKids : Sikap Tunggu Dan Lihat Punca Kadar Pengambilan Vaksin Rendah https://sabahmedia.com/2022/03/11/pickids-sikap-tunggu-dan-lihat-punca-kadar-pengambilan-vaksin-rendah/ https://sabahmedia.com/2022/03/11/pickids-sikap-tunggu-dan-lihat-punca-kadar-pengambilan-vaksin-rendah/#respond Fri, 11 Mar 2022 11:40:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12890
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Sikap tunggu dan lihat mengenai keperluan pengambilan vaksinasi menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) di negeri ini dikenal pasti menjadi antara punca kadar pencapaian penerimaan vaksin masih rendah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, Sabah kini berada ditangga ketiga terbawah di seluruh negara dengan peratusan sebanyak 17.50 peratus yang direkodkan sehingga semalam.

“Untuk negeri Sabah, pencapaian kita masih rendah dimana pada awalnya kita sasarkan sebelum pembukaan sekolah sebanyak 50 peratus golongan kanak-kanak telah menerima vaksin yang berusia lima hingga 11 tahun.

“Namun sehingga semalam,saya dimaklumkan kita baru mencapai sekitar 17.50 peratus bagi Sabah dan kedudukan negeri ini berada di tiga terbawah kalau dari segi rangkaian kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Program Kampung Angkat Pergigian Daerah Putatan disini hari ini.

Shahelmey berkata, sehingga kini tiada laporan berhubung kesan sampingan yang serius berlaku dikalangan kanak-kanak yang menerima vaksin menerusi PICkids yang dilaksanakan sejak 3 Februari lalu.

“Sekali lagi saya selaku Exco Kesihatan negeri Sabah menyeru kepada ibu bapa untuk terbuka minda, terbuka hati demi keselamatan anak-anak yang akan kembali ke sekolah pada 21 Mac nanti.

“Sebagai mana yang kita ketahui, kes-kes jangkitan COVID-19 terhadap kanak-kanak yang belum menerima vaksin juga berada pada kadar yang agak tinggi dan meningkat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/11/pickids-sikap-tunggu-dan-lihat-punca-kadar-pengambilan-vaksin-rendah/feed/ 0 12890
PICKids : Ambil Peluang Cuti Sekolah Bawa Anak Terima Vaksin COVID-19 https://sabahmedia.com/2022/03/07/pickids-ambil-peluang-cuti-sekolah-bawa-anak-terima-vaksin-covid-19/ https://sabahmedia.com/2022/03/07/pickids-ambil-peluang-cuti-sekolah-bawa-anak-terima-vaksin-covid-19/#respond Mon, 07 Mar 2022 10:00:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12779
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Ibu bapa disaran untuk mengambil peluang membawa anak-anak mereka menerima vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) dalam tempoh cuti sekolah ini.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam merangkap Pegawai Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu Dr Suhaila Osman berkata, pengambilan vaksin itu adalah bagi menghasilkan imuniti dalam badan yang memerlukan tempoh masa kira-kira dua minggu.

“Saya menyeru ibu bapa untuk bertindak dengan cepat kerana sekarang ini kita berada dalam tempoh cuti sekolah dan selepas sekolah dibuka kemungkinan anak-anak dijangkiti sangat tinggi.

“Justeru, adalah lebih baik untuk kita berbuat sesuatu dengan memberi perlindungan kepada anak-anak kita sebab vaksin ini bertindak menghasilkan imuniti dalam badan kira-kira dalam tempoh dua minggu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Operasi Penguatkuasaan Pematuhan Prosedur Standard Operasi (SOP) Bersepadu di Jalan Gaya disini hari ini.

Dr Suhaila berkata,  peluang cuti sekolah ini perlu diambil oleh ibu bapa sebagai persediaan untuk anak-anak mereka memulakan sesi persekolahan pada 21 Mac ini.

Katanya, pada masa ini juga, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di beberapa lokasi sekitar Kota Kinabalu turut dibuka termasuk di kompleks beli belah.

“Ini adalah masa yang tepat untuk anda semua membenarkan anak-anak mengambil vaksin COVID-19 dan kita telah menyediakan pelbagai lokasi PPV termasuk di kompleks beli belah.

“Ini juga antara inisiatif kita untuk meningkatkan lagi kadar peraturan pemberian vaksin kepada kanak-kanak khususnya di Kota Kinabalu yang dilihat masih berada pada tahap yang rendah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/07/pickids-ambil-peluang-cuti-sekolah-bawa-anak-terima-vaksin-covid-19/feed/ 0 12779
Penyebaran Berita Palsu Antara Penyebab Kadar Vaksinasi Kanak-Kanak Masih Rendah Di Sabah https://sabahmedia.com/2022/03/05/penyebaran-berita-palsu-antara-penyebab-kadar-vaksinasi-kanak-kanak-masih-rendah-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/03/05/penyebaran-berita-palsu-antara-penyebab-kadar-vaksinasi-kanak-kanak-masih-rendah-di-sabah/#respond Sat, 05 Mar 2022 08:00:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12724
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU : Stigma negatif termasuk penyebaran berita palsu di media sosial menjadi antara penyebab kadar vaksinasi kanak-kanak di negeri ini masih rendah.

Ini dapat dilihat apabila segelintir ibu bapa lebih cenderung untuk terpengaruh dengan berita tanpa fakta yang disebarkan melalui media sosial.

Pengarah Hospital Universiti Malaysia Sabah (UMS) Profesor Dr Helen Lasimbang berkata, situasi itu perlu segera ditangani bagi memastikan kadar vaksinasi kanak-kanak menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICkids) dapat mencapai sasaran.

“Jika dilihat pada masa ini peratusan vaksinasi kanak-kanak masih rendah, ada banyak sebab kenapa peratusan ini rendah dan antara masalah utama adalah media sosial yang memaparkan berita-berita negatif terhadap vaksin.

“Namun masih ramai yang percaya kepada berita-berita yang tidak ada bukti saintifik.  Jadi ini kita kena tangani dengan segera,” katanya ketika ditemui Sabah Media di Pusat Pemberian Vaksin Intitusi Pengajian Tinggi UMS (PPV IPT-UMS) disini baru-baru ini.

Dr Helen berkata, meskipun berdepan dengan isu penyebaran berita palsu namun pihaknya akan terus membantu kerajaan mempromosikan vaksin kepada orang ramai.

“Jika kita lihat pada awal COVID-19 dahulu dan belum ada pemberian vaksin, begitu ramai yang masuk hospital dan sakitteruk,” katanya.

Sehingga semalam, seramai 55,540 orang atau 13.50 peratus kanak-kanak di Sabah telah menerima vaksinasi bagi dos pertama sejak PICKids dilancarkan di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/05/penyebaran-berita-palsu-antara-penyebab-kadar-vaksinasi-kanak-kanak-masih-rendah-di-sabah/feed/ 0 12724
PICKids : Pemberian Vaksin Dikalangan Kanak-Kanak Di Sabah Masih Rendah https://sabahmedia.com/2022/03/03/pickids-pemberian-vaksin-dikalangan-kanak-kanak-di-sabah-masih-rendah/ https://sabahmedia.com/2022/03/03/pickids-pemberian-vaksin-dikalangan-kanak-kanak-di-sabah-masih-rendah/#respond Thu, 03 Mar 2022 07:46:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12669
Read Time:1 Minute, 16 Second

PUTATAN : Pemberian vaksin COVID-19 dikalangan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) di Sabah masih berada pada tahap yang rendah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ibu bapa berperanan penting bagi memastikan pemberian vaksin dikalangan kanak-kanak dapat direalisasikan.

Katanya, sehingga kini, seramai 51,000 orang kanak-kanak di Sabah dalam usia berkenaan telah menerima vaksin sejak PICKids dilancarkan pada awal  Februari lalu.

“Pada masa ini Sabah berada di tangga kedua dibawah, jadi sebab itu kita perlukan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS); Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan pejabat-pejabat daerah.

“Namun apa yang penting adalah kerjasama semua ibu bapa dalam memastikan pemberian vaksinasi dikalangan kanak-kanak ini dapat direalisasikan dengan jayanya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau PICKids di Sekolah Kebangsaan (SK) Contoh disini hari ini.

Shahelmey berkata, sekurang-sekurangnya sebanyak 50 peratus daripada lingkungan umur berkenaan disasarkan akan menerima vaksin sebelum sesi persekolahan dibuka pada 21 Mac ini.

“Sebanyak 50 peratus daripada jumlah populasi kanak-kanak dalam usia berkenaan disasarkan akan menerima vaksin sehingga menjelang sesi persekolah dibuka nanti.

“Jadi sekali lagi saya ingin berpesan dan menyeru kepada semua khususnya ibu bapa untuk membawa anak-anak ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang disediakan kerajaan demi menjaga kesihatan anak-anak menjelang sesi persekolahan akan datang,” katanya.

Dianggarkan seramai 411,400 kanak-kanak dalam usia lima hingga 11 tahun di negeri ini layak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/03/pickids-pemberian-vaksin-dikalangan-kanak-kanak-di-sabah-masih-rendah/feed/ 0 12669
PICKids : Pendaftaran Di Sabah Masih Rendah, Ibu Bapa Digesa Daftar Anak Terima Vaksinasi COVID-19 https://sabahmedia.com/2022/02/15/pickids-pendaftaran-di-sabah-masih-rendah-ibu-bapa-digesa-daftar-anak-terima-vaksinasi-covid-19/ https://sabahmedia.com/2022/02/15/pickids-pendaftaran-di-sabah-masih-rendah-ibu-bapa-digesa-daftar-anak-terima-vaksinasi-covid-19/#respond Tue, 15 Feb 2022 05:35:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12212
Read Time:3 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Seramai 32,186 kanak-kanak berumur antara lima dan bawah 12 tahun sudah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) sehingga Ahad lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, jumlah itu masih dilihat rendah kerana ia mewakili kurang 10 peratus  daripada 411,400 kanak-kanak yang layak dalam kumpulan sasar di negeri ini.

“Jumlah yang mendaftar setakat ini masih rendah. Saya nasihatkan ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak berumur antara lima hingga 12 tahun ke bawah supaya mengambil peluang mendaftarkan mereka untuk vaksinasi di bawah PICKids,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Pelancaran PICKids Peringkat Negeri Sabah di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di Likas disini hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor ketika hadir pada Majlis Pelancaran Imunisasi COVID-19 Kanak- Kanak (PICKids) Peringkat Negeri Sabah di Pusat Perubatan Nuklear dan Radiotherapi, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di Likas, hari ini.

Hadir sama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Rose Nani Mudin.

Hajiji berkata, sehingga 14 Februari lalu, seramai 9,686 atau kira-kira tujuh peratus daripada mereka yang mendaftar telah menerima dos pertama sejak PICKids bermula di Sabah pada 3 Februari lalu.

Katanya, program itu telah bermula pada 3 Februari lalu membabitkan lima buah hospital iaitu HWKKS, Hospital Duchess of Kent Sandakan, Hospital Keningau, Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau.

“Program itu turut diperluaskan ke seluruh negeri dengan penubuhan 145 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) melibatkan 109 Klinik Kesihatan, 22 hospital, 18 klinik swasta dan empat PPV awam, yang dipantau oleh pakar dan pegawai perubatan.

“Meneruskan program vaksinasi untuk melindungi kanak-kanak, khususnya mereka yang berumur antara lima dan bawah 12 tahun adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk melindungi mereka daripada jangkitan COVID-19,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggunakan Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion daripada vaksin PfizerBioNTech yang dirumus khas untuk kanak-kanak dan telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia di bawah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Ia telah diluluskan untuk penggunaan selamat dan mempunyai keberkesanan untuk melindungi kanak-kanak daripada jangkitan COVID-19 yang teruk,” katanya.

Katanya, program vaksinasi kanak-kanak memerlukan dua dos vaksin untuk diberikan selepas lapan minggu.

“Berdasarkan data terkini, selama lapan minggu antara dua dos memberikan imuniti dan kadar keberkesanan yang lebih tinggi dengan potensi memberikan perlindungan lebih lama,” katanya.

Tambahnya, sama seperti program untuk orang dewasa, vaksin di bawah PICKids adalah percuma untuk mereka yang tinggal di Sabah tanpa mengira status kewarganegaraan.

“Pemberian vaksin adalah secara sukarela dan ibu bapa atau penjaga perlu menandatangani surat kebenaran bertulis sebelum anak mereka layak menerima vaksin COVID-19.

“Sistem tempahan janji temu yang diwujudkan dalam aplikasi MySejahtera memberi kebebasan kepada ibu bapa dan penjaga untuk memilih tarikh serta masa yang paling sesuai dan PPV yang mereka ingin bawa anak mereka untuk menerima vaksin.

“Mereka juga boleh membawa anak-anak mereka untuk divaksin secara datang terus (walk-in) di PPV berhampiran,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, proses vaksinasi untuk murid sekolah telah bermula pada 12 Februari di PPV sekolah, manakala JKNS telah bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan JAKIM untuk menjalankan program vaksinasi outreach di sekolah di bawah bidang kuasa masing-masing.

“Pelancaran rasmi PICKids Sabah hari ini menunjukkan komitmen dan keikhlasan Kerajaan Negeri memastikan kanak-kanak berumur antara lima dan bawah 12 tahun di Sabah menerima vaksin COVID-19,” katanya.

Lebih 500 kanak-kanak berumur bawah 11 tahun yang tidak divaksin adalah antara 3,891 kes baharu COVID-19 yang dikesan di Sabah pada Ahad.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/15/pickids-pendaftaran-di-sabah-masih-rendah-ibu-bapa-digesa-daftar-anak-terima-vaksinasi-covid-19/feed/ 0 12212
8,321 kanak-kanak terima vaksin Covid-19 setakat semalam. https://sabahmedia.com/2022/02/14/8321-kanak-kanak-terima-vaksin-covid-19-setakat-semalam/ https://sabahmedia.com/2022/02/14/8321-kanak-kanak-terima-vaksin-covid-19-setakat-semalam/#respond Mon, 14 Feb 2022 01:46:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12183
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU – sebanyak 2,465 kanak-kanak menerima vaksin dos pertama vaksin covid-19, menjadikan bilangan kumulatif populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Negeri Sabah yang menerima dos pertama vaksin Covid-19 ialah 8321 atau 2.02 %.

Menurut kenyataan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun malam tadi,seramai 2,411,727 orang penduduk Sabah telahpun menerima dos lengkap mereka.

Dalam pada itu Sebanyak 169,710 atau 4.8% populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

PICKids dilancarkan 3 Feb lepas dengan kerajaan menetapkan sela masa selama lapan minggu antara dos pertama dan kedua.

Sementara itu, berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 13,258,893 atau 56.4% populasi dewasa dalam negara telah menerima dos penggalak Covid-19, setakat semalam.

Sejumlah 22,936,644 individu atau 97.5% daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 98.7% atau 23,212,859 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,795,507 individu atau 89.8% daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,874,510 atau 92.3% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan 118,875 dos vaksin diberikan meliputi 35,441 dos pertama, 649 dos kedua dan 82,785 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah PICK sebanyak 65,042,686 dos.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/14/8321-kanak-kanak-terima-vaksin-covid-19-setakat-semalam/feed/ 0 12183
Bapa Pilih Beri Vaksin Kepada Anak Selepas Pengalaman Dijangkiti COVID-19 https://sabahmedia.com/2022/02/09/bapa-pilih-beri-vaksin-kepada-anak-selepas-pengalaman-dijangkiti-covid-19/ https://sabahmedia.com/2022/02/09/bapa-pilih-beri-vaksin-kepada-anak-selepas-pengalaman-dijangkiti-covid-19/#respond Wed, 09 Feb 2022 08:16:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12042
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Pengalaman pahit bertarung dengan jangkitan COVID-19 kategori ketiga dua tahun lalu membuatkan seorang bapa membawa anaknya mendapatkan suntikan COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids).

Lee Su Vui,55, berkata, situasi kes jangkitan COVID-19 di negeri ini yang semakin tinggi turut membuka hatinya untuk segera membawa anaknya berusia 11 tahun mendapatkan vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) pagi tadi.

“Sebelum ini saya, isteri dan anak-anak pernah dijangkiti COVID-19 sebelum adanya program vaksinasi ini namun sayalah yang mengalami symptom yang paling teruk.

“Atas dari pengalaman lalu itu juga, saya membawa anak untuk mendapatkan vaksin bagi melindungi mereka dari dijangkiti terutama di sekolah dan pada hari ini juga, isteri saya turut mengambil dos penggalak,” katanya ketika ditemui di PPV HWKKS disini hari ini.

Katanya, meskipun risau dengan kesan sampingan vaksin terhadap anaknya namun beliau tetap yakin vaksin COVID-19 dapat mencegah daripada terkena jankitan yang lebih teruk.

Sementara itu, bagi seorang ibu, Dr Fan Hui Yin berkata, dia bersemangat untuk membawa anaknya berusia 11 tahun untuk mendapatkan vaksin COVID-19 .

“Saya sebenarnya menunggu janji temu tapi belum dapat.  Memandangkan kes semakin meningkat dan kebetulan ada ‘walk-in’ jadi saya ambil keputusan untuk bawa anak ke sini (PPV HWKKS).

“Anak saya tidak menolak untuk ambil vaksin sebab abang dia berusia 14 tahun juga sudah mengambil vaksin, jadi kira mudahlah bawa ke sini.  Proses pemberian vaksin tadi pun semua berjalan lancar, anak pun rasa okay,” katanya.

Pada hari ini, kes jangkitan COVID-19 terus meningkat kepada paras angka 3,000 dengan merekodkan angka kes sebanyak 3,333 kes dengan lebi 17 kluster melibatkan institusi pendidikan yang dilaporkan sejak 16 Januari lalu.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya turut mengadakan tinjauan ke PPV HWKSS bagi melihat pelaksanaan PICKids pagi tadi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/09/bapa-pilih-beri-vaksin-kepada-anak-selepas-pengalaman-dijangkiti-covid-19/feed/ 0 12042
PICKids : Ibu Bapa Diseru Daftar Anak Terima Vaksinasi COVID-19 https://sabahmedia.com/2022/02/09/pickids-ibu-bapa-diseru-daftar-anak-terima-vaksinasi-covid-19/ https://sabahmedia.com/2022/02/09/pickids-ibu-bapa-diseru-daftar-anak-terima-vaksinasi-covid-19/#respond Wed, 09 Feb 2022 07:21:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12036
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU : Ibu bapa khususnya di negeri ini diseru untuk mendaftarkan anak-anak bagi mendapatkan vaksinasi COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) untuk memastikan tahap kesihatan anak-anak sentiasa terjaga.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, sambutan terhadap vaksin bagi PICKids dilihat masih rendah berbanding kadar pemberian vaksin di seluruh negara.

Katanya, kadar purata harian kanak-kanak yang menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) menyaksikan purata 50 hingga 60 orang kanak-kanak dalam sehari mengambil vaksin sejak dilancarkan 3 Februari lalu.

“Pada ketika ini kadar penerimaan vaksin PICKids dilihat masih rendah dan ia memerlukan kesedaran ibu bapa supaya datang membawa anak untuk menerima vaksin sama ada secara ‘walk-in’ atau melalui tempahan dalam aplikasi MySejahtera mengikut kesesuaian dan yang mudah untuk ibu bapa.

“Walau bagaimanapun, kita percaya kadar ini akan terus bertambah apabila ibu bapa semakin sedar.  Sama-sama kita meningkatkan kesedaran selain ibu bapa juga boleh terus mengambil dos penggalak ketika membawa anak menerima vaksin dimana suntikan akan terus diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas  meninjau pelaksanaan PICKids di HWKKS disini hari ini.

Hadir sama Pengarah HWKKS Dr Marcus Netto.

Shahelmey berkata, pengambilan vaksin penggalak turut dilihat masih rendah direkodkan di negeri ini dimana hanya 18 peratus daripada lebih dua juta individu yang lengkap vaksin di Sabah sudah mengambil dos penggalak.

Katanya, prestasi rendah itu adalah disebabkan ianya bukan keperluan dalam aplikasi MySejahtera yang tidak sama seperti dos pertama dan kedua sebelum ini.

Tambahnya, dos penggalak hanya sebagai pilihan dan ia menyebabkan maklum balas dari masyarakat dilihat masih rendah.

“Bagimanapun, beberapa hari ini kes COVID-19 naik mendadak. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kata kita mengalami gelombang Omicron, jangkitannya begitu cepat dan ia dibuktikan dengan kenaikan kes yang tinggi,” katanya.

Katanya, meskipun dos penggalak hanya sebagai pilihan tetapi orang ramai perlu memahami sistem pertahanan badan terhadap jangkitan COVID-19 berkurangan selepas beberapa tempoh menerima dua dos lengkap.

Berikutan itu, katanya dos penggalak diperlukan bagi meningkatkan semula sistem pertahanan badan bagi melindungi diri daripada kesan jangkitan teruk berikutan penularan gelombang varian Omicron, ketika ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/09/pickids-ibu-bapa-diseru-daftar-anak-terima-vaksinasi-covid-19/feed/ 0 12036
PICKids : 23,578 Kanak-Kanak Berdaftar Terima Vaksin Di Sabah https://sabahmedia.com/2022/02/04/pickids-23578-kanak-kanak-berdaftar-terima-vaksin-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/02/04/pickids-23578-kanak-kanak-berdaftar-terima-vaksin-di-sabah/#respond Fri, 04 Feb 2022 01:27:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11868
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU : Seramai 23,578 orang kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun di seluruh negeri sudah didaftarkan melalui aplikasi MySejahtera untuk menerima vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) sehingga semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, pemberian vaksin untuk kanak-kanak itu telah dimulakan di lima buah hospital pakar di Sabah.

Katanya, lima hospital pakar itu ialah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), Hospital Dushess of Kent Sandakan, Hospital Keningau, Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau.

“Perluasan pemberian vaksin kanak-kanak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan terus ditingkatkan di seluruh Sabah bermula esok iaitu 5 Februari 2022.

“Pihak JKNS juga masih terus menyediakan 251 buah fasiliti kesihatan PPV di Sabah yang terdiri daripada hospital serta klinik kerajaan dan swasta bagi menyediakan perkhidmatan pemberian vaksin samada booster, vaksin kanak-kanak, dos kedua dan dos pertama,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Dr Rose Nani berkata, ibu bapa dan penjaga digesa untuk mendaftarkan kanak-kanak dalam jagaan masing-masing melalui aplikasi MySejahtera menggunakan dokumen MyKid ataupun Sijil Kelahiran.

Katanya, pelaksanaan PICKids di Sabah akan dibuat melalui ‘walk-in’, PPV Awam, ‘offsite PPV’, aktiviti outreach ke kawasan pedalaman dan mengikut sekolah dalam daerah.

“Pemberian vaksin adalah percuma kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara,” katanya.

Sementara itu, Dr Rose Nani berkata, Ibu bapa dan penjaga disarankan agar memastikan anak-anak yang dibawa mendapatkan vaksin agar mengambil makanan sebagai alas perut sebelum di vaksin.

Katanya, kanak-kanak tersebut perlu memakai baju lengan atau seluar yang boleh lipat dengan mudah kerana suntikan diberi pada lengan atas atau di bahagian paha.

“Pihak JKNS menasihatkan ibubapa dan penjaga memberi ubat paracetamol kepada anak anak jika mengalami demam selepas vaksinasi dengan dos mengikut berat badan (15mg/kg/ per body weight),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/04/pickids-23578-kanak-kanak-berdaftar-terima-vaksin-di-sabah/feed/ 0 11868