pilihan raya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 27 Oct 2025 09:26:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pilihan raya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Masidi ingatkan rakyat kekalkan perpaduan menjelang pilihan raya https://sabahmedia.com/2025/10/27/masidi-ingatkan-rakyat-kekalkan-perpaduan-menjelang-pilihan-raya/ https://sabahmedia.com/2025/10/27/masidi-ingatkan-rakyat-kekalkan-perpaduan-menjelang-pilihan-raya/#respond Mon, 27 Oct 2025 09:26:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84279
Read Time:2 Minute, 2 Second

RANAU: Rakyat di daerah ini diingatkan supaya terus menjaga persahabatan dan kekeluargaan, khususnya menjelang musim Pilihan Raya yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, rakyat perlu menghormati perbezaan fahaman politik masing-masing dan tidak membiarkan perbezaan itu memecah-belahkan perpaduan masyarakat setempat.

“Kita tidak boleh paksa orang untuk mengundi kita. Tapi satu perkara yang kita harus pegang ialah, jangan biarkan perbezaan politik mengakibatkan negara dan negeri kita berpecah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Ukhwah Madani Komuniti Kampung Liposu Baru anjuran Akademi Kenegaraan (AKM) Malaysia di bawah Pejabat Perdana Menteri, yang diadakan di sini baru-baru ini.

Masidi turut memuji kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas kehadiran para pemimpin dunia termasuk bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Kuala Lumpur untuk menghadiri Persidangan ASEAN baru-baru ini.

“Bukan senang dapat mempelawa para pemimpin dunia hadir bersama dalam satu venue, apatah lagi di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa para pemimpin dunia yakin dengan keupayaan negara kita mengekalkan keharmonian.

“Kita sudah berada di landasan yang cukup baik dan dikenali di seluruh dunia dengan reputasi yang positif. Justeru, kita harus kekalkan perpaduan dan jangan biarkan ia rosak kerana pilihan raya,” katanya.

Menurut beliau, Malaysia merupakan antara negara terbaik untuk didiami, manakala Sabah pula adalah negeri terbaik di Malaysia kerana rakyatnya memiliki sikap toleransi tinggi yang menjadi asas kepada perpaduan mantap.

Masidi turut menegaskan bahawa Sabah mempunyai pelbagai kelebihan tersendiri, termasuk Skim Insurans Kemalangan Percuma yang dinikmati oleh semua rakyat negeri ini.

Tambahnya, kerajaan negeri juga telah membelanjakan berbilion ringgit bagi menyediakan pelbagai bantuan pembelajaran kepada anak-anak Sabah.

“Insya-Allah, pada tahun hadapan kita akan memperkenalkan pengajian percuma kepada semua anak Sabah yang melanjutkan pengajian ke kolej-kolej milik Kerajaan Negeri.

“Kenapa kita lakukan semua ini? Kerana kita mampu, hasil kejayaan mengurus kewangan negeri dengan baik. Hari ini kita mempunyai simpanan sebanyak RM86 bilion, dan kita mampu menyediakan kemudahan kepada rakyat,” katanya.

Beliau menegaskan, semua pencapaian itu adalah hasil daripada kestabilan politik, yang tidak akan dapat dicapai sekiranya kerajaan sering bertukar setiap lima tahun.

Masidi turut memuji inisiatif AKM yang berjaya menganjurkan program itu dengan baik serta memilih Kampung Liposu Baru sebagai lokasi pelaksanaan.

Beliau berharap para peserta memperoleh manfaat daripada pengisian program tersebut yang bukan sahaja memberikan input berguna, malah mempererat silaturahim antara komuniti setempat.

Turut hadir, Ketua Pengarah AKM, Datuk Dr Roslan Hussein, Adun Dilantik, Datuk Amisah Yassin, para peserta, penduduk dan pemimpin kampung setempat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/27/masidi-ingatkan-rakyat-kekalkan-perpaduan-menjelang-pilihan-raya/feed/ 0 84279
Pilihan raya pacu aktiviti ekonomi sementara di Sabah https://sabahmedia.com/2025/10/07/pilihan-raya-pacu-aktiviti-ekonomi-sementara-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/10/07/pilihan-raya-pacu-aktiviti-ekonomi-sementara-di-sabah/#respond Tue, 07 Oct 2025 12:12:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82731
Read Time:56 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Pilihan raya bukan sekadar medan politik, tetapi turut menjadi pemangkin aktiviti ekonomi sementara. Sektor logistik, percetakan, hiburan, makanan dan minuman serta media lazimnya mendapat tempias positif apabila calon-calon memperuntukkan perbelanjaan besar bagi kempen mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Progress Trust Foundation juga merangkap Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Kadazandusun Malaysia, Datuk Stephen Sampil, berkata pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam dijangka tidak menjejaskan iklim perniagaan secara keseluruhan di negeri ini, sebaliknya hanya memberi kesan sementara terhadap aktiviti pelaburan.

“Golongan peniaga dan pelabur pastinya akan mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ sehingga kerajaan baharu dibentuk. Justeru, beberapa projek dan pelaburan mungkin ditangguhkan buat sementara waktu,” katanya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa aktiviti ekonomi akan tetap rancak dalam tempoh menjelang hari pengundian berikutan peningkatan perbelanjaan daripada calon-calon pilihan raya dan pihak yang terlibat dalam kempen.

Menurutnya, suasana pilihan raya secara tidak langsung mewujudkan peluang sementara kepada pengusaha tempatan yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan seperti logistik, percetakan, sewaan peralatan, katering dan promosi media.

“Fenomena ini lazim berlaku setiap kali pilihan raya. Walaupun bersifat sementara, ia tetap membantu menggerakkan ekonomi negeri dalam jangka pendek,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/07/pilihan-raya-pacu-aktiviti-ekonomi-sementara-di-sabah/feed/ 0 82731
31 pengamal media tamat Kursus Pelaporan dan Analisis Pilihan Raya Negeri https://sabahmedia.com/2025/09/23/31-pengamal-media-tamat-kursus-pelaporan-dan-analisis-pilihan-raya-negeri/ https://sabahmedia.com/2025/09/23/31-pengamal-media-tamat-kursus-pelaporan-dan-analisis-pilihan-raya-negeri/#respond Tue, 23 Sep 2025 14:37:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81873
Read Time:1 Minute, 51 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Seramai 31 pengamal media di Sabah menamatkan Kursus Pelaporan dan Analisis Pilihan Raya Negeri yang dianjurkan bersama oleh Kerajaan Negeri, Malaysian Press Institute (MPI) dan Persatuan Wartawan Sabah.

Kursus dua hari itu berakhir hari ini, bertujuan memperkukuh peranan media dalam memastikan liputan pilihan raya lebih berkesan, objektif dan berimbang.

Pengurus Kanan Pengurusan Projek MPI, Norhafiza Kamaludin berkata, pilihan raya bukan sekadar proses peralihan kuasa, sebaliknya manifestasi hak rakyat untuk menentukan masa depan negara dan negeri. Dalam konteks Sabah yang memiliki kepelbagaian etnik, geografi dan sosioekonomi yang unik, pengamal media berdepan cabaran lebih besar dalam menyampaikan maklumat yang tepat, adil dan bertanggungjawab.

“Hasil daripada bengkel itu, peserta memperoleh kefahaman yang lebih mendalam tentang keseluruhan proses pilihan raya negeri Sabah serta menyedari garis panduan dan prinsip etika kewartawanan yang perlu dipatuhi semasa membuat liputan pilihan raya,” katanya.

Tambahnya lagi, kursus ini dikendalikan oleh Dr. G Manimaran, yang mempunyai lebih tiga dekad pengalaman dalam media dan pengurusan komunikasi korporat.

Beliau pernah berkhidmat di Kementerian Pendidikan, Institut Integriti Malaysia dan SPRM, serta berpengalaman luas dalam kewartawanan politik pilihan raya,

konsumerisme dan isu buruh. Sejak 2013, beliau aktif dalam pengurusan komunikasi strategik kerajaan dan kini berperanan sebagai perunding media, penulis dan penyunting, dengan karya buku termasuk Pilihan Raya Demokrasi Malaysia (2021), Prospect of Electoral Reforms in Malaysia (2022) dan Magis Menjuarai Pilihan Raya: Kepimpinan Adenan Satem.

Selain itu, peserta juga menerima pendedahan khusus mengenai “Proses, Undang-undang & Perkara Baharu Dalam PRN Sabah Ke-17” daripada tenaga pengajar Nik Aminudin Nik Shahar Shah dan Nomi Juliana Redzuan Min daripada Akademi Pilihan Raya, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Bengkel ini turut meningkatkan keupayaan peserta untuk melaporkan isu pilihan raya secara objektif dan berimbang, bebas daripada pengaruh tidak wajar, serta membolehkan mereka mengenal pasti dan menangani risiko penyebaran maklumat palsu dan manipulasi persepsi awam.

Norhafiza menambah, bengkel ini juga mewujudkan jaringan komunikasi antara media dan agensi berkaitan bagi memastikan penyaluran maklumat rasmi lebih cepat dan tepat, termasuk penggunaan peralatan dan perisian asas untuk penyuntingan dan penyiaran.

Beliau menekankan bahawa kursus seperti ini penting bukan sahaja untuk memperkasakan pengamal media, pegawai penerangan dan komunikasi, tetapi juga sebagai platform strategik untuk memahami perjalanan demokrasi pilihan raya secara menyeluruh dan holistik di negeri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/23/31-pengamal-media-tamat-kursus-pelaporan-dan-analisis-pilihan-raya-negeri/feed/ 0 81873
Shahelmey tidak tergugat terima petisyen pilihan raya cabar kemenangannya https://sabahmedia.com/2023/01/17/shahelmey-tidak-tergugat-terima-petisyen-pilihan-raya-cabar-kemenangannya/ https://sabahmedia.com/2023/01/17/shahelmey-tidak-tergugat-terima-petisyen-pilihan-raya-cabar-kemenangannya/#respond Tue, 17 Jan 2023 07:52:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28018
Read Time:57 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ir Shahelmey Yahya mengesahkan menerima petisyen mencabar kemenangannya pada Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) daripada bekas ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Sahari dari Pakatan Harapan.

“Saya sudah menerimanya (petisyen) pada minggu lepas dan telah mengarahkan pasukan peguam saya untuk membuat tindakan yang selanjutnya. Saya tidak rasa tergugat dan kita memang bersedia.

“Itu kita suda jangkakan apabila sesuatu keputusan jumlah majotiti yang begitu kecil memang selalunya akan ada timbul petisyen pilihan raya dikemukakan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa walkabout menyerahkan limau mandarin kepada peniaga-peniaga sempena sambutan Tahun Baru Cina di Pekan Putatan di sini, hari ini.

Minggu lalu, Husaini telah memfailkan petisyen pilihan raya melalui peguam Nelson Anggang untuk mencabar keputusan yang menyaksikan Shahelmey menang dengan majoriti 124 undi dalam pertandingan empat penjuru semasa PRU15.

Pada PRU15 lepas calon Barisan Nasional (BN) Datuk Shahelmey Yahya menang dengan majoriti 124 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Shahelmey memperoleh 16,234 undi menewaskan Awang Husaini yang memperolehi 16,110 undi serta calon Parti Warisan Ahmad Mohd Said yang mendapat 8,511 undi dan calon Pejuang Patrick Payne hanya mendapat 394 undi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/17/shahelmey-tidak-tergugat-terima-petisyen-pilihan-raya-cabar-kemenangannya/feed/ 0 28018