pingat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 17 Aug 2026 22:29:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pingat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 153 individu terima darjah kebesaran dan pingat negeri Sabah https://sabahmedia.com/2026/08/18/153-individu-terima-darjah-kebesaran-dan-pingat-negeri-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/08/18/153-individu-terima-darjah-kebesaran-dan-pingat-negeri-sabah/#respond Mon, 17 Aug 2026 22:29:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101811
Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Seramai 153 individu menerima Darjah-darjah Kebesaran, Bintang-bintang dan Pingat-pingat Negeri Sabah dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Sabah bersempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Istiadat yang berlangsung di Istana Seri Kinabalu pada Isnin itu menyaksikan pengurniaan pelbagai darjah kebesaran dan pingat kepada individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk perkhidmatan awam, kesihatan, korporat, kebudayaan dan kemasyarakatan.

Pengurniaan dimulakan dengan darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) yang membawa gelaran Datuk kepada Ahli Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS), Datuk Fauziah Abu Bakar Titingan dan pakar perubatan hospital swasta, Datuk Dr. Ahmad Ashraf Zaini Amat, bersama 13 penerima lain.

Dalam istiadat berkenaan, Tun Musa turut mengurniakan watikah Jaksa Pendamai (J.P) kepada tokoh korporat, Muhammad Yazrin Zaifuddin Zainuddin sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya kepada masyarakat dan pembangunan negeri.

Sementara itu, seramai 23 individu menerima darjah kebesaran Ahli Setia Darjah Kinabalu (A.S.D.K), termasuk Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan, Datuk Ir. Ts. Huszian Husin, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Mohd Soffian Abu Bakar serta penulis dan pengkaji sejarah tempatan, Abednigo Chow Yau Shung.

Turut menerima pengiktirafan ialah 34 penerima Ahli Darjah Kinabalu (A.D.K), antaranya Mantan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda, Presiden Persatuan Orang Kerdil Sabah, Asna @ Asnah Yusop, pengarah, penyanyi dan pelakon terkenal Sabah, Ebi Kornelis @ Fidaus Yaimal serta Penerbit Rancangan Jabatan Penyiaran Sabah, Emran @ Azmi Rosle.

Selain itu, seramai 37 individu menerima Bintang Setia Kinabalu (B.S.K), manakala 30 lagi dianugerahkan Bintang Kinabalu (B.K). Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T) pula dikurniakan kepada 13 penerima sebagai penghargaan terhadap jasa dan komitmen mereka dalam bidang masing-masing.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/18/153-individu-terima-darjah-kebesaran-dan-pingat-negeri-sabah/feed/ 0 101811
151 individu terima darjah kebesaran negeri Sabah https://sabahmedia.com/2026/05/19/151-individu-terima-darjah-kebesaran-negeri-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/05/19/151-individu-terima-darjah-kebesaran-negeri-sabah/#respond Mon, 18 May 2026 22:22:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96907
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Seramai 151 individu menerima Darjah-darjah Kebesaran, Bintang-bintang dan Pingat-pingat Negeri Sabah dalam Istiadat Pengurniaan sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Istiadat yany berlangsung di Dewan Istiadat Istana Seri Kinabalu, di sini dimulakan dengan pengurniaan darjah kebesaran kepada penerima pertama Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima iaitu tokoh korporat dalam industri minyak dan teknologi, Datuk Seri Panglima Abdul Farish Abdul Rashid.  

Seterusnya, mendahului senarai 23 penerima darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Datuk Hazem Mubarak Musa.

Turut menerima PGDK, Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Datuk Azrul Ibrahim, Pengurus Besar Ko Nelayan Sabah Datuk Yusof Ag Besar, Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Mohammad Ghazali Hajiji dan Setiausaha Bahagian Pengurusan Aset Awam, Kementerian Kewangan Malaysia, Datuk Alan Abdul Rahim.

Dalam istiadat berkenaan, Tun Musa juga menganugerahkan darjah Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) kepada 19 individu antaranya, Pegawai Daerah Tuaran, Ibrahim Terki dan Pengarah Pengambilan Pelajar Universiti Teknologi MARA, Ak Ashaari Ak Yussof.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Zon Maritim Sandakan Komander Maritim, Ahmad Firdaus Shaari dan Ketua Pegawai Operasi Sri Pelancongan Sabah, Fidelis Francis Andam merupakan antara penerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK).

Dalam pada itu, seramai 33 individu dianugerahkan Bintang Setia Kinabalu (BSK) antaranya, Penyelia Kemas Tawau, Wirmasusanti Mahtar Hams dan Ketua Cawangan Tabung Haji Travel, Hidam Tory.

Perunding Latihan INTAN Sabah, Aidalina Mahili pula antara 29 individu yang menerima darjah Bintang Kinabalu (BK) dan seramai 12 individu dikurniakan Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT).

Turut hadir dalam majlis itu Menteri Belia, Sukan dan Industri Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ceaser Mandela Malakun.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/19/151-individu-terima-darjah-kebesaran-negeri-sabah/feed/ 0 96907
174 individu dikurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sabah https://sabahmedia.com/2024/06/14/174-individu-dikurniakan-darjah-kebesaran-bintang-dan-pingat-negeri-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/06/14/174-individu-dikurniakan-darjah-kebesaran-bintang-dan-pingat-negeri-sabah/#respond Fri, 14 Jun 2024 01:13:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55961
Read Time:1 Minute, 13 Second

Kota Kinabalu: Seramai 174 individu semalam dikurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Dalam istiadat yang berlangsung di Dewan Istiadat Istana Seri Kinabalu itu,  dua individu dikurniakan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Antara penerima iaitu Setiausaha Politik Kepada Ketua UMNO Sabah, Datuk Ir. Abdul Aziz Julkarnain dan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk Dr Lim Hock Heng.

Manakala, 16 individu lain menerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) antaranya, mantan Juruhebah RTM, Datin Cusna Yusof @Yusoff dan Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Kontinjen Sabah, ACP Khalid Saison.

Istiadat pengurniaan diteruskan dengan 29 penerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK) antaranya, Ketua Penolong Pengarah  Pembangunan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Ir. Ts Jamilah Tukang.

Sementara itu, Tun Juhar turut mengurniakan Anugerah Bintang Setia Kinabalu (BSK) kepada 43 penerima antaranya, Mejar Wazirudin Mahfot, Penguasa Penjara Shamlin Mohd, Dr Ronald Yusri Batahong, Dr Israh Aripin serta Khadijah Aswatie Adenan.

Selain itu, istiadat yang diserikan dengan kehadiran isteri Tun Juhar, Toh Puan Norlidah R.M Jasni itu turut menyaksikan Pembantu Penerangan Kanan, Jabatan Penerangan Sabah iaitu Abdul Mutalib Abdullah antara 63 individu yang dikurniakan Bintang Kinabalu (BK).

Ia diikuti dengan penganugerahan Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT) kepada 21 penerima termasuk Pembantu Rendah Awam Khas di Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Jainanl Naim.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/14/174-individu-dikurniakan-darjah-kebesaran-bintang-dan-pingat-negeri-sabah/feed/ 0 55961
114 Terima Darjah Kebesaran Negeri Sabah https://sabahmedia.com/2022/01/25/114-terima-darjah-kebesaran-negeri-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/01/25/114-terima-darjah-kebesaran-negeri-sabah/#respond Tue, 25 Jan 2022 14:37:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11553
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU :  Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang serta Pingat Negeri Sabah hari ini, menyaksikan seramai 114 individu menerima anugerah masing-masing.

Mendahului senarai tujuh penerima darjah Ahli Darjah Setia Kinabalu (ASDK) ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bengkoka, Harun Durabi, disusuli Adun Labuk, Samad Jambri @ Jamri dan Adun Tulid, Flovia Ng.

Turut menerima ASDK, Pengurus Kanan Perhubungan Pemegang Taruh Repsol, Ahmad Fakhrurrazi Arshad, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd (BDNC), Feroz Razi Ramli, usahawan, Kadai Akak @ James dan Pegawai Kawalan Alam Sekitar, Vitalis Justin Moduying.

Pengurniaan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin yang turut diserikan dengan kehadiran isterinya, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Dewan Istiadat Istana Seri Kinabalu.

Sementara itu, 24 individu lain pula  menerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK) yang antaranya dibarisi Pegawai Perubatan, Dr Douglas Mitchell Joinol Jr, mantan Pegawai Penerangan Jabatan Penerangan (JAPEN) Sabah, Wasrin Jakaria, Naib Ketua Bahagian Umno Sabah Bahagian Papar, Hasrul Ag Tuah dan Naib Ketua Armada Malaysia, Ceasar Mandela Malakun.

Pada istiadat tersebut, Tun Juhar turut mengurniakan Bintang Setia Kinabalu kepada 38 penerima antaranya, Ketua Polis Daerah Kota Belud, Supt Shahrudin Mat Husain.

Manakala 37 penerima lain dikurniakan Bintang Kinabalu (BK) termasuk tiga lagi warga JAPEN Sabah iaitu Jeffren Malaning, Badrul Tabid dan Allahyarham Mahmut @ Aziz Ahmad yang diwakili anaknya, Ahmad Tajudin Mahmut, diikuti pengurniaan Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT) kepada lapan penerima.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/25/114-terima-darjah-kebesaran-negeri-sabah/feed/ 0 11553
Pemanah Raman Sinigi Raih Pingat Perak Acara Barebow Berpasukan Lelaki https://sabahmedia.com/2022/01/02/pemanah-raman-sinigi-raih-pingat-perak-acara-barebow-berpasukan-lelaki/ https://sabahmedia.com/2022/01/02/pemanah-raman-sinigi-raih-pingat-perak-acara-barebow-berpasukan-lelaki/#respond Sun, 02 Jan 2022 01:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10564
Read Time:1 Minute, 43 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Pemanah, Raman Sinigi memenangi pingat perak dalam acara Barebow Berpasukan Lelaki dalam Kejohanan Memanah Terbuka Gadek Alor Gajah, Melaka 2021 yang berlangsung pada 24 hingga 26 Disember 2021 di Melaka.

Presiden Persatuan Memanah Daerah Kota Kinabalu, Ram Singh.
Presiden Persatuan Memanah Daerah Kota Kinabalu, Ram Singh.

Presiden Persatuan Memanah Daerah Kota Kinabalu (PMDKK) Ram Singh berkata, Raman Sinigi adalah wakil tunggal PMDKK yang menyertai kejohanan memanah pada acara tersebut hanya mendapat pingat perak setelah bergandingan dengan Azha Ariffin dan Razyrul Hisham Ramli dari Kelantan, trio memanah menamakan pasukan mereka PMDKK 5 Arrows dan menyaksikan Pasukan Barebow Malaysia meraih pingat emas manakala pingat gangsa menjadi milik pasukan Studio Memanah KL.

“Pada acara itu, malangnya, Raman terpaksa memanah pada sesi petang, bergelut dengan angin kencang dan hujan namun berjaya mendapat tempat ke-17 daripada 78 peserta yang menyertai,” kata Ram Singh dalam kenyataannya.

Menurut Ram Singh, ramai pemanah Barebow dari PMDKK tidak dapat menghadiri kejohanan tersebut kerana majoriti daripada mereka baru sahaja menamatkan Kejohanan Memanah Piala Presiden yang diadakan di Padang SUKMA, Likas pada 17 hingga 20 Disember 2021 dan sebahagiannya kerana komitmen kerja.

Persatuannya turut gembira dengan pencapaian Jonson Soumin dalam Piala Presiden yang telah menetapkan penanda aras untuk pertandingan Barebow kebangsaan.

Katanya, terdapat kira-kira 80 pemanah Barebow berdaftar dengan PMDKK dan bilangannya semakin meningkat.

“Persatuan ini dari semasa ke semasa menaik taraf kemudahan rangkaiannya dan memperkenalkan pelbagai program untuk memberikan yang terbaik untuk ahli serta melatih potensi pemanah. Ini kebanyakannya dilakukan oleh ahli Persatuan sebagai satu pasukan.

“Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Persatuan Memanah Negeri kerana berjaya menganjurkan Kejohanan Memanah Piala Presiden 2021 baru-baru ini yang menyaksikan ramai pemain muda baharu kami muncul antaranya seperti Jayden Vun, Muhamad Zidane Farhan Roslee, Quik Chern Ee, Ewyn Rich Chong dan Valerie Tan.

“Selaras dengan komitmen PMDKK, kami akan menetapkan program/acara 2022 kami untuk menjadikan persatuan kami kukuh dalam negeri, dengan gaya kemenangan pemanah kami,”ujarnya.

Ram Singh turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan PMDKK yang diketuai oleh Setiausaha Agung Shiu Vay Leung dan semua jurulatih serta ahli PMDKK atas sokongan mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/02/pemanah-raman-sinigi-raih-pingat-perak-acara-barebow-berpasukan-lelaki/feed/ 0 10564
Bung Mendahului Senarai 120 Penerima Darjah Kebesaran Sabah https://sabahmedia.com/2021/10/26/bung-mendahului-senarai-120-penerima-darjah-kebesaran-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/10/26/bung-mendahului-senarai-120-penerima-darjah-kebesaran-sabah/#respond Tue, 26 Oct 2021 08:19:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7921
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin mendahului senarai 120 penerima darjah kebesaran dan bintang serta pingat negeri Sabah.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah dikurniakan darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’ bersama-sama mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Pengurniaan tersebut berlangsung di Dewan Istiadat Istana Seri Kinabalu dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang serta Pingat Negeri Sabah sesi pertama, hari ini.

Dalam istiadat berkenaan, 15 penerima lain menerima darjah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) antaranya, Timbalan Menteri Dalam Negeri II merangkap Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin, Ketua Cawangan Khas Sabah, Datuk Salleh Yahya dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Faimin Kamin. 

Selain itu, Tun Juhar menganugerahkan Watikah Perlantikan sebagai Jaksa Pendamai (JP) kepada lima penerima iaitu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Arifin, bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, Tokoh Maulidur Rasul 2021, Zaloha Ahmad dan Datuk Soo Chung Yee serta Syamsul Osman.

Tun Juhar (kanan) mengurniakan pingat Jaksa Pendamai kepada Lee Chong Wei (kiri).

Sementara itu, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)  Pantai Manis, Mohd Tamin Zainal, Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah dan Timbalan Ketua Cawangan Khas Sabah, Asistan Komisioner Polis (ACP) Thurairajah a/l Subramaniam pula masing-masing menerima darjah Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) bersama 13 penerima lain.

Turut menerima kurniaan ialah 22 penerima darjah Ahli Darjah Kinabalu (ADK), 24 penerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 30 penerima Bintang Kinabalu (BK) 30 dan tujuh lagi menerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (SK). 

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/26/bung-mendahului-senarai-120-penerima-darjah-kebesaran-sabah/feed/ 0 7921