pinjaman pengajian tinggi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 01 Aug 2023 07:28:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pinjaman pengajian tinggi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 RM668 juta untuk pemberian biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pengajian tinggi kepada pelajar Sabah – YS https://sabahmedia.com/2023/08/01/rm668-juta-untuk-pemberian-biasiswa-dermasiswa-dan-pinjaman-pengajian-tinggi-kepada-pelajar-sabah-ys/ https://sabahmedia.com/2023/08/01/rm668-juta-untuk-pemberian-biasiswa-dermasiswa-dan-pinjaman-pengajian-tinggi-kepada-pelajar-sabah-ys/#respond Tue, 01 Aug 2023 07:28:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39343
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Sejumlah RM668 juta telah dibelanjakan oleh Kumpulan Yayasan Sabah (YS), sebuah badan berkanun Kerajaan Negeri dalam pemberian biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pengajian tinggi yang memberi manfaat kepada seramai 41,221 orang pelajar Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata, ini termasuklah pemberian Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (ABCNS) sehingga kini, seramai 715 orang pelajar telah mendapat manfaat dari program itu yang telah menelan perbelanjaan sebanyak RM124.4 juta.

“Semua itu dilakukan demi memberikan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar yang
memerlukan untuk memastikan mereka dapat mengakses pendidikan yang berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah Siri ke-34 di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha pada Selasa.

Menurut Hajiji, para penerima ABCNS merupakan aset masa depan dan mempunyai peranan penting dalam memacu pembangunan negeri ini.

“Sebagai pemimpin masa depan mereka harus mempunyai keupayaan untuk mengaplikasikan kemahiran yang diperoleh untuk memenuhi
permintaan pasaran selaras dengan ekonomi berasaskan pengetahuan dan kemajuan teknologi.

“Dalam era Revolusi Industri 4.0 yang sedang kita alami ini, kemahiran teknikal yang tinggi diperlukan untuk memenuhi keperluan industri agar dapat menyesuaikan diri dengan perubahan zaman.

“Saya mahu penerima ABCNS menggunakan peluang yang diberikan ini dengan sebaik mungkin dan sentiasa memiliki sifat ingin tahu serta berani berfikiran luas untuk meneroka
aplikasi seperti kecerdasan buatan (Artificial Intelligence), Realiti Maya (Virtual Reality) dan gamifikasi (Gamification) sebagai langkah ke arah mewujudkan masyarakat yang celik teknologi tanpa menjejaskan kemampuan berfikiran secara kreatif,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/01/rm668-juta-untuk-pemberian-biasiswa-dermasiswa-dan-pinjaman-pengajian-tinggi-kepada-pelajar-sabah-ys/feed/ 0 39343
YS belanja RM685 juta bagi biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pengajian tinggi – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/04/11/ys-belanja-rm685-juta-bagi-biasiswa-dermasiswa-dan-pinjaman-pengajian-tinggi-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/04/11/ys-belanja-rm685-juta-bagi-biasiswa-dermasiswa-dan-pinjaman-pengajian-tinggi-hajiji/#respond Mon, 10 Apr 2023 17:04:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32512
Read Time:2 Minute, 21 Second

PUTRAJAYA: Kerajaan negeri melalui Kumpulan Yayasan Sabah telah membelanjakan sejumlah RM685 juta bagi pemberian biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pengajian tinggi sejak 1967 hingga tahun lalu, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, berkata
seramai 43,665 pelajar Sabah yang mengikuti pelbagai disiplin ilmu sama ada di institusi pengajian tinggi di dalam negara mahu pun luar negara telah menerima bantuan berkenaan.

Katanya, selain daripada Kumpulan Yayasan Sabah, turut memberikan tajaan pendidikan tahunan sama ada berbentuk biasiswa ataupun dermasiswa, antaranya Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI), Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melalui Pusat Zakat Sabah dan Yayasan Kebajikan Sabah.

“Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) juga telah dilancarkan pada tahun lalu, untuk membantu lebih ramai anak-anak Sabah yang memerlukan tajaan pendidikan dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

“Saya melihat siswa siswi semua sebagai harapan masa hadapan, aset besar negeri
dan negara serta pewaris kepada kepimpinan masa hadapan. Apabila anda tamat pengajian, Sabah dan negara memerlukan penyertaan anda semua untuk membawa
negeri dan negara ke arah kemajuan.

“Anda akan menjadi pemimpin pelapis serta sumber modal insan untuk masa hadapan. Sebab itu dalam Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, pembangunan
modal insan antara teras utama yang diberi perhatian. Justeru, pelbagai bantuan pendidikan diberikan bagi memastikan anak-anak muda kita mampu menjadi pemimpin pelapis yang serba boleh dan berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi Bersama Ketua Menteri Sabah di Putrajaya International
Convention Centre, di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan negeri menaruh harapan tinggi kepada
mahasiswa Sabah untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan di
Sabah.

“Sejak negara bergelut dengan pandemik COVID-19 sehingga tahun lalu, kerajaan
negeri Sabah telah meluluskan kemasukan pelaburan langsung asing dan domestik termasuk beberapa lagi projek pelaburan yang kini sedang dalam proses untuk dilaksanakan daripada sektor ekonomi bernilai RM33.4 bilion yang akan menjana lebih 5,000 peluang pekerjaan.

“Baru-baru ini, kami secara rasmi juga telah mengambil alih 50 peratus kepentingan
dalam lapangan minyak Samarang di mana Sabah dijangka menerima 50 peratus kelayakan rakan kongsi daripada pengeluaran minyak dan gas.

“Dengan segala pembangunan ini, di sinilah kerajaan menuntut peranan daripada siswa siswi semua untuk menyumbang kepada pembangunan di Sabah. Oleh itu, tanggungjawab yang terpikul di bahu siswa siswi semua sememangnya besar kerana
selain harapan dan kepercayaan ibu bapa dan keluarga, anak-anak juga merupakan harapan dan kepercayaan kerajaan,” katanya.

Justeru Ketua Menteri berkata, sebagai generasi yang bakal menjadi pemimpin negeri
Sabah pada masa akan datang, siswa siswi perlulah mempersiapkan diri dengan ilmu termasuklah ilmu duniawi dan ukhrawi.

“Negeri Sabah amat memerlukan pemimpin dan modal insan yang berkualiti, yang tinggi ilmunya, kukuh keperibadiannya serta baik akal budinya. Tidak kira di mana dan apa jawatan yang bakal anda pegang, peranan anda tetap diperlukan bagi menjayakan misi pembangunan negara sebagaimana yang kita semua harapkan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/11/ys-belanja-rm685-juta-bagi-biasiswa-dermasiswa-dan-pinjaman-pengajian-tinggi-hajiji/feed/ 0 32512