pintasan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 30 Nov 2025 05:00:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pintasan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Fairuz sedia bekerjasama dengan Kerajaan demi amanah rakyat https://sabahmedia.com/2025/11/30/fairuz-sedia-bekerjasama-dengan-kerajaan-demi-amanah-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/11/30/fairuz-sedia-bekerjasama-dengan-kerajaan-demi-amanah-rakyat/#respond Sun, 30 Nov 2025 04:59:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87506
Read Time:1 Minute, 11 Second

Oleh Eviana Mazinal

KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Datuk Fairuz Renddan menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan kerajaan demi memastikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat dapat terus digalas dengan baik.

Menurut beliau, keutamaan ketika ini adalah memastikan perjuangan rakyat Pintasan tidak terpinggir walaupun beliau bertanding dan menang sebagai calon bebas.

“Saya menyokong blok kerajaan demi memastikan perjuangan dan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat dapat terus digalas.

“Parti hanyalah sebuah platform untuk seseorang pemimpin berpolitik, namun yang lebih penting adalah semangat dalam memperjuangkan suara rakyat.

“Ya, saya tidak berada dalam mana-mana parti, saya bebas dan saya akan menyokong kerajaan tetapi bukan dengan mengenepikan prinsip perjuangan saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas diumumkan sebagai pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) ke-17.

Fairuz turut menegaskan bahawa kemenangannya adalah bukti jelas suara rakyat yang perlu dihormati dan didengari oleh kepimpinan atasan.

Mengulas mengenai hala tuju pembangunan Pintasan, beliau memaklumkan fokus utama beliau selepas ini adalah memperkasakan golongan belia sebagai aset penting negeri.

“Hari ini kita dapat buktikan bahawa suara rakyat adalah benar. Suara anak muda Sabah adalah betul dan kita kini berada pada landasan yang tepat,” ujarnya.

Untuk rekod, bekas Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah itu berjaya mengekalkan kerusi DUN Pintasan dengan majoriti 1,070 undi selepas memperoleh 4,675 undi keseluruhan, menewaskan sepuluh calon parti dan calon bebas lain. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/30/fairuz-sedia-bekerjasama-dengan-kerajaan-demi-amanah-rakyat/feed/ 0 87506
PRU Sabah : Hak tanah penduduk, pelancongan jadi agenda utama Pandikar di Pintasan https://sabahmedia.com/2025/11/22/pru-sabah-hak-tanah-penduduk-pelancongan-jadi-agenda-utama-pandikar-di-pintasan/ https://sabahmedia.com/2025/11/22/pru-sabah-hak-tanah-penduduk-pelancongan-jadi-agenda-utama-pandikar-di-pintasan/#respond Sat, 22 Nov 2025 07:46:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86685
Read Time:1 Minute, 23 Second

Oleh Eviana Mazinal

KOTA BELUD : Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan, Tan Sri Pandikar Amin, bertekad untuk mengembalikan hak tanah penduduk kampung di kawasan berkenaan, yang dipercayai telah diambil alih oleh pihak lain tanpa pengetahuan mereka.

Menurut Pandikar, tanah seluas 9,000 ekar di sekitar Kampung Sarang kini menjadi isu utama kerana penduduk mendakwa mereka telah menetap lebih awal sebelum beberapa program pertanian dan projek oleh Sabah Forest Industries (SFI) dilaksanakan.

“Penduduk setempat ada memaklumkan bahawa mereka terlebih dahulu menetap di kawasan ini sebelum kemasukan projek oleh Sabah Forest Industries.

“Sekiranya saya berada dalam Kabinet, saya akan mencadangkan kajian semula penggunaan tanah ini agar hak penduduk dapat dikembalikan dan mereka boleh bercucuk tanam semula,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sabah Media semasa jelajah kempen beliau di Kampung Dudar di sini pada Jumaat.

Pandikar berkata, sekiranya projek pembangunan diteruskan, penduduk seharusnya mendapat manfaat secara adil, termasuk peluang pekerjaan dan perkongsian hasil melalui yayasan atau program komuniti.

“Jika tanah ini adalah hak penduduk kampung, wujudlah perkongsian hasil daripada projek berkenaan, contohnya dalam bentuk yayasan untuk kegunaan komuniti,” jelasnya.

Selain isu tanah, Pandikar turut menekankan potensi besar industri pelancongan di DUN Pintasan kerana kedudukannya yang strategik di kawasan pesisir pantai.

Beliau berkata sebelum pandemik Covid-19, kawasan pantai Pintasan menarik ribuan pelancong yang ingin menyaksikan panorama matahari terbenam dan keindahan malam di sepanjang sungai yang dihiasi kelip-kelip.

“Kami berhasrat memperhebatkan industri pelancongan di kawasan ini untuk membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada penduduk tempatan,” tambahnya.

Pandikar kini meneruskan jelajah kempen di seluruh kawasan DUN Pintasan bagi mendengar maklum balas penduduk serta menyuarakan cadangan pembangunan yang berpaksikan kepentingan komuniti setempat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/22/pru-sabah-hak-tanah-penduduk-pelancongan-jadi-agenda-utama-pandikar-di-pintasan/feed/ 0 86685
PRN17 : Fairuz sedia pertahan kerusi Pintasan, jentera Pemuda Gagasan Rakyat siap siaga https://sabahmedia.com/2025/10/20/prn17-fairuz-sedia-pertahan-kerusi-pintasan-jentera-pemuda-gagasan-rakyat-siap-siaga/ https://sabahmedia.com/2025/10/20/prn17-fairuz-sedia-pertahan-kerusi-pintasan-jentera-pemuda-gagasan-rakyat-siap-siaga/#respond Mon, 20 Oct 2025 00:54:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83732
Read Time:1 Minute, 4 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan Datuk Fairuz Renddan menyatakan hasrat untuk mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Katanya, kerusi itu merupakan satu-satunya kerusi anak muda dan wajar dipertahankan pada PRN akan datang.

Namun beliau menegaskan segala keputusan mengenai pencalonan masih bergantung kepada keputusan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kita tunggu keputusan presiden, tetapi bagi saya Pintasan adalah satu-satunya kerusi anak muda dan suara anak muda Sabah.

“Jadi kira wajarlah kalau kami pertahankan kerusi tersebut,” katanya ketika ditemui Sabah Media sempena pelancaran jentera parti GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Ahad.

Majlis itu disempurnakan Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Pada PRN ke-16, Fairuz memperoleh 2,744 undi dengan majoriti sebanyak 84 undi menewaskan lima pencabar lain.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai persiapan jentera parti, Fairuz yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat  berkata, persiapan jentera Pemuda Gagasan Rakyat kini berada pada tahap optimum.

Katanya, aktiviti dan program kita sedang rancak dijalankan di kesemua 73 bahagian di seluruh Sabah.

“Di peringkat pemuda, jentera kami sudah bersiap siaga. Program-program berterusan dilaksanakan bagi memastikan penglibatan anak muda terus meningkat,” ujarnya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/20/prn17-fairuz-sedia-pertahan-kerusi-pintasan-jentera-pemuda-gagasan-rakyat-siap-siaga/feed/ 0 83732
Pitas dan Pintasan diyakini kekal kubu kuat Gagasan Rakyat pada PRN17 – Masiung https://sabahmedia.com/2025/06/16/pitas-dan-pintasan-diyakini-kekal-kubu-kuat-gagasan-rakyat-pada-prn17-masiung/ https://sabahmedia.com/2025/06/16/pitas-dan-pintasan-diyakini-kekal-kubu-kuat-gagasan-rakyat-pada-prn17-masiung/#respond Mon, 16 Jun 2025 03:41:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75635
Read Time:1 Minute, 30 Second

PITAS: Dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), Pitas dan Pintasan diyakini kekal menjadi ‘fixed deposit’ Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerusi kekuatan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Masiung Banah, berkata keyakinan itu berdasarkan prestasi cemerlang dan gerak kerja mantap kepimpinan parti di kedua-dua kawasan berkenaan.

“Dengan kekuatan akar umbi yang dimiliki, saya yakin Pitas dan Pintasan mampu menyumbang kemenangan selesa kepada GRS dalam PRN akan datang,” katanya semasa merasmikan Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Pitas, diikuti persidangan bahagian Pintasan di Kota Belud, semalam.

Masiung (dua kanan) menerima cenderahati disampaikan Ruddy selepas merasmikan persidangan tahunan Pitas.

Gagasan Rakyat Bahagian Pitas diketuai Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Dato’ Sri Ruddy Awah, manakala bahagian Pintasan dipimpin Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Renddan.

Masiung turut mengingatkan lebih 2,500 perwakilan yang hadir di Dataran Terbuka Kampung Salimpodon, agar tidak lalai apabila berada di puncak kecemerlangan.

“Tanggungjawab kita bukan sekadar mempertahankan kerusi, tetapi memastikan kemenangan bergaya dengan semangat kerja yang tinggi di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau turut menasihati ahli parti agar meneladani sejarah Perang Badar yang menunjukkan pentingnya kekuatan disiplin dan tidak leka ketika meraih kejayaan.

Sementara itu, semasa merasmikan persidangan Gagasan Rakyat Pintasan, Masiung menegaskan bahawa ahli parti tidak sepatutnya bertindak mengikut acuan sendiri, sebaliknya patuh kepada arahan pucuk pimpinan.

“Kita tidak perlu terlalu sibuk meneka tarikh pembubaran DUN kerana itu adalah hak dan kuasa Presiden parti. Fokus kita ialah kerja di lapangan untuk menjamin kemenangan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut itu berkata, Gagasan Rakyat dan GRS semakin kuat apabila terus berdepan pelbagai fitnah serta isu yang dimainkan pembangkang.

“Semakin pembangkang menabur fitnah dan memainkan isu jahat, maka semakin kuat kedudukan Gagasan Rakyat dan GRS yang berperanaan sebagai kerajaan negeri yang memerintah,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/16/pitas-dan-pintasan-diyakini-kekal-kubu-kuat-gagasan-rakyat-pada-prn17-masiung/feed/ 0 75635
Mahu Lebih Ramai Generasi Muda Jejak Menara Gading https://sabahmedia.com/2021/10/05/mahu-lebih-ramai-generasi-muda-jejak-menara-gading/ https://sabahmedia.com/2021/10/05/mahu-lebih-ramai-generasi-muda-jejak-menara-gading/#respond Tue, 05 Oct 2021 07:03:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7194
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA BELUD: Generasi muda perlu sentiasa memegang impian untuk melanjutkan pelajaran sehingga menara gading dan menjadi pelapis kejayaan kepada keluarga serta komuniti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan Fairuz Renddan berkata, anak-anak khususnya di luar bandar sentiasa mempunyai keinginan untuk mencipta kejayaan sekaligus mendapatkan pekerjaan yang baik dan membantu keluarga.

“Kita mempunyai ramai anak-anak yang bijak dan rajin.  Justeru itu, saya mahu semua ibu bapa dan guru untuk sentiasa menjadi pemkar semangat untuk kejayaan anak masing-masing.

“Selain itu juga, ibu bapa juga perlu sentiasa menyuntik motivasi yang positif kepada anak-anak kerana mereka adalah harapan kita, harapan bangsa yang kelak akan meneraju negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan bersama anak-anak Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan yang menerima tawaran kemasukan ke universiti di sini kelmarin.

Fairuz yang juga Ketua ARMADA BERSATU Negeri Sabah turut menyampaikan sumbangan wang kepada 15 pelajar yang menerima kemasukan ke universiti tidak lama lagi.

“Saya sebagai ADUN di sini, tiada lain harapan saya, tentunya saya ingin anak-anak muda kita berjaya dan mengharumkan nama Pintasan, selain daripada membawa pembangunan dan membantu rakyat di sini.

“Saya amat bangga dengan anak-anak ini yang pastinya tidak lama lagi, akan berjaya dan menjadi contoh ikutan kepada generasi seterusnya, semoga adik-adik semua terus berjaya dengan cemerlang,”katanya.

Tambah Fairuz, beliau juga akan memberikan sumbangan berupa komputer riba untuk kegunaan kesemua anak-anak yang bakal melanjutkan pelajaran itu dalam masa terdekat.

“InsyaAllah, jika semua berjalan lancar, minggu hadapan, kita akan berikan adik-adik semua komputer riba, untuk kegunaan bagi menyiapkan tugasan di kampus, belajar dan untuk dimanfaatkan sebaiknya.

“Saya harap dengan serba sedikit sumbangan dari saya ini, mampu memberi sinar kegembiraan dan semangat kepada adik-adik semua, belajar rajin-rajin, ingat ibu ayah dan insyaAllah, adik-adik pasti berjaya kelak,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/05/mahu-lebih-ramai-generasi-muda-jejak-menara-gading/feed/ 0 7194