Pitas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 21 Feb 2026 07:06:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pitas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Azrul santuni mangsa banjir di PPS Pitas dan Kota Marudu https://sabahmedia.com/2026/02/21/azrul-santuni-mangsa-banjir-di-pps-pitas-dan-kota-marudu/ https://sabahmedia.com/2026/02/21/azrul-santuni-mangsa-banjir-di-pps-pitas-dan-kota-marudu/#respond Sat, 21 Feb 2026 07:03:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91982
Read Time:1 Minute, 6 Second

PITAS: Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Azrul Ibrahim, yang juga Pemangku Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pitas dan Kota Marudu, hari ini.

Menerusi kenyataan di Facebook rasminya, Azrul memaklumkan beliau bersama pimpinan Pemuda Gagasan Rakyat melawat mangsa yang dipindahkan ke PPS Dewan Majlis Daerah Pitas serta PPS SMK Tandek 2 di Kota Marudu, selain beramah mesra dengan para petugas.

“Saya bersama pimpinan Pemuda Gagasan Rakyat menyantuni mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Majlis Daerah Pitas di Pitas dan PPS SMK Tandek 2 di Kota Marudu, di samping beramah mesra dengan para petugas.

“Kami menzahirkan rasa simpati yang mendalam terhadap semua mangsa banjir yang terjejas serta merakamkan penghargaan kepada para petugas barisan hadapan dan sukarelawan yang bertungkus-lumus memastikan kebajikan mereka sentiasa terpelihara,” katanya.

Azrul melawat mangsa banjir di PPS Pitas.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti merangkap ADUN Pitas, Datuk Seri Dr Ruddy Awah; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah, Jais Asri; serta Pegawai Daerah Pitas dan Kota Marudu.

Beliau turut mendoakan agar semua mangsa banjir diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian berkenaan.

“Semoga semua mangsa banjir terus diberikan kekuatan dan ketabahan dan kita doakan agar keadaan kembali pulih seperti sediakala dalam masa terdekat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/21/azrul-santuni-mangsa-banjir-di-pps-pitas-dan-kota-marudu/feed/ 0 91982
40 ahli Warisan dan Umno di Kampung Saab Darat sertai GRS https://sabahmedia.com/2025/11/23/40-ahli-warisan-dan-umno-di-kampung-saab-darat-sertai-grs/ https://sabahmedia.com/2025/11/23/40-ahli-warisan-dan-umno-di-kampung-saab-darat-sertai-grs/#respond Sun, 23 Nov 2025 04:47:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86774
Read Time:57 Second

PITAS: Seramai 40 ahli daripada Warisan dan Umno di Kampung Saab Darat mengambil keputusan meninggalkan parti masing-masing dan menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS), selepas mendakwa kedua-dua parti itu gagal menyatupadukan penduduk kampung serta lebih mengutamakan kepentingan peribadi.

Ruddy (kanan) menyambut baik penyertaan ahli baharu ke dalam GRS.

Mantan Ketua Kampung Saab Darat, Amat Lasun, berkata Warisan dan Umno didakwa tidak mampu mewujudkan kesepaduan kerana wujud sikap mementingkan diri serta budaya berpuak-puak.

Menurutnya, pembentukan cawangan baharu tanpa melibatkan pemimpin lama yang sudah lama berjuang, termasuk dirinya, menyebabkan mereka berasa diketepikan.

“Pemimpin lama seperti kami seolah-olah tidak dipedulikan. Mereka hanya memberi perhatian kepada orang baharu sedangkan kami sudah bertahun-tahun menyokong Umno dan Warisan,” katanya ketika berucap dalam pertemuan mesra bersama calon GRS di kampung berkenaan.

Amat Lasun turut menegaskan isu asas seperti ketiadaan kemudahan paip air tidak pernah diberi perhatian oleh pemimpin Umno mahupun Warisan, sebaliknya hanya menabur janji manis kepada penduduk.

Beliau berkata keputusan menyertai GRS dibuat bersama 40 ahli keluarga dan penduduk lain, selepas melihat kesungguhan Calon GRS bagi kawasan itu, Ruddy Awah, yang disifatkan sebagai pemimpin prihatin dan berupaya menyelesaikan masalah setempat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/23/40-ahli-warisan-dan-umno-di-kampung-saab-darat-sertai-grs/feed/ 0 86774
Pitas dan Pintasan diyakini kekal kubu kuat Gagasan Rakyat pada PRN17 – Masiung https://sabahmedia.com/2025/06/16/pitas-dan-pintasan-diyakini-kekal-kubu-kuat-gagasan-rakyat-pada-prn17-masiung/ https://sabahmedia.com/2025/06/16/pitas-dan-pintasan-diyakini-kekal-kubu-kuat-gagasan-rakyat-pada-prn17-masiung/#respond Mon, 16 Jun 2025 03:41:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75635
Read Time:1 Minute, 30 Second

PITAS: Dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), Pitas dan Pintasan diyakini kekal menjadi ‘fixed deposit’ Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerusi kekuatan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Masiung Banah, berkata keyakinan itu berdasarkan prestasi cemerlang dan gerak kerja mantap kepimpinan parti di kedua-dua kawasan berkenaan.

“Dengan kekuatan akar umbi yang dimiliki, saya yakin Pitas dan Pintasan mampu menyumbang kemenangan selesa kepada GRS dalam PRN akan datang,” katanya semasa merasmikan Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Pitas, diikuti persidangan bahagian Pintasan di Kota Belud, semalam.

Masiung (dua kanan) menerima cenderahati disampaikan Ruddy selepas merasmikan persidangan tahunan Pitas.

Gagasan Rakyat Bahagian Pitas diketuai Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Dato’ Sri Ruddy Awah, manakala bahagian Pintasan dipimpin Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Renddan.

Masiung turut mengingatkan lebih 2,500 perwakilan yang hadir di Dataran Terbuka Kampung Salimpodon, agar tidak lalai apabila berada di puncak kecemerlangan.

“Tanggungjawab kita bukan sekadar mempertahankan kerusi, tetapi memastikan kemenangan bergaya dengan semangat kerja yang tinggi di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau turut menasihati ahli parti agar meneladani sejarah Perang Badar yang menunjukkan pentingnya kekuatan disiplin dan tidak leka ketika meraih kejayaan.

Sementara itu, semasa merasmikan persidangan Gagasan Rakyat Pintasan, Masiung menegaskan bahawa ahli parti tidak sepatutnya bertindak mengikut acuan sendiri, sebaliknya patuh kepada arahan pucuk pimpinan.

“Kita tidak perlu terlalu sibuk meneka tarikh pembubaran DUN kerana itu adalah hak dan kuasa Presiden parti. Fokus kita ialah kerja di lapangan untuk menjamin kemenangan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut itu berkata, Gagasan Rakyat dan GRS semakin kuat apabila terus berdepan pelbagai fitnah serta isu yang dimainkan pembangkang.

“Semakin pembangkang menabur fitnah dan memainkan isu jahat, maka semakin kuat kedudukan Gagasan Rakyat dan GRS yang berperanaan sebagai kerajaan negeri yang memerintah,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/16/pitas-dan-pintasan-diyakini-kekal-kubu-kuat-gagasan-rakyat-pada-prn17-masiung/feed/ 0 75635
Komuniti prihatin bantu mangsa banjir di Pitas https://sabahmedia.com/2025/02/05/komuniti-prihatin-bantu-mangsa-banjir-di-pitas/ https://sabahmedia.com/2025/02/05/komuniti-prihatin-bantu-mangsa-banjir-di-pitas/#respond Wed, 05 Feb 2025 04:50:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68023
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh FLORIETA DIET

PITAS: Sebanyak 920 pek beras dan bekalan pakaian keperluan berjaya dikumpul serta diagihkan kepada keluarga terjejas banjir di 20 kampung di Pitas pada Selasa, hasil solidariti dan keprihatinan komuniti di Sabah.

Inisiatif itu, yang diterajui oleh gabungan organisasi komuniti, bertujuan untuk memberikan bantuan penting kepada mereka yang bergelut selepas banjir baru-baru ini.

Organisasi yang terlibat adalah Perbadanan Kredit Sabah & Kelab Rotary Kota Kinabalu (RCKK) (500 pek), Kelab Rotary Kuala Lumpur DiRaja (100 pek), Kelab Rotary Kota Kinabalu Pearl (100 pek), Kelab Rotary Kota Kinabalu Mandarin (50 pek) dan KotaBox Packaging Sdn Bhd (170 pek).

Selain itu, Gereja Methodist Sabah menyumbangkan kotak pakaian, menawarkan bantuan lanjut kepada keluarga yang terjejas.

Bercakap bagi pihak pasukan penganjur, Presiden RCKK Pearl Chendramata Hj Sinteh, mengucapkan terima kasih yang tulus kepada semua penyumbang, sukarelawan dan rakan kongsi yang memainkan peranan dalam menjayakan inisiatif ini.

“Sokongan padu daripada organisasi dan individu yang berbeza menyerlahkan kuasa perpaduan semasa krisis. Usaha ini tidak akan dapat dicapai tanpa kebaikan dan kemurahan hati penderma dan sukarelawan kami,” kata Chendramata.

Beliau menambah bahawa misi bantuan itu bukan sahaja untuk menyediakan keperluan tetapi juga untuk memupuk harapan dan daya tahan dalam kalangan mangsa banjir.

“Sukarelawan terlibat dengan komuniti yang terjejas, mengukuhkan mesej bahawa mereka tidak bersendirian dalam perjalanan pemulihan mereka,” katanya.

Beliau juga menyebut bahawa usaha kemanusiaan menekankan kekuatan tindakan kolektif dan semangat memberi kembali.

“Dengan kerjasama dan sokongan yang berterusan, komuniti kekal komited untuk membantu mereka yang memerlukan dan membantu mereka membina semula kehidupan mereka,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/05/komuniti-prihatin-bantu-mangsa-banjir-di-pitas/feed/ 0 68023
Tiga mangsa rentung termasuk kanak-kanak perempuan 11 tahun https://sabahmedia.com/2024/08/01/tiga-mangsa-rentung-termasuk-kanak-kanak-perempuan-11-tahun/ https://sabahmedia.com/2024/08/01/tiga-mangsa-rentung-termasuk-kanak-kanak-perempuan-11-tahun/#respond Thu, 01 Aug 2024 01:30:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58390
Read Time:58 Second

PITAS: Tiga mangsa ditemui rentung termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dalam insiden kebakaran sebuah rumah yang berlaku di Kampung Blok 5 dekat sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu pada jam 2.19 awal pagi tadi (1 Ogos).

Katanya, setibanya pasukan Bomba dari Balai Bomba Kota Marudu ke lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh telah musnah 100 peratus.

“Terdapat tiga orang mangsa rentung membabitkan dua orang lelaki masing-masing berusia 50 dan 60 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

“Pasukan Bomba menemui ketiga-tiga mangsa yang rentung pertama di ruang tamu, mangsa kedua di dapur dan ketiga di kamar mandi.

“Manakala terdapat tiga orang lagi mangsa perempuan dewasa mengalami cedera ringan dan telah dihantar ke Hospital Pitas oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, dalam kejadian itu turut terbakar dua buah kenderaan jenis Perodua Kembara dan Proton Waja terbakar 100 peratus.

“Mangsa rentung telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum menamatkan operasi pemadaman sepenuhnya pada jam 6.36 pagi tadi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/01/tiga-mangsa-rentung-termasuk-kanak-kanak-perempuan-11-tahun/feed/ 0 58390
Kelas KAFA bakal diwujudkan di Kg Lok Dangkaan, Pitas – Arifin https://sabahmedia.com/2024/07/28/kelas-kafa-bakal-diwujudkan-di-kg-lok-dangkaan-pitas-arifin/ https://sabahmedia.com/2024/07/28/kelas-kafa-bakal-diwujudkan-di-kg-lok-dangkaan-pitas-arifin/#respond Sun, 28 Jul 2024 01:32:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58171
Read Time:2 Minute, 7 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PITAS: Kelas Al-Quran dan Fardhu ‘Ain (KAFA) bakal diwujudkan di Kampung Lok Dangkaan di sini bagi memanfaatkan anak-anak penduduk kampung itu mempelajari hal-hal berkaitan agama Islam.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pewujudan kelas KAFA itu seperti yang diminta oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas Datuk Ruddy Awah dan juga penduduk kampung itu sendiri.

“Kita akan wujudkan kelas KAFA seperti yang diminta oleh YAB Adun Pitas dan juga penduduk kampung ini dan insya Allah… kita akan mewujudkan kelas KAFA serta imam yang bertauliah iaitu sama ada imam rawatib atau imam kariah kerana kawasan ini memerlukan imam berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mini Loji Rawatan Air Bersepadu (Solar – IoT) di Kg Lok Dangkaan di sini, kelmarin (27 Jul).

Disamping itu juga, katanya, dari segi connectivity (ketersambungan), KSTI akan mengenal pasti apa keperluan untuk memudahkan anak-anak di kampung itu mendapat akses pembelajaran.

“Kita juga akan meminta jawatan kuasa dengan dokongan dengan wakil rakyat di kawasan ini bagaimana untuk membantu anak-anak ini dan kawasan yang terdekat serta kawasan sekitar Pitas ini untuk mendapatkan biasiswa.

“Kita akan berikan keutamaan kepada mereka untuk mendapatkan biasiswa sama ada dari kerajaan negeri atau Yayasan Sabah (YS), Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Keempat-empatnya ini kita telah wujudkan dari portal yang sama maka kita senang akses dari sana.

“Kita akan meminta sokongan dan senarai daripada wakil rakyat melalui pemimpin masyakarat di kawasan ini untuk membantu mengenal pasti mereka yang layak untuk mendapat biasiswa.

“Terima kasih kepada MUIS kerana mereka juga akan membuka ruang untuk anak-anak khususnya anak-anak di kawasan ini untuk masuk ke Universiti Malaysia Sabah (UMS),” katanya.

Ditanya mengenai permintaan untuk membina sekolah aliran perdana di kampung itu, Arifin berkata, pada masa ini sebagai permulaan kelas KAFA akan diwujudkan terlebih dahulu sebelum keperluan lain.

“Memulakan dengan kelas KAFA, kelas KAFA ini perlu untuk anak-anak kita, barulah kita kenal pasti keperluan lain.

“Keutamaan kita adalah untuk anak-anak kita belajar mengaji, belajar hal-hal berkaitan agama disamping kelas KAFA ini boleh juga mereka membuat tusyen dan sebagainya,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya juga telah memaklumkan perkara itu kepada pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

“Kita sudah meminta pengarah JHEAINS untuk membina sebuah kelas KAFA dekat dengan masjid Kg Lom Dangkaan ini. Kawasannya luas, saya akan meminta izin daripada wakil rakyat di kawasan ini bagaimana kita untuk membantu anak-anak di kawasan ini,” tambah beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/28/kelas-kafa-bakal-diwujudkan-di-kg-lok-dangkaan-pitas-arifin/feed/ 0 58171
Pitas komited lahirkan lebih ramai pelapis sukan bola sepak berkualiti https://sabahmedia.com/2023/05/29/pitas-komited-lahirkan-lebih-ramai-pelapis-sukan-bola-sepak-berkualiti/ https://sabahmedia.com/2023/05/29/pitas-komited-lahirkan-lebih-ramai-pelapis-sukan-bola-sepak-berkualiti/#respond Mon, 29 May 2023 10:43:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=35387
Read Time:1 Minute, 21 Second

PITAS: Daerah Pitas terus komited dalam melahirkan lebih ramai pelapis sukan bola sepak yang berkualiti.

Timbalan Ketua Menteri lll merangkap merangkap Presiden SAFA, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, ini dapat dilihat dengan penganjuran Kejohanan Bola Sepak Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N3 Pitas bersama SAFA Daerah Pitas yang bertujuan bagi mencungkil bakat-bakat baharu di daerah ini.

“Ia juga dilihat mampu menarik minat belia terhadap sukan bola sepak serta dalam masa sama mengeratkan perpaduan sesama masyarakat.

“Diharap penganjuran program seumpama ini mencapai objektifnya seterusnya dapat melahirkan bakat-bakat pemain bola sepak yang berpotensi tinggi diketengahkan.

“Dalam pada itu, SAFA juga dalam masa terdekat akan bakal mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat ini bagi merangka pelan-pelan pembangunan dan perancangan terhadap perkembangan bola sepak negeri Sabah,” katanya pada Majlis Perasmian Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN N3 Pitas bersama SAFA Daerah Pitas disini, pada Ahad.

Sementara itu, ADUN N3 Pitas, Datuk Seri Dr Ruddy Awah berkata kejohanan yang julung kali diadakan ini merupakan salah satu usaha dalam melahirkan bakat-bakat pemain bola sepak yang berpotensi yang ada di daerah ini.

“Kejohanan seumpama ini sangat-sangat diperlukan oleh warga belia daerah ini untuk memastikan bakat mereka berjaya dicungkil.

“Diharapkan juga semua pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini dapat mempamerkan kemahiran masing-masing serta bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi,” katanya.

Sebanyak 30 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan selama sebulan bermula 1 Jun bagi merebut hadiah yang ditawarkan berjumlah lebih RM30,000.

Hadir sama, Pegawai Daerh Pitas, Nahalan Mehdunah, Timbalan Presiden II SAFA, Datuk Awang Kadin, Naib Presiden II SAFA, Rafie Robert dan Pemenang Pingat Emas Pencak Silat Sukan Sea Kemboja, Norsyakirah Muksin.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/29/pitas-komited-lahirkan-lebih-ramai-pelapis-sukan-bola-sepak-berkualiti/feed/ 0 35387
Banjir Sabah: Tiga PPS dibuka di Pitas tempatkan 311 mangsa pagi Isnin https://sabahmedia.com/2022/02/07/banjir-sabah-tiga-pps-dibuka-di-pitas-tempatkan-311-mangsa-pagi-isnin/ https://sabahmedia.com/2022/02/07/banjir-sabah-tiga-pps-dibuka-di-pitas-tempatkan-311-mangsa-pagi-isnin/#respond Mon, 07 Feb 2022 07:40:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11970
Read Time:34 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU — Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Pitas bagi menempatkan seramai 311 mangsa daripada 97 keluarga di enam kampung yang terjejas akibat banjir susulan hujan berterusan sejak semalam.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah, tiga PPS itu ialah Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas II yang menempatkan 108 mangsa daripada 41 keluarga; Dewan SK Rukom (135 mangsa daripada 36 keluarga) dan Dewan Kampung Kusilad (68 mangsa daripada 20 keluarga), setakat 8 pagi tadi.

Semua PPS itu dibuka sejak petang semalam, berikutan paras air yang semakin meningkat di kampung terbabit iaitu Kampung Tambilidon, Kampung Kalumpang, Kampung Taka, Kampung Saab Darat, Kampung Rukom Ulu dan Kampung Kusilad.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/07/banjir-sabah-tiga-pps-dibuka-di-pitas-tempatkan-311-mangsa-pagi-isnin/feed/ 0 11970
Keselamatan Murid,Pelajar Di Sabah Sentiasa Diutamakan https://sabahmedia.com/2022/01/16/keselamatan-muridpelajar-di-sabah-sentiasa-diutamakan/ https://sabahmedia.com/2022/01/16/keselamatan-muridpelajar-di-sabah-sentiasa-diutamakan/#respond Sun, 16 Jan 2022 11:26:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11161
Read Time:1 Minute, 0 Second

MEMBAKUT : Kerajaan negeri akan mengambil langkah sewajarnya bagi membantu murid-murid di sebuah sekolah di Pitas yang menaiki bot untuk ke sekolah dan bersesak selain tidak memakai jaket keselamatan seperti yang tular di media sosial beberapa hari lalu.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat terperinci dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Pejabat Daerah Pitas untuk tindakan selanjutnya.

“Pertamanya saya akan melihat perkara ini dan meminta PPD Daerah dan Pejabat Daerah untuk mendapatkan maklumat terperinci. 

“Saya akan dapatkan maklumat daripada mereka untuk kita mencari jalan bagaimana tindakan serta langkah kita membantu membantu anak-anak kita yang sepatutnya berada dalam keselesaan untuk mengikuti pembelajaran mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan mesra dan menyampaikan buah limau sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di sekitar Pekan Membakut disini hari ini.

Mohd Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, pihaknya akan mempertimbangkan selain mencari jalan untuk membantu murid-murid terlibat khususnya melibatkan aspek keselamatan.

Beberapa hari lalu tular di media sosial murid-murid dari Kampung Pituru dan Kampung Timbang Taun menuju ke Sekolah Kebangsaan (SK) Mangkapon Pitas menaiki sebuah bot tanpa menggunakan jaket keselamatan selain turut bersesak di bot berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/16/keselamatan-muridpelajar-di-sabah-sentiasa-diutamakan/feed/ 0 11161
247 Mangsa Banjir Di Kota Marudu & Pitas Terima Bantuan https://sabahmedia.com/2022/01/08/247-mangsa-banjir-di-kota-marudu-pitas-terima-bantuan/ https://sabahmedia.com/2022/01/08/247-mangsa-banjir-di-kota-marudu-pitas-terima-bantuan/#respond Sat, 08 Jan 2022 09:13:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10886
Read Time:57 Second

KOTA MARUDU: Seramai 247 mangsa banjir di Kota Marudu dan Pitas, hari ini menerima bantuan wang ihsan dan bakul makanan yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Penerima bantuan itu masing-masing 206 di Kota Marudu dan 41 di Pitas.

Selain bantuan wang ihsan dan bakul makanan seramai enam ketua isi rumah (KIR) mangsa banjir di Kota Marudu menerima Bantuan Barang Keperluan Asas, Baucar Diskaun Pembelian Barangan Elektrik dan Baucar Pembaikan Kenderaan manakala enam KIR di Pitas juga menerima Bantuan Keperluan Asas, Pembaikan Kecil Rumah dan Baucar Pembelian Barangan Elektrik.

Turut hadir semasa lawatan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan; Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Shahelmey Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.

Perdana Menteri tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pagi tadi. Beliau turut mendengar taklimat daripada Safar sebelum meneruskan lawatan kerja ke Kota Marudu dan Pitas.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/08/247-mangsa-banjir-di-kota-marudu-pitas-terima-bantuan/feed/ 0 10886