pj city fc – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 10 Mar 2022 06:02:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pj city fc – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah FC Manfaat Sepenuhnya Sepakan Percuma, Sudut https://sabahmedia.com/2022/03/10/sabah-fc-manfaat-sepenuhnya-sepakan-percuma-sudut/ https://sabahmedia.com/2022/03/10/sabah-fc-manfaat-sepenuhnya-sepakan-percuma-sudut/#respond Thu, 10 Mar 2022 06:02:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12843
Read Time:2 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU : Sepakan sudut dan sepakan percuma berjaya dimanfaatkan sepenuhnya Sabah FC untuk mencipta kemenangan selesa menewaskan Petaling Jaya (PJ) City FC 3-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Likas malam tadi.

Ini selepas semua gol yang dihasilkan Sabah FC malam tadi dijaringkan menerusi sepakan percuma pada minit ke-16 dan minit ke-47 serta sepakan sudut pada minit ke-35.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, para pemain mempunyai kelebihan untuk memanfaatkan kedua-dua sepakan berkenaan selain mahu ia diteruskan dalam perlawanan akan datang.

“Tentu sekali daripada segi keputusan ia merupakan perkara yang paling penting.  Daripada segi persembahan kita bermain agak baik kalau dibandingkan ketika bertemu Negeri Sembilan FC (NSFC) terutama dengan penyudah yang lebih baik kali ini.

“Walaupun daripada sepakan sudut ataupun sepakan percuma tapi ini merupakan senjata di mana pasti akan membantu kita pada perlawanan-perlawanan yang akan datang.

“Yang penting di sini pemain menunjukkan kesungguhan dan mereka tahu walaupun mereka bukan pemain tempatan yang kita hebohkan tetapi mereka bermain untuk pasukan Sabah,” katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan semalam.

Pada perlawanan itu, Sabah FC berjaya menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama yang berpunca daripada sepakan percuma dan sudut pada minit ke-16 dan ke-35 manakala gol ketiga pada minit ke-47 juga melalui sepakan percuma dari luar kotak penalti lawan.

Pasukan pelawat pula berjaya menjaringkan gol tunggal melalui penyerangnya, S Kumaahran pada minit ke-45 selepas menewaskan penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi Che Mat ketika pertahanan Sabah agak longgar.

Kemenangan itu membolehkan Sabah FC mengutip tiga mata penuh di laman sendiri selepas kecewa dengan kekalahan 0-1 di tangan NSFC Jumaat lalu di Stadium Likas.

Sementara itu, Kim Swee berkata, masih terlalu awal untuk menilai prestasi kesemua pemain importnya pada musim ini selepas mengharungi dua perlawanan Liga Super.

“Bagi saya setiap pemain bukan saja Neto (Pessoa); bukan Jackson (De Souza); Taiki (Kagayama) mahupun Park (Taesu) dan Saddil (Ramdani) mereka harus diberi masa.

“Pemain-pemain ini hanya dikumpulkan selama hanya dua bulan walaupun mereka pemain-pemain yang berkualiti, sesuatu pasukan memerlukan masa untuk dibentuk dan saya percaya pasukan ini akan bertambah baik daripada satu masa ke satu masa hanya masa akan menentukan.

“Tetapi untuk mengkritik pemain selepas satu ataupun dua perlawanan oleh kalangan orang-orang tertentu saya rasa itu tidak adil..mereka harus diberi peluang,” katanya.

Sabah FC musim ini dibarisi lima pemain import iaitu Neto Pesoa dan Jackson De Souza dari Brazil; Taiki Kagayama dari Jepun; Park Taesu (Korea Selatan) dan Saddil Ramdani dari Indonesia.

Kim Swee turut menekankan posisi pemain dalam pasukannya tidak semestinya sama dalam setiap perlawanan, sebaliknya bergantung siapa lawan yang akan dihadapi anak buahnya.

Katanya, beberapa pemain seperti Taiki, Tommy Mawat, Nazirul Naim dan Ummareng Bacok boleh bermain beberapa posisi yang memberi kelebihan kepada pasukan dalam menghadapi lawan yang berlainan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/10/sabah-fc-manfaat-sepenuhnya-sepakan-percuma-sudut/feed/ 0 12843
Fokus & Patuh Arahan, Kunci Kejayaan Sabah FC – Kim Swee https://sabahmedia.com/2021/11/10/fokus-patuh-arahan-kunci-kejayaan-sabah-fc-kim-swee/ https://sabahmedia.com/2021/11/10/fokus-patuh-arahan-kunci-kejayaan-sabah-fc-kim-swee/#respond Wed, 10 Nov 2021 08:36:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8333
Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU: Pemain Sabah FC yang terus fokus sepanjang perlawanan menentang PJ City dalam aksi terakhir Kumpulan D Piala Malaysia 2021 di Stadium Likas malam tadi berjaya membuahkan hasil.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, langkah terbaik yang dilakukan anak buahnya yang patuh kepada arahan turut menjadi kejayaan apabila berjaya mempertahankan gol tunggal sehingga tamat perlawanan.

Perlawanan yang berkesudahan 1 – 0 itu berjaya melayakkan skuad Sang Badak memasuki suku akhir Piala Malaysia 2021 menentang Melaka United FC dengan pusingan pertama perlawanan berlangsung di Stadium Likas pada 14 November ini.

Kim Swee berkata, pemain yang terus fokus dan mematuhi arahan juga menjadi benteng bagi menghalang kemaraan PJ City khususnya pada babak kedua perlawanan.

Katanya, apa yang lebih penting kesemua pemain Sabah FC dapat mempertahankan kedudukan mendahului permainan dengan 1 – 0 pada separuh masa pertama hingga ke minit akhir perlawanan.

“Pemain kita bermain mengikut arahan dan paling penting berusaha hingga minit terakhir untuk mempertahankan gol yang kita perolehi pada separuh masa pertama dan ini bukan mudah.

“Kita tahu dan kita menjangkakan PJ City banyak memberi tekanan khususnya pada separuh masa kedua tetapi kita berjaya mengawal keadaan dengan begitu baik,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan Sabah FC menentang PJ City FC, malam tadi.

Katanya, beliau tidak melakukan sebarang perubahan taktikal pada babak kedua bagi menghadapi asakan PJ City meskipun sedar terpaksa berdepan serangan lebih agresif daripada pasukan pelawat itu.

“Seperti saya katakan pemain bermain mengikut arahan, itu yang penting kerana kita sudah menjangkakan sebelum permainan bermula lagi PJ City pasti bertindak lebih agresif.

“Walaupun kita mendahului, kita tahu akan menerima asakan demi asakan tetapi yang paling penting kita kekal fokus ketika diserang dan ini menjadi kelebihan kita,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kim Swee berkata, pasukannya akan memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri untuk menguasai permainan dan mencipta kemenangan bagi menghadapi Melaka United pada pusingan suku akhir.

Katanya, perlawanan malam tadi menyaksikan Sabah FC berjaya mencipta beberapa peluang baik untuk menambah jaringan namun gagal diterjemahkan kepada gol.

“Jadi, kita mesti manfaatkan peluang seperti ini apabila bertemu Melaka United nanti, selain kelebihan bermain di tempat sendiri,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/10/fokus-patuh-arahan-kunci-kejayaan-sabah-fc-kim-swee/feed/ 0 8333
Sokongan Padu Penyokong Sabah FC Penentu Kemenangan Malam Esok https://sabahmedia.com/2021/11/08/sokongan-padu-penyokong-sabah-fc-penentu-kemenangan-malam-esok/ https://sabahmedia.com/2021/11/08/sokongan-padu-penyokong-sabah-fc-penentu-kemenangan-malam-esok/#respond Mon, 08 Nov 2021 06:33:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8262
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Sokongan padu daripada penyokong Sabah FC diharap mampu mencapai keputusan positif menentang PJ City FC di Stadium Likas malam esok. 

Ketua Jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee berkata, kehadiran penyokong pada dua perlawanan lalu sangat membantu pasukan sehingga mencapai kemenangan sabtu lalu.

“Apabila kita bermain dalam perlawanan-perlawanan penting seperti ini,  kehadiran penyokong merupakan salah satu aspek yang dapat membawa kejayaan kepada sesebuah pasukan.

“Saya berharap para penyokong The Rhinos di sekitar Kota Kinabalu atau pun dari seluruh Sabah dapat hadir pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D malam esok kerana ini penting untuk memastikan pemain mendapat suntikan moral.

Datuk Ong Kim Swee

“Ini akan membantu prestasi mereka dan saya percaya mampu berubah sesuatu pasukan untuk layak ke peringkat seterusnya dengan adanya sokongan padu semua penyokong tegar Sabah FC,” katanya.

Kim Swee berkata esok merupakan perlawanan yang paling penting serta boleh diibaratkan sebagai perlawanan akhir sekali gus akan menentukan sama ada layak ataupun tidak.

“Jadi strategi perlawanan adalah untuk kita memastikan dapat kemenangan kerana walaupun seri kita akan terkeluar daripada saingan TM Piala Malaysia.

“Strategi kita sudah tentu kita perlu memikirkan corak serangan namun kita tahu pasukan PJ City FC mempunyai rekod yang baik terutama bermain dalam perlawanan yang penting dan mereka membuktikan ketika bermain dengan JDT.

Kim Swee berharap sesiapa sahaja yang diturunkan malam esok dapat memberikan saingan sekaligus dapat menumpukan perlawanan sehingga ke wisel terakhir seperti mana dilakukan ketika bertemu dengan Kelantan FC Sabtu lalu

‘Setakat ini beberapa pemain masih lagi mengalami kecederaan termasuk Park, Risto dan juga Hanafie termasuk Syukri.

“Kita masih lagi mempunyai sehari sebelum perlawanan. Manakala  kesebelasan utama hanya akan ditentukan sebelum sepak mula. Apa yang paling penting sesiapa diturunkan esok harus memberikan persembahan dan prestasi yang terbaik mereka,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/08/sokongan-padu-penyokong-sabah-fc-penentu-kemenangan-malam-esok/feed/ 0 8262
Berkongsi Satu Mata, Permulaan Baik Untuk Sabah FC https://sabahmedia.com/2021/09/28/berkongsi-satu-mata-permulaan-baik-untuk-sabah-fc/ https://sabahmedia.com/2021/09/28/berkongsi-satu-mata-permulaan-baik-untuk-sabah-fc/#respond Tue, 28 Sep 2021 07:33:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6925
Read Time:1 Minute, 5 Second

PETALING JAYA: Sabah FC terpaksa akur berkongsi satu mata dalam perlawanan saingan TM Piala Malaysia 2021 menentang PJ City FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, malam tadi.  

Penolong Jurulatihnya Burhan Ajui berkata, Sabah FC sepatutnya mengambil peluang menerusi sepakan penalti Levy Madinda namun kurang bernasib baik menyebabkan keputusan berkesudahan 1-1.

Katanya, secara keseluruhan pihak pengurusan berpuashati dengan komitmen para pemain malam tadi termasuk berbekalkan perancangan yang baharu hasil percaturan Ketua Jurulatih Datuk Ong Kim Swee sekaligus pemain dapat menjalankan tugas mereka sebaik mungkin.

“Kecuali pada separuh masa kedua, kita ada lihat pemain mengalami sedikit keletihan mungkin di situlah kita mula membuat beberapa kesilapan.

“Macam Levy dia pun baru beberapa hari bersama dengan kita…dia baru lepas daripada kuarantin mungkin ada sedikit kekurangan di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Burhan berkata, beberapa faktor lain termasuk keadaan hujan di sekitar ibu negeri menyebabkan beberapa sesi latihan juga tidak dapat dijalankan sepenuhnya.

“Tetapi dalam seminggu persiapan Ketua Jurulatih Datuk Ong Kim Swee ada menerapkan sistem baharu dan pemain pun cuba mengambil pendekatan yang diperkenalkan ini. Nampak malam tadi berhasil sentuhan pertama Kim Swee.

“Mungkin di situ kita melihat pemain cuba mengadaptasikan taktikal baharu menyebabkan secara keseluruhannya prestasi permainan meningkat sekali gus mereka mampu mempamerkan kualiti terbaik malam tadi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/28/berkongsi-satu-mata-permulaan-baik-untuk-sabah-fc/feed/ 0 6925