PKDM – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 23 Apr 2025 06:54:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png PKDM – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ketua PKDM Kinabatangan sertai Gagasan Rakyat, dakwa hilang kepercayaan terhadap parti https://sabahmedia.com/2025/04/23/ketua-pkdm-kinabatangan-sertai-gagasan-rakyat-dakwa-hilang-kepercayaan-terhadap-parti/ https://sabahmedia.com/2025/04/23/ketua-pkdm-kinabatangan-sertai-gagasan-rakyat-dakwa-hilang-kepercayaan-terhadap-parti/#respond Wed, 23 Apr 2025 06:54:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72525
Read Time:57 Second

TONGOD: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) Kinabatangan menerima tamparan hebat apabila Ketua Bahagiannya, Laising Podok, mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Laising yang juga Ketua Penyelaras PKDM Kuamut menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Masiung Banah dalam Majlis Jelajah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Kuamut yang berlangsung di Dewan Kampung Sogo-Sogo, Sabtu lalu.

Menurut Laising, keputusan itu dibuat selepas beliau hilang keyakinan terhadap perjuangan PKDM, walaupun telah mengetuai parti berkenaan di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) selama dua tahun.

“Saya percaya Gagasan Rakyat adalah platform lebih mantap untuk memperjuangkan nasib rakyat di kawasan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Laising, yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kuamut dari 2015 hingga 2019, menerima tepukan gemuruh daripada lebih 300 penyokong GRS sejurus dipakaikan baju rasmi parti itu di atas pentas.

Beliau turut memaklumkan satu lagi majlis kemasukan beramai-ramai ahli PKDM Kinabatangan ke dalam Gagasan Rakyat akan diadakan sebelum Pilihan Raya Negeri ke-17.

Sementara itu, Masiung turut menerima borang keahlian daripada 112 individu yang diketuai Micheal Tamoi, sebagai ahli baharu Gagasan Rakyat dalam majlis yang sama.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/23/ketua-pkdm-kinabatangan-sertai-gagasan-rakyat-dakwa-hilang-kepercayaan-terhadap-parti/feed/ 0 72525
Peter Terbuka Terima Komen Parti Lain https://sabahmedia.com/2022/03/13/peter-terbuka-terima-komen-parti-lain/ https://sabahmedia.com/2022/03/13/peter-terbuka-terima-komen-parti-lain/#respond Sun, 13 Mar 2022 10:05:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12966
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU : Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (PKDM) Datuk Peter Anthony bersifat terbuka kepada mana-mana parti yang memberi komen kepada PKDM terhadap permohonan untuk menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Katanya, pihaknya juga bersedia untuk menerima sesuatu perkara yang baik selain turut sedia menerima teguran yang boleh membina kepada parti lain.

“Sudah pasti kita terbuka kepada mana-mana parti yang memberi komen kepada PKDM.  Bagi saya, saya menerima mana yang baik atau teguran yang baik kepada parti lain.

“Namun terpulang kepada Pengerusi GRS nanti yang akan menentukan kedudukan kita nanti,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri pelancaran PKDM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) disini hari ini.

Majlis pelancaran disempurnakan Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata, surat permohonan untuk memasuki atau menyertai GRS telah diserahkan kepada Pengerusi GRS.

Dalam pada itu, Peter berpandangan sudah tidak masanya parti-parti politik di Sabah melakukan gencatan politik demi kemajuan negeri Sabah.

“Saya berpandangan sudah tiba masanya gencatan politik di peringkat Sabah ini perlu kita hentikan.

“Pergolakan politik atau pergaduhan di antara parti-parti politik harus kita hentikan demi Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/13/peter-terbuka-terima-komen-parti-lain/feed/ 0 12966